Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Mereka


Mereka. Sebab tak pernah ada peluang untuk bekerja. Untuk rasa susah bekerja. Untuk rasa penat bekerja. Untuk rasa nikmat bekerja. Kerja untuk menyusahkan diri. Keluar daripada zon selesa dan lompat melepasi zon kebergantungan. Kalau ada pertandingan lompat tinggi, semestinya mereka telah mendahului. Untuk menikmati usaha dan kegigihan rakan-rakan lain yang gigih berusaha dengan niat yang sangat indah kalau dilihat daripada mata hati. Untuk buka mata hati se-360 darjah yang boleh. Bukan seperti burung yang terbang bebas memerhati, tapi sehati terkunci mati. Mereka bekerja untuk mendapat duit kocek. Mereka belajar tidak lokek. Mereka bekerja untuk tidak membebankan ibu bapa. Mereka bekerja sebab mereka hanya orang biasa. Mereka bekerja kerana mereka duduk di setinggan sahaja. Mereka bekerja kerana matangnya pemikiran. Mereka bekerja untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan rakan-rakan mereka yang kaya-raya. Mereka tidak kisah bekerja di kilang kayu. Mereka itu jelas, sangat tidak dungu. Mereka tidak kisah bekerja di kilang roti. Mereka tidak pernah patah hati. Mereka bekerja untuk dapat menampung yuran Universiti. Mereka bekerja untuk belajar sampai luar negeri! Ternyata mereka tidak rugi. Mereka lihat bergaya. Dengan kot yang disulam dengan pengalaman dan ingatan. Mereka ada kereta limo yang panjangnya sama dengan akal fikiran. Mereka berkasut hitam yang kilat seperti hati juara. Mereka berpangkat dan mereka diangkat-angkat. Amin.




Babat





Babat satu subjek yang menarik. Ramai orang suka makan tapi tak ramai tahu macam mana proses memasaknya. Semalam abah aku bawa babat daripada korban surau. Kalau datang Johor, sate babat mesti ada selain sate ayam atau daging. Semalam berhempas pulas emak aku kikis lumen-lumen babat ni. Bau memang hamis gila. Yang hitam-hitam macam peta Benua Afrika itu lumen-lumen yang tak terkikis. Memang susah kot. Babat lembu ni kalau direbus dengan rempah ratus, barulah wangi dan sedap dimakan baunya.

Babat owh babat... aku tak suka bau engkau. Tapi aku suka makan engkau bila engkau jadi sate hehe...

Salam Aidiladha...dha dha dha dha dha dha dha dha dha dha (bergema)




Tong Tong RM10 Ringgit

Liarnya Johor Bahru. Sempat berkorban tidak menonton Nur Kasih episod akhir. Haha. Salah satu bentuk pengorbanan sebab nak berkumpul dengan member-member lama. Lama kot tak berkumpul.

Daripada gam punggung depan TV di rumah, memang berbaloi duduk semeja di mamak Aliff dengan mereka ni. Macam-macam topik diperbualkan. Pasal kehidupan masing-masing, gosip-gosip sedikit dan pastinya pasal perangai masing-masing yang tak berubah. Aku tergelak syaitan haha!

Memang pengorbanan itu sesuatu yang bermakna. Tak sangka pula dekat mamak buka Nur Kasih siap dengan paparan besar projektor lagi. Fenomena Nur Kasih betul! Ramai juga yang layan Nur Kasih ni. Tapi, tak habis feeling cerita ni tiba-tiba ada tangan busuk lagi hamis, sehamis kambing korban, tuka saluran lain. Cett...

Lepas minum-minum, spontan dapat plan pusing-pusing satu JB. Hendak melihat perubahan JB lah katanya.

Dari Kampung Melayu, ke Bakar Batu, melalui jambatan panjang Permas yang sangat cantik pemandangan waktu malam di muara sungai. Cuma baunya kurang menyenangkanlah. Sebelum itu dah habis dah pusing satu Kampung Melayu. Tak banyak berubah, tapi memang meriah Raya Korban. Ramai yang potong lembu,kambing dan sebagainya.

Berbaloi tong tong minyak RM10. Kawasan hadapan Maktab Sultan Abu Bakar dah berubah. Ada jalan besar dua hala. Hadapan Hospital Sultanah Aminah sudah nampak bayang-bayang KL dengan .Pembangunan Iskandar katakan...

Ceruk-ceruk kecil pun kami redah malam itu. Haha... kalau di JB ni, Jalan Dobi mungkin dah kurang dah. Di KL Lorong Haji Taib. Kami sempat melihat 3 'abang' di lorong kedai berdekatan Larkin Bomba. Tak sangka banyak kereta menunggu. Dalam kereta itu rata-rata lelaki. Kalau dah menunggu di lorong-lorong gelap, apa lagi. 3 'abang' tadi nampak bergaya lah! haha. Bukan dekat sini aja kami jumpa. Satu lokasi lagi di Kampung Pandan. Tapi seorang je lah. Kata member aku, Raya Haji...biasalah...tak ramai turun kerja.

Inilah realitinya. Masih ada lagi yang buat kerja-kerja macam ni. Haih...

Dalam kereta memang hiruk pikuk dengan suara-suara perbualan kami. Yelah dah lama tak jumpa... bila bercerita, tak habis. Sempat juga berkarok dalam kereta. Memang layan lah!

Sekadar untuk dikongsi kepada member-member yang berada di luar negara. Terutamanya BEKAM. Jangan jealous... kami nak ke destinasi yang seterusnya...hint: senyum...



