Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Cermin Diri Sebelum Cerminkan Orang Lain




Kadang-kadang kita tak mudah puas hati dengan orang lain. Lebih-lebih lagi bila menyebut pasal kepentingan secara ramai. Dek sebab menjaga kepentingan lain, kita lupa menjaga yang lain. Tapi hidup ini memang ada pecahannya. Biarlah berpada. Ada kelonggaran. Tapi bila jadi tak ada pengorbanan, kasihan orang yang lain itu.

Mungkin Jugak Aku Dah Lama Tak Menangis

Rasa macam nak sepak orang. Bila tengok laptop rasa nak baling laptop. Bila tengok tingkap rasa nak mengilai macam anjing. Bila tengok cermin rasa nak korek hidung melampau-lampau. Rasa marah dengan sendiri. Bila nampak enset, aku campak kat lantai tapi tak berkecai pulak. Apa taknya... selalu ikut saja cakap orang. Bila aku ingat-ingat balik, aku ni mungkin terlalu bodoh ikut apa orang suruh sampai sendiri jadi susah. Sampai satu masa aku terus mengabaikan semua orang. Sebab itu aku ambil cuti sendiri hari ini. Kononnya nak meringankan tekanan. Hampir 12 jam aku duduk bilik macam mayat atas katil. Aku kemas bilik sikit-sikit macam makcik. Tapi mulut aku bisu. Lagu Bengang nyanyian Akim AF dah tak kedengaran lagi. Haha

Aku rasa berbaloi aku kurungkan diri dalam bilik. Nasib baik roomate aku tak perasan aku jadi gila. Aku jauhkan sejauh-jauhnya telefon bimbit dan apa jenis komunikasi secara fizikal dengan orang lain. Ada rasionalnya aku tak keluar bilik sebab aku takut makin serabut kepala otak aku dan takut-takut aku pula menyusahkan orang lain. Tidur aku pun dah macam tak betul. Alhamdulillah sekarang dah ringan sikit kepala otak. Mungkin ni dah masuk tahap cipan keserabutan dalam kepala otak aku. Kalau buat graf gila versus normal dah terekstrapolasi dah.

Dan bila aku muhasabah balik banyak kekurangan yang aku dapat korek. Selain rindu Kampung Melayu Majidee, aku yang terlepas nak kawal pengurusan masa sendiri. Agak tersasar sikit. Jadikan lah ni satu pengajaran buat semua. Aku rasa paling penting ada banyak cara untuk mengawal emosi sampai tak terkesan kat orang lain. Itu adalah ketakutan aku yang sebenarnya. Walaupun aku selalu buat muka gembira, tak semestinya aku gembira menggila dalam hati.

Malam ni aku cuba mencari masa untuk sendiri lagi. Kembali sendiri. Bila betul-betul tenang, dan dah dapat ilham daripada-Nya bolehlah sesiapa dengar balik lagu Bengang yang aku nyanyi selalu :) Aku nak berduet dengan Emma Watson. Bila aku ingat balik, aku lupa kali terakhir aku menangis. Mungkin jugak aku dah lama tak menangis.





Bila Jiwa Sudah Lama Tak Didendang




Setelah lebih kurang 20 tahun 5 bulan hidup di atas muka Bumi ini, aku sudah perah rasa terpalit dengan keadaan skeliling. Itu adalah kelemahan. Sebab bila jiwa tak didendang. Pernah tak terfikir untuk berada di atas puncak mahligai, tetapi kita tercicir sayap untuk terbang ke atas. Yang kita lakukan ialah merangkak seperti arnab yang angkuh dengan kepantasannya. Akhirnya kura-kura juara. (Kredit to Sefa). Aku terbogel selepas membaca skrip sefa. Dan pada waktu itu semuanya boleh dilihat.

Bilalah aku akan mendendangkan jiwa aku sendiri. Lagu-lagu kemanusiaan. Aku sudah buat cuti umum satu hari ini untuk cuci balik otak. Haha


Klik 'Publish Post' Untuk Masa Sekarang

Baru selepas pulang dari Ameeth dengan berperisai White Coffee Ice yang kaw. Rakan-rakan di sekeliling aku semuanya baik-baik belaka. Tak macam syaitan. Syaitan itu bukan sahabat mereka lah maksudnya. Aku sudah termotivasi dengan beberapa perkara yang dikongsi. Perkara yang aku lihat dalam diri mereka. Rasa seronok bila dapat kenal dengan lebih mendalam perihal yang berada di sekeliling.

Rasa itu rasa yang aku rasa untuk masa sekarang. Jadi memang sudah sah mereka semua adalah idola aku. Jadi untuk masa sekarang juga aku telah dibangkitkan sedikit tentang untuk memulakan kehidupan semula. Tempoh masa 4 jam benar-benar berkesan untuk aku memulakan kehidupan yang baru tapi masih abnormal. Sebab aku tak suka normal.

Jangan terperanjat kalau-kalau ternampak gambar lelaki atau perempuan terpampang di latar belakang Desktop aku. Diorang lah sahabat aku. Mandi di tengah malam untuk membuang saki daki baki hati dan kaki. Jam 3.30 pagi aku menghadap laptop sambil berbaring bertuala menaip apa yang aku rasa untuk masa sekarang.

Sedih rasanya bila tak dapat mengahadapi tekanan dan selalu ditekan untuk buat sesuatu tanpa kerelaan. Sekadar mengeluh sebab kadang-kadang kita mudah bosan untuk yang lain bila yang biasa kita suka, kita asyik lakukan. Benda-benda alah sebegini semacam sedikit menganggu kehidupan. Tapi aku memang lemah bila tiba babak macam ni. Tak dapat nak feeling karakter sebagai seorang manusia. Aku yang lemah sebenarnya sebab susah nak melayan mereka. Yang penting untuk masa sekarang.

Masa sekarang memang penting. Sebab itu semalam tak datang semula dan yang akan datang tak datang lagi. Aku pun terus klik 'Publish Post'. Jangan lupa klik 'Publish Post' bila anda rasa sudah bersedia untuk berubah.

Owh aku suka gambar ni. Terima kasih Fara sebab sudi stalk aku dalam lecture. Haha

Dan Setiap Seinci

Setiap seinci kita pergi, seinci ia menguji. Seinci lagi, kita dirai. Seinci lagi, banyak yang dipeluhi. Seinci lagi, bertambah tinggi. Harapan dan impian.

Jangan mencari yang seinci, sebab kita perlu mencari yang berinci-inci. Usaha dan tawakal.

Walau seinci, harus berbagi-bagi. Kebahagiaan.

Dalam seinci, luar berinci-inci. Yang harus dielakkan.

Dan setiap seinci, kita mesti 'cari'. Ia pedoman.



Seinci dan berinci-inci
Gambar hiasan




Tiga Rasa

Pantai pada waktu malam tidak banyak yang boleh dilihat. Selain deruman ombak yang sama pada waktu siang, yang ada ialah lampu-lampu berkelip datang dari kapal laut atau feri. Macam kelip-kelip. Paling menarik bintang-bintang buat pameran terbesar di bingkai langit. Aku sedikit panas sebab bayu laut bertiup ke arah laut jadi tak rasa sangat angin malam tepi pantai.

Sempat berkongsi beberapa pengalaman dan rasa. Aku dapat simpulkan, manusia memang patut bahagia dengan perasaan. Manusia pun patut bersedih dengan perasaan. Tapi bahagia dan sedih itu macam ikan masak tiga rasa. Ada tiga rasa. Rasa yang ketiga itu tergantung. Bila makan ikan tiga rasa, rasa masam, manis dan pedas tak akan dirasai dalam turutan yang sama oleh semua orang. Ada yang rasa masam dulu, kemudian pedas, dan akhirnya kekal melekat rasa manisnya. Ada yang dapat rasa pedas, manis dan kemudian masam sampai akhirnya. Ikut tunas rasa.

Berjoget di tepi pantai tak digalakkan


Kenalah rasa dalam hidup. Dengar orang meluahkan perasaan sebenarnya sudah beri kita pengalaman yang sebenar. Buat kita beringat. Apa-apa pun, Seri Iskandar-UTP-Ipoh-UTP-Teluk Batik-Silibin-UTP perjalanan yang seronok. Owh watak Akashah macam neraka kot. Watak Kamsah pelik namanya. Aku tak percaya aku tengok wayang cerita V3 Samseng Jalanan tapi ada peningkatan.


Ikan 3 rasa yang aku cerita tadi tapi kabur gambarnya. Bukan yang tengah pegang enset tu


Mungkin Sudah Lali



Mak aku punya tegak lurus tak bengkok



Aku sedut air teh Krisantimum dengan straw panjangnya 20cm. Bayangkan hasil gabungan 2 straw kita dapat bina. Teguh dan utuh. Waktu-waktu begini pula aku terbayang pembaris panjang yang emak aku guna untuk menjahit baju. Pembaris berwarna oren dengan senggatan skala yang jelas berwarna hitam. Ada lubang kecil di hujungnya. Emak aku ikat dengan tali rafia untuk jadikannya sebagai penggantung pada paku di dinding. Selain fungsinya untuk mengukur berapa ela atau depa kain baju lepas tak berjahit, mak aku selalu gunakan sebagai perisai. Perisai untuk buat aku duduk senyap. Dulu aku memang macam ulat taik. Menggelincat tak tentu pasal.

Hobi aku bermain sepit baju buat dinasour dan melompat atas kerusi kayu yang kusyennya macam ketupat. Bila aku buat bising, habislah betis aku kena hinggap pembaris itu. Lepas itu aku mula menangis tapi cuba nak tahan nangis. Gembeng kot. Adalah beberapa kali pembaris tu patah sebab aku. Bukan aku gigit, betis aku yang gigit sampai patah.

Bila datang rumah orang, selagi tuan rumah tak jemput minum, kalau aku capai cawan habislah aku kena cubitan kaum hawa yang berbisa. Tapi mungkin aku dah lali, aku macam sudah tak ada perasaan bila ada orang marah aku (selalunya). Yang aku buat ialah senyum dalam hati. Macam tengok hasil seni ekspresi muka orang marah. Haha gila. Bila orang marah, aku susah nak marah balik walaupun dia yang buat aku marah. Maka sampai sekarang, kalau ada orang emosional dengan aku memang aku terasa tapi aku susah nak melayan. Selain minta maaf kalau benar-benar aku buat salah. Tapi kalau hentam kromo nak emosional sedangkan boleh lagi rasional, aku malas dan penat nak melayan.

Haha


Aku Bercerita Pasal Hujan










Waktu kecil aku dulu, aku diajar untuk rajin-rajin tutup cermin guna kain batik atau gebor (bahasa Melayunya ialah selimut) bila nampak kilat. Ini nasihat orang-orang tua. Macam pelik tapi secara logiknya. Cahaya bergerak dengan 3 x 10^8 m/s dan bunyi akan datang kemudian dengan halaju yang lebih rendah berbanding cahaya kilat. Kemungkinan kita akan mati disambar petir bila terpantul pada cermin. Bayangkan betapa bijaknya nenek moyang kita dahulu.

Hendak menunjukkan bahawa kita ini sudah moden, bergurau senda pun di dalam Facebook. Kalau dulu orang suka dengan istilah warong kopi. Warong kopi tempat orang main dam haji dan mengeteh dan bersenda gembira sampai gelak bergempita. Samalah juga dengan Facebook konsepnya yang lebih virtual. Kalau kita gabungkan warong kopi dengan facebook, jadilah Old Town White Coffee yang menjadi kegilaan sekarang ini. Macam DSLR. Senang-senang saja korek duit beli selonggok dengan lensa pelbagai kuasa.



Bijak juga orang 'bukan Melayu' ini buat bisnes. 'Idea' itu yang mahal. Kesimpulannya tidak kira siapa kita, anak siapa, anak pengutip sampah, anak bos ke, kalau ada idea, atau ilham, kita akan tetap dipandang mulia menggila.

Sempat bermain hujan semalam dengan minah dua orang ini. Seorang sahabat yang sudah lama tak berjumpa cuma terserempak 3 saat selalunya. Kepulan awan mendung dengan cerah macam memberitahu aku bahawa sebenarnya manusia kurang bersyukur. Bila panas macam dalam ketuhar, sibuk mengaku diri 'hot' atau terlalu panas almaklum 36 darjah celcius maksimum suhunya. Kalau sampai bilik terus buka baju. Tapi bila hujan, mengadu baju tak kering dan sebagainya. Kalau kita berada di antara kepulan awan mendung dan awan cerah, entah apa yang kita minta lagi. Salji agaknya.



Bahagia rasanya bila dapat kembali berlari macam dulu. Dah lama pendam. Larian mungkin tak segagah dulu. Tapi yang aku kutip petang semalam ialah apa yang ceritakan.

Bahagia juga rasanya dapat berlari dalam hujan dengan minah yang dua ini. Terasa macam kembali waktu zaman kecil dahulu. Bermain hujan dengan lecak. Baju kotor tapi sekurang-kurang tercolet sedikit pengalaman untuk diri sendiri dan orang lain juga.


Gambar sendiri ambil selepas basah kuyup

Chicken Chop V4 keras macam mounting board.



Batang-batang Hidung



Selain mandi, gosok gigi, cungkil gigi, menatap laptop sampai 4 pagi, dan mengenang kembali memori, tak ada aktiviti menarik yang dapat dibuat di dalam bilik ini. Yang ada ialah oksigen dan lagu Halimah Jongang yang berulang hampir 10 kali sebagai petanda dah khatam semua lagu dalam mp3 roomate. Lagu kegemaran aku ialah Trauma - nyanyian Elite. Trauma duduk bilik. Terkulai-kulai macam tuala yang aku jemur dalam bilik. Bila aku tengok tuala aku, aku terbayang aku. Bila aku tengok aku, aku nampak tualau terkulai. Macam itu lah analoginya.

Kalau sudah terbiasa dengan tabiat masuk bilik untuk tidur sahaja memang begitu. Haprak tapi yang di luar menjanjikan sesuatu yang tak ada dalam kelas. Tak ada dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman yang sangat berharga dan rugi kalau kita tidak mengejarnya. Ternyata memang tak salah. Salah siapa cakap salah.

Nasib baik ada facebook dan hiburan sampingan seperti bunyi-bunyi kicauan burung dan hentaman daun pintu. Yang beratur di hadapan aku ialah tugas-tugas wajib pelajar yang menarik. Sebab itu dengan pemikiran yang pantas, tuntas, aku terus terfikir bercadang untuk ambil kursus kesenian mungkin dalam bidang seni abstrak atau grafik atau teater. Haha. Waktu yang paling tepat ialah waktu aku sudah sangat matang.

Bila difikirkan balik, tidak mustahil rasanya. Peribadi aku sendiri mendambakan benda-benda berbentuk begini. Hadiah yang paling berharga ialah kepuasan menghayati hasil seni. Bila puas, manusia cenderung mendapat hampir 100% motivasi dalam diri. Secara peribadi, aku cenderung teruja dengan hasil-hasil seni tidak kira dalam bentuk apa jua sekalipun. Sehinggakan bunyi pun aku hargai dalam bentuk seni.

Tetapi mungkin aku tidak terlalu obses sehinggakan orang melabel aku penagih seni.

Bidang-bidang sebegini selalunya diperkecilkan atas alasan tidak menjamin kehidupan yang berbentuk kemewahan. Atau lebih tepat tidak jamin dapat mandi dengan harta kekayaan. Cuba untuk berbagi masa dengan yang aku dah lama tak jumpa batang hidung mereka. Batang-batang hidung TTS.

Mengaum Grrrr...

Tarianku adalah Sang Mahabhrata menangisi silamnya
Di sini lah cermin hidup kita

Sekadar berkongsi dengan pandangan dan impian yang sedikit terlaksana. Mengaum sebentar dengan keterujaan.

Aku selalunya menggerakkan kaki untuk tujuan sesuatu. Bila berpijak di atas tanah orang, walaupun untuk kali kedua, ketiga atau keempat, itu adalah kali pertamaku pastinya. Sejak kecil rumah aku tak berganjak. Jika berganjak, punggungku pasti tidak berganjak. Terbatu menunggu masa-masa akan datang. Sampai masanya nanti. Tapi aku suka melompat. Tinggi beribu kaki selagi mampu. Walaupun tidak berpijak di atas tanah, tapi aku tahu aku perlu berpijak di atas tanah untuk fasa-fasa seterusnya.

Kisah di Pulau Mutiara membuka lembaran muka buku baru setelah melihat kota bergaya. Tempoh rancangannya pendek amat, lantas yang diperoleh terlalu besar nilainya.

Begitu juga perjalanan ke Machang yang penuh keterujaan. Sawah padi indah membuka minda. Itik-itik berenang pulang, aku girang. Bubur Assyura pelengkap segalanya diselangi ramah tawa sekeliling warga tak henti bicara. Segenap hati ini telah terjawab betapa jika dituruti kemahuan dan impian, puas terasa akan berpanjangan. Dua malam di pantai Timur. Angin malam wakaf Che Yeh menghunus sel-sel durjana yang sepi. Aku bertiga berjalan mencari sesuatu yang belum diketahui. Sudah pasti kalau diketahui tidak sempurna pencarian. Ini ada berita gembira kerana bertemu pelbagai cerita. Lebih-lebih lagi orang tua di dalam beca. Tidak sedar rasanya sedang nyenyak dibuai angin Kota Bharu. Saat ini telah membuka hati sebesar-besarnya tentang yang tua tiadalah guna anak, jika masih menghempas tulang empat kerat. Memang gempar malam itu dengan beberapa pertemuan yang biarlah aku simpan. Kisah ini sudah lama. Bulan 1 lepas.


Naik kapal terbang empat roda chare!

Memang cantik Bukit Titiwangsa



Sawah padi dalam hati


Mereka dah tanam impian nak jadi model



Pakcik Beca Kota Bharu


Tasik Banding dengan gaya yang sama setiap masa


Manis macam bubur Assyura



Ada orang kata, tiadalah guna aku berkata berbahasa dengan bangsa-bangsi segala. Benar-benar terkedu menghilangkan rasa ini. Abstrak buat aku tak jelak. Mereka pun pernah tergelak. Sudah lama rasanya.

Cuti beberapa hari membuatkan masa tiada kekangan. Penuhi masa dengan kenangan dan bertemu kembali yang ditinggalkan sekejap masa lalu. Hari ini hari kedua terakhir sebelum kembali di pusat. Tiba-tiba jari-jemari rajin menghentak papan kekunci. Satu-persatu blok kekunci dan aku masih menunggu untuk beraksi.

Aku ke Pulau Mutiara tiadalah pasti lagi nanti. Sedikit dan sesuatu merisaukan fikiran. Aku perlu memilih yang satu untuk tidak terharu. Melepaskan yang digenggam memang sukar. Jari-jemari mungkin letih, tapi buka jiwa.

Selamat tahun baru Cina! Mengaum tahun ini dengan keberanian dan keterujaan.


Siapa Berketiak Perlu Baca


Jangan pandang lama-lama



Kalau ketiak tak cuci berbulan, begitu lah busuknya hati. Kalau kaki berdaki 1000 inci, tebal gila iri hati. Kalau mangkuk meggi berulat berkulat, begitu karat dendam penuh ya amat.

Wahai abang kaunter bas Taman Maju, jikalau engkau bercakap tidak sopan dihadapan pelangganmu, samalah engkau mencaci emakmu.

Wahai pemuda yang aku tak kenal siapa. Kalau meminta pertolongan tanpa fikiran, hendaklah mengumumkan diri empunya. Apa yang tiada di hadapan perlu dihormati, kerna tanpa itu, pintu terbuka ke Barzakh hanya untukmu nanti.

Sila cuci ketiak anda sekarang. Jangan lepaskan peluang sampai terbongkang. Kita jarang melihat empunya kita kecuali orang lain punya. Sama seperti hati.


Basahkan Jiwa Dengan RO WATER




Nama seorang lelaki. Bukan mudah untuk kita menitiskan air mata. Daripada nama dan gaya, sudah tahu siapa lelaki. Tanggungjawab itu di bahu lelaki sudah menjadi aksesori pakaian basahan. Perhiasan yang boleh dilihat oleh kebanyakkan orang, tetapi tidak bisa dirasai kepuasan memakainya oleh kebanyakkan orang.

Jiwa aku sekarang bagaikan dijemur di Tanjung Tualang, menunggu untuk dijual laris seperti ikan masin. Kering kontang tiada H2O untuk ditogak. Ini adalah semua kerana merasakan kemarau dalam jiwa. Gundah gulana rasanya hendak mengubah sedikit bicara dan gaya. Sesungguhnya aku cemburu kepada yang menggengam manisan di puncak.



Teruskan langkah. Jalan yang kita pilih itu sentiasa ada yang menunggu di hadapan. Tidak kisah petanda atau pemandu pelancong. Selangkah kita ke hadapan hari ini, dua langkah kita pergi untuk masa depan. Ambil tindakan. Selamat tahun baru dan semester baru untuk yang berguru.

Kalau rasa kering, boleh beli RO WATER. Basahkan jiwa! Setiap jalan ada penyelesaian.




Entri Suka-Suka: Jangan Tinggal Daku



Sukar untuk melepaskan apa yang digenggam




Kadang-kadang kita merelakan




Yang tidak ada kena-mengena




Yang mengharap


Siri Bercakap Dengan Blog



Pernah aku bercakap dengan kucing-kucing di belakang rumah aku. Meluahkan apa yang aku rasa, apa yang aku rasa perlu diceritakan dan apa yang aku simpan sampai jadi jeruk kedondong. Bukan sengaja kencing buat cerita palsu. Memang aku obses bercakap dengan kucing waktu aku bersekolah randah tahap dua.

Kucing-kucing itu teman aku waktu aku gusar dan gembira. Emak aku memang anti dengan kucing kerana bulunya dan tahinya. Ikut bulu. Macam orang-orang atas sekarang. Sebab itu aku hanya menunggu sisa-sisa ikan yang telah disiang oleh emak aku. Sambil curi-curi ambil 3 sudu susu tepung Anmum kepunyaan mak aku, sebagai hidangan istimewa untuk kucing-kucing di belakang rumah.

Aku sangat percaya hubungan manusia dan haiwan hampir serupa dengan hubungan sesama manusia. Mereka seolah-olah mengerti apa yang kita ucapkan. Cuma mereka tidak boleh berbahasa bahasa manusia lah. Terapi bersama kucing sangat berkesan. Bila kita usap bulu mereka, lantas reaksi manja mereka membuatkan hati kita tenang. Hilang semua gundah gulana.

Sudah hampir 6 tahun, aku sudah lama tidak mengamalkan tabiat aku yang itu. Bercakap dengan kucing. Tapi sekarang, teknologi mengubah segalanya. Kalau ke tandas KLCC yang berbayar RM5, semuanya automatik termasuk 'flush' lubang tandas. Jadi penggantinya ialah siri bercakap dengan blog.

Mengerti sendiri apa yang kita tulis sedikit sebanyak memberikan kita kesedaran tentang kekurangan kita sendiri. Kiranya kita bermonolog kemudian kita juga menjadi teman ilusi kepada diri kita sendiri. Macam melihat imej songsang kita di cermin satah 90 darjah.





Baru-baru ini, kucing ini datang bagaikan memberi petanda. Kucing ini membuat isu sedikit di rumah V3E T-2-2. Gempar bila terjumpa kepala anak kucing putus di pintu hadapan tandas. Malangnya kucing berstatus ibu ini tiada otak kerana sanggup mengunyah anak kandung yang baru dilahirkan. Isu-isu!

Kucing yang satu ini inilah mengingatkan aku pasal Siri Bercakap Dengan Kucing, yang pernah aku amalkan dahulu. Yang macam aku cerita. Alangkah bagusnya kalau dapat amalkannya kembali, atau meneruskan Siri Bercakap Dengan Blog.

Pengajaran Untuk Aku Pada Malam Sabtu, Sebelum Bermula Cerekarama TV3

Tingkap lungsur di hadapan meja aku masih terbuka luas. Hari-hari memang begitu. Sebab aku suka melihat kain langsir melambai-lambai seolah-olah mengatakan 'hai' kepada aku. Rasa berteman.

Begitulah ceritanya bila rancangan hendak bergambar berlatar-belakangkan matahari terbenam di Teluk Batik gagal hari ini. Sudah semalam terhidu-hidu bau spageti dan 'hotdog' goreng yang bakal disajikan dalam perancangan. Menyengitkan lagi hidung jawa aku yang pesek ini. Hujan lebat asbabnya dan aku mengambil langkah untuk bergaya kuak lentang di atas katil. Nasib baik tidak patah kaki katil.

Teman sebilik dan teman atau jiran depan tingkap juga meninggalkan aku ke blok kokurikulum. Sambil berkuak lentang aku siapkan poster dan kerja yang perlu dikerjakan. Kurang sedikit beban.

Petang tadi juga, cengkodok bawang kugoreng untuk dimakan. Sempatlah dijamah sebelum terus jadik pameran sahaja.

Rasa sudah lama tidak bersama dengan rakan-rakan rapat di sini. Mungkin tiada rezeki. Insyallah akan rancang lagi tapi dalam kaedah spontan. Haha. Kaedah jemputan secara spontan ini didapati lebih berkesan kerana masa untuk berfikir adalah singkat. Ditambah dengan emosi keterujaan dan emosi positif skala tinggi, maka tiada peratus dakyah-dakyah luar yang akan menggagalkan keputusan untuk menerima jemputan. Jadi bersedia sahaja lah.

Sahabat ini semacam isteri yang perlu dimanjakan. Bukan dibelanjakan, atau maksud aku dipegunakan. Kena luangkan masa bersama mereka. Sahabat rapat yang baru juga tidak dilupakan.

Gtalk dan facebook adalah dua medium utama selain telefon bimbit yang aku guna paling kerap untuk berhubung dengan mereka ini. 2010 mengajak aku untuk lebih kerap berkomunikasi dengan mereka. Paling utama, walau sesibuk mana, jangan lupa untuk jawab panggilan telefon atau pesanan ringkas.

Banyakkan panggilan dan teguran. Walaupun tak pernah kenal subjek atau suspek.


Gambar menutup aurat


Pengajaran untuk aku pada malam Sabtu, sebelum bermula cerekarama TV3.




Lagi Tersenyumlah Wajah 21 Aku


I just wondering how many years should I going through to make a new me. There are too many obstacles and they are always accompanying me. Motivation is the highest peak of courage.

If I were you, I will choose the one who always gives the greatest kiss ever. The kiss will make you permanently feels the heat of experience. You will never forget that moment.

Can’t understand much what am I thinking of right now. But I know what I am possessed of. Sorry if there are not enough space for you, listener to imagine my words.
Another 6 months, I will be entering the new phase of life. Prays and hopes are the best thing to do.

Bintulu
Oh my beautiful girl
Thee are my packet of dream
Kerteh
Oh my beautiful lady
Thee are always be my flower of dream
Looking at you is my every-days
At last I will not regret if two of you are replaced by others


Tak sabar rasanya menanti kakiku berpijak di Bumi orang



Haha apa yang merasuk aku. Aku tak tahu. Maafkan aku kalau penulisan ini merosakkan bahasa orang-orang Mat Salleh. Aku tak pasti kenapa Mat Salleh. Yang pasti di mana aku akan dicampakkan nanti selepas 6 bulan untuk berkelana selama 8 bulan jauh dari Bumi Tronoh, aku pasrah. Lagi jauh tempat yang aku tak pernah jejaki, lagi tersenyumlah wajah 21 aku.


Separuh Diri Yang Dulu

Hari ini dalam sejarah aku baring meniarap hampir 12 jam sambil keletak-keletukan menekan papan kekunci. Baru kelmarin papan kekunci dibaiki secara halus. Masalah pemutar CD/DVD pula gantinya. Bertambahlah kesulitan pengeditan video Asylum. Macam harem situasinya sekarang. Selain audio dan video yang entah bilakah akan elok.

Hampir sepurnama aku tak dengar lagu-lagu bernada klasik, pop dan semua jenis lagu. Aku gemar muzik 80-an tempatan dan Inggeris. Filem-filem yang aku tengah kempunan nak tonton. Mungkin ada hikmah.

Status sekarang adalah pekerja yang kerja tak lengkap lagi. Masih berusaha meniru gaya orang-orang profesional. Bawang-bawang.

Idola aku adalah semua orang. Paling hampir ialah rakan dan kenalan. Sangat menghargai mereka selain menghargai lebih kepada keluarga sendiri yang selalu bagi aku sokongan walaupun tak nampak secara harta berjuta.

Aku masih ingat lagi uri aku atau plasenta aku ditanam dan ditemani lampu minyak tanah cina. Yang berjelaga dan ada gambar Ah Moi di tempat pemegangnya. Mak aku cakap, dulu mak aku letak pensil, dan duit syiling. Uri itu ibarat kawan kita semasa dalam perut emak. Ini adat orang Jawa. Menarik kan?

Lampu minyak tanah diletak untuk mengekalkan suhu suam yelah..bayi kan tak tahan sejuk. Pensil adalah simbolik kepada education manakala duit syiling simbolik kepada kekayaan. Walau apa pun, kita tak boleh jadi uri, dan uri tak boleh jadi diri kita.

Sekarang, yang paling utama ialah diri sendiri. Resipinya ialah jadi diri sendiri dengan berhemah. Tipu kalau tak pernah merindui seseorang. Sebab aku tengah merindui separuh diri aku yang dulu-dulu.



V5 Old (V6) Propana 2-2
Best gila!


Penjara dan Kuncinya




Hidup ini memang penjara kalau kita tidak keluar bilik, mengepam bau dan merenung dalam laptop sedalam jurang Mariana. Manusia memang tidak selalu berpuas hati dengan apa yang dia ada atau lalui. Kalau sibuk dengan kerja, nak terkencing pun sanggup tinggalkan tandas. Kalau dah lapang sampai terbuai-buai kaki dan mimpi, otak jadi mati. Berikutan baru satu hari duduk bilik selepas jam 11 am. Pulang dari pejabat Dr Jerung dan Encik Ahmad Pg. Bersama Esah dan Daus. Wiwit.

Selepas 21 hari bulan Januari 2010, aku rasa hendak mandi sepuas-puasnya. Cuci minda dan paradigma. Selaras dengan umur 21 tahun. Selain bermandi-manda di Lubuk Timah, Ulu Licin, Lata Kinjang, Sungkai dan sebagainya dalam semester ini.

Selepas sebulan awal balik berpijak di Bumi Tronoh ini, sedikit kekuatan telah memberikan aku peluang untuk membuka sedikit pemandangan. Pelbagai pengalaman baru dan bawang-bawang baru yang aku jumpa. Menarik.

*Bawang - sejenis otak pemikiran individu

IRCC atau Information Resource Centre Carnival bagi aku ialah DAS atau Debat Alam Sekitar versi dua. IRCC dan FIRC adalah platform. Kita semua yang berada di atasnya. Dapat melihat yang dulu tak dapat dilihat. Meluas. Sebab itulah kena percaya bahawa subjek seperti IRCC, FIRC dan DAS adalah kunci untuk keluar dari bilik bertirai besi penjara.




MMU


PNM



Jangan berkurung dalam bilik sampai patah katil! Sanggup makan kertas dan dakwat?
Sedikit motivasi untuk diri sendiri dan semua sebab kita kena positif. Bersyukur sebab kita ada PADANG yang luas untuk berlari.



UNITEN


PRC - Bersama bawang-bawang


UPSI - Bersama kakak maut (Khairul Anwar Samad versi wanita)



Di Hadapanku Ada Empat Batang Jelly Fish Cucuk


Di atas meja aku sekarang ada empat batang Jelly Fish Cucuk. Lepas habis makan satu batang, yang tinggal hanyalah batangnya, sebab isi-sisinya yang lepas sudah menanti menjadi tinja. Aku lihat batang lidi itu. Selain berfungsi untuk mencungkil sisa-sisa di celah gigi, teringat aku pada lidi penyapu emak.

Lidi-lidi penyapu emak ada banyak sejarahnya. Selain pernah hinggap di peha atau betis, bunyi sapuan lantai menggunakan penyapu lidi ini lah yang selalu menjadi halwa telinga waktu pagi-pagi pada hujung minggu.

Pukul 9 pagi aku terlopong di hadapan televisyen menonton Dragon Ball yang selalu ingatkan aku pada satu rahsia. Sebenarnya dragon ball ada tujuh biji semuanya. Daripada itu aku sedikit mendapat 7 perkara pokok untuk 2010.

Tekun
Usaha
Jelajah
Untung
Hala tuju

Sekecil-kecil objek atau subjek, nilainya terlalu tinggi. Nilai estetikanya, nilai sentimentalnya, atau seperti biasa, nilai harganya. Jadi kalau ada jumpa orang suka kumpul beg plastik, tin, botol kaca, gambar, malah mengumpul lemak sekalipun, itu adalah normal. Sebab daripada sekecil-kecil objek atau subjek, ia dapat mengupas satu persatu ilham atau buah fikiran. Macam bawang.



Hidup Ini Bagaikan Dilonjak-lonjak



Selepas kita keluar daripada plasenta emak kita, kita dah dengar azan atau iqamah. Daripada getaran tulang-tulang osikel kita dapat menghayati melodi tadi yang menandakan kita sudah dapat nikmat yang palin besar sekali. Selepas itu, kita dikeringkan dengan tuala bersih. Darah nifas dan bendalir amnion semua sudah bersih daripada tubuh kita. Selepas itu kita ditimang-timang dengan beberapa dan mungkin tak terkira telapak tangan manusia. Waktu itu kita mungkin tak sedar. Hidup ini bagaikan dilonjak-lonjak. Serupa keadaannya bila kita ditimang-timang manja ke udara, tak berapa pasti berapa tingginya.

Dalam hidup manusia, aku percaya ada sampai masanya kita akan rasa kehidupan itu sangat bermakna. Semacam puas rasanya. Tapi kepuasan itu kadang-kadang menempelak pandangan kita pada satu sudut yang sepatutnya direnungkan terlebih dahulu.

Kita akan gayat bila dilonjak ke udara. Waktu itu, dalam fikiran kita yang muncul ialah takut bila jatuh ke tanah tak bersambut. Itulah bentuk rintangan dan ujian yang ditakdirkan untuk kita rasai. Kita tak tahu, kita disambut atau tidak disambut nanti.

Bila kita terlonjak sampai ke aras yang paling tinggi, kita berubah emosi ketika itu. Rasa semacam gembira sebab dapat melihat keseluruhan pandangan 360 darjah tanpa halangan. Dapat menghampiri langit, menghayati keindahan bintang-bintang. Mengalpakan apa yang kita gerunkan seketika yang tadi.

Kepuasan. Itulah yang kita akan rasa, kita akan nikmati, dan yang kita akan hargai. Kita akan ingat sampai bila-bila dalam sel otak. Tiba masa dan ketika, impuls akan teruja dan kita akan menyusun kembali foto-foto bintang-bintang yang kita ambil di aras yang tertinggi.

Akhirnya, tiba masa untuk kita sedari. Mata perlu dialihkan ke bawah. Mencari tangan siapa yang akan menyambut kita dari aras tertinggi. Disitu, kita akan melihat tangan-tangan menadah. Pilihlah.




Mata di Cermin Hadap Belakang Kereta dan Objek di Sebelahnya





Mata yang cantik ini bukan mata aku. Tapi wakil mata yang memandang keindahan jambatan Penang. Sebuah bandar yang cantik dengan pembangunan yang tersusun. Berbaloi meredah dalam kebanyakan jentera berenjin dan berminyak diesel atau petrol.

Terbukti perancangan di saat akhir tapi kalau bersistem insyaallah menjadi. Sengaja aku dan mereka mencari sedikit perbandingan. Sambil-sambil menukar oksigen versi lain. Oksigen versi Pulau Mutiara.

Oksigen itu berkata

"Di sini, kami selalu meresap masuk ke dalam alveolus bangsa ini. Bangsa yang suka naga dan merah."

"Inilah realitinya, kami pun selalu bercerai dengan pasangan o2 dan bergabung dengan karbon membakar ikan dekat sebelah Gurney"

"Kami suka berjalan di Feringgi sebab kami boleh lihat pantai cantik dengan orang-orang yang cantik. Cantik sebab mereka putih. Yang pelik, rambut mereka kadang-kadang putih"


Padang Kota bercakap

"Mami suka pakai rantai berkelip-kelip macam anak mami pakai gelang. Mengerlip. Ramai orang tengok mami..."

"Mami malu... ramai orang ambik gambo mami..."


Tak sempat kaki-kaki sepi berjalan seluruh pelusuk pulau ini. Sampai di Feringgi membeli cenderahati. Sehari merisik Penang. Terjumpa topi Jepun. Semangat BEKAM untuk ke pulau.



BEKAM selalu dalam ingatan



Air Masin Buat Tatapan




Mak aku pernah ajar, mak siapa-siapa lah mesti pernah ajar. Kalau sakit gigi berkumur-kumur dengan air masin. Mesti rasa lega lepas tu. Kalau sakit gusi rasa bergusi kembali. Kalau sakit gigi, rasa tahi gigi kembali.

Air masin memang banyak misteri. Bagaimana laut boleh masin? Bukan sebab ramai yang berpeluh dalam air, terlalu lama berendam. Itulah kecantikkan alam ciptaan-Nya. Jadi selaku khalifah di Bumi ini, tak salah menghayati air masin untuk tatapan.


Berkesempatan manfaatkan cuti hari minggu sehari selepas tahun baru di Pulau Pangkor. Mencari ketenangan. Biasa dengar kan ayat ni. Tapi memang betul. Berbaloi belanjakan duit untuk mendekatkan diri dengan alam semulajadi, berbanding belanjakan duit berjoging ke kompleks membeli belah. Perbandingan dia macam beli sayur dengan beli crocs. Mana lebih untung?


Tinggi atau rendah bukan ukuran, tapi kombinasi menarik bila disusun mengikut urutan





Lompat setinggi mana awan boleh dicapai. Supaya jatuh nanti di peringkat awan yang tertinggi.



Ikatan persahabatan ubat paling mujarab



Kita tetap perlukan tempat bergantung. Di tepi kita sentiasa ada yang tersenyum dan di belakang kita sentiasa ada yang tunduk.



Kita umpama wira untuk selamatkan diri kita sendiri dan juga orang lain




Tersandar dengan kecantikkan, tertembok dengan kesulitan. Itulah hati yang baik



Seperti memasak meggi untuk isteri



Fungsi tali selain mengikat, ia membelit
Seperti lidah, mengikat janji, membelit pun juga



Di luar lembut, di dalam tak kecut



Di luar kecil, tapi tak terkucil


Menyerah tak semestinya kalah



Jangan muda tapi gigi tiada


Enggang sama ranting, ranting sama rapuh



Pengalaman hidup paling bermakna ialah hidupkan api dalam kegelapan


Walaupun kita di atas batu kejayaan, berjaya selepas menyelam dengan kesulitan, kita mesti pandang ke belakang semula


Cuma ada dua lubang dan dua pendayung untuk berkayuh tanpa mengeluh



Seburuk mana rakan anda, anda lagi buruk