Menghadiri walimatulurus teman sebaya baru-baru ini memberikan tamparan hebat buat diri sendiri. (Gelak sekejap). Aku tahu ini adalah sebahagian daripada proses membesar. Menerima kenyataan bahawa kau pun kena mendirikan masjid dengan kadar segera, sepertimana desakkan-desakkan daripada orang sekeliling. Yelah, kau tahu kan orang kita macam mana? Kalau orang putih, dia ada sifat individualistik. Tak peduli dengan hal 'apa orang kata' dan perkara ini membawa mereka lebih jauh dan keluar daripada kebiasaan. Contohnya, daripada memikirkan hal untuk mendirikan rumah tangga, mereka memilih untuk memikirkan hal untuk 'menguasai' dunia. Meneroka alam, mendaki gunung beraltitud tinggi dan memecahkan tradisi kejayaan orang yang sebelumnya dengan mencipta teknologi baru yang tak terfikirkan. Untuk mencapai semua ini, masa untuk membina keluarga menjadi pengorbanan. Ada sudut positif dan negatif yang aku pasti semua orang dapat fikirkan sendiri.
Bagi aku lah, kita boleh buat perkara yang sama tetapi harus disesuaikan dengan cara kita.
Hidup terlalu singkat dan kita perlu memaksimakan kemampuan diri. Buat perkara lain. Kahwin adalah komitmen yang kita tidak boleh lari dan menerusi perkahwinan, kita juga mampu 'menguasai dunia'.
Siapa yang tak mahu ada anak, kemudian kau ajarkan anak-anak kau mendaki gunung yang tinggi, belajar untuk menikmati sekecil-kecil perkara seperti merenung Matahari terbenam di ufuk timur dan cara membuat teh panas di atas puncak? Mengajarkan apa yang kita ada, menanam idea untuk menghargai hidup dan mati juga cara kita untuk memastikan kelangsungan menguasai dunia.
No comments:
Post a Comment