Motosikal Berkunci Aku Pergi

Petang tadi aku berikan lambaian terakhir kepada JCV 7693. Motosikal ni dah banyak menampung punggung-punggung yang berat nak ke kuliah, ujian, peperiksaan akhir dan yang paling kerap ke MPH atau Blok B. Motosikal ni hampir 20 tahun, seusia dengan aku. Kalau tak ada motosikal ni, aku kena patah pinggang jalan kaki untuk latihan teater. Aku lap JCV 7693 dengan kain cantik warna biru. Lepas mengetap pengunci rim, maka berehatlah dia untuk 3 bulan.

Aku tengok langit maghrib. Jingga keemasan. Memang nampak berharga. Tambahan pula suasana yang hening kruk kruk kruk bunyi cengkerik menandakan ramai kawan-kawan sekeliling dah pergi. Pulang ke kampung masing-masing. Aku berehat sambil-sambil menulis entri ni. Mengisi masa sebelum pergi. Tapi tak cukup kekuatan nak mengimbau kembali suka-suka semester ini yang sangat-sangat menarik dan bait-bait lagu semester kali ini memang sentimental. Tak apalah nanti-nanti...


Kembali kepada perenggan pertama. Iaitu pasal motosikal aku yang dah berkunci. Dan pada pukul 9 malam ini aku pun pergi. Ini pertama kali aku balik rumah sampai pada pagi raya woo...


Jumpa semester hadapan rakan-rakan CJ7, TTS dan Duyung~


Yang Pergi Babai, Yang Kembali Haihai


Abang-abang, kakak-kakak yang bakal graduasi, terutamanya rakan-rakan Tronoh Theatre Shop, selamat bergraduasi. Untuk kakak dan abang selamat intern. Semoga 8 bulan dirasakan sebulan, semoga yang ditinggalkan, ditimang-timangkan. Tiba-tiba aku guna istilah abang kakak. Kita kan orang Melayu. Eh! Aku Jawa...

Aku sempat jadi stalker save image as dalam akaun Facebook. Sekarang memang senang nak cari maklumat peribadi orang lain. Rasanya bakal bos pun akan guna kaedah sama untuk tahu dan lebih mengenali bakal-bakal pekerja dia. Jadi untuk abang dan kakak yang nak bergraduasi, lekas-lekas remove tag gambar yang tak senonoh. Misalnya berpostur pelik ke, bergambar dalam latar belakang yang gelap ke..Haha kalau adalah...

Hasil intipan


Sefa, selamat melalui fasa fetus (8 bulan) dunia dalam perut, sebelum lahir nanti sebagai Jurutera Mekanikal yang berdedikasi. Seronok intern kat Sony!


Tasha, selamat melalui fasa yang sama. Nanti lahir menjadi jurutera awam yang berwibawa dan berfesyen high class waktu gerudi jalan raya. Macam biasalah, kalau rindu-rinduan jangan peluk tiang, peluklah beruang.

Aku rasa riwayat aku dah semakin habis di UTP ni. Lebih kurang 6 jam lagi aku balik kampung.

Yang patah tumbuh, hilang berganti. Yang akan kembali semester hadapan, wiwwit~


Tarikh Ke Depan, Kita Tetap Akan Berjalan


Malam ini aku berhalusinasi sekejap. Membayangkan aku duduk semeja di Restoran Aliff yang ala-ala mamak. Wifi percuma hidangan wajib order. Sambil menikmati suasana kebisingan orang berniaga jualan langsung atau MLM. Seperti selalunya duduk dengan konco-konco lama yang selalu buat testosteron aku teruja nak bercerita macam-macam. Ketawa dan gelak sakan. Owh ini mungkin personaliti aku yang mungkin jarang dilihat dengan mata kasar. Hanya yang selalu ada disisi aku saja yang menikmatinya. Haha Tak percaya tak apa lah...

Pelan-pelan untuk cuti nanti dah berputar-putar macam roda impian. Cuma menunggu jarum menunjukkan pelan mana yang tertebak. Kebarangkaliannya memang tinggi. Bila dah tertebak, perlukan pula perahan idea konco-konco aku yang tadi. Maka bila sempurna, barulah gerak kerja akan mula. Yeah!

Aku pun membayangkan aku turun daripada bas dan memijak bumi Johor yang indah permai. Di hadapan aku ada asap hitam berkepul-kepul, orang-orang berleseran dan ada minah dan mamat tengah sibuk menjual. Yelah... turun bas mesti di Larkin Sentral (dulu dikenali sebagai Stesen Bas Larkin). Kemudian aku tahan teksi dan hulurkan RM4 untuk tambang ke Jalan Satu, Kampung Melayu Majidee.

Aku turun teksi, dan di hadapan aku terbentang ruang yang menempatkan aku membesar. Didalamnya aku bermandikan kasih sayang, wangi dengan kenangan, berbuih-buih kemesraan. Buih-buih itu mengandungi tekanan yang rendah daripada tekanan udara di sekeliling. Membolehkannya berawang-awangan bebas di udara. Seumpamanya bila aku keluar daripada ruang itu seperti sekarang. Bebas mencari hala tuju dan terdedah kepada bahaya tajam sinaran matahari. Mudah untuk pecah. Tetapi segalanya tidak mustahil, kita boleh berubah menjadi belon, atau belon udara panas atau jet pejuang sekali pun. Sebab ada magis. Magis, sebuah hasil keazaman dan usaha sendiri untuk bertahan.

Aku masuk melalui pintu hadapan rumah, sebelum itu melalui 'Teratak Buana' dan merentasi pokok-pokok tanaman emak. Selangkah aku masuk, ribuan tangan menyambut kepulangan.

Bila aku dah masuk ke zaman ini,aku akan membuat senarai hendak buat. Tarikh-tarikh habis dilorek dengan sesuatu yang terisi. Sewaktu ini, rakan-rakan seperjuangan dan keluarga yang ditimang-timangkan akan kekal dalam ingatan dan bila tarikh semakin ke depan, kita tetap akan berjalan.



Tetamu Berganti

Kita adalah tetamu
Gemersik alunan ombak
Gelombang resah hilang berasak
Di hadapan adalah yang tampak
Sebuah seni indah
Tercapaikah kudrat puluhan usia?

Bila umang-umang sembunyi
Kita mencari buran
Lupakan butir-butir pasir
Gelombang datang lantas hilang
Melihat gerak-geri seperti sendiri
Sendirian tiada erti

Bila berlari ke pantai
Lautan ditinggalkan
Obor-obor bukan alasan
Kelak kita tiada berteman

Bila berlari ke teluk
Berbaris puluhan manusia
Hadiah hidupan untuk kehidupan
Melihatnya
Sebuah ajaran dalam kenangan

Kisahnya silauan mentari terkena karang lautan
Hari sebenar itu adalah kebiasaan
Bertemu dan pulang
Bila umang-umang sembunyi
Tidak tahu masihkah ada yang melihat lagi
Tetamu selepas kita pergi.

abm
Teluk Senangin.



Cengkih Mengkih...Sedih Pulih...Semangat Langat...


Cengkih Mengkih...

Aku kena ucapkan terima kasih kepada Baim,Hafifi,Fazly dan Sapek sebab sudi menghasut aku turut serta ke Ipoh haha. "Cengkih mengkih...takda!" ini sebenarnya antara dialog yang menarik dalam Pisau Cukur. Mungkin terlalu lambat tengok filem ni haha. Walaupun selaku pelakon tambahan sebagai pekerja spa,Rafidah Abdullah memang lawak! Orang kata ada x-factor. Bila babak dia saja aku dah tergelak. Owh dialah penulis skrip filem ni...

pisau cukur moden


Inilah kali pertama aku pergi panggung dalam semester ini. Ajaib! Aku akui aku seronok menonton cerita ni. Ya, jarang sekali filem melayu aku tengok di panggung wayang. Haha. Gambar cantik, pelakon ada karakter masing-masing, kegedikkan macam haram dan yang paling penting humor berakal lah. Jadi boleh dikatakan aku tergelak juga dalam panggung. Jalan cerita bukan tipikal tapi menarik.

Owh... aku mula jumpa balik minat aku yang dulu...aku nak buat puas-puas balik rumah nanti.




Sedih Pulih...

Sapek baru dapat panggilan daripada kakak dia yang emak dia pengsan sebab kurang gula petang Sabtu lepas. Mungkin nasib tak menyebelahi dia, laptop pula cari masalah. Mulalah kelam kelibut macam ribut hari itu. Yang paling penting sama-sama doakan emak Sapek cepat pulih di hospital. Tapi Sapek ini kuat macam Hulk Hogan. Semangat Sapek!

Sapek...




Semangat Langat...

Dalam keadaan akhir-akhir ini, yang paling diperlukan ialah semangat! Semangat untuk terus belajar. Haha aku bukan jenis yang kaki study dan kamonlah datanglah semangat belajar untuk kertas peperiksaan yang terakhir ini. Dalam waktu-waktu begini memang banyak pengaruh baik yang membisik. Haha... selepas 25/11/2010 maka tamatlah tahun pengajian kedua. Tapi aku bersyukur sebab dah hampir-hampir kepada penghujung semester ini, banyak perkara-perkara menarik berlaku. Aku sangat menghargainya. Aku percaya bahawa insyaallah jika apa yang kita usahakan itu baik, maka baiklah pulangannya. Percayalah.



Selepas 3 tahun, 11 bulan, 21 hari...





Selepas 3 tahun, 11 bulan, 21 hari... semuanya dah besar-besar macam gajah. Waktu pertama kali gua berkenal-kenalan waktu foundation dulu semuanya kecil-kecil macam berudu. Dah lama gua rasanya tak keluar berjemaah ramai-ramai dengan member-member sekepala ni... Semalam kiranya ramai juga selonggok datang ke restoran MP. Owh ada VIP datang dari Kulim~ Terima kasih gua ucapkan kepada VIP tersebut sebab lu memang ROQlah! Semoga lu dapat meneruskan apa yang lu minat semester baru nanti. Sanggup lu datang dari Kulim ke sini. Wah!

Sayang dowhh dulu ramai kot member-member sekepala pertama kali kenal di UTP ni. Tapi lepas keputusan SPM keluar, ramai yang keluar pergi persediaan ke oversea. Beberapa ketul agaknya yang keluar. Semuanya ada plan masing-masing. Sekarang ada yang di London, US dan kat mana-mana lagi lah.

Dah banyak cerita sebenarnya dikongsi bersama. Yang luar, yang dalam, dari hujung rambut ke hujung kaki, yang tersembunyi, yang terselit, yang terkepit... haha. Kiranya dah kenal kot masing-masing. Hidup di U ni kenalah berkawan. Tak ada kawan tak hidup kot. Waktu susah, diorang ni lah yang ada. Waktu senang pun apatah lagi. Teringat peristiwa-peristiwa waktu gua kena kuarentin dek H1N1 dulu. Member-member gua yang nilah yang tolong angkut barang gua hantar kat Duyung. Member gua yang nilah yang belikan bisKuat.

Gua rasa steamboat malam tadi tak cukup nak puaskan aku bersama lu orang. Apa-apa pun gua menghargai lu orang walaupun mungkin gua susah nak tunjuk gua hargai lu orang. Kalau gua diberikan pilihan 'padang depan greentown?' dengan 'lu orang', mestilah gua pilih lu orang. Sebab lu orang lebih daripada 'padang depan Greentown?' haha



Simboliknya CJ7 Picnic (Chemy Jan07 Picnic)



Aku selalu bertukar gambar latar belakang 'desktop' sebab aku suka melihat pengalaman dan kenangan. Kalau boleh setiap hari aku nak tengok. Lepas bangun pagi, lepas gosok gigi, lepas sarap pagi, lepas mandi, lepas tengok movie, lepas balik tandas, lepas exam dengan hati yang panas. Senang cerita tengok gambar ni je boleh terus sejuk. Jadi, aku cuba jadikan setiap pengalaman dan kenangan itu sebagai sesuatu yang patut dihargai dan caranya dengan 'melihat'nya setiap hari.


Figura di atas ialah gambar latar belakang desktop aku yang terkini. Foto ini dan CJ7 Picnic itu sendiri sesuatu yang simbolik bagi aku. Haha aku gelarkan Chemy Jan07 sebagai CJ7 sekarang ini. Idea ini aku dapat daripada seorang penggiat teater, Anwar namanya.

Foto asli ini diambil sewaktu CJ7 Picnic tempoh hari. 35 rakan-rakan CJ7 berkesempatan merapatkan ikatan famili di Teluk Senangin yang mendamaikan.

Bayang-bayang hitam ini adalah rakan-rakan CJ7 yang turut serta ke Teluk Senangin. Aku sengaja menjadikan ianya bayang-bayang hitam sebagai simbolik kepada hubungan persaudaraan dalam kalangan CJ7 ini yang tidak mengenal bangsa,agama,negara dan warna kulit. Semuanya sedondon. Kalau dilihat, bayang-bayang mereka ini tersusun dalam satu baris. Melambangkan walau apa pun yang terjadi, kita tetap sebaris membawa perjuangan yang sama jelas dalam bidang yang sama. Terima kasih kepada semua yang datang meyokong aktiviti ini dan apa yang diharapkan ialah semua yang terlibat, merasai objektif utama ia diadakan. Di sinilah kita mula atau lebih mengenal tentang karakter masing-masing. Mungkin sebelum ini belum pernah bertegur sapa atau malu nak bercakap. Di sinilah kita mulakan. Kalau di dalam bilik kuliah konsepnya tak sama macam di luar kuliah. Jadi hargailah setiap seorang daripada kita dan orang di sekeliling kita. Hehe...

Memang seronok bila ramai-ramai berkumpul. Macam-macam aktiviti yang dilakukan. Cari gula-gula dalam pasir antaranya. Simboliknya aktiviti ini bagi aku ialah menceritakan macam mana kita susah nak cari kawan sebenarnya. Kais-kais menggunakan kaki. Kalau tersilap kais, luka jari kaki. Nak mula bertegur memang susah. Kena ada keberanian dan senyuman mesra. Tapi bila kais-kais, tiba-tiba terjumpa gula-gula. Dapat pula kunyah gula-gula tu. Manisnya kemesraan kalau dapat banyak lagi bagus!

Latar belakang kepulan-kepulan awan biru adalah simbolik kepada keamanan dan kebahagiaan dalam sesebuah ikatan persaudaraan. Dan kepulan-kepulan awan biru dan putih menerangkan betapa sucinya usaha untuk merapatkan hubungan persaudaraan. Terima kasih kepada pengelola utama CJ7 Picnic yang banyak mengerah tenaga dan masa untuk melancarkan aktiviti seperti ini. Atau mungkin lepas ini ada ramai pengelola yang lahir. Mungkin untuk bercanda di Pangkor ke, Langkawi ke, Konvoi Hari Raya ke, dan sebagainya...

Aku rasa macam tengah menulis karangan bergambar. Macam SPM dulu-dulu... haha

Owh bola itu pun ada maksudnya. Bukan sekadar bola Syazwan. Eh, maksud aku bola yang dibaling oleh Syazwan. Maksudnya, persaudaraan ini dengan harapannya tiada noktah. Tak berhenti selepas graduasi nanti. Insyaallah sampai dah kahwin, beranak cucu atau pun dah berusia tak ada gigi nanti. Kalau boleh, ada yang masih sms waktu dah bergigi palsu nanti.

Akhir sekali, terima kasih kepada semua yang menyokong CJ7 Picnic.
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Potong jangan tak potong~
Owh selamat maju jaya untuk kertas peperiksaan yang terakhir semester ini. Lepas tu apa lagi, MERDEKA!






Sayang Seribu Kali Ku Sayang



Tempoh lebih kurang satu hari satu malam di Kampung Felda Ijok, membawa aku bersemuka dengan kehijauan ramah-tamah desa. Memang seronok!

Duduk sebelah tingkap bas memang itu pilihan aku kalau berkelana ni. Dapat merenung jauh tengok kehijauan kampung, bangunan-bangunan klasik, papan-papan tanda di jalan yang tiba-tiba akan mengingatkan aku kepada sesuatu kenangan dulu-dulu. Wah memang senimental lah! haha

Memang berbaloi dapat balik ke Kampung Felda Ijok. Hamzah jadi teman aku berkelana. Walaupun berdua sahaja, tapi rasa macam bereenam haha!

Yang paling penting berjumpa balik dengan keluarga angkat di sana, abah, mama, along, angah, adik Siti, Maksu, Atuk, Opah dan semua ahli keluarga yang lain. Keramahan mereka ni aku tak dapat lupakan.

Perjalanan naik bas dari UTP memang menyakitkan sebab terpaksa tunggu hampir satu jam untuk dapatkan bas ke Medan Kid. Kemudian dari Medan Kid kami naik bas ke Kemunting. Melalui Taiping sebelum sampai ke Kemunting. Taiping memang sebuah bandar yang cantik. Ada kawasan berhampiran Bukit Larut yang dengan dengan kawasan hijau. Tenang, sejuk, segar... Dari Kemunting kami naik bas Selama untuk turun di Kubu Gajah.

Di Traffic Light simpang empat ke Felda Ijok, Maksu dan Pak ngah sudah menunggu dengan senyuman. Kami bergerak ke rumah abah dan mama dan sampai jam 6.30 petang.


Along, Hamzah dan ramah.


Alhamdulillah keadaan semuanya sihat. Langkah kanan orang kata... kami melantak masakan mama dengan rakus. Ikan duri masak gulai, sotong masak sambal, kuah asam dan yang paling penting sambal belacan mama serupa ada 'kick' dengan yang mak aku buat. Wah! memang mengancam. Aku tambah banyak kali kot. Bergelinangan air mata aku. Memang langkah kanan lagi orang kata....kebetulan durian dah musim. Berderet durian dekat pangkin dalam rumah. Jual memang tak laku dekat Ijok. Sebab rata-rata semua orang ada kebun yang ada durian. Dan bila ada durian... pasangan dia ialah manggis, isteri keduanya rambutan. Aku minat dengan rambutan sekolah kecil, cerita mama.


wajah Adik Siti Makan Kuaci


Al-maklum... kalau balik kampung, 'kompom' berangkut dengan buah tangan. Owh Hamzah dan aku menunjukkan kepakaran mengupas durian dan isi durian. Orang kata nak jadi menantu kenalah pandai kopek durian. Kalau tak, susah dapat bini. Hehe...



Abah Man dengan koleksi duriannya~
Orang gila sibuk dengan koleksi hartanya~


Bermalam selama satu hari memang tak cukup. Tapi masa digunakan sesempurnanya. Sempat melawat Opah, atuk, Maksu dan bermesra dengan along, angah, adik siti. Along dapat anugerah kehadiran penuh, angah akan bergraduasi esok dan siti dapat anugerah yang selalu dia dapat, iaitu anugerah pelukan ibu...

Insyaallah Kalau ada ruang, masa dan peluang, tidak janggal rasanya untuk datang ke sana lagi. Seperti dayang, datang tak menghilang, senyuman tidak lekang, pengubat rindu hati kan senang...



CPL Daripada Kaca Mata Aku






Ada ketawa dan mesra



Ada sokongan dan tepukan





Ada yang kecil badan dan berangan





Ada yang putih dan letih





Ada lawan dan setiakawan





Ada semangat sepasukan dan kebangsaan






Ada yang 'panas' dan tegas






Ada yang biru dan 'eh jangan ambil gambar aku...'





Ada luka dalam suka...
dan macam monster :P





Ada yang fokus dan rakus





Ada yang baring dan caring















Dah potong??
pun ada...



Chemy Jan 07 Premier League

Tahniah kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dan tak langsung. Lebih-lebih lagi kepada penganjur, penaja trofi Zaki, penaja air sirap Rufai dan semuanya lah! Tahniah kepada semuanya kerana sudi berkongsi masa, ketawa dan jiwa. Semoga kita semakin akrab. Usaha ini besar sebenarnya. Macam nak menyatukan bangsa. Bagus. Sayang juga sebab tak sempat nak habiskan acara sampai habis. Ada janji dengan kawan ke Ijok. Semoga berjaya untuk kertas PI nanti. "Patahkan Satu Kaki!" : "Break a leg!"



Ingin Pulang


Saat-saat begini aku ingin pulang
Menutup lampu hilang terang
Kelambu rindu aku hamparkan
Biar terkunci sebentar kebiasaan
Kerana lama ditinggalkan

Sedang di sini aku
Bermesra dengan pengalaman

Sedang di situ nanti aku
Bermesra dengan kenangan dan luahan

Bayangan pulang dalam selimut
Semakin aku terlelap
Semakin jelas senyuman

Saat-saat begini aku ingin pulang
Yakinkan aku bulan bintang.

abm



Tak Reti-reti Lagi?

Tak Reti-reti Lagi?

Hari-hari mak aku jahit baju
Tapi tak pernah rasa jemu
Atau rasa penat sampai nak makan jamu
Pagi petang siang malam asyik macam tu
Sampai larut malam mata tak pernah kuyu
Tak pernah pulak jumpa hantu
Sebab itulah aku tak pernah kurang kain baju


Kurang kain baju dan tidak kurang kain baju. Pilih mana satu


Hari-hari mak aku pergi sekolah
Sebelum subuh dah bangun dah
Goreng lempeng cukup sudah
Perut kenyang hati senang lah
Lagi-lagi tengok anak-anak pergi sekolah
Sebab itu aku kat sini dah

Hari-hari mak aku pergi sekolah
Bapak aku pun sama juga dahhh..
Cantas pokok buang sepah
Cuci lantai buang sampah
Owh...memang banyak tenaga dikerah
Sebab itulah aku rasa resah

Jangan direndah-rendahkan mereka sudah
Maksud aku macam Pakcik Makcik AZAR
Sesedap rasa wah wah wah
Ingat kamu tu cukup mewah?

Hari-hari bapa aku potong rumput
Panas terik dahi berkerut
Nak carik rezeki tak pernah surut
Sebab itulah aku tak pernah lagi makan rumput


Saya suka rumput.. opocot gelilah~

Ini cerita suatu hari
Bapak aku memang happy
Balik rumah tak makan lagi
Nak beritahu kereta dah beli
Kereta mazda putih baru dibeli
Dibeli pula di kedai Pak Ali
Hehe.. sengaja tambah macam ni
Untuk sedapkan ayat untuk dihayati
JAD 27 flat number otai ni...
Aku gembira tak payah jalan kaki

Pergi sekolah dengan kereta baru itu
Budak-budak sekolah ketawa tersipu-sipu
Tapi aku pula rasa malu
Sebab tengok kereta buruk tu...
Aku sedih dan termangu
Aku pun cakap "Abah, berhentikan saja abang kat luar pagar pintu.."

Sepanjang hari aku takda mood
Teringatkan fikiran aku yang jumud
Terbayang syaitan cakap 'owh good'...
Aku seram OMG

Aku sedih sebab tak menghargai
Usaha dan jasa mak abah beri
Waktu tu aku kecik lagi
Kompom bapak aku tau kalau baca blog ni

Bapa aku seorang lelaki
Tugasnya memanglah sara bini
Anak-anak juga pasti
Kasih-sayang tak lupa diberi
Ingatlah aku pada cerita ini
Sebab ini perkara terkutuk sekali
Janganlah ditiru aksi ni
Ingatlah korang sampai mati

Mak dan bapak perlu dihargai
Itulah pengajaran untuk entri ini
Untuk semua dan diri sendiri
Rasa malas... cepat-cepatlah stadi
Jadikan mereka ini sebagai inspirasi
Kalau rasa tak mahu menyusahkan diorang ni
Tak reti-reti lagi?

abm



Pentas Senja


Pilihan kita adalah pentas senja
Membekalkan ruang
Ada tirai seni dan interpretasi
Merangkul kata dan bahasa
Berkongsi cinta sepenuh jiwa
Kerana pandangan kita serupa
Bagai uda dan dara

Bagai jendela lembayung senja
Membingkai gerak-geri ciptaan Illahi
Kita di dalamnya
Merangkak dengan kepercayaan
Bertatih dengan pengalaman
Berlari dengan keazaman
Memecut dengan pemikiran
Betapa indah ianya tercipta

Garis antara langit jingga dan biru samudera
Kita di atasnya
Telah berbaris mengatur kisah
Yang indah buana
Yang duka gempita
Selazim mana kita upaya

Kerana
Senja tiba kita siaga
Menahan gopoh unggas terbang
Menongkah arus badai datang
Apabila garisan itu hilang
Kita bisa berpaut pada pancang-pancang
Keluhuran fikiran

Akan tertutup rapi tirai malam
Tidak akan kelam dan suram
Pastinya
Bulan senyuman berganti lagi
Yang kita hasilkan
Adalah cahaya bintang-bintang berkerdipan
Merakam setiap harapan jua kenangan.

abm


Pantas Masa Berlalu

Pantas Masa Berlalu : Gambar-gambar Pilihan Minggu Ini




Zaman Foundation dulu, basikal dah lazim jadi pengangkutan paling popular selain dua pasang kaki. Jarak antara V5 Old (sekarang dikenali sebagai V6) kalau diukur pergi balik kelas, boleh masuk merentas desa.



Dulu selalu melayan perasaan di bawah pokok besar tepi tasik. Sekarang posisi pokok besar ini berada di bahagian kiri laluan baru depan Chancellor Hall. Ada orang jumpa benda melayang atas pokok ini malam-malam~

Antara aktiviti yang dilakukan dekat pokok besar ini. Memanjat seperti monyet atau kongkang.


Waktu-waktu stress dalam 'study week'. Antara kaedah lama menghilangkan stress. Selain berjoget-joget dan membuat rakaman video dalam bilik secara berjemaah. Waktu ini komputer riba masih belum mampu dimiliki. Kalau tidak 'kompom' layan Facebook, Friendster, Movie dan sebagainya.


Kalau laluan taman USM ini 'kompom' ramai yang biasa lihat dan hafal. Taman depan USM ini menjadi laluan utama budak-budak Foundation. Tak percaya laluan ini tetap sepesen, tidak berubah.

Tasik V5 Old memang tempat yang paling seronok untuk bagi ikan makan. Kerap 'kot' singgah kat sini. Pagi-pagi, kalau nasib baik dapat tengok memerang berenang. Aku duduk blok Propana. Betul-betul tepi tasik. Selalu nampak senior-senior memancing ikan, berendek dan buat BBQ. Tasik ini cetek sebab dasarnya berbatu-batu kerikil. Jadi kalau rendam kaki dekat tepi boleh nampak jelas ikan-ikan berenang-renang sambil makan daki korang. Tapi dekat bahagian tengah tasik agak dalam sebab bekas lombong. Di hujung tasik pula ada kebun orang. Owh kami pernah sampai hujung sana!


Laluan blok Duyung. Waktu ini kawasan ini ditutup sebab nak buat penyelenggaraan. Tapi ada laluan susur gajah dulu dikepit oleh dua blok yang seram macam haram. Kalau balik dari Tutorial English 1 dulu, selalu buat-buat berani lalu kawasan ini. Untuk menghilangkan rasa takut, nyanyi sorang-sorang atau kalau ada 'henset' waktu itu, buat-buat tulis mesej. Padahal taip.... 'lrjwneunj39*&heun'



Kalau sesiapa yang tak tahu, UTP ada kawasan padang pasir unta. Laluan haram ke arah masjid An-nur. Kawasan ini sekarang dah jadik tapak cafe V6 dan laluan depan CH. Kawasan ini selalu ditempuh sehingga berpeluh-peluh paling kerap pada hari Jumaat. Dekat sini dulu selalu jadi taman rekreasi untuk berjoging. Kalau balik dari kampung tengah-tengah malam, kena juga lalu kawasan ini. 'Kompon' jumpa saudara yang dinamakan anjing.

Hari-hari yang dilalui sepanjang Foundation dulu memang advanture lah. Rasa sangat pantas masa berlalu. Walaupun aku belum lagi final year, tapi perubahan suasana itu sangat drastik dan kadang-kadang aku tak percaya aku sudah berada pada posisi aku sekarang ini. Dulu mungkin banyak pengorbanan, tapi sekarang bila sedikit demi sedikit masuk ke zon selesa, keazaman itu semakin kurang. Yang dapat menambah keazaman itu sendiri adalah kesedaran.

Memang terlalu pantas masa berlalu...


Untuk Ila, TTS, Perancangan Sebelum dan Semua

Selalunya waktu-waktu begini lah ramai yang mengepos entri dalam blog berbakul-bakul. Seminggu sebelum Peperiksaan akhir. Dikatakan, blog ini seumpama 'soul mate' atau 'member kamcing'. Owh, mungkin kali ini tidak. Tidak ada minggu belajar yang seminggu itu. Tapi rasanya kalau kita ambil masa 10 minit untuk untuk tulis entri untuk mengisi masa sebelum masuk ke topik subjek yang seterusnya tiada masalah agaknya. Yelah, selepas penat menyumbat otak dengan formula-formula, apa salahnya.

Gila lah hari ini.

Perancangan sebelum peperiksaan akhir.



Makan-makan bersama PNP DAS09

Diorang ini, antara komiti yang sangat 'sporting', senang kata kata kalau aku bersama dengan diorang, aku rasa gembira! Tapi aku pun tak tahu diorang nak ajak makan mana. Owh ini pun untuk meraikan pemergian Ila (meraikan? entah... mungkin nak meraikan selamat menjalani praktikal) selama 8 bulan lebih kurang. Dalam bahasa Inggeris 'Intern'. Al-maklum, budak-budak zaman sekarang suka apa-apa pasal 'orang putih'.

Aku nak mengucapkan selamat menjalani praktikal Ila. Manfaatkan 8 bulan itu dengan berjalan-jalan, bermain internet 'high speed' sepuas-puasnya, berfoya-foya dengan rakan-rakan sepejabat, haha... tapi tak lupa juga, kutip dan makan seberapa banyak pengalaman.


Inilah Ila... eh bukan!


Haa ini baru Ila... yang ada dua jari je tu


Semoga bersedia untuk mengalami simptom 'orang bekerja'. Mungkin hari-hari jalani perkara yang sama. Ini betul ini! Tapi apa kata ubah keadaan itu dengan melakukan hobi baru. Umpamanya macam mengait baju ke, berniaga top-up ke, buat 'direct selling' ke, atau pun buat perkara yang ekstrem macam mendaki gunung, 'caving', water rafting, pada hujung minggu. Wah! ini mungkin termasuk dalam perancangan aku nanti. Kami di UTP ini pun akan mengalami hari-hari tanpa Ila... ceyy~



Buat Resipi Baru

Resipi baru. Bahan utama ialah buku. Buku ini, kalau kita jadikan sebagai pencuci mulut memang tak sesuai. Kalau kita masak ulam memang sesuai. Cecah dengan sambal belacan. Kalau nak dibuat jus, kena perah atau kalau ada mesin pengisar lagi senang. Terus minum tak perlu kunyah. Kalau nak masak buku ni, kena lah awal-awal pagi atau pada waktu yang anda semua selesa. Yelah ianya mungkin mengambil masa yang lama untuk betul-betul masa. Yang penting bersabar. Apa yang barunya? Entah. Lu fikirlah sendiri...



Teluk Batik TTS

Entah jadi entah kan tidak. Aku ada kelas Sabtu pagi. Tapi mengikut perancangan baru, ada perubahan masa. Seperti yang digembar-gemburkan dalam GG yang aku tak di jemput masuk itu... Tapi aku memang nak sangat melapangkan masa bersama mereka ini. Mereka yang memang gila. Yang selalu buat aku gila. Gila-gila Pengantin Remaja. Owh cerita itu memang menarik untuk ditonton. Mereka ini sangat gila sampai orang yang melihat pun boleh gila. Kalau seminggu atau sehari tidak berjumpa mereka ini, aku boleh gila. Untuk hari minggu ini, aku nak bersama mereka yang gila ini. Sebab mereka semuanya selalu gembira gila. Aku gilakan mereka. Gilakan kemesraan mereka. Gila bersama mereka. Apa lagi! Yeay!


Rancangan BEKAM



Yang ini kena buat selepas peperiksaan akhir. Bunga kenangan gunung hijau buat aku rasa nak berlari ke Gua Jebuk Puyuh, Gunung Senyum, dan Yu bersama BEKAM.

Sebelum terlambat, aku nak mengucapkan selamat mengahadapi peperiksaan akhir kepada semua. Terutama kepada Geng TTS, Fatina, Amirul, Atiqi, Rai, dan BEKAM, Daus Anna, Daus Ripin, Daus Mimi, Faris dan kepada semuanya yang akan perah otak nanti.

Yang penting usaha. Panjat tangga usaha itu, sebab nanti insyaallah kita bertemu dengan kejayaan di puncak. (gambar hiasan)

Daripada kisah farewell party, bola katok, bukit larut, gunung hijau kepada kisah berenang kuak lentang atas katil tapi tak berbikini lah...


Daripada kisah farewell party, bola katok, bukit larut, gunung hijau kepada kisah berenang kuak lentang atas katil tapi tak berbikini lah...

Agak lama rasanya tak ada tajuk entri yang panjang. Tapi bukan apa, aku rasa akhir-akhir ini banyak perkara-perkara yang menarik berlaku dalam hidup aku. Hidup memang best! Dapat sedut oksigen, buang karbon dioksida. Bila oksigen dah sampai kat alveolus, oksigen itu berpindah meresap masuk ke dalam alveolus dan sel darah merah. Dalam sel darah merah, oksigen itu meresap dan bergabung dengan hemoglobin membentuk oksi-hemoglobin. Dari situ, terus mengalir ke seluruh destinasi anggota-anggota badan.



Bersama sebahagian TTSian



Aku memang bernafas dan amat memerlukan oksigen. Oksigen inilah yang buat aku boleh bernafas setiap detik. Menikmati saat-saat bersama mereka. Tapi akhirnya, mereka akan berpecah membentuk formasi lain. Karbon dioksida. Mereka hilang terus dalam ruang-ruang zarah udara yang bergerak dengan pergerakan Brown. Aku tahu, mereka yang akan meninggalkan TTS atau UTP juga akan begitu. Mereka akan ke ruang udara yang lain. Mungkin jauh.



Terima kasih Din, Zai, Izzi, Helhal, Fauzan dan Anwar




Tidak mustahil kita akan berjumpa lagi. Kebarangkalian itu tidak sifar. Selalunya yang patah pasti tumbuh, hilang juga berganti. Sayang dan rindu berkali-kali. Doa aku, Ya Allah Engkau berkatilah hidup mereka, Engkau sayangilah mereka, berikanlah mereka kesenangan hidup di dunia dan akhirat. Amin...

29 Oktober 2009
Farewell Party TTS, Tepian Tasik UTP.











Ceria macam kuih keria!

Yang mahal tidak selalunya berkualiti. Yang kecil tak tentu tidak bermakna. Masa yang singkat tidak semestinya tidak berguna. Lebih kurang 1 jam, aku sempat membahagikan masa dengan FIRC selepas balik dari stor V6 untuk urusan berkhemah. Dalam tempoh yang singkat, aku amat menghargai suasana ketika itu. Bola katok! Mudah, senang, simple, tapi ia membuahkan hasil yang sangat bermakna. Waktu itulah kita dapat kenal saudara dengan lebih rapat. Kita belajar bagaimana hendak mengenal saudara. Kita belajar bagaimana hendak memahami mereka. Maaf, sebelum ini aku selalu tidak ada untuk mereka. Atas sebab, mempunyai komitmen yang lain. Mungkin masa tidak sesuai. Aku terlepas untuk Simposium Anak-anak Merdeka, aku terlepas untuk beberapa meeting EC-HICOM, aku terlepas untuk sesi fotografi komiti, aku terlepas untuk meeting PNP, aku terlepas untuk permainan famili FIRC yang pertama, aku terlepas untuk futsal FIRC VS ALUMNI, aku terlepas dengan tugas-tugas yang lain. Maaf setinggi gunung. Tapi sesi permainan bola katok tempoh hari aku gunakan sebaik-baiknya. Terima kasih yang memahami. Terima kasih FIRC.

30 Oktober 2009

Bola katok FIRC
,Padang bulatan Tasik UTP.









Bersama bunga kenangan Bukit Larut


Bukit Larut. Seronok sebab dapat kenal rakan-rakan baru dan buat apa yang aku minat. Sepanjang pedakian Gunung Hijau, aku isi masa dengan memetik butang kamera. Aku suka suasana hutan, hujan lebat, becak, lumpur, lintah, pacat. Tapi bertambah seronok kalau setiap yang ada meng'ada'kan diri di sana.



Puncak

Tapi konklusinya, aku puas dapat hirup udara segar, hirup kenalan baru, dan pengajaran serta pengalaman yang baru :)


31 Oktober 2009 - 1 november 2009
Bukit Larut/Pendakian Gunung Hijau.









Sepanjang malam aku berenang kuak lentang atas katil. Merehatkan fizikal tubuh badan, merehatkan minda. Mula nak memotivasikan diri semula. Mengecas semula. Macam kapasitor. Aku suka jadi kapasitor, sebab dapat simpan cas. Aku paling benci bila ada cas negatif dari luar.

Aku mungkin menyesal. Tapi sahabat memang susah dicari. Tak mengapalah. Sebab, kadang-kadang yang berlaku ada hikmahnya. Aku redha dan ternyata kalau kita sabar, segala pasti dipermudahkan.

2 November 2009
Di hadapan Komputer riba.