Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Nak mengelak daripada kebiasaan macam engkau tahan kencing

Laptop Acer berharga RM 1900 aku yang dulu sudah rosak skrinnya. Macam lohong hitam. Aku rasa nak buat alas punggung saja laptop itu. Tapi apakan daya aku tak kaya macam Robert Kuok jadi oh, hanya ada satu pilihan untuk aku iaitu tutup balik lohong hitam itu. RM 500++ kot. Jumlah itu aku boleh beli nasi lemak 333 bungkus. Laptop itu keperluan juga.

Terima kasih kepada sesiapa yang sudi memberi ihsan meminjamkan laptop. Aku tak mahu lebih daripada segala-galanya. Hanya laptop untuk ber-Facebook dan mendengar lagu-lagu untuk jiwa dan ber-blog. Yelah, hiburan apa yang ada di sini selain DC++. Hobi yang sudah lama aku tinggalkan. Memang noob.

Agak risau dengan perbelanjaan. Kena ada modal untuk pergi intern terlebih dahulu. Mana nak bayar duit sewa, bil eletrik dan sebagainya. Tapi kegigihan kumpul duit itu tetap kena ada. Jangan makan di Cafe V3 atau V5. Pilih kedai Mak Su, jimat kot. Jangan sibuk beli jajan yang merosakkan otak, dan mungkin kurangkan ber-vocal training. Tapi akhirnya nanti entah siapa tahu? Nak mengelak daripada kebiasaan macam engkau tahan kencing. Macam itulah analoginya.

Oh ya, ada dua minggu lagi untuk bersedia menghadapi Final Exam sebelum intern. Selamat berusaha kepada semua! Study week akan datang nak pergi mana ye...

6 comments:

Anwar Samad said...

ko tengok benda apa sampai screen ko jadi lohong hitam.. mesti ko tengok benda yg ada lohong jugak yea? maksud aku mcm black hole..??

Asyraf Maskan said...

lama tak guna dc++, maksud aku dah lama tak tgok movie dan mana ada cerita pasal lohong hitam???

ada org letak brg mcm pin ke klip mcm tu. pastu terkepit dalam laptop. terus skrin rosak berlohong hitam. liquid die trkeluar. time bgsawan arituh...

Half said...

kate nk jimat~~ tpi pegi gak kdai pakcik colonel sanders tu~~~
ape daa...
ko kene disiplin kan diri..!!! haha

k e r e p e k t e m p e said...

hahaha kan aku tulis
Nak mengelak daripada kebiasaan macam engkau tahan kencing...

haha

penaberkala said...

tahan kencing, perlukan keazaman yg tinggi,hak3
biarpun senak perut, kejang pundi kencing, perlu tahan dari sampai terkucil
sampai 1 saat, jumpa tempat yg sesuai,nnt kencing puas-puas
alangkah indahnya saat itu,hak3

Asyraf Maskan said...

aicehhh tepat sekali nuek...
menarik tapi nnti kena pyakit batu karang...haha

tula benda2 mcm ni mmg susah nk thn..haha