Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

70's 80's 90's

Filem atau drama yang aku suka waktu dulu-dulu

Jimi Asmara
Surah Terakhir
Embun
Senario The Movie
Trilogi XX Ray
Trilogi Selamat Hari Jadi Su
Puteri Impian
Kolej Baginda
Main-main Hantu
Isketambola
Sayang Salmah
Perempuan, Isteri dan...



2009


Bukan



Bukan
mudah sebenarnya nak percaya. Apa yang kita rasa tak sama dengan orang lain rasa. Mungkin perlu saling faham-memahami. Macam umang-umang dengan cangkerang. Simbiosis. Susah kalau dua-dua susah. Jadi kena satu susah, satu senang. Atau kedua-duanya senang? Salah kot. Senang bila kedua-duanya susah dan senang.

Jadi kalau kurangkan sedikit ego mungkin dapat susah dan senang bersama.

Yang akan dijamu tak semestinya akan serupa seperti yang diayatkan. Bukankah masa itu dah hampir cukup untuk saling kenal dan seeloknya ada 'tidak kisah' atau 'faham'?

Seputih pasir pantai, kalau dibingkai jadilah satu potret yang cantik. Bukankah kita suka yang cantik-cantik?

Cantik-cantik kan lah potret itu. Sebab bila ada masa dan ketika kita mungkin tidak suka perkara yang sama ada. Biar potret cantik, sedaplah mata hati yang di sekeliling yang melihat nanti.

Sudi datang ke kamar terbuka, boleh saya bentangkan kemesraan.



Boleh 'Save image as' Untuk Kenangan

Untuk keluarga jerung, sesiapa yang tiada simpanan keratan akhbar ini, bolehlah 'save image as' untuk kenangan. Tujuan gambar ini dimasukkan dalam entri adalah untuk tatapan waktu aku dah tua nanti. Maksudnya bila aku rindu TTS aku buka 'Archive' blog ini. Cewahhhh...haha



Ahad, 25 Oktober 2009
Harian Metro>Gig



Bila singgah jeti ni aku mesti teringat kan dia.





Yang bermakna dalam Syawal yang lalu. Aku sempat singgah ke jeti di Parit Simin, Batu Pahat Johor. Ya, bersama keluarga lah. Memang sepatutnya setiap tahun dah menjadi rutin kot, keluarga sebelah bapa aku akan singgah ke jeti ini. Yang aku suka bila singgah di sini ialah suasananya. Ada monyet, ada bakau, ada ikan belodok. Yang kelakarnya, topik yang dibangkitkan bila kami semua berkumpul di sini mesti sama. Pasal ikan belodok, kisah sekolah lama bapa aku yang terletak berhampiran dengan jeti ini. Tapi tak apa, aku suka dengar cerita-cerita memori lama. Jiwa tradisional sikit.

Kawasan jeti ini ada nilai sentimental bagi aku sebenarnya. Kawasan jeti ini lah tempat arwah rakan aku berkesempatan bermesra dengan rakan yang lain, sebelum dia pergi. Farkhan Hakim bin Khamthani. Arwah memang seorang peramah, suka senyum, dan mesra. Tak disangka, seminggu berkampung di rumah nenek dia di Parit Hj Salam adalah 'Re-Union' terakhir sebelum dia pergi.

Banyak yang kami kongsi dalam tempoh yang singkat itu. Ketawa, gelak sakan memang memeriahkan majlis lah. Disamping nenek Paan yang peramah.

Pagi-pagi kami dah merayap sekeliling kampung tunggang motosikal. Seluruh Parit Hj Salam kami jajah. Pelusuk kebun semua lah. Petang pula, kami singgah di jeti ini lah. Cuba nak memancing. Tapi sebelum itu kami cari kawasan beteng dulu. Nak carik lubuk.

Bila bosan, habis monyet bertempiaran sebab kami redah hutan bakau. Memang jakun gila waktu itu. Air tak pasang. Jadi, akar-akar bakau kami redah dengan selamba. Ada banyak gambar kenangan waktu di hutan bakau ini. Aku masih simpan lagi.

Hampir seminggu. Bila tiba habis cuti selepas tingkatan 4, berat rasanya ketika itu nak balik ke JB.

Selang beberapa bulan, waktu hampir ujian percubaan SPM, berita Paan hidap kanser, betul-betul buat semua orang tak percaya. Barah gusi. Nasib baik sempat melawat Paan di Kluang (arwah baru saja berpindah ke Kluang). Bila melihat ibu Paan bergenang air mata menatap Paan di atas katil, terbaring, aku betul-betul tersentuh.

Memang berat bila tak dapat melompat gembira bila habis keputusan SPM dengan arwah dan juga rakan-rakan yang lain. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Setiap tahun ke hadapan, bila singgah jeti ni aku mesti teringat kan dia.




Owh Oktober...

Terlalu banyak kenangan dalam Oktober 2009.




Yelah, kesibukkan ujian-ujian subjek kejuruteraan. Sehari, maksimum 2 ujian bergempa dengan skala Ritcher yang tinggi gila lah. Bukan di Padang sahaja yang bergempa bumi, di sini pun serupa. Statistik kemalangan jalan raya pun semakin meningkat. Ramai yang sakit barah. Barah rindu. Selepas tamatnya Teater Keliling Tronoh Theater Shop, ahli-ahli Asylum terutamanya sudah cuba mengawal jiwa dan perasaan untuk kembali normal. Tapi barah rindu masih kuat menyerang. Entah, mungkin inilah yang orang kata bila kita dah 'ngam' dah 'kamcing' dalam satu famili. Gila lah!



Oktober bulan yang menarik bagi aku sebab mak aku lahirkan aku melalui serviks dan yang paling menarik aku keluar terus di hadapan pintu rumah aku. Yang dekat Kampung Melayu Majidee itu. Yelah aku tak lahir secara moden di hospital. Mungkin sebab itu aku suka yang tradisional. Orked, Melur, Bunga Raya, Melati dan sebagainya. Atau sebab aku main sepit baju kayu macam main LEGO waktu kecil-kecil dulu. Dah 20 tahun genap tahun ini aku tinggal di Kampung Melayu Majidee. Rumah yang sama. Keindahan yang sama. Tak lekang. Kebahagiaan yang berganda.

Owh hari lahir kakak aku pun dalam bulan Oktober. Kawan-kawan aku pun ramai juga rupaya yang lahir dalam bulan ini. Bangga sedikit lah.

Selamat Hari Lahir!



Teater



Hadiah yang paling bermakna bagi aku. Hadiah kesempatan bertemu dengan dia. Dia buat aku gembira, geram, marah, rasa kelakar, rasa bahagia, dan macam-macam lagi. Kutip banyak pengalaman baru. Seronok.