Singapore - Kuala Lumpur - Xian - Jiuzhaigou - Lanzhou - Zhangye - Dunhuang - Xian - Kuala Lumpur - Singapore
Sambungan daripada
Laluan Sutera - Segmen I
Laluan Sutera - Segmen II
Pengalaman menarik semasa menaiki bas dari Jiuzhaigou ke Lanzhou adalah saat melewati terowong yang begitu panjang merentasi lurah pergunungan. Seakan-akan menembusi terowong masa sama seperti mesin masa di dalam laci Doraemon. Laluan tidak begitu gelap dan selang kira-kira 100m akan diterangi dengan lampu berbentuk cincin separa bulat. Mungkin kerana terlalu panjang, terowong ini, mengikut pemerhatian aku, ia memiliki sistem kecemasan yang mudah dikenalpasti seperti lorong kecil yang menyambungkan satu terowong ke terowong yang selari, dan pastinya mempunyai kotak kubikal yang aku percaya adalah kotak ventilasi.
Oleh kerana terpukau dengan pemandangan di luar sepanjang perjalanan 11 jam, aku tidak betul-betul fokus dengan nama terowong-terowong yang dilalui. Tambahan lagi, semua papan tanda memaparkan tulisan bahasa Cina purba atau pinyin yang kadang-kadang sampai terbelit lidah untuk menyebutnya apatah lagi hendak membezakan empat jenis tona suara apabila menyebut setiap patah karakter. Boleh disimpulkan, aku mengaji bahasa Mandarin tidak cukup sempurna dan itu telah berlalu sejak 13 tahun yang lalu.
Kami agak ragu hendak memberhentikan bas lalu mengharapkan pemandu bas, mengerti soalan yang kami ajukan. Mujurlah Kartika dan Gunawan menfotokopi beberapa keping gambar stesen keretapi Lanzhou dan di dalam foto tersebut ada karakter tulisan Cina yang kemungkinan besar boleh fahami. Setibanya di sebuah simpang tiga, bas berhenti dan kami menuruni bas lalu disambut dengan lecak di samping jalan. Habis kasut becak ditenggelami air kotor yang entah asalnya dari mana. Aku menyumpah.
Kota ini agak berdebu lebih-lebih lagi pada waktu senja seperti ini. Sejuk dan muram tetapi orang masih aktif berkeliaran di sekitar bangunan dan 100 meter dari persimpangan jalan itu adalah Stesen Keretapi. Misi utama ke sini adalah untuk mendapatkan tiket dan masa perjalanan dari Lanzhou ke Dunhuang sesuai dengan masa perjalanan kami. Sebenarnya tiket perjalanan keretapi sudah ditempah sebelum ke sini tetapi harus mendapatkan tiket asli di kaunter kerana semua tempahan dibuat menggunakan khidmat agen.
Apabila melangkah masuk ke pintu utama stesen keretapi Lanzhou, kami disajikan dengan keriuhan umat manusia memenuhi setiap baris kaunter tiket dari hujung paling kiri hingga hujung paling kanan daripada baris satu hingga lebih 20 kaunter dengan pelbagai destinasi dan waktu perjalanan. Hampir pengsan aku dibuatnya. Kakak kaunter pertanyaan juga gagal memahami dan difahami apabila kami cuba bertanya kaunter yang mana harus kami pergi. Berbekalkan sedikit kefahaman, kami menghantar wakil setiap dua kaunter dan berlumba siapa yang bakal dapat menuju ke kaunter lebih awal, maka di kaunter itu lah kita akan dapatkan tiket. Strategi biasa dan kelebihan jika mengembara dengan beberapa jumlah orang yang baik-baik dan setia kawan. Setelah kaki lenguh berbaris lama, kami berjaya mendapatkan tiket.
Rancangan seterusnya adalah untuk menjejakkan kaki ke kawasan pergunungan pelangi di sebuah daerah kecil Danxia, Lanzhou, Shaanxi.
Masih ada kesempatan waktu untuk kami mengelilingi kota Lanzhou yang tak ubah seperti kota debu dan dingin seperti saya gambarkan. Antara spot menarik di Lanzhou ialah pasar lama dan melihatkan telatah para penjual atau pedagang Muslim yang berjilbab berbasikal lima roda menjual sayur dan kekacang di kaki lima. Menariknya, di Kota Lanzhou ini juga terdapat minoriti masyarakat Islam yang berniaga makanya terdapat juga restoran yang berlogo halal. Secara jujur, aku tidak begitu mengenali kota Lanzhou sebelum ke sini tentang sejarahnya dan sebagainya dan masa yang kami bekalkan ke sini tidak banyak.
Kami sempat singgah minum teh susu hangat dan menggunakan tandas dengan kemudahan terbaik setakat ini sebaiknya. Hampir satu jam juga kami di dalam kafe tersebut dek terlalu selesa dengan suhu yang hangat. Sekali lagi, Victor beruntung menyaksikan aksi jorok seorang anak kecil yang mengeluarkan objek yang terpotong dari lubang dubur. Tapi kali ini, betul-betul targetnya memasuki besen mop. Ibunya mungkin gagal memberhentikan tindakan anak kecil tersebut lantas janitor di kafe tersebut tersengih tak mampu berbuat apa oleh kerana sudah terbiasa atau memang tidak ambil peduli. Aku mengeluh sangsi. Setelah gagal memasuki sebuah taman publik yang dikatakan popular di kota ini, kami berjalan menuju ke pondok bas atau teksi terdekat untuk terus menuju ke Danxia Landform.
Mengikut cerita, ramai pelancong asing yang ditipu oleh pemandu teksi berkenaan dengan harga, lalu ada juga yang diberhentikan di tengah-tengah perjalanan yang kanan kiri kawasannya cuma padang jarak padang terkukur. Gunung berbatu dan berpasir bagai gurun. Cerita-cerita sebeginilah menjadikan orang luar seperti kami berjaga-jaga namun itu tidak mematahkan semangat untuk melihat tempat orang. Membuat kajian dan bacaan sebelum ke tempat orang itu perlu sekurang-kurangnya sedikit pengetahuan itu boleh membantu dalam penyelesaian masalah. Ya, setiap perjalanan itu pasti ada yang tidak kena atau sedikit cabaran sebagai rencah yang menjadikan perjalanan sebegini tak terlupakan seumur hidup.
Hendak dijadikan cerita, kami diminta tambang lebih dan tidak seperti yang dipersetujui awalnya. Salah komunikasi. Terpaksalah kami menghulurkan sejumlah wang seperti diminta kira-kira 100 RMB. Tanpa melengahkan masa, kami berempat melangkah demi pemandangan batuan pelangi yang kami kejari, dan pemandangan inilah yang mengejar kami semula dibalik mimpi.
Lapisan batuan berwarna ini adalah hasil mendakan batuan karst atau tanah liat serta batuan mineral yang mengambil masa 100 tahun untuk membentuk 5mm lapisan berwarna dan menurut informasi ianya telah terbentuk selama 6 juta tahun dahulu. Kerana itu, empat puncak utama yang memiliki tarikan serta pemandangan tertentu tidak dibenarkan memijak di batuan tersebut jika tidak, lapisan ini akan rosak dan tercela.
Aku boleh sama ertikan Danxia Landform ini sebagai beberapa potongan kek lapis berwarna hasil ciptaan Tuhan yang dibakar enak. Kami cukup beruntung dapat mencicip nikmat sebegini apatah lagi setelah mengharung beberapa peristiwa lucu dan payah untuk menuju ke sini.
Beberapa kali, aku pejamkan mata lalu menikmati bunyi desiran pasir di telinga. Walaupun cuaca sejuk dan kering sehingga membuat bibir aku merekah, pemandangan sebegini memang tidak terkalahkan.