Johor Bahru - Jogjakarta - Surabaya - Malang - Banyuwangi - Malang - Jogjakarta - Johor Bahru
Sambungan kepada Segmen I dalam Kembara di Bumi Jawa Timur Segmen I - Bromo Meletuskan Rasa Kagum
Sambungan kepada Segmen I dalam Kembara di Bumi Jawa Timur Segmen I - Bromo Meletuskan Rasa Kagum
Madakaripura, Sebuah Tempat Terakhir Meditasi Gadja Madha Sebelum Hilang
Perjalanan dari pergunungan Bromo ke Madakaripura mengambil masa 45 minit dari Desa Cemoro Lawang, ke Lumbang, Probolinggo. Air terjun yang tertinggi di Pulau Jawa dan kedua tertinggi di Indonesia ini tidak tercatat dalam pelan asal kembara ke Jawa Timur namun sengaja aku selitkan kerana alang-alang sudah ke sini. Pelan awal adalah untuk menghabiskan masa yang lama ketika di Banyuwangi nanti.
Secara amnya tempat ini harusnya terjaga tetapi malangnya sewaktu melakukan perjalanan tidak kurang 500m ke tempat terletaknya dua air terjun utama, didapati beberapa keping plastik terbuang kelihatan mencacatkan sedikit pemandangan. Manusia memang tidak pernah belajar daripada beberapa siri kejadian bencana alam yang sudah jelas akibat tangan manusia sendiri. Teringat ungkapan dalam novel Secret of Savanna, ketika datuknya yang suka berburu sakit. Dahulu dia suka menembak itik di tepi tasik, tetapi hari ini bilangan itik semakin berkurang dan kemungkinan lesap. Menjelaskan bahawa dirinya ibarat itik tersebut yang mungkin akan 'lenyap', menyedari bahawa kehilangan itik-itik yang sering terbang saat Matahari terbenam itu adalah akibat tangannya sendiri. Aku menutup halaman novel dan kembali menikmati angin yang masuk deras melalui tingkap kereta. Pak Dwi Bakso nampak sedikit keletihan setelah memandu hampir 4 jam dari Surabaya ke sini. Apa tidaknya, apabila kami sampai di Stasiun Surabaya Gubeng, kami terus bertemu Mas Dani dan berdoa dapat menyewa satu kereta buat perjalanan selama tiga hari. Agak tergesa-gesa.
Selesai memberi salam terakhir dalam tahiyat akhir, aku menolak daun pintu musollah dan berjalan menuju tempat duduk Mas Dani dengan penuh harapan. Setelah membuat mimik muka seakan bertanya mengenai hal kereta sewa, Mas Dani memberikan berita baik kerana berjaya mendapatkan kereta bersama Mas Dwi Bakso. Kemunculan Mas Dwi Bakso pada jam 12 tengah malam waktu Indonesia Timur seakan upacara gilang-gemilang. Hanya Tuhan saja tahu perasaan girang kerana optimis dengan pelan saat terakhir. Oh ya, ada sebab kenapa dipanggil Mas Dwi Bakso. Hanya Mas Arifin, dan kami bertiga sahaja yang tahu.

Diceritakan dua air terjun setinggi 200 meter ini merupakan tempat bermainnya Gadja Madha pada zaman kegemilangan kerajaan Majapahit di Pulau Jawa ini. Salah satu air terjun ini terdapat gua tempat pertapaan Gadja Madha tetapi sayangnya tidak ada jalan akses untuk ke situ. Pastinya gua yang diceritakan memiliki keunikan tersendiri. Rasa ingin tahu amat membuak tetapi menghormati budaya dan adat setempat adalah menjadi keutamaan. Satu lagi air terjun di sebelah sisi kanan, merupakan tempat bersiram Gadja Madha. Pada mulanya agak berhati-hati saat melakukan terjunan dan menghampiri ke kolam permandian Gadja Madha kerana teringat pesan orang-orang tua jikalau berkunjung ke sebuah tempat yang angker, kena mintak izin dahulu. Tambahan lagi, agak pelik kerana pengunjung lokal yang lain tidak berpakaian mandi malah memakai baju hujan.
Keluasan kolam tempat jatuhan air terjun madakaripura yang mencapai 300 meter persegi dan dengan kedalaman kira-kira 7 meter ini cukup menghairahkan buat mereka yang inginkan kesegaran dan melupakan bebanan kerja yang menggunung. Saat memasuki seakan gerbang masuk, mata melihat ke atas dan pemandangan air terjun yang seakan jatuh dari lubang di langit, membuat aku terpegun dan mengagumi ciptaan Tuhan ini. Pemandangan tebing tinggi berbentuk ladam kuda dan batuannya yang dipenuhi tumbuhan hijau ini jarang sekali dapat dilihat di Hutan Hujan Tropika seperti Malaysia. Tanpa berfikir panjang, aku segera menghamparkan tubuh di dalam kolam air terjun tersebut. Saat mengapungkan badan dan air menutupi hingga paras telinga, bunyi deruan air menjadi penyumbat kepada kebisingan kota. Terasa tenang, lebih-lebih lagi bila memejamkan mata sambil muka menghadap limpahan cahaya Matahari.
Aku memang suka begini, mencuri kesempatan untuk menikmati hal-hal kecil yang jarang sekali orang boleh faham.
Aku memang suka begini, mencuri kesempatan untuk menikmati hal-hal kecil yang jarang sekali orang boleh faham.
Nyalaan Api Biru Ijen Yang Memukau
Menyambung perjalanan daripada daerah Probolinggo menuju ke Banyuwangi adalah misi setelah meninggalkan keajaiban air terjun Madakaripura.
Kami melewati sebuah Power Plant yang sangat besar, mencakupi hampir seluruh kawasan pantai yang panjang. Kelihatan beberapa terminal tempat air laut diproses untuk menjadi air tanpa mineral supaya pas menjadi air yang dipanaskan di dalam 'Water Tube Boiler' untuk menjana elektrik. Sedikit sebanyak, tempat ini mengingatkan aku kawasan perindustrian Gebeng, tempat aku menjalani latihan industri selama 8 bulan. Dari dalam kereta, kelihatan alunan ombak sangat kuat dari kejauhan. Hampir sepanjang laluan berbukit ini dipagar dan dipasang papan tanda 'Dilarang Berjualan Di Sini'. Boleh disimpulkan, hampir seluruh celah jalan di Indonesia terisi dengan padat angkringan atau lesehan tempat makan. Pernah ada seorang teman kenalan baru di Indonesia mengatakan bahawa tanpa kemahiran, hidup di Indonesia ini susah. Dengan kemahiran lah mereka mencipta perkerjaan. Rakyatnya yang terlalu padat tidak memungkinkan peluang pekerjaan makan gaji dapat diperoleh dengan mudah.
Tanpa segan silu, aku duduk mencangkung di tepi dapur daripada unggun api kerana tidak dapat menahan lagi kedinginan. Unggun api yang diceritakan hampir 100 tahun tidak pernah padam, betul-betul membuat suasana tengah malam itu hangat sedikit. Kami sempat berbual kosong dengan Pak Eko, Rasydan bersama seorang temannya. Tempat ini merupakan sebuah pondok jualan dan ruangan ini adalah dapur bersama ruang tidur kerana terdapat dua katil terletak di posisi tidak jauh dari unggun api. Perbualan kami menyentuh soal budaya Jawa Timur, sehinