Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Pentas Senja


Pilihan kita adalah pentas senja
Membekalkan ruang
Ada tirai seni dan interpretasi
Merangkul kata dan bahasa
Berkongsi cinta sepenuh jiwa
Kerana pandangan kita serupa
Bagai uda dan dara

Bagai jendela lembayung senja
Membingkai gerak-geri ciptaan Illahi
Kita di dalamnya
Merangkak dengan kepercayaan
Bertatih dengan pengalaman
Berlari dengan keazaman
Memecut dengan pemikiran
Betapa indah ianya tercipta

Garis antara langit jingga dan biru samudera
Kita di atasnya
Telah berbaris mengatur kisah
Yang indah buana
Yang duka gempita
Selazim mana kita upaya

Kerana
Senja tiba kita siaga
Menahan gopoh unggas terbang
Menongkah arus badai datang
Apabila garisan itu hilang
Kita bisa berpaut pada pancang-pancang
Keluhuran fikiran

Akan tertutup rapi tirai malam
Tidak akan kelam dan suram
Pastinya
Bulan senyuman berganti lagi
Yang kita hasilkan
Adalah cahaya bintang-bintang berkerdipan
Merakam setiap harapan jua kenangan.

abm


Pantas Masa Berlalu

Pantas Masa Berlalu : Gambar-gambar Pilihan Minggu Ini




Zaman Foundation dulu, basikal dah lazim jadi pengangkutan paling popular selain dua pasang kaki. Jarak antara V5 Old (sekarang dikenali sebagai V6) kalau diukur pergi balik kelas, boleh masuk merentas desa.



Dulu selalu melayan perasaan di bawah pokok besar tepi tasik. Sekarang posisi pokok besar ini berada di bahagian kiri laluan baru depan Chancellor Hall. Ada orang jumpa benda melayang atas pokok ini malam-malam~

Antara aktiviti yang dilakukan dekat pokok besar ini. Memanjat seperti monyet atau kongkang.


Waktu-waktu stress dalam 'study week'. Antara kaedah lama menghilangkan stress. Selain berjoget-joget dan membuat rakaman video dalam bilik secara berjemaah. Waktu ini komputer riba masih belum mampu dimiliki. Kalau tidak 'kompom' layan Facebook, Friendster, Movie dan sebagainya.


Kalau laluan taman USM ini 'kompom' ramai yang biasa lihat dan hafal. Taman depan USM ini menjadi laluan utama budak-budak Foundation. Tak percaya laluan ini tetap sepesen, tidak berubah.

Tasik V5 Old memang tempat yang paling seronok untuk bagi ikan makan. Kerap 'kot' singgah kat sini. Pagi-pagi, kalau nasib baik dapat tengok memerang berenang. Aku duduk blok Propana. Betul-betul tepi tasik. Selalu nampak senior-senior memancing ikan, berendek dan buat BBQ. Tasik ini cetek sebab dasarnya berbatu-batu kerikil. Jadi kalau rendam kaki dekat tepi boleh nampak jelas ikan-ikan berenang-renang sambil makan daki korang. Tapi dekat bahagian tengah tasik agak dalam sebab bekas lombong. Di hujung tasik pula ada kebun orang. Owh kami pernah sampai hujung sana!


Laluan blok Duyung. Waktu ini kawasan ini ditutup sebab nak buat penyelenggaraan. Tapi ada laluan susur gajah dulu dikepit oleh dua blok yang seram macam haram. Kalau balik dari Tutorial English 1 dulu, selalu buat-buat berani lalu kawasan ini. Untuk menghilangkan rasa takut, nyanyi sorang-sorang atau kalau ada 'henset' waktu itu, buat-buat tulis mesej. Padahal taip.... 'lrjwneunj39*&heun'



Kalau sesiapa yang tak tahu, UTP ada kawasan padang pasir unta. Laluan haram ke arah masjid An-nur. Kawasan ini sekarang dah jadik tapak cafe V6 dan laluan depan CH. Kawasan ini selalu ditempuh sehingga berpeluh-peluh paling kerap pada hari Jumaat. Dekat sini dulu selalu jadi taman rekreasi untuk berjoging. Kalau balik dari kampung tengah-tengah malam, kena juga lalu kawasan ini. 'Kompon' jumpa saudara yang dinamakan anjing.

Hari-hari yang dilalui sepanjang Foundation dulu memang advanture lah. Rasa sangat pantas masa berlalu. Walaupun aku belum lagi final year, tapi perubahan suasana itu sangat drastik dan kadang-kadang aku tak percaya aku sudah berada pada posisi aku sekarang ini. Dulu mungkin banyak pengorbanan, tapi sekarang bila sedikit demi sedikit masuk ke zon selesa, keazaman itu semakin kurang. Yang dapat menambah keazaman itu sendiri adalah kesedaran.

Memang terlalu pantas masa berlalu...


Untuk Ila, TTS, Perancangan Sebelum dan Semua

Selalunya waktu-waktu begini lah ramai yang mengepos entri dalam blog berbakul-bakul. Seminggu sebelum Peperiksaan akhir. Dikatakan, blog ini seumpama 'soul mate' atau 'member kamcing'. Owh, mungkin kali ini tidak. Tidak ada minggu belajar yang seminggu itu. Tapi rasanya kalau kita ambil masa 10 minit untuk untuk tulis entri untuk mengisi masa sebelum masuk ke topik subjek yang seterusnya tiada masalah agaknya. Yelah, selepas penat menyumbat otak dengan formula-formula, apa salahnya.

Gila lah hari ini.

Perancangan sebelum peperiksaan akhir.



Makan-makan bersama PNP DAS09

Diorang ini, antara komiti yang sangat 'sporting', senang kata kata kalau aku bersama dengan diorang, aku rasa gembira! Tapi aku pun tak tahu diorang nak ajak makan mana. Owh ini pun untuk meraikan pemergian Ila (meraikan? entah... mungkin nak meraikan selamat menjalani praktikal) selama 8 bulan lebih kurang. Dalam bahasa Inggeris 'Intern'. Al-maklum, budak-budak zaman sekarang suka apa-apa pasal 'orang putih'.

Aku nak mengucapkan selamat menjalani praktikal Ila. Manfaatkan 8 bulan itu dengan berjalan-jalan, bermain internet 'high speed' sepuas-puasnya, berfoya-foya dengan rakan-rakan sepejabat, haha... tapi tak lupa juga, kutip dan makan seberapa banyak pengalaman.


Inilah Ila... eh bukan!


Haa ini baru Ila... yang ada dua jari je tu


Semoga bersedia untuk mengalami simptom 'orang bekerja'. Mungkin hari-hari jalani perkara yang sama. Ini betul ini! Tapi apa kata ubah keadaan itu dengan melakukan hobi baru. Umpamanya macam mengait baju ke, berniaga top-up ke, buat 'direct selling' ke, atau pun buat perkara yang ekstrem macam mendaki gunung, 'caving', water rafting, pada hujung minggu. Wah! ini mungkin termasuk dalam perancangan aku nanti. Kami di UTP ini pun akan mengalami hari-hari tanpa Ila... ceyy~



Buat Resipi Baru

Resipi baru. Bahan utama ialah buku. Buku ini, kalau kita jadikan sebagai pencuci mulut memang tak sesuai. Kalau kita masak ulam memang sesuai. Cecah dengan sambal belacan. Kalau nak dibuat jus, kena perah atau kalau ada mesin pengisar lagi senang. Terus minum tak perlu kunyah. Kalau nak masak buku ni, kena lah awal-awal pagi atau pada waktu yang anda semua selesa. Yelah ianya mungkin mengambil masa yang lama untuk betul-betul masa. Yang penting bersabar. Apa yang barunya? Entah. Lu fikirlah sendiri...



Teluk Batik TTS

Entah jadi entah kan tidak. Aku ada kelas Sabtu pagi. Tapi mengikut perancangan baru, ada perubahan masa. Seperti yang digembar-gemburkan dalam GG yang aku tak di jemput masuk itu... Tapi aku memang nak sangat melapangkan masa bersama mereka ini. Mereka yang memang gila. Yang selalu buat aku gila. Gila-gila Pengantin Remaja. Owh cerita itu memang menarik untuk ditonton. Mereka ini sangat gila sampai orang yang melihat pun boleh gila. Kalau seminggu atau sehari tidak berjumpa mereka ini, aku boleh gila. Untuk hari minggu ini, aku nak bersama mereka yang gila ini. Sebab mereka semuanya selalu gembira gila. Aku gilakan mereka. Gilakan kemesraan mereka. Gila bersama mereka. Apa lagi! Yeay!


Rancangan BEKAM



Yang ini kena buat selepas peperiksaan akhir. Bunga kenangan gunung hijau buat aku rasa nak berlari ke Gua Jebuk Puyuh, Gunung Senyum, dan Yu bersama BEKAM.

Sebelum terlambat, aku nak mengucapkan selamat mengahadapi peperiksaan akhir kepada semua. Terutama kepada Geng TTS, Fatina, Amirul, Atiqi, Rai, dan BEKAM, Daus Anna, Daus Ripin, Daus Mimi, Faris dan kepada semuanya yang akan perah otak nanti.

Yang penting usaha. Panjat tangga usaha itu, sebab nanti insyaallah kita bertemu dengan kejayaan di puncak. (gambar hiasan)

Daripada kisah farewell party, bola katok, bukit larut, gunung hijau kepada kisah berenang kuak lentang atas katil tapi tak berbikini lah...


Daripada kisah farewell party, bola katok, bukit larut, gunung hijau kepada kisah berenang kuak lentang atas katil tapi tak berbikini lah...

Agak lama rasanya tak ada tajuk entri yang panjang. Tapi bukan apa, aku rasa akhir-akhir ini banyak perkara-perkara yang menarik berlaku dalam hidup aku. Hidup memang best! Dapat sedut oksigen, buang karbon dioksida. Bila oksigen dah sampai kat alveolus, oksigen itu berpindah meresap masuk ke dalam alveolus dan sel darah merah. Dalam sel darah merah, oksigen itu meresap dan bergabung dengan hemoglobin membentuk oksi-hemoglobin. Dari situ, terus mengalir ke seluruh destinasi anggota-anggota badan.



Bersama sebahagian TTSian



Aku memang bernafas dan amat memerlukan oksigen. Oksigen inilah yang buat aku boleh bernafas setiap detik. Menikmati saat-saat bersama mereka. Tapi akhirnya, mereka akan berpecah membentuk formasi lain. Karbon dioksida. Mereka hilang terus dalam ruang-ruang zarah udara yang bergerak dengan pergerakan Brown. Aku tahu, mereka yang akan meninggalkan TTS atau UTP juga akan begitu. Mereka akan ke ruang udara yang lain. Mungkin jauh.



Terima kasih Din, Zai, Izzi, Helhal, Fauzan dan Anwar




Tidak mustahil kita akan berjumpa lagi. Kebarangkalian itu tidak sifar. Selalunya yang patah pasti tumbuh, hilang juga berganti. Sayang dan rindu berkali-kali. Doa aku, Ya Allah Engkau berkatilah hidup mereka, Engkau sayangilah mereka, berikanlah mereka kesenangan hidup di dunia dan akhirat. Amin...

29 Oktober 2009
Farewell Party TTS, Tepian Tasik UTP.











Ceria macam kuih keria!

Yang mahal tidak selalunya berkualiti. Yang kecil tak tentu tidak bermakna. Masa yang singkat tidak semestinya tidak berguna. Lebih kurang 1 jam, aku sempat membahagikan masa dengan FIRC selepas balik dari stor V6 untuk urusan berkhemah. Dalam tempoh yang singkat, aku amat menghargai suasana ketika itu. Bola katok! Mudah, senang, simple, tapi ia membuahkan hasil yang sangat bermakna. Waktu itulah kita dapat kenal saudara dengan lebih rapat. Kita belajar bagaimana hendak mengenal saudara. Kita belajar bagaimana hendak memahami mereka. Maaf, sebelum ini aku selalu tidak ada untuk mereka. Atas sebab, mempunyai komitmen yang lain. Mungkin masa tidak sesuai. Aku terlepas untuk Simposium Anak-anak Merdeka, aku terlepas untuk beberapa meeting EC-HICOM, aku terlepas untuk sesi fotografi komiti, aku terlepas untuk meeting PNP, aku terlepas untuk permainan famili FIRC yang pertama, aku terlepas untuk futsal FIRC VS ALUMNI, aku terlepas dengan tugas-tugas yang lain. Maaf setinggi gunung. Tapi sesi permainan bola katok tempoh hari aku gunakan sebaik-baiknya. Terima kasih yang memahami. Terima kasih FIRC.

30 Oktober 2009

Bola katok FIRC
,Padang bulatan Tasik UTP.









Bersama bunga kenangan Bukit Larut


Bukit Larut. Seronok sebab dapat kenal rakan-rakan baru dan buat apa yang aku minat. Sepanjang pedakian Gunung Hijau, aku isi masa dengan memetik butang kamera. Aku suka suasana hutan, hujan lebat, becak, lumpur, lintah, pacat. Tapi bertambah seronok kalau setiap yang ada meng'ada'kan diri di sana.



Puncak

Tapi konklusinya, aku puas dapat hirup udara segar, hirup kenalan baru, dan pengajaran serta pengalaman yang baru :)


31 Oktober 2009 - 1 november 2009
Bukit Larut/Pendakian Gunung Hijau.









Sepanjang malam aku berenang kuak lentang atas katil. Merehatkan fizikal tubuh badan, merehatkan minda. Mula nak memotivasikan diri semula. Mengecas semula. Macam kapasitor. Aku suka jadi kapasitor, sebab dapat simpan cas. Aku paling benci bila ada cas negatif dari luar.

Aku mungkin menyesal. Tapi sahabat memang susah dicari. Tak mengapalah. Sebab, kadang-kadang yang berlaku ada hikmahnya. Aku redha dan ternyata kalau kita sabar, segala pasti dipermudahkan.

2 November 2009
Di hadapan Komputer riba.







70's 80's 90's

Filem atau drama yang aku suka waktu dulu-dulu

Jimi Asmara
Surah Terakhir
Embun
Senario The Movie
Trilogi XX Ray
Trilogi Selamat Hari Jadi Su
Puteri Impian
Kolej Baginda
Main-main Hantu
Isketambola
Sayang Salmah
Perempuan, Isteri dan...



2009


Bukan



Bukan
mudah sebenarnya nak percaya. Apa yang kita rasa tak sama dengan orang lain rasa. Mungkin perlu saling faham-memahami. Macam umang-umang dengan cangkerang. Simbiosis. Susah kalau dua-dua susah. Jadi kena satu susah, satu senang. Atau kedua-duanya senang? Salah kot. Senang bila kedua-duanya susah dan senang.

Jadi kalau kurangkan sedikit ego mungkin dapat susah dan senang bersama.

Yang akan dijamu tak semestinya akan serupa seperti yang diayatkan. Bukankah masa itu dah hampir cukup untuk saling kenal dan seeloknya ada 'tidak kisah' atau 'faham'?

Seputih pasir pantai, kalau dibingkai jadilah satu potret yang cantik. Bukankah kita suka yang cantik-cantik?

Cantik-cantik kan lah potret itu. Sebab bila ada masa dan ketika kita mungkin tidak suka perkara yang sama ada. Biar potret cantik, sedaplah mata hati yang di sekeliling yang melihat nanti.

Sudi datang ke kamar terbuka, boleh saya bentangkan kemesraan.



Boleh 'Save image as' Untuk Kenangan

Untuk keluarga jerung, sesiapa yang tiada simpanan keratan akhbar ini, bolehlah 'save image as' untuk kenangan. Tujuan gambar ini dimasukkan dalam entri adalah untuk tatapan waktu aku dah tua nanti. Maksudnya bila aku rindu TTS aku buka 'Archive' blog ini. Cewahhhh...haha



Ahad, 25 Oktober 2009
Harian Metro>Gig



Bila singgah jeti ni aku mesti teringat kan dia.





Yang bermakna dalam Syawal yang lalu. Aku sempat singgah ke jeti di Parit Simin, Batu Pahat Johor. Ya, bersama keluarga lah. Memang sepatutnya setiap tahun dah menjadi rutin kot, keluarga sebelah bapa aku akan singgah ke jeti ini. Yang aku suka bila singgah di sini ialah suasananya. Ada monyet, ada bakau, ada ikan belodok. Yang kelakarnya, topik yang dibangkitkan bila kami semua berkumpul di sini mesti sama. Pasal ikan belodok, kisah sekolah lama bapa aku yang terletak berhampiran dengan jeti ini. Tapi tak apa, aku suka dengar cerita-cerita memori lama. Jiwa tradisional sikit.

Kawasan jeti ini ada nilai sentimental bagi aku sebenarnya. Kawasan jeti ini lah tempat arwah rakan aku berkesempatan bermesra dengan rakan yang lain, sebelum dia pergi. Farkhan Hakim bin Khamthani. Arwah memang seorang peramah, suka senyum, dan mesra. Tak disangka, seminggu berkampung di rumah nenek dia di Parit Hj Salam adalah 'Re-Union' terakhir sebelum dia pergi.

Banyak yang kami kongsi dalam tempoh yang singkat itu. Ketawa, gelak sakan memang memeriahkan majlis lah. Disamping nenek Paan yang peramah.

Pagi-pagi kami dah merayap sekeliling kampung tunggang motosikal. Seluruh Parit Hj Salam kami jajah. Pelusuk kebun semua lah. Petang pula, kami singgah di jeti ini lah. Cuba nak memancing. Tapi sebelum itu kami cari kawasan beteng dulu. Nak carik lubuk.

Bila bosan, habis monyet bertempiaran sebab kami redah hutan bakau. Memang jakun gila waktu itu. Air tak pasang. Jadi, akar-akar bakau kami redah dengan selamba. Ada banyak gambar kenangan waktu di hutan bakau ini. Aku masih simpan lagi.

Hampir seminggu. Bila tiba habis cuti selepas tingkatan 4, berat rasanya ketika itu nak balik ke JB.

Selang beberapa bulan, waktu hampir ujian percubaan SPM, berita Paan hidap kanser, betul-betul buat semua orang tak percaya. Barah gusi. Nasib baik sempat melawat Paan di Kluang (arwah baru saja berpindah ke Kluang). Bila melihat ibu Paan bergenang air mata menatap Paan di atas katil, terbaring, aku betul-betul tersentuh.

Memang berat bila tak dapat melompat gembira bila habis keputusan SPM dengan arwah dan juga rakan-rakan yang lain. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Setiap tahun ke hadapan, bila singgah jeti ni aku mesti teringat kan dia.




Owh Oktober...

Terlalu banyak kenangan dalam Oktober 2009.




Yelah, kesibukkan ujian-ujian subjek kejuruteraan. Sehari, maksimum 2 ujian bergempa dengan skala Ritcher yang tinggi gila lah. Bukan di Padang sahaja yang bergempa bumi, di sini pun serupa. Statistik kemalangan jalan raya pun semakin meningkat. Ramai yang sakit barah. Barah rindu. Selepas tamatnya Teater Keliling Tronoh Theater Shop, ahli-ahli Asylum terutamanya sudah cuba mengawal jiwa dan perasaan untuk kembali normal. Tapi barah rindu masih kuat menyerang. Entah, mungkin inilah yang orang kata bila kita dah 'ngam' dah 'kamcing' dalam satu famili. Gila lah!



Oktober bulan yang menarik bagi aku sebab mak aku lahirkan aku melalui serviks dan yang paling menarik aku keluar terus di hadapan pintu rumah aku. Yang dekat Kampung Melayu Majidee itu. Yelah aku tak lahir secara moden di hospital. Mungkin sebab itu aku suka yang tradisional. Orked, Melur, Bunga Raya, Melati dan sebagainya. Atau sebab aku main sepit baju kayu macam main LEGO waktu kecil-kecil dulu. Dah 20 tahun genap tahun ini aku tinggal di Kampung Melayu Majidee. Rumah yang sama. Keindahan yang sama. Tak lekang. Kebahagiaan yang berganda.

Owh hari lahir kakak aku pun dalam bulan Oktober. Kawan-kawan aku pun ramai juga rupaya yang lahir dalam bulan ini. Bangga sedikit lah.

Selamat Hari Lahir!



Teater



Hadiah yang paling bermakna bagi aku. Hadiah kesempatan bertemu dengan dia. Dia buat aku gembira, geram, marah, rasa kelakar, rasa bahagia, dan macam-macam lagi. Kutip banyak pengalaman baru. Seronok.

Jok Jok Ijok



...aku rasa sangat tersentuh. Malam tadi kami semua sempat berbuka puasa bersama-sama. Sanggup ponteng berbuka di masjid. Ceyy~ Yelah baru-baru sampai rumah dah nak keluar. Macam kurang elok. Jadi kami semua luangkan masa berbual-bual dengan famili abah dan mama.

Sabtu

Bersahur dengan mama,abah. Siti, along dan angah nampaknya tak terbangun. Biasalah budak-budak kecil. Korang pun macam tu jugak. Haha. Mama banyak masak lauk. Entah kenapa aku selera gila nak menjamah semuanya. Ada lauk rebung masak lemak, Udang sambal, Ikan kering, ayam goreng dan macam-macam lah!

Pagi ni terlibat dengan motivasi budak sekolah rendah agama rakyat di sana. Abah kasi pinjam kereta dia woo. Jadi kami tak berkesempatan berjalan kaki hirup udara segar felda ijok.

Melayan perangai budak-budak kecil memang seronok gila. Aku pun dah jadi macam monyet dah. Haha. Tapi memang menarik bila dapat bonding sesama semua. Acara kemuncak motivasi ini ialah waktu sesi menangis bersama motivator (Abang Hakim and the gang). Owh ada yang kena mintak no telefon dan alamat sekali, tandatangan sekali lepas habis acara~





Ahad
Hari ini memang teruja bila kami semua diangkut macam 'mat indon' dalam traktor. Haha. Menarik! Biasalah budak-budak bila teruja, macam-macam perangai boleh dilihat. Sepanjang perjalanan ke ladang kelapa sawit, sesi bergambar saja lah yang banyak gila. Tapi memang semuanya sporting termasuk ajk kampung dan belia yang terlibat.

Hari ini makan buka puasa ramai-ramai lagi... Dengan Raja~ Sesi basih pinggan mangkuk lepas tu adalah beberapa jemput yang terlibat. Cayalah makcik-makcik yang rajin basuh pinggan.

Macam biasa lepas selesai semua, berkumpul pula di dewan utama. Kerja-kerja PNP. Kerja nak cari idea untuk persembahan pun ada. (nasib baik aku terkecuali kui3)


Isnin

Pagi Isnin, sepatutnya aku dah berseronok tanam terung. Tapi ada kesilapan teknikal terpaksa dibatalkan. Jadi kami semua berjoget! Eh bukan, bersenam aerobik. Atau lebih glamor Poco-poco~

Sebelah petang, majlis formal perasmian penutupan RECMO09. Semua warga kampung berkumpul. Memang meriah sakanlah!

Abah dan Mama pun datang. Kami semua pulang ke UTP dengan hati yang berat. Tak terkata oleh bicara.

Apa-apa pun merasai pengalaman ini sendiri saja lah yang boleh menjelaskan semua. Sebahagian daripada motivasi diri sendiri. Kadang-kadang aku pun teringat kenangan-kenangan susah senang dengan keluarga sendiri. Penamat RECMO ialah ujian-ujian pertama subjek. Haish...~



Jok Jok Jok Ijok


Jok jok jok ijok...

Owh dah sesuai dah masa ini. Dah sampai masa dah. Haha... Test Marathon baru saja selesai tadi. Sempurna ujian-ujian lecturer untuk separuh semester ini. Ujian-ujian dunia pun ada yang sudah reda sedikit. Minggu yang agak mencabar untuk budak engineering yang berperangai seperti monyet. Ujian yang lain tunggu sajalah.

Sekembalinya aku di UTP selepas bermandikan kerinduan keluarga angkat di FELDA Ijok, aku tak sempat nak bercerita betapa indahnya pengalaman di Ijok. Bukan cerita panas politik. Eh, itu pun ada~~ 3 hari 3 malam yang penuh dengan pengalaman baru dan memutarkan balik serebrum aku ke memori waktu kecil dulu.


RECMO VIII 2009 Satu Hati, Satu Destinasi, Satu Realisasi


Jumaat

Sambutan di Dewan Utama FELDA Ijok memang meriah! Macam YB. Paling tersentuh bila pengumuman keluarga angkat diumumkan. Aku rasa terlonjak-lonjak. Paling tersentuh bila melihat sesi pelukan bapa angkat, mak angkat dengan budak-budak ini. Rasa macam berpeluk dengan mak bapak sendiri. Yelah, lama wooo tak balik rumah wooo. Bila difikirkan, adakah kita ini bila bekerja nanti lagi tak ada masa nak balik kampung? Entahlah.

Pengalaman duduk serumah dengan Mama dan Abah perghh... sangat bermakna walaupun terasa sangat singkat nak bermesra. Waktu inilah aku rasa bertambah dekat dengan manusia. Yelah memang target semester ini adalah untuk bersosial. (Jangan gelak terbahak-bahak) Masing-masing ada objektif masing-masing. RECMO 09 sudah berakhir tapi tautan kasih itu semoga tak berakhir lah ye. Waktu tu aku tak sabar nak balik rumah keluarga angkat.

Kami tiba di Ijok dalam cuaca lepas hujan. Jadi bayangkan bila tiba di rumah Mama dan Abah (abah man), terus abah cerita pasal rumah habis banjir dek zink atap terbang sebab ribut hujan. Rumah yang sederhana, tapi aku suka dengan reka bentuk rumah kampung berkolong. Tapi malang. Rumah abah dan mama dah dimakan anai-anai dan reput sedikit di bahagian tertentu. Jadi ada bahagian tingkat atas tempat kami tidur, kayunya dah melendut. Aku jadi terus banyak berbual rapat dengan abah dan mama sebab aku sangat sangat sangat mahu mengisi kemeriahan dalam rumah tu. Abah dan mama sudi berkongsi banyak cerita pengalaman hidup yang betul-betul buat aku sedar realiti dunia yang bukan ada dalam drama aja atau pun teater~.


Paling seronok bila dapat bergurau dengan 3 orang anak mama. Meriah! Malam pertama di dalam rumah mama, banyak yang aku perhatikan. Termasuk ruang tamu mama, dapur mama, tandas mama, bumbung mama, foto-foto mama... aku... (bersambung)

Foto siti (anak ketiga mama).Mama tengah potong kuku dia. Dia ni memang manja.







Tahniahlah...

Seriously gua rasa nak mencarut sekarang ni. Tapi gua tak reti nak mencarut.Persetan dengan emosional. Manusia memang ada perasaan kecewa dan rasa sakit hati malah sedih. Perlu meluahkan yang tersimpan. Tapi setakat ini tak ada lagi orang yang kena jadi bahan carutan gua. Gua suka simpan sebab tak nak orang kena pisau toreh. Karang kalau dah terkena habislah rosak manusia. Gua rasa gua kena banyak lagi bersabar. Gua tak suka marah-marah orang macam sesetengah orang, malah yang paling teruk menyusahkan orang lain akibat nafsu amarah. Gua pun manusia. Tak sempurna. Jadi memahamilah pengertian manusia itu yang ada dua tangan sahaja secara normalnya. Gua bukan mesin fotostat atau robot atau kipas berpusing 24 jam atau pencetak warna berjenama Canon. Gua memang agak berlembut tapi jangan ambil kesempatan terhadap gua. Gua dah tak tahu nak kata apa. Gua berdoa supaya gua selalu bersabar dengan semua yang berlaku dan bakal berlaku. Melupakan dan memperbaiki diri adalah pilihan. Minta maaf sekiranya ada salah dan silap gua dalam bersosial. Gua rasa gua orang kurang upaya. Kalau lu rasa lu orang sangat sempurna... tahniahlah.

Mendeka!







Mendeka!

Merdeka lah...

Zaman bawah umur dulu memang pelat nak menyebutnya. Tapi tak apalah. Yang penting dapat tengok bunga api dekat padang bandaraya Johor Bahru. Ceterrrr.... tuerrrr.... seterrrrr (ni bunyi mercun dalam bahasa jawa). Seronok melihat warna-warni gemerlapan mercun yang selalunya banyak gila dibazirkan menggunakan meriam lagi.

Semua orang mesti ada pengalaman macam ni juga kan? Tapi bila meningkat usia, tapi bawah umur lagi, bila tiba bulan kemerdekaan, aku tak sabar nak masuk pertandingan mendeklamasikan puisi. Jangan gelak, haha. Memang betul-betul minat mengarang, dan deklamasikan sajak itu sekali. Biar lah apa orang nak kata. Poyo ke apa ke, tapi semangat itu memang tiba-tiba datang macam... macam angin petang menyisir rambut, membelai ubun-ubun mencuit sukma, ke muara jiwa. Haha

Cikgu Zaharah, cikgu tabika (atau taman bimbingan kanak-kanak) KEMAS aku yang tersergam depan rumah aku saja. Dialah orang yang pertama ajar aku mendeklamasikan sajak dan syair. Seingat aku pertandingan yang pertama aku masuk ialah peringkat tabika KEMAS. Pengalaman itu sangat sangat sangat berharga. Sedikit mengisi hard disk zaman kecil aku dulu. Masa itu aku dipasangkan dengan seorang makwe... nama dia Afifa. Haha aku ingat lagi dia pakai pakaian ala-ala kebaya dan aku baju melayu bertanjak macam nak nikah. Masih ada gambar waktu ini aku simpan dalam buku foto dekat rumah. (Cuti ni bongkar lagi haha)

Aku masih lagi berhubung dengan Cikgu Zaharah sampai sekarang. Cuma sejak masuk ke U aku jarang dah jumpa. Maklumlah dah jauh di mata. Tapi dulu rajinlah jumpadia dekat tabika dulu.

Selamat Hari Merdeka cikgu! Cikgu dah banyak memerdekakan saya. Sebab bila aku kenal puisi, aku dapat keluar dan merdeka daripada kebiasaan.


Cikgu Suhailee. Haa... cikgu ni kecil aja macam berudu. Macam aku. Eh tak... tapi dia perempuan. Cikgu ini memang sopan. Dia kiranya baru grad dari UM kalau tak silap. Tapi yang aku tak silap, dia ini sangat pandai bersajak, berbahas, berpidato. Dengan tunjuk ajar dialah aku belajar semuanya. Tambahan lagi waktu itu memang tengah gian. Jadi memang aku suka mendalami ilmu ini waktu bersekolah di Sekolah Rendah Mohd Khir Johari dulu. Dulu pun aku dijemput datang rumah dia dekat Jalan Mustika Kg Melayu. Eh... dengan 2 orang senior aku ketika itu. Kalau tak silap Rafi nama dia. Yang lagi satu lupa...

Selamat Hari Merdeka Cikgu Suhailee!
Sekarang Cikgu Suhailee masih mengirim salam. Abah selalu sampaikan salam dia. Cikgu Suhailee dah berumah tangga dengan Cikgu Shahril yang kebetulan mengajar di tempat yang sama. Bekas budak-budak SMKJ mesti kenal dia. Merdekalah anak-anak didik cikgu sebab cikgu sangat baik.


Waktu berhijrah ke sekolah menengah pula, aku masih meneruskan minat. Yang paling menarik dapat berjumpa dengan Lim Swee Tin, penulis sajak berbangsa Cina. Waktu itu dekat Straits View Hotel Johor Bahru, pertandingan sajak Agensi Dadah Kebangsaan. Tak banyak yang dibualkan. Sekadar hai... alahai sayangnya...

Paling menarik ialah Pertandingan Puisidra Sains (Puisidrama). Sangat bagi banyak komitmen untuk acara ini. Alhamdulillah mencapai peringkat yang sangat membanggakan. Senarai kawan-kawan yang turut serta ialah : Malek, Jagtish, Kavinnair, Fikri Ong, Hapis peluh, dan sebagainya haha dah kurang ingat.




Seronok bila diingatkan semula zaman kemerdekaan pada waktu muda-muda dulu.




Aku dah mengalami peringkat kemerdekaan yang sangat besar bila berhijrah pula ke MRSM Mersing (institusi pendidikan biasa saja tak ada aura tapi seronok) Semuanya berubah dekat sini. Semuanya sesuatu yang mengujakan. Setiap hari ada sesuatu yang seronok dan sedih. Waktu ini aku merdeka untuk tentukan apa-apa keputusan.

Selamat Hari Merdeka Abah dan Mak!
Tapi stail abah dan mak memang macam itu. Semua keputusan kitorang adik-beradik tentukan sendiri. Aku faham diorang suruh berdikari hehe. Aku suka berdikari waktu ini. Maksudnya rasa macam semua nak buat sendiri. Nak ikut kepala sendiri secara kasarnya. Haha...Aku rasa kawan-kawan seasrama ke sebilik atau sekelas mesti ada semangat ini. Sangat teruja dan berharga. Sayang betul nak lepaskan yang kita ada dulu, walaupun dah ada soft copy dalam memori. Haha

Selamat Hari Merdeka BEKAM!
Haha... mereka yang ini pun dah banyak bagi aku erti merdeka itu sendiri. Pengalaman yang sangat seronok! Mengujakan! Aktiviti mendaki, futsal , bisnes yang ada untung ke?? Haha tak apa yang penting kita sendiri enjoy dan enjoykan orang lain yang turut serta. Tapi kena kurangkanlah aktiviti malam tu... haha. Melepak dekat Aliff tu... Habis duit...kui3. Kayalah Aliff lepas ni...

Lawak bila memikirkan personaliti aku yang ada pecahan atau orang putih kata split personality. Dengan kawan-kawan lama seperti BEKAM dan rakan-rakan sekampung Melayu mungkin jauh berbeza dengan kawan-kawan di UTP ini. Haha... Jadi mungkin jadi pertikaian di situ.


Tak apalah yang penting di sini keadaannya berbeza berbanding di sana.

Yang di sini mungkin sukar nak buat perkara yang biasa dilakukan di sana.

Yang di sana hurmm... tak perlu lah nak diceritakan.

Nanti story mory satu lorry datang... haha





Selamat Hari Merdeka Kawan-kawan!
Setiap pengalaman yang kita alami selalu memerdekakan kita kalau kita tahu yang lama atau lapok itu kurang memajukan kita.


Tapi sangat beruntung dapat kenal geng

1 Mawar 1, 2 Mawar 3, 3 Mawar 1, 4 bestari 1, 5 Bestari 1 dan 6 Arif (1995 - 2001)
Sekolah Rendah Kebangsaan Mohd Khir Johari, Kampung Melayu Majidee.

Geng Darjah 1 bilik 2 dan yang lain tak ingat haha panjang sangat... (1997 - 2003)
Sekolah Agama Dato' Abdullah Esa,Johor.

Geng 1 RK 1, 2 Akas, 3 Akas (2002 - 2004)
Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

Geng 4 Uranus, 5 Musytari (2005 - 2006)
MRSM Mersing, Johor.




Owh jangan lupa baca http://penampalposter.blogspot.com/2009/08/terhegeh-hegeh-dalam-dakwah-tribute-to.html


Owh jangan lupa jenguk ini http://tronohtheatershop.blogspot.com/

dan ini http://15malaysia.com/

dan ini

Terima kasih. Sebab semua kenangan dekat sini banyak memerdeka kan aku. Tak sabar menunggu yang seterusnya. Yang di sana kita tak tahu bila...



Lemak Cili Api



Terasa lemak tapi tak pedas hidup ini kalau tanpa cabaran atau halangan. Maksudnya makan lemak cili api tapi tiada cili apinya. Macam makan lemak. Makan lemak tepu tersumbat vena pulmonari. Oh bulan Ramadhan ini jadi isu kalau cakap pasal makanan. Isu yang biasa didengar, isu maggi dekat asrama dulu...Tapi dekat sini tiada agaknya. Entah. Salam Ramadhan.

Waktu inilah kita dapat merasai kemeriahan pesta amalan. Waktu ini jugak lah aku teringat kembali sejarah hidup daripada waktu kecil sampai sekarang. Apa yang aku pernah fikirkan, lakukan, idamkan, 'makan'kan eh bukan! makanan... Waktu kecil-kecil dulu... Waktu bila tiba sahur emak kejutkan. Bila waktu buka emak tolong cuci 'pinggans'. Sempurnanya Ramadhan ketika itu ialah kerana keseronokkan belajar berterawikh, belajar hafal doa puasa, buka puasa dan yang lain ialah bergurau dengan kawan-kawan dekat sekolah pasal topik puasa. Kenapa perempuan tidak berpuasa lah... dan sebagainya.

Sekarang, bila tiba sahur emak tak kejutkan. Waktu buka emak tak cucikan 'pinggans'. Ramadhan ini memang spesial. Buat kita rasa rindu, rasa teruja, rasa gembira, rasa tenang, rasa 'macam-macam'... Lebih-lebih lagi waktu berbuka dan di bazar ramadhan yang sentiasa ada di mana kita berada.

Bulan ini sangat sesuai kalau kita nak buat visi dan misi yang baru. Untuk diri sendiri dan juga orang lain.

Berbuka beramai-ramai dah jasi trend sekarang. Tapi memang seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai. Terima kasih Luqman tapi maaf tidak dapat datang untuk yang petang tadi. Ada janji dengan member. Minggu ni gua rasa kelam kelibut. Tapi mungkin gua kena lebih semangat buat apa-apa pun. Setiap daripada satu perkara yang kita lakukan pasti akan menjaminkan kepuasan dan kenikmatan bila kita buat dengan bersemangat.

Jadi semangatlah. Itu saja pilihannya. :)


Maaf

Maaf. Maaf sangat-sangat sebab aku habiskan 23 cucuk plus plus haha. Dah seri dah dengan Fatina yang berjaya mengumpul 23 minus minus batang lidi. Atiqi 18 kot. Amirul 20 kot. Ila tak lebih 10 Rai 2 haha. Tidak mengapa cuba lagi lain kali.


Ada yang minat bila garing. Ada yang minat bila dia basah-basah nampak dari jauh. Ada yang tak suka sebab bau asap? Tak apa yang penting ngaaappp...



makan pun fake


Yang terindah dalam sedikit kesempatan beramah mesra, bermanja ketawa dengan crew pnp DAS09 yang lalu. Rasa semangat DAS tu ada lagi haha. Jam 8.15 malam dah pun bersiap awal-awal untuk gathering kali ini. Bertempat di Kedai /Warong sate Bota. Dah lama rasanya tak menjamah benda ni sejak beberapa tahun yang lalu. Entah rasa macam dah lama tak ngaaappp. Apa-apa pun, 3 jam bersama dengan korang semua buat aku gembira melupakan sedikit pasal hal-hal lain. Maaflah jugak pasal yang 'sapa makan yang ni dapat aku~' manela tahu macam ada unsur-unsur pelik. Haha.


Yang terindah sepanjang DAS09. Debat Alam Sekitar 2009. Menarik, memang menarik. Terkilan rasanya tak sempat bergambar waktu final tempoh hari. Grrr... atas tuntutan fizikal yang kureng baik... Bukannya aku melekat kat budak TTS nyer... Haha. Apa2pun tak sempat jugak nak mengucapkan ribuan terima kasih kat budak2 PNP yang dah banyak support bila itu JAS kasik fening itu saya punya kepala menguruskan buku program terutamanya kan? Fatina, Rai, Ila, Amirul dan Atiqi yang selalu bagi komitmen dalam apa jua tugaslah. Orang kata PNP DAS ni asabiah sikit. Bukan asabiah tapi dah macam adik-beradik dah. Ceyy...



yang tudung hitam tengah2 tu fesyen baru~
yang sebelah dia tak puas hati drift
yang kanan sekali muka risau takut kena cubit head pnp convo
yang tudung putih makan 2 cucuk je... mungkin diet
yang kiri sekali
mencarut sikit kat trafic light hahaha


Dan selepas ini kita mungkin terserempak, terlanggar bahu, tersapa ke, sapa-sapa lah. Jangan malu-malu pulek... Owh mungkin ada yang invisible bak kata Fatinah. Tapi takpa, yang penting gtalk kan ada, owh ada yang jarang on9 bak kata Fatinah. Tapi takpa, sms pon boleh... Semoga bonding kita semua semakin kuat selepas ni. Cau cincau dan semoga terus hidup dengan bernafas dengan jiwa, bernafas dengan oksigen, bernafas dengan ilmu, bernafas dengan pengalaman baru, dan menghembus dengan kemudahan dan kejayaan. Amin.


Perlu



Kaki kanan dan kiri masih berpijak atas Bumi
Itu normal
Kaki kanan keluar kaki kiri masuk
Itu paranormal
Kaki kanan tersandung kaki kiri bertongkat
Itu agak normal lah
Kaki kanan menendang kaki kiri tertendang
Itu sengal
Kaki kanan panjang... kaki kiri pendek...
Itu katek

Mana yang paling sempurna?
Ketuk pintu hati
Jangan pula ketuk lutut dekat kaki
Masuk wad gile
Gila ape?
Gila acare
Gila kerje
Gila-gila ketawe
Tidak mengape
Itu suka-suke
Perlu ke?
Awak Melayu ke
Motor kapcai
Kerja cincai
Untuk survive...
7 hari jadi loser
Berterabur dah bahasa
Jumpa member kata tak perasan
Padahal batang hidung dah kat depan
Cermin mata tak cukup penguasaan?
Indeks kanta bukan main ketinggian
Tengok movie bagai nak gian
Ada apa dengan cinte
Pengalaman tak ade
Perlu ke?
Telefon berdering
Waktu otak tengah kering
Sidai malam tapi tak kering
3/4 malam waktu hening
Jangan buat bising
Nak kena tengking?
Dengan kakak tengah baring?
Lampu bukak itu banyak terang
Jangan nak temberang
Makan saham pada hari mendatang
Jambatan yang nak di seberang
Nak sehelai dibelai 7 kah?
Sekarang dah tiba masanya
Bila lengkap sepurnama
Bulan berpecah tinggal di hujung minda
Bulan sabit selepas bulan kering
Berbulan-bulan mengubah kita
Perlu kah?
Memang perlu



change

Ku-rentin

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari Kelima


Kronologi suhu badan aku sepanjang kena kuarentin.

38.4

37.1

38

36

36.5

Alhamdulillah ada peningkatan. Aku cakap dengan Abu. Yehaa! boleh balik. Dah masuk hari ke lima nih. Hari tu hari Sabtu. Siang hari tak banyak benda pulak aku buat. Tidur terbongkang terkangkang terlentang dan sebagainya... Malam Sabtu ni ada cerita best. Majalah 3 dan Mukhsin TV3 semestinya. Sekurang-kurangnya hari ni terisik dengan tontonan yang menarik kat TV3. Tapi dipotong stim bila malam tu Dr datang awal pulekk... Terkontang-kanting kami semua lari masuk bilik selepas Abang Fuad menghalau kami masuk bilik. Bukan apa, nak pastikan semuanya dapat rawatan. Kang ada pulak yang mengadu saya tak cek pun malam tadi. Itu tak jadik masalah. Macam biasa Dr cek suhu badan, tekak, tanya nak balik tak~ bosan.

Sambung balik tengok movie. Mood nak tengok TV dah hilang dah.


Hari keenam

Hari ini aku bangun lambat gila. Macam kain basah tak kering2 tersidai atas katil. Bangun2 matahari dah terik, dalam pukul 9.45 kot. Arghh! aku nak mandi jugak. Paning kepala tidur tidur tidur. Bosan.

Aku terus jalan-jalan lalala kat row atas row bawah. Then tiba2 abang Khairul datang bawak van. "Meh2 sapa nak pergi cek doktor." Aku terus angkat tangan. Sebab saje saje jek. Pergi klinik boleh naik van. Boleh bersiar-siar. So aku terus melabuhkan bontot kat van UTP. Tiba2 memang rezeki aku baik hari ini. Dr tu kasik aku discharge!! Wah!! Sebab suhu badan aku dah stabil 36. Suka tak terkira aku hari ini. So tanggal 2 Ogos 2009 aku dibebaskan daripada penjara kuarentin ni. Penjara Duyung. Terima kasih kakak klinik. Terima kasih Dr.

Aku balik ke Duyung terus membawa perkhabaran kepada rumet aku dan anggota2 rakan yang lain. Cepat2 gi klinik. Mood Dr baik. Haha. Akhirnya aku berkemas macam makcik. Kemas kemas kemas. Akhirnya jam 2.30 petang tadi dan sempat menempah Beef Cheese Burger set dengan Abu. (tersasul2 sebut tadi almaklum dah lame dah order... slalu makan free~)

Wah! Puas hari ini. Aku kemas bilik sambil pakai topeng. Then housemate aku, Amr dan abangnya sempat menjenguk aku. Haha. Diorang budak Egypt yang mungkin ditegur oleh aku je. Kesian diorang. Diorang senyum simpul bila tau aku tak balik rumah. Grrrr... Haha tapi aku tak kesah. Stay UTP pun ada hikmahnya. Dan selepas ni kehidupan aku normal balik.

Tapi bila ingat balik waktu kat Duyung, Aku rasa semacam rindu pulak. Haha. Lawak tul. Rindu kat topeng yang sentiasa melekat, rindu kat budak2 yang sama2 sakit, rindu kat kakak klinik yang dua orang tu. Nanti insyaallah aku tegur kakak tu kalau jumpa kat klinik after this. Rindu kat biskut. Rindu kat Pak Gad yang jaga 24 Hours tu. Takpe, biarkan semua tu berlalu, dan macam biasa, tak balik rumah ni ada misi baru! Hehehehe.

Akhir sekali Alhamdulillah dah sihat dan menanti hari ketujuh sebagai tanda betul2 dah sihat. Syukur bila semuanya dah normal. Pengalaman sebegini aku takkan lupakan. Semoga kita semua ambil iktibar atas semua yang terjadi :)

So sekarang. Masa untuk recover dan cover benda yang perlu di cover. Haha. Maklumlah seminggu kot atau 2 minggu kot dah tetinggal kelas. Mungkin ada hikmah aku stay je kat UTP ni. So... layan aje la labu.



haishh labu~ labu~




Ku-rentin

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari Ketiga


Tahniah lagilah! 36 darjah celsius tapi harapan hanya tinggal harapan je. Kena Cukupkan 5 hari untuk bebas dari penjara kuarentin ni. Tapi takpelah aku tunggu. Walaupun masa2 ni sangat2 terdedah kepada bahaya. Sebab ada je budak yang tahap medium dan tinggi H1N1. Yang penting kena berjagalah. Hari ni ramai jugak yang mesej dan call. Terima kasih sangat2. Aku rasa terisi hari2 kat sini. Ceyy... Malam tadi doktor pompuan tu ketuk pintu bilik lagi. "Owh Asyraf... bagus dah ok insyaallah boleh keluar" Aku pun melonjak gembira(dalam hatila). Terus aku pasang niat esok bangun awal2 nak pergi klinik cek. Then kalau Dr kata ok terus boleh discharge.

Owh banyak sebenarnya benda yang boleh dikutip kat tempat kuarentin ni. Waktu nilah aku mula kenal kawan2 baru. Kawan2 yang sebelum ni aku kenal, hafal muka diorang tapi tak berkesempatan nak tegur. Dan kat sinilah rupa-rupanya ditakdirkan kita semua bertemu dan berjumpa. Tapi memang pertama kalinya aku tak terfikir pun. Macam dah ditentukan. Memang familiar gila muka2 yang sama-sama terdampar kat sini. Haa beberapa budak Shoutul Ikhwah pun ada. Abu pun ada. Muje DAS pun ada. Faizal DAS pun ada.

So sebenarnya aku tak sorang2 sebenarnya dan tak bosan. Yang bosan bila teringat kehidupan di luar yang lebih mengiurkan. Rasa macam nak makan sehingga menjilat jari. Rupanya kat dalam ni banayk pengalaman yang dapat jugak dikutip mungkin aku saja yang tau atau budak2 kat sini jelah. Malam ni sambung balik tengok movie. Cau cincau...


Hari Keempat.

Terima kasih kepada kakak2 klinik yang sedaya upaya mententeramkan kita orang yang semakin liar nak keluar. Haha... aduhai kakak klinik. Mana boleh tahan duduk sini kalau nak kena tunggu lagi cukupkan 7 hari! Kelmarin cakap 5 hari! Kelmarin cakap dah boleh keluar! Arghhh!!! Aku mungkin dah hilang sabar. Aku rasa marah nih!! Macam Mojojojo!!



ggggggrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!


Rupa2nya sebab kementerian kesihatan malaysia yang suruh cukupkan 7 hari. Nak kena bunuh kuman 7 hari tu. Wah memang terseksa. So aku amek keputusan ubah cara hidup daripada asek duduk bilik je... aku buat benda baru benda pelik. Jalan2 makan. Jalan2 makan. Makan biskut. Duduk tengok TV. Pastu duduk tempat pak gad. dengan selamba bersama dengan Abu, pergi bancuh teh hijau yang memang dah ready disediakan. Baru2 ni memang banyak benda2 yang baru disediakan sebelum ni .Hehehe...tahniahlah~



Ku-rentin

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari kedua




Sengalss rupanya doktor datang malam tadi aku dah terbongkang dah lepas isyak semalam. Wah aku rasa aku orang yang pertama tidur agaknya haha nasib baik orait aje. Huahuahua tapi makin lama aku kat sini, makin aku rasa tak sihat. Rasa macam takda life ceyy... tapi takpelah. Ada hikmahnya aku duduk sini. Aku makan ubat doktor tu terus je demam aku reda. Malam ni je aku jenguk kat tingkap dah 5-6 orang dah masuk "Welcome to the club..." bak kata abang gad tu. (ingat benda ni main2 ke abang gad oi?? grrrr)

Tahniah! Baru je tadi Doktor cakap aku ada improvement. Suhu badan aku turun daripada 38.7 kepada 37.1. Kire macam dah normal. Tapi aku kena lebih jaga2 kalau dah normal. Kena pakai mask macam mask rider lagi. Baru je tadi kakak klinik ketuk pintu panggil yuhuu... Tapi aku tengah sibuk menaip benda ni kat notepad. Zass... aku terus bangun nak cek. Nak balik!! Haha.. Sabar.. mungkin lagi 2 hari kena stay. Bila jadik normal, zon selesa, waktu itulah kita dalam tahap bahaya sebenarnya. Sama macam kehidupan kita sekarang ni. Kalau rasa terlalu selesa, kita kena sedar, dan mula tengok balik teliti dan hati2. Selamat berjaya kepada semua rakan2. Walaupun dapat cuti best, tapi Aku nak belajo jugak. Grrrr... Aku kembali jadik masked rider.

Tapi seriously aku nak balik!!


Ku-rentin


Hari pertama


Bosan
Seram
Gigil

Sakit otak duduk kat tempat kuarentin ni. Haha takla teruk sangat sebenarnya.

Hiperbola saja.

Cuma kena berhati-hati, sentiasa bertopeng macam masked rider.


macam ni...



Tapi sebelum ni memang badan dah melebihi 37 darjah celsius. Otak aku penat, lesu2. Alhamdulillah tak selesema atau batuk teruk. Masa kat klinik UTP wah memang seram sebelum menunggu giliran. Macam cendawan. Mata aku merah2 mungkin sebab baru je tidur dan memang waktu tu aku rasa macam kat dalam bara panasnya.

Dalam minda aku satu aja. Sama ada aku kena bertahan dulu atau aku mungkin sebarkan virus H1N1, bukan B1N1, 4C4B, L4K1, atau pun A1N1 hahaha... (kalau aku positif kene H1N1 lahh...). Agak cuak ketika itu... grrr. Tapi bila aku rasa aku demam, kompom lah aku kene kuarentin. So waktu doktor cakap aku kena kurentin, aku cakap, "Owh, orait" ntah pape ntah. Tapi lepas kena tunggu giliran untuk ambil ubat, aku pun mula terfikir pasal aku dan Dia, pasal family, pasal kawan2, pasal study dan macam2 dah jadik peta minda dah.



mungkin bentuk virus H1N1 atau selesema babi, naseb baik tak berupa tut


Tapi back to basic, aku kena positif. Positif menerima apa2 pun. Positif menghadapi apa2 pun. Positif walaupun aku mungkin dah kena makan ubat yang ngekngok pahit dan kuatnya. Positif apa2 pun walaupun aku bakal bosan nanti atau mungkin menyusahkan orang lain. Haha...

Zasss... nama aku pun dipanggil dan 3 bungkus aja ubat pil yang diberikan. Vitamin C, Demam dan Antibiotik. Aku dipersilakan masuk dalam van dengan 2 orang lagi student wanita. Sesampai je kat V6 Duyung, aku terus masuk bilik dan aku ada rumet baru. Nama dia Adnan. Mula2 tak banyak cakap. Time tu pun aku memang panas demam gila penat2. So aku terus terbaring malam tu. Lepas jamah air sirap limau ais je aku terus amek kain basah, makan ubat terus tidur macam beruang. Memang malam tu mengerikan. Aku rasa ubat tu macam kuat. Berpeluh2, panas sikit. Nasib baik ada kain basah. Aku rasa lega sikit.

Owh terima kasih kepada Fazly dan Sapik Tuya sebab sangat prihatin hantarkan barang2 aku walaupun yang 'tu' tinggal 2 je hahahaha.

Juga Mr Zairee yang telefon daripada pejabat bertanya khabar.

Terima kasih sangat2 kepada Din Dang, Kak Ad, Tasha yang sanggup habis kredit bermesej dekat aku.

Juga kepada pnp recmo, Ain, Che Nah, Faez.

Owh yang paling aku terharu Sefa dan Haf sanggup habiskan kredit telefon aku. Tapi maaf suara aku mungkin kureng bermaya malam tu.

Dan terima kasih kepada kakak2 klinik yang sentiasa bercakap tentang kematian.

Abang Gad yang mengucapkan " Welcome to the club" dan semuanya.

Bersambung untuk tak taulah berapa hari aku kat sini...