Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Kenyang ATV Bukit Larut



Orang kata, kalau makan durian, setiap ulas tu rasanya berbeza. Ada rasa manis, pahit, masam pun ada. Jadi memang betul berbeza bila kali kedua singgah Bukit Larut. Kali ni yang buat teruja menggila ialah ATV-Advanture Park Larut! Kali pertama sebab sebelum ni tengok dari jauh je.

Bersama 10 orang, Family Day kali ni memang gila sempoi. Awal 7 pagi dah tercangok di cafe V2 dengan niat di hati nak makan sarapan berkali-kali. Tapi jaring besi stainless steel bergari. Hampir satu jam setengah terdampar menunggu kereta sewa. Tapi bagi aku, bagi mengisi masa itulah sempat bermesra gurau gembira dengan rakan-rakan yang baru aku kenal ni.

Bergerak dan berjalan hampir 2 jam ke Taiping aku banyak tidur. Berikutan tak tidur malam dek air white coffee Al-Bayan. Jadi tak banyak suasana perjalanan yang aku dapat perhatikan. Sebelum ni kalau berjalan, aku suka buat pemerhatian termangu tepi tingkap kereta. Tangkap lentok.

Mungkin nasib kurang baik, trek hilang tak ada. Al-maklum hujung minggu lepas Hari Natal. Orang ramai macam semut berbondong-bondong. Macam lah ada TGV kat atas puncak tu. Menapak sampai selekoh ke 18 kalau tak silap. Patah balik. Ambil gambar sikit-sikit. Sekejap tapi kalau betul-betul menghayati kehijaun dan kesegaran udara Bukit Larut, tak rugi datang kali ke berapa pun.

Tengah hari koyak muka datang lah makan kenduri rumah kawan Adila. Rasa nak masuk ikut pintu belakang. Lauk ikan masin, sambal belacan, ikan goreng tepung memang favourite aku. Bersiap solat zuhur, bergerak ke Taman Tasik. Memang cantik pokok memayung bumi. Kurang bernasib baik hujan lebat. Kempunan nak naik itik besar gajah.

Tapi bukan senang juga dapat melihat gambaran Taiping waktu hujan. Satu pengalaman. Sempat terserempak dengan pasangan pengantin bergambar di situ. 2014 nantikan aku di situ ye haha. Aku cukup suka dengan pemandangan bangunan yang ada pengaruh Inggeris berlatar belakangkan Bukit Larut. Rasa nak buat rumah satu kat situ.

ATV memang satu lagi yang buat buat aku paling teruja. Nak cakap pun tak terucap.


Mat-mat rempit


Mamat pit


Minah rempit


Gaya tersepit



Mulut terkepit-kepit


kaki-kaki bau hangit


Mandi-manda air terjun Taman Suria. BBQ melengkapkan percutian ala-ala berkhemah. 2 ekor ayam habis dilahap. Air gas epal dan macam-macam lagi jadi pembasuh tekak. Kesimpulannya memang sejuk dan layan berdiving. Senang cerita lagi, siapa kata outdoor activity tak seronok?


Yang paling penting mereka ni mengingatkan aku kepada BEKAM haha




Kompom tersenyum-senyum lah



Pulang dengan penutup, air White Coffee dengan RBTM. Balik dan kenyang dengan RBTM dan kenyang dengan kenangan kali kedua di Bukit Larut ececece...




Pemandangan yang sempat aku tangkap waktu mamai


Untuk sesiapa yang nak mencuba. Outdoor thrill yang memang layan. Senang aja, klik link ni







Wira Didendang Vroooommmm....



Di atas meja aku sekarang ialah air oligo panas bertin stainless steel dan di depan aku ialah laptop yang bisu. Apa hal aku tak tau. Yang jadi musik penghibur untuk masa sekarang ialah cengkerik malam dan deruman enjin kipas yang berpusing yang biasanya nombor 5. Lima rukun wasila utama. Maka tiadalah kedengaran suara sumbang bernyanyi. Kadang-kadang saja ada nyanyian bagai wira tak didendang. Rentetan wira tak didendang bersahut-sahutan.

Getaran entah berapa hertz merangsang saraf peha kananku. Impuls dihantar ke Medula oblongata. Aku tekan butang hijau menjawab panggilan. Warna serupa lampu isyarat jalan raya berLED. Owh terdengar suara kurang jelas. Aku jawab "Aku on je". Kaki aku melangkah pergi menjauhi rakan tadi yang membentang resolusi dan idea ke Bukit Larut, esok. Minta diri, minta disalami, minta jumpa esok hari.

Merempit dalam skala 5 daripada 10, menderu ke sana. Menumpang motokar. Bertukar identiti, calon pemandu belum lagi. Duduk di tempat duduk belakang, punggung beralaskan embun malam. Ke tempat jualan makanan yang pasti ada makanan ruji. Aku sudah, maka air bandung pembasah mulut dan tekak. Misi malam ini di medan perlumbaan tahap rendah bukan semacam formula one.

Trek skala 1 nisbah 10. Bukan bentuk hidung Tun Mahathir sebab ini untuk berniaga 9/10 untung berjuta. Model motokarnya juga semacam skalanya. Berlapan lekat punggung atas bangku. Tunggu macam penunggu. Lapan punggung panas suam. Baru memang baru. Janakuasa pengalaman baru diuja dan terminal memang perlu diuja. Melompat-lompat jiwa muda sehingga terkalahkan jiwa resah rengsa.


Rona roni go-kart ni


Malam itu bermain dengan kelajuan dan bermain dengan kesejukan. Alang kepalang mencanak graf kelajuan. Diesel murah memang meriah. Gempita jiwa membingit seperti deruman generator gerakan tayar-tayar botak. Dangkal aku lambat. Mencucuk punggung motokar lantas memotong. Itu adat biasa di sini. Di trek skala 1 nisbah 10 ini. Sempoi, rasa nak ulang kelajuan dan kesejukan. Biar terkencing berkali-kali. Yang penting puas hati. 10 minit bagai 10 detik. Agak fanatik! Wira Didendang Lagi. Tak sabar untuk esok 7 pagi bangun lagi, versi tanah merah. Vrooommm...vroommm terngiang-ngiang dalam telinga berkuping.


Aku bakal fanatik


malam yang manis macam bubur assyura


Hendak, tapi... akhirnya


Hendak,tapi

Nak berbasikal takda mountain bike. Nak berlari kasut dalam stor. Nak mendaki kena tunggu sem depan. Entah jadi entah tidak. Owh intern... Nak berenang, air kolam kering. Entah tiba-tiba kemarau panjang. 26 Disember ni ulang tahun Tsunami yang sudah membuka besar-besar mata kita semuanya untuk melihat betapa Agung kekuasaan-Nya. Kalau di Kelantan banjir, di sini kolam renangnya kemarau. Habis kena sedut dek mesin penyedut air pakcik AZAR. Untuk tujuan penyelenggaraan. Takpe aku masih menunggu selama aku di sini. Di UTP.


Akhirnya...

Dalam tempoh seminggu ini, ipoh sudah jadi rumah kedua. Bilik dah jadi hotel bermalam. Dalam tempoh ini, banyak perkara yang menarik berlaku. Keselesaan dalam geng ini alhamdulillah semakin baik. Selesai beberapa perkara yang dulunya aku tak dapat bagi komitmen. Tinggal minggu hadapan perkara yang utama insyaallah selesai.

Kali kedua kempunan nak masuk panggung untuk Avatar haha. Alhamdulillah nasib tak seburuk kisah Batu Belah Bertangkup sebab semalam baru menontonnya. Reaksi aku, wow! Tak rugi duduk barisan paling hadapan untuk tempoh 2 jam 30 minit. Yang pasti animasi aplikasi cgi memang mantap. Jalan cerita penuh dengan simbolik kepada dunia pada hari ini.


Penulis dan pengarah James Cameron punya trade mark tersendiri
Tagline yang best Avatar

"I see you..."
"I see you..."

Kalau Titanic

" You jump, I jump"




Pandangan aku, Avatar adalah simbolik kepada golongan yang diperhambakan untuk mencapai objektif busuk sebuah pihak. Kalau sekarang, jelas realiti dunia hari ini dah terbukti. Yang paling menarik, mesej utama yang nak diperjuangkan dalam Avatar ialah semangat cinta akan alam sekitar. Tema yang sangat mudah tapi sampai mesejnya dengan jalan cerita yang menarik. Dalam filem ini bagi aku ada unsur-unsur perjuangan tentera Islam dalam peperangan Badar. Tentera berkuda, tentera memanah dan malah ditonjokan pula kontra jenis ktenteraan moden dan tradisional.

Secara ringkas yang aku faham, cerita ini mengisahkan golongan yang tamakkan kekayaan hasil dalam tanah Pandora, tempat asal kaum Na'vi. Lebih spesifik Home tree, iaitu pokok besar tempat tinggal kaum Na'vi. Kalau kita lihat,Pandora atau Home tree adalah simbolik kepada sumber minyak negara Iraq. Paling jelas isu nuklear sebagai bahan letupan yang ingin digunakan untuk memusnahkan Home tree seperti yang diceritakan dalam filem ini.

Dalam cerita ini, pihak rakus tersebut mewujudkan Avatar, sebagai umpan untuk menggerakkan strategi diplomasi dengan kaum Na'vi. Avatar sebenarnya ialah hamba yang dicipta gabungan genom manusia dan kaum Na'vi. Avatar belajar cara hidup mereka dan bila sudah menjadi salah satu daripada mereka, mudahlah kalau nak buat perjanjian untuk berpindah ke tempat lain. Jadi senang pihak yang tamak nak rampas hasil kekayaan bumi Pandora. Ini pula simbolik kepada dakyah Barat yang meresapkan budaya dalam budaya bangsa lain dalam masa yang sama mendalami bahasa dan cara hidup mereka.

Bila cara diplomasi tak berjaya, jadi perang pilihan terakhir. Yang sangat menarik...dah macam dicaturkan, konklusi kepada permasalahan ini, masalah peperangan, ialah akhirnya merupakan semangat ketuhanan. Memang jelas, kaum Na'vi diceritakn percaya kepada pokok suci yang mendengar isi hati mereka. Tempat mereka mengadu. Kalau nak di pendekkan, dalam apa jua keadaan, Islam adalah jalan peyelesaian.

Dalam cerita ini pun ada disebut pasal Valkyrie. Pemerintahan Nazi Jerman. Banyak lagi sejarah falsafah, Perang dunia kedua yang dipadatkan dalam filem ini. Bagi aku filem ini memang terbaik, segala isu dipadatkan dalam filem ini. Memang berbaloi untuk tontonan dan pengajaran.


Operasi Valkryie



Misi aku lepas ini. 'M' untuk Muallaf. Seterusnya BL, P, M, dan JB. hehehe

Owh malam tadi di JJ Ipoh ada orang menari sempena hari Natal. Nampak muka-muka orang Melayu yang berjoget?






Ringkas dan Bermakna Gila




Objek yang membahagiakan aku untuk masa ini dan masa akan datang


Resipi Bubur Ayam Kok Kok Kok...mengiurkan tak?


Aku memang dah lama usha benda ni. Memang ringkas dan bermakna lah benda ni. Sekarang, aku dapat bersama BEKAM hari-hari. Ceyy...

Inilah kali pertama aku beli secara online. Dah merata aku cari benda alah ini, akhirnya di hujung jari saja! Proses membeli benda alah ini memang mudah. Jimat minyak, mesra alam, tak perlu berjalan sampai ke pintu hadapan kedai. Hari ini aku mengakui pembelian barangan secara online memang berkesan. Tapi cara pembelian ini, perlu juga berhati-hati. Takut-takut ada yang cuba cilok nombor akaun bank. Sebab itulah kena surih betul-betul laman web pembelian secara online yang dibuka. Kalau betul-betul yakin, barulah mulakan dan teruskan pembelian.

Benda alah ini secara khasnya sudah memotivasikan aku. Tiba-tiba timbul minat memasak dan aku suka cara memasak yang mudah. Kira mimpi jadi kenyataan lah ni. Haha. Jadi aku carilah benda alah ini. Secara kesimpulannya, hidup ini tidak kompleks sebenarnya, yang penting bagaimana kita memikirkannya. Kompleks atau ringkas. Aku memang suka benda-benda yang ringkas dan bermakna. Benda alah ini bagi aku dua jenis kepuasan. Kepuasan memasak dan kepuasan menggunakannya untuk trip BEKAM seterusnya.

Terima kasih kepada Outdoor Dynamics Sdn Bhd sebab bagi aku peluang kegembiraan dalam hidup. Mulai hari ini, BEKAM semakin melekat di hati...


Owh cakap pasal ringkas dan bermakna, semalam aku menyaksikan kapal sebesar gedabak Bangsawan Megat Terawis, tapi dalam babak itu dialognya hanya sepatah dua kata sahaja. Kapal bergerak seciput. Perlu ke?


Babak paling tak berbaloi


Props yang paling aku suka haha



Extra turn yang paling aku tak suka

Bagi aku, pembawaannya sebagai tukang cerita tak menjadi. Lawak yang sengaja dibuat tidak menjadi membuatkan penonton tidak selesa. Gerak tubuh yang agak keras kalau dilihat dan tidak natural. Elok sekiranya keseluruhan monolog pencerita dibawa oleh dia ini.


Scene yang aku suka


Waktu Megat Terawis guna sihir untuk jatuhkan buah durian. Lampu flicker hidup. Hanya scene ini yang aku suka. Kesimpulannya, banyak juga benda baru yang dapat aku lihat pasal teater bangsawan ni... Semoga TTS dapat muncul dengan gaya bangsawan versi TTS. Haha

Yang paling penting set on stage mesti ringkas dan bermakna.




Sudah Tiba Tapi Rasa Belum Sampai Lagi



Abang besar, tapi adab ciput. Kalau aku nak kategorikan abang ini, aku kategorikan manusia kurang adab yang setaraf dengan lokasi-lokasi penyahtinjaan. Ini al-kisah pemandu bas yang suka marah-marah kepada penumpang. Kondisi bas memang tip top. Sangat selesa. Tapi adab kurang. Terobesiti dengan baran. Kalau nak marah-marah makcik pakcik, tak perlu lah. Sebab diorang ni makan lagi banyak garam daripada abang oi... Hal kecil saja, pasal tiket dan tempat duduk. Siapa yang suruh parking bas jauh daripada platform? Buat aku panas saja.

Selepas 4 jam perjalanan dari KL-SERI ISKANDAR, aku turun bas melintas terus jalan raya besar yang di atasnya jejantas khas pejalan kaki. Haha. Aku disajikan dengan tompok-tompok tahi kerbau. Serupa baunya dari dulu lagi. Paling aku ingat, ada anak pokok bercambah betul-betul atas tompokan. Menunjukkan tahi-tahi mereka sudah lama dan sudah lama mereka meninggalkan kawasan itu selepas meragut rumput UTP yang subur. Yelah...hampir 24 jam disiram dengan air pancur automatik.

Bila sampai bilik, aku rasa tak sampai-sampai lagi. Banyak yang ditinggalkan di belakang. Tapi ini perlu dilalui. Bukan tercicir tapi memang terpaksa melangkah pergi. Meninggalkan semua kenangan tapi tidak tertinggal dalam ingatan. Mungkin untuk beberapa minggu. Aku nak balik JB...haha


Berat rasanya kali ini untuk tinggalkan Kampung Melayu walaupun untuk sementara. Tinggal beberapa hari lagi, tapi tiket tak beli lagi. Perak tengah menunggu, hati masih disini termangu. Entahlah. Mungkin dah terlalu banyak yang membahagiakan aku di sini. Tempat lahir aku. Tapi dalam masa yang sama, aku suka mengembara. Dulu pun aku melompat gembira dapat berkelana di Perak nun di utara sana.

Bercerita pasal mengembara, pertama kali aku berjauhan dengan keluarga ialah sewaktu masuk ke asrama. Waktu itu aku memang gembira sakan. Sebab aku nak tahu, apa yang menarik duduk di asrama. Selang seminggu, aku mengaku aku homesick. Tipulah kalau tak rasa homesick. Tapi tak teruk lah. Tak bernanah cuma luka kecil, terseliuh sikit. Aku terus telefon bapa aku.

Setiap perkara yang aku lakukan terlalu sempurna sebab aku nak samakan perlakuan itu serupa dengan apa yang aku lakukan di rumah. Akhirnya aku sudah biasa dan gembira. Pengalaman-penglaman menarik mula muncul. Setiap daripadanya buatkan aku menghargai kehidupan.

Bila berjauhan dengan orang yang tersayang, sebenarnya sedar tak sedar, ia memberi banyak inspirasi dan motivasi untuk kita buat apa sahaja dengan terbaik. Masa-masa gembira dengan rakan-rakan di asrama memang tidak terganti dengan yang lain. Disinilah kita kenal siapa kita yang sebenar. Apa identiti kita.

Apabila kita di universiti, teman menjadi kaki dan tangan kita. Sebab mereka juga turut mendorong apa yang kita lakukan. Seboleh mana kita jadilah diri sendiri. Kerana nanti kita akan sendiri juga akhirnya. Jadi kalau sekarang kita sendiri, ingatlah yang perlu dihayati.




Berlari

Berlari. Mungkin tak ramai tahu aku suka berlari. Berlari jauh jaraknya. Puasnya tak terkalahkan jarak yang aku tinggalkan. Dalam suasana hujan atau panas, itu membuatkan pelarian semakin berhala tuju. Kalau panas, kita akan terus berlari untuk sampai ke tempat redup. Kalau hujan, kita akan terus berlari untuk sampai ke tempat yang teduh.

Ini macam motivasi dalam kehidupan. Motivasi sekeliling. Sebab itulah aku suka mendaki gunung. Kenal apa yang dijumpai sepanjang perjalanan pergi, pulang, sedang.

Semalam aku berlari ke kota Kuala Lumpur. Kota lumpur sarat dengan bendang kemajuan. Kadang-kadang aku rasa tidak adil sebab tak semua 3.5 juta anak Malaysia merasai hasil bendang ini. Cendawan tumbuh sebab bila spora jatuh ke tanah. Ikutlah angin itu... kalau ke barat... ke barat lah banyak cendawan tumbuh.

Semalam aku menumpang di rumah Syakir. Sempatlah berlari-lari di dewan membeli-belah Times. Berbujang lapok dengan haf dan syakir. Puteri dan Katak haha... Tertidur pun ada lima minit. Tapi jalan cerita agak menarik buat aku gelak.

Malam ini di rumah Haf pula. Tepuk bantal terus tidur. Orang mengantuk disorongkan bantal. Esok tengah hari objektif utama berlari ke KL.


Eh! bukan yang ini!


Haaa yang inilah objektif utama berlari ke KL

Tahniah Abg Lut. Walaupun baru kenal dulu waktu Jebat 2007, aku rasa sangat dihargai, sebab dia ingat lagi nama aku. Semoga bahagia bersama keluarga isteri dunia akhirat. Sekecil-kecil penghargaan, sebesar-besar sanjungan.

Memang sejuk mata memandang. Hati pun boleh sejuk. Jangan pula dingin. Biasalah pengantin berpegangan tangan. Kata dah bersuami isteri. Jangan cemburu haha.

Bila cerita pasal kahwin, sekarang ini sekeliling aku cerita pasal kahwin, cari pasangan lah. Pasal mas kahwin. Siap keluar tips-tips. Tak kurang hebat sekarang ini tengah panas cerita dua pasangan ni... aku pun jadi tiang lampu hijau. Ramai juga yang jadi lampu hijau. Mak lampu hijau lagi lah ada. Terang benderang!


Itulah bila kita sampai ke Pekan Kematangan, kita mula berfikir tentang hal-hal ini. Kenalah ada perancangan. Senyap-senyap macam sloth. Slow and steady orang kata...




*Gambar ihsan anwar


Bas Tambang Untuk Singgah di Pekan Kematangan




Dah lama rasanya tak tengok tiket-tiket bas konduktor dulu-dulu... banyak kenangan tuuu




Pekan Kematangan tidak akan datang menaiki bas tambang yang tidak berhawa dingin dan rebung untuk singgah ke jiwa kita. Lagi-lagi kalau bas itu rebung keadaanya. Kitalah yang sendiri perlu naik bas dengan kaki kanan untuk singgah di Pekan Kematangan.

Bermacam fikiran berlegar di minda. Perlukan tiket atau bawa sahaja syiling sezaman dalam kantung. Kita tidak tahu sama ada bas yang kita tunggu itu bas berkonduktor atau bas tabung atau bas ekspress barangkali. Tapi bas ekspress kena beli tiket dahulu. Mudah. Ikut nasib dan suratan kalau memang keadaan elok, takdir menentukan kita bernasib baik terus dapat ke Pekan Kematangan dengan mudah. Keadaan itu yang memudahkan kita sampai ke sana.

Tapi bagaimana sekiranya bas yang akan kita naiki itu ialah bas berkonduktor. Kita tidak cukup sedia dengan wang syiling yang mencukupi. Sedikit kelam-kabut. Lagi-lagi kalau konduktor itu tidak mempunyai wang kecil untuk wang baki. Tarik nafas dalam-dalam. Buka mata luas-luas. Biar terjojol biji mata. Luas pandangan. Biar penuh imej konduktor bas itu dalam kornea mata.

Tidak perlu risau kerana masih ada cara untuk kita sampai ke Pekan Kematangan. Bagi salam dekat orang sebelah. Tanyakan jikalau dia sudi memberi pinjam wang syiling yang kecil jumlahnya. Mudah dan akhirnya nanti kita dapat turun dari bas melangkah ke Pekan Kematangan.

Memang begini agaknya fenomenanya. Aku mahu senegeri dengan mereka yang telah berada di Pekan Kematangan. Tidak tahulah mereka yang lain. Kesedaran ini datang tiba-tiba. Teruja untuk ke sana kerana hendak mengembara apa yang ada di Pekan Kematangan. Kerana pemerhatian aku menampakkan sesuatu yang menarik di sana. Yang aku lihat, yang aku dengar, yang aku rasa dan yang mereka tonjolkan.

Tetapi sejauh mana penilaian orang lain? Siapakah kita untuk berkejar-kejaran ke Pekan Kematangan? Sedangkan bagi mereka yang telah sekian lama berada di sana, sudah lebih makan garam mahupun asam.

Kita bukan bumiputera di sana. Kita adalah musafir. Bagpackers yang tidak tahu serba-serbi lorong-lorong yang berbelit di Pekan Kematangan. Hendak mencari tandas pun perlu bertanya penduduk di sana. Entah-entah tidak cukup 20 sen untuk masuk menunaikan Qada' Hajat.

Sehingga kini, aku masih bertanya. Benarkah Pekan Kematangan itu benar-benar indah seperti yang dilihat secara lahiriah, dan apabila kita berada di sana nanti, kita akan jadi diri sendiri?

Kembara ke Pekan Kematangan masih belum berakhir lagi. Sebelum bah datang menenggelamkan perkara-perkara kebiasaan, lebih baik sediakan kolek untuk tampak bersedia dan serasi dalam apa jua keadaan nanti. Tapi seharusnya Pekan Kematangan itu tidak berlari-lari bila kita cuba mengejarnya. Yang aku rasa.





BEKAM TerSENYUM-SENYUM

Ala-ala indie band...kot


Malam 12 September 2009. Malam-malam suram macam ni terus aku teringat kegelapan malam puncak Gunung Senyum. Banyak kenangan dengan pengajaran kat sana tu... Memang tangkap lentoklah sambil dengar lagu lentok. Gunung Senyum memang rock!

Tadi baru balik daripada mamak, mengutip gambar-gambar kenangan. Seronok bila menatap hasil-hasil tangkapan. Habis galak ketawa. Orang lain sibuk galak tengok Chelsea.

BEKAM berbangga sebab berjaya kendalikan satu lagi ekspedisi sebegini. Selepas Gunung Arong yang dah berapa banyak pantai ditawan dan Gunung Ledang, berapa banyak air terjun ditawan, Gunung Senyum memang rock!




In The Making Gunung Senyum, Gua Jebak Puyuh, Gua Senyum


Banjir

Agak rendah motivasi pada mulanya bila banyak khabar Kuantan dilanda bah. Daripada situ, dah terbayang projek kali ni bakal digagalkan. Tapi berkat percaya dan yakin, aku terus buat surat permohonan ke Pegawai Hutan Lipur Gunung Senyum. Alhamdulillah, reaksinya positif. Cabaran kali ni adalah cabaran masa yang terhad untuk persiapan. Cuma 9 hari sahaja selepas Raya Haji. Balik Johor Bahru pun subuh Raya Haji. Tapi berkat pertolongan semua ahli BEKAM, surat berjaya difaks, barang keperluan dapat diperlengkapkan, walaupun ada peserta yang menarik diri atas sebab tertentu. Tapi BEKAM tetap bersemangat.

Kenangan persiapkan barang, membeli-belah di Carrefour, Kip Mart, Kedai Plastik, Sakerah, Faks surat, aktiviti telefon menelefon Hutan Lipur Gunung Senyum, adalah antara pengalaman yang menarik. Setiap daripadanya ada banyak benda baru yang aku belajar. Tak terkata...






Selasa,8 Disember 2009


Bas Rebung-Pak Cik Driver Buat Aku Hot

BEKAM bertolak daripada Larkin Central jam 8.30 AM menaiki bas rebung JB-Temerloh. Awal 7.30 AM lagi semuanya berkumpul di rumah Faris. Semua barang dicek semula.

Perjalanan 6 jam memang penuh cabaran. Masuk bas ekspress Maju saja dah dibilas dengan driver. Isu remeh pasal plastik makanan. Kononnya kuli entah apa benda pakcik driver tu membebel...buat gua panas aja...


Enjin panasye pakcik, panas lagi hati aku haha


Mungkin bernasib baik bila tiba-tiba bas terkandas. Enjin panas sepanas hati gua dengan driver tu haha. Hampir satu jam bas terkandas dengan penyejuk hawa yang tak ada. BEKAM ambil peluang bergambar sakan dekat landasan keretapi. Buat bodoh ambil gambar-gambar lompat. Haha memang tak peduli dengan pandangan dan kutukan penumpang bas yang lain.




Tiba di Temerloh jam 4.30 petang, ambil dua teksi RM70 dan RM 50 terus bergerak ke Hutan Lipur Gunung Senyum. Terbau wangi semerbak di 4 lokasi sepanjang Felda Jengka 25. Aku pandang Mimi, Mimi pandang aku. Agak mendung cuaca. Tiba-tiba aku perasaan inilah lokasi filem MOMOK. Tak percaya tengoklah MOMOK.

Din dan Dongsu baru sampai. Geng otai AGUMA. Jadi malam tu malam kenal-kenal. Owh mafia game dengan passing energy tak dilupa. Hidangan istimewa malam tu ialah spageti daus ripin. Haha



Night Walk

Suka-suka warm-up sambil tengok suasana malam. Hampir 6.4 km berjalan, sambil-sambil berbual dengan Pakcik Hamaludin.






Rabu,9 Disember 2009


Gua Jebak Puyuh



Dalam perjalanan korang mesti jumpa benda-benda ni, bunga kembang semangkuk pun ade


Antara yang menarik gua rangkak

Awal pagi Gua Jebak Puyuh diceroboh dan memang aku akui memang mengancam pemandangan gua ni. Gua Jebak Puyuh masih aktif dengan proses stalagtit dan stalagmitnya. Perjalanan yang paling menarik bila merangkak masuk ke Gua Rangkak. Agak sempit tapi beberapa meter saja. Ada kalimah Allah, Muhammad dan bismillah pada dinding gua ni. Memang teruja. Aku pun dah tak ingat berapa gua yang kitorang masuk.


Kolam air biru yang cantik tapi dalam gila

Yang menarik lagi ialah kolam biru. Sekali pandang aku dah teruja. Macam nak berbogel terus lompat dalam kolam tu. Tapi dalam. Tu yang nampak biru. Kolam ni menghubungkan salah satu gua di Jebak Puyuh. Memang kalau selam dalam kolam ni ada lubang dan terus tembus dalam gua di Jebak Puyuh.



Gua Terowong memang ruangnya macam terowong. Jadi memang kebanyakkan gua ni dinamakan sebab struktur fizikalnya.


Gua Senyum


Gua Angin memang berangin macam buka kipas no 5



Pemandangan Gua Taman Satu


Gua Senyum kalau dilihat secara fizikal nampak berlumut hijau. Gua Senyum ialah gua yang dah berehat daripada bekerja bat stalagtit dan stalagmit. Gua senyum lagi nampak usang atau memang dah lama terbentuk. Korang akan feel sentimental bila masuk gua ni.

Yang menarik ialah struktur dinding atas Gua Terang Bulan. Berlubang seolah-olah macam bulan penuh dan pertama kali masuk Gua Terang Bulan, korang akan alami suasana bulan mengambang. Kalau pasal bulan mengambang ni, mesti ada kaitan dengan ketam. Memang tepat, ada ketam pulak dalam gua ni! Selain tu, ada juga serangga lain yang menginap dalam gua-gua ni.

Memang bernasib baik jumpa ketam dalam gua terang bulan ni


Nak cerita lebih memang tak cukup ruang dalam entri ni. Memang cantik acuan semulajadi batuan kapur kat Jebak Puyuh dan Gua Senyum ni. Kena lawat sebab malangnya mungkin Gua-gua ni akan diletupkan untuk tujuan industri simen. Dengar cerita jelah... tapi memang betul jenis batuan kapur kat sini kaya dengan peratus mineralnya. Cukup bernasib baik dapat melawat tempat ni sebelum tak ada nanti.


Antara tarikan untuk ambil gambar, jambatan gantung haha

Lepak

Petang dan malam tu memang lepak. Tapi malam macam biasa kena berjaga. Sebelum tu bersiap-siap untuk kelengkapan bermalam di puncak. Cabaran nak daki Gunung Senyum untuk peringkat awal ialah masalah renjer tak ada. Jadi kena cari trek ke puncak. Kalau nak bermalam di puncak memang pihak hutan Lipur Gunung Senyum tak akan bertanggungjawab. Risiko ialah kalau hujan petir memang bahaya dan masalah tak ada punca air. Maksudnya kena angkut tong air atau bekalan air secukupnya. Paling minimum ialah 2 botol kecil 500 ml air. Kena bajet untuk air minum dan sembahyang. Semua dah set nak bermalam di puncak. Memang berbaloi...





Khamis,10 Disember 2009


Gunung Senyum

Lebih kurang jam 10 pagi dah bersiap untuk mendaki. Untuk sampai ke Base 1, perlu berjalan atau naik pick-up melalui ladang kelapa sawit. Memang layan naik pick-up dengan desusan angin.


Bergambar gembira dengan pick-up sebelum terhuyung-hayang


Macam Beruk Climbing

Naik ke puncak mula-mula melalui denai kelapa sawit. Cabaran pertama ialah kawasan curam yang berbatu. Memang hampir 100% trek ke puncak Gunung Senyum berbatu tajam dan ada kawasan batu bergoyang. Memang mencabar. Macam beruk climbing!


bergaya sepam

Base 1

Perjalanan hampir 45 minit untuk sampai ke Base 2 tanpa henti. Sepanjang trek ni, memang tak sangka kawasan curam gila hampir kurang daripada 90 darjah curam. Ada 2 tempat sahaja yang ada bantuan tali dan tebing besi bewarna hijau. Memang susah nak kesan trek ni. Sebab kebanyakkan kawasan ni berbatu, kurang nampak kesan trek daki. Checkpoint trek ni ialah titik merah bulat. Ada satu kawasan, sangat curam dan bahaya kalau tangan tak kuat mengenggam batu.


Trek berbatu-batu tajam dan curam je sepanjang naik ke puncak




Base 2

Berehat hampir satu jam. Sengaja rehat lama sebab nak menghayati pemandangan Gunung Batu Kapur ni. Dari base 2 boleh nampak kawasan tanaman kelapa sawit. Memang layan.


Pemandangan Ladang Kelapa Sawit sebelum ke Base 2


Trek ni yang berbahaya ialah kawasan batu bergoyang. Batu-batu ni macam batu yang baru pecah akibat keadaan fizikal bumi. Kena jaga langkah sebab bahaya kalau tersalah langkah boleh tergelincir jatuh gaung. Trek ni pun ada kawasan berlubang. Sebab gunung Senyum ni pun fizikalnya macam batu-batu yang bertindih-tindih.

Base 3

Sebelum sampai Base 3, ada laluan lubang membawa ke kawasan redup pohon berakar. Spot ni je yang agak rata tapi ruangnya agak sempit. Sebenarnya memang diharamkan tidur atas puncak. Haha tapi boleh renjer kata, tapi dia tutup mata. Al-kisah memang dah rancang nak tidur kat puncak. Maka layan jelah...


Berkhemah secara haram di puncak kui3


Bergaya monyet sepam


Puncak



Tempoh sampai ke puncak ialah 1 jam 30 minit. Jam 12.30AM Kawasan puncak masih lagi berbatu. Lunch di puncak, buat teka-teki dan paling penting menikmati pemandangan sekeliling. Istimewanya puncak Gunung Senyum ni ialah dapat tengok kawasan rendah di sekeliling. Sebab Hanya Gunung Senyum saja kawasan paling tinggi dalam kawasan tu.



semua berAGUMA


semua berBEKAM


Senja di Puncak

Pemandangan senja memang cantik. Tapi kena bawak lampu sebab bila dah gelap susah nak cari trek. Dari puncak boleh nampak Genting Higlands, Sungai Pahang, kawasan Felda Jengka.

Din gaya memburu
banyak yang BEKAM belajar daripada AGUMA


Terbang sikit uk uk uk uk


Malam di Base 3

Kawasan ni kurang rata, sebab ada akar-akar pokok. Jadi kawasan ni diratakan semaksimum yang boleh. Aktiviti malam berehat dan makan malam. Plan nak ke puncak waktu malam tak terjadi. Tapi agak bahaya sebab susah nak kenal trek, sebab trek yang mengelirukan dan berbatu saja.






Jumaat, 11 Disember 2009

Matahari Terbit di puncak-Turun


Tak boleh lupakan matahari terbit Gunung Senyum

Memang tak lepaskan peluang ke puncak bergambar dengan matahari terbit. Lepas puas bergambar,terus bersiap untuk turun ke tapak tanah rendah. Perjalanan menuruni Gunung Senyum agak berisiko dan perlu jaga langkah. Alhamdulillah lebih kurang satu jam tiba di tanah rendah kawasan ladang kelapa sawit. Agak gayat bila turun ke bawah.



Bila tiba Base 1, kami disambut dengan segerombolan lembu ternak. Mengembu bertalu-talu. Haha.

Balik La Pula...

Lepas mandi secukup rasa dan berkemas, 8 orang tersumbat dalam Kembara Dong. Meneruskan perjalanan ke Jeti bot penambang. Bot ni membawa kami ke Kuala Krau dengan tambang RM1.30 seorang. Berbaloi dapat merasai air sungai Pahang, sungai terpanjang di semenanjung Malaysia. Tercapai jugaklah hasrat mamat seorang ni~


Din Dong potong??


Dari jeti Kuala Krau, Din dan Dong melambai pergi. Bersalaman dan mengucapkan selamat. Agak menarik melalui jalan kampung Kuala Krau ke jalan besar. Sempat beramah dengan pakcik sebab nak tanya jalan keluar haha.

Dari situ, naik bas sambung ke Temerloh RM3.90, lebih murah berbanding naik teksi dari Hutan Lipur Gunung Senyum ke Temerloh terus.

Berkelana Kat Temerloh

Bas ke Singapore 9.30PM. Jadi, semua ambil kesempatan berjalan-jalan dulu. Malangnya gulai ikan patin dah habis... memang laku betul. Tapi laksam Temerloh memang layang. Makanan agak murahlah. RM4 boleh dapat laksam dengan jus tembikai.


Singgah kedai bundle Temerloh RM 12.50 dapat 2 baju, buah tangan sikit


Selamat jumpa lagi BEKAM dan terima kasih AGUMA. Banyak yang dipelajari daripada korang. AGUMA ngaaaauuummmm...BEKAM ngeheeee~



Dari kiri,
acab , ash, syakir, faris, mimi, hatta, dong, din




Kesimpulannya, trip kali ni BEKAM banyak belajar sesuatu. Pengalaman itu yang mahal tu haha. Daripada ala-ala backpacker, sampailah ke cara-cara memasak. Memang banyak yang advanture lah! Apa lagi sem depan Gunung mana pula? Pulau? Island Hoppping? Insyaallah..