Ala-ala indie band...kot
Malam 12 September 2009. Malam-malam suram macam ni terus aku teringat kegelapan malam puncak Gunung Senyum. Banyak kenangan dengan pengajaran kat sana tu... Memang tangkap lentoklah sambil dengar lagu lentok. Gunung Senyum memang rock!
Tadi baru balik daripada mamak, mengutip gambar-gambar kenangan. Seronok bila menatap hasil-hasil tangkapan. Habis galak ketawa. Orang lain sibuk galak tengok Chelsea.
BEKAM berbangga sebab berjaya kendalikan satu lagi ekspedisi sebegini. Selepas Gunung Arong yang dah berapa banyak pantai ditawan dan Gunung Ledang, berapa banyak air terjun ditawan, Gunung Senyum memang rock!
In The Making Gunung Senyum, Gua Jebak Puyuh, Gua Senyum
Banjir
Agak rendah motivasi pada mulanya bila banyak khabar Kuantan dilanda bah. Daripada situ, dah terbayang projek kali ni bakal digagalkan. Tapi berkat percaya dan yakin, aku terus buat surat permohonan ke Pegawai Hutan Lipur Gunung Senyum. Alhamdulillah, reaksinya positif. Cabaran kali ni adalah cabaran masa yang terhad untuk persiapan. Cuma 9 hari sahaja selepas Raya Haji. Balik Johor Bahru pun subuh Raya Haji. Tapi berkat pertolongan semua ahli BEKAM, surat berjaya difaks, barang keperluan dapat diperlengkapkan, walaupun ada peserta yang menarik diri atas sebab tertentu. Tapi BEKAM tetap bersemangat.
Kenangan persiapkan barang, membeli-belah di Carrefour, Kip Mart, Kedai Plastik, Sakerah, Faks surat, aktiviti telefon menelefon Hutan Lipur Gunung Senyum, adalah antara pengalaman yang menarik. Setiap daripadanya ada banyak benda baru yang aku belajar. Tak terkata...
Selasa,8 Disember 2009
Bas Rebung-Pak Cik Driver Buat Aku Hot
BEKAM bertolak daripada Larkin Central jam 8.30 AM menaiki bas rebung JB-Temerloh. Awal 7.30 AM lagi semuanya berkumpul di rumah Faris. Semua barang dicek semula.
Perjalanan 6 jam memang penuh cabaran. Masuk bas ekspress Maju saja dah dibilas dengan driver. Isu remeh pasal plastik makanan. Kononnya kuli entah apa benda pakcik driver tu membebel...buat gua panas aja...
Enjin panasye pakcik, panas lagi hati aku haha Mungkin bernasib baik bila tiba-tiba bas terkandas. Enjin panas sepanas hati gua dengan driver tu haha. Hampir satu jam bas terkandas dengan penyejuk hawa yang tak ada. BEKAM ambil peluang bergambar sakan dekat landasan keretapi. Buat bodoh ambil gambar-gambar lompat. Haha memang tak peduli dengan pandangan dan kutukan penumpang bas yang lain.
Tiba di Temerloh jam 4.30 petang, ambil dua teksi RM70 dan RM 50 terus bergerak ke Hutan Lipur Gunung Senyum. Terbau wangi semerbak di 4 lokasi sepanjang Felda Jengka 25. Aku pandang Mimi, Mimi pandang aku. Agak mendung cuaca. Tiba-tiba aku perasaan inilah lokasi filem MOMOK. Tak percaya tengoklah MOMOK.
Din dan Dongsu baru sampai. Geng otai AGUMA. Jadi malam tu malam kenal-kenal. Owh mafia game dengan passing energy tak dilupa. Hidangan istimewa malam tu ialah spageti daus ripin. Haha
Night WalkSuka-suka warm-up sambil tengok suasana malam. Hampir 6.4 km berjalan, sambil-sambil berbual dengan Pakcik Hamaludin.
Rabu,9 Disember 2009Gua Jebak PuyuhDalam perjalanan korang mesti jumpa benda-benda ni, bunga kembang semangkuk pun ade Antara yang menarik gua rangkak Awal pagi Gua Jebak Puyuh diceroboh dan memang aku akui memang mengancam pemandangan gua ni. Gua Jebak Puyuh masih aktif dengan proses stalagtit dan stalagmitnya. Perjalanan yang paling menarik bila merangkak masuk ke Gua Rangkak. Agak sempit tapi beberapa meter saja. Ada kalimah Allah, Muhammad dan bismillah pada dinding gua ni. Memang teruja. Aku pun dah tak ingat berapa gua yang kitorang masuk.
Kolam air biru yang cantik tapi dalam gila Yang menarik lagi ialah kolam biru. Sekali pandang aku dah teruja. Macam nak berbogel terus lompat dalam kolam tu. Tapi dalam. Tu yang nampak biru. Kolam ni menghubungkan salah satu gua di Jebak Puyuh. Memang kalau selam dalam kolam ni ada lubang dan terus tembus dalam gua di Jebak Puyuh.
Gua Terowong memang ruangnya macam terowong. Jadi memang kebanyakkan gua ni dinamakan sebab struktur fizikalnya.
Gua SenyumGua Angin memang berangin macam buka kipas no 5
Pemandangan Gua Taman Satu Gua Senyum kalau dilihat secara fizikal nampak berlumut hijau. Gua Senyum ialah gua yang dah berehat daripada bekerja bat stalagtit dan stalagmit. Gua senyum lagi nampak usang atau memang dah lama terbentuk. Korang akan feel sentimental bila masuk gua ni.
Yang menarik ialah struktur dinding atas Gua Terang Bulan. Berlubang seolah-olah macam bulan penuh dan pertama kali masuk Gua Terang Bulan, korang akan alami suasana bulan mengambang. Kalau pasal bulan mengambang ni, mesti ada kaitan dengan ketam. Memang tepat, ada ketam pulak dalam gua ni! Selain tu, ada juga serangga lain yang menginap dalam gua-gua ni.
Memang bernasib baik jumpa ketam dalam gua terang bulan ni Nak cerita lebih memang tak cukup ruang dalam entri ni. Memang cantik acuan semulajadi batuan kapur kat Jebak Puyuh dan Gua Senyum ni. Kena lawat sebab malangnya mungkin Gua-gua ni akan diletupkan untuk tujuan industri simen. Dengar cerita jelah... tapi memang betul jenis batuan kapur kat sini kaya dengan peratus mineralnya. Cukup bernasib baik dapat melawat tempat ni sebelum tak ada nanti.
Antara tarikan untuk ambil gambar, jambatan gantung haha LepakPetang dan malam tu memang lepak. Tapi malam macam biasa kena berjaga. Sebelum tu bersiap-siap untuk kelengkapan bermalam di puncak. Cabaran nak daki Gunung Senyum untuk peringkat awal ialah masalah renjer tak ada. Jadi kena cari trek ke puncak. Kalau nak bermalam di puncak memang pihak hutan Lipur Gunung Senyum tak akan bertanggungjawab. Risiko ialah kalau hujan petir memang bahaya dan masalah tak ada punca air. Maksudnya kena angkut tong air atau bekalan air secukupnya. Paling minimum ialah 2 botol kecil 500 ml air. Kena bajet untuk air minum dan sembahyang. Semua dah set nak bermalam di puncak. Memang berbaloi...
Khamis,10 Disember 2009Gunung SenyumLebih kurang jam 10 pagi dah bersiap untuk mendaki. Untuk sampai ke Base 1, perlu berjalan atau naik pick-up melalui ladang kelapa sawit. Memang layan naik pick-up dengan desusan angin.
Bergambar gembira dengan pick-up sebelum terhuyung-hayang
Macam Beruk Climbing
Naik ke puncak mula-mula melalui denai kelapa sawit. Cabaran pertama ialah kawasan curam yang berbatu. Memang hampir 100% trek ke puncak Gunung Senyum berbatu tajam dan ada kawasan batu bergoyang. Memang mencabar. Macam beruk climbing!
bergaya sepam
Base 1
Perjalanan hampir 45 minit untuk sampai ke Base 2 tanpa henti. Sepanjang trek ni, memang tak sangka kawasan curam gila hampir kurang daripada 90 darjah curam. Ada 2 tempat sahaja yang ada bantuan tali dan tebing besi bewarna hijau. Memang susah nak kesan trek ni. Sebab kebanyakkan kawasan ni berbatu, kurang nampak kesan trek daki. Checkpoint trek ni ialah titik merah bulat. Ada satu kawasan, sangat curam dan bahaya kalau tangan tak kuat mengenggam batu.
Trek berbatu-batu tajam dan curam je sepanjang naik ke puncak Base 2Berehat hampir satu jam. Sengaja rehat lama sebab nak menghayati pemandangan Gunung Batu Kapur ni. Dari base 2 boleh nampak kawasan tanaman kelapa sawit. Memang layan.
Pemandangan Ladang Kelapa Sawit sebelum ke Base 2
Trek ni yang berbahaya ialah kawasan batu bergoyang. Batu-batu ni macam batu yang baru pecah akibat keadaan fizikal bumi. Kena jaga langkah sebab bahaya kalau tersalah langkah boleh tergelincir jatuh gaung. Trek ni pun ada kawasan berlubang. Sebab gunung Senyum ni pun fizikalnya macam batu-batu yang bertindih-tindih.
Base 3
Sebelum sampai Base 3, ada laluan lubang membawa ke kawasan redup pohon berakar. Spot ni je yang agak rata tapi ruangnya agak sempit. Sebenarnya memang diharamkan tidur atas puncak. Haha tapi boleh renjer kata, tapi dia tutup mata. Al-kisah memang dah rancang nak tidur kat puncak. Maka layan jelah...
Berkhemah secara haram di puncak kui3
Bergaya monyet sepam PuncakTempoh sampai ke puncak ialah 1 jam 30 minit. Jam 12.30AM Kawasan puncak masih lagi berbatu. Lunch di puncak, buat teka-teki dan paling penting menikmati pemandangan sekeliling. Istimewanya puncak Gunung Senyum ni ialah dapat tengok kawasan rendah di sekeliling. Sebab Hanya Gunung Senyum saja kawasan paling tinggi dalam kawasan tu.
semua berAGUMA
semua berBEKAM
Senja di Puncak
Pemandangan senja memang cantik. Tapi kena bawak lampu sebab bila dah gelap susah nak cari trek. Dari puncak boleh nampak Genting Higlands, Sungai Pahang, kawasan Felda Jengka.
Din gaya memburu banyak yang BEKAM belajar daripada AGUMA
Terbang sikit uk uk uk uk
Malam di Base 3
Kawasan ni kurang rata, sebab ada akar-akar pokok. Jadi kawasan ni diratakan semaksimum yang boleh. Aktiviti malam berehat dan makan malam. Plan nak ke puncak waktu malam tak terjadi. Tapi agak bahaya sebab susah nak kenal trek, sebab trek yang mengelirukan dan berbatu saja.
Jumaat, 11 Disember 2009
Matahari Terbit di puncak-Turun
Tak boleh lupakan matahari terbit Gunung Senyum Memang tak lepaskan peluang ke puncak bergambar dengan matahari terbit. Lepas puas bergambar,terus bersiap untuk turun ke tapak tanah rendah. Perjalanan menuruni Gunung Senyum agak berisiko dan perlu jaga langkah. Alhamdulillah lebih kurang satu jam tiba di tanah rendah kawasan ladang kelapa sawit. Agak gayat bila turun ke bawah.
Bila tiba Base 1, kami disambut dengan segerombolan lembu ternak. Mengembu bertalu-talu. Haha.
Balik La Pula...Lepas mandi secukup rasa dan berkemas, 8 orang tersumbat dalam Kembara Dong. Meneruskan perjalanan ke Jeti bot penambang. Bot ni membawa kami ke Kuala Krau dengan tambang RM1.30 seorang. Berbaloi dapat merasai air sungai Pahang, sungai terpanjang di semenanjung Malaysia. Tercapai jugaklah hasrat mamat seorang ni~
Din Dong potong?? Dari jeti Kuala Krau, Din dan Dong melambai pergi. Bersalaman dan mengucapkan selamat. Agak menarik melalui jalan kampung Kuala Krau ke jalan besar. Sempat beramah dengan pakcik sebab nak tanya jalan keluar haha.
Dari situ, naik bas sambung ke Temerloh RM3.90, lebih murah berbanding naik teksi dari Hutan Lipur Gunung Senyum ke Temerloh terus.
Berkelana Kat TemerlohBas ke Singapore 9.30PM. Jadi, semua ambil kesempatan berjalan-jalan dulu. Malangnya gulai ikan patin dah habis... memang laku betul. Tapi laksam Temerloh memang layang. Makanan agak murahlah. RM4 boleh dapat laksam dengan jus tembikai.
Singgah kedai bundle Temerloh RM 12.50 dapat 2 baju, buah tangan sikit Selamat jumpa lagi BEKAM dan terima kasih AGUMA. Banyak yang dipelajari daripada korang. AGUMA ngaaaauuummmm...BEKAM ngeheeee~
Dari kiri, acab , ash, syakir, faris, mimi, hatta, dong, din
Kesimpulannya, trip kali ni BEKAM banyak belajar sesuatu. Pengalaman itu yang mahal tu haha. Daripada ala-ala backpacker, sampailah ke cara-cara memasak. Memang banyak yang advanture lah! Apa lagi sem depan Gunung mana pula? Pulau? Island Hoppping? Insyaallah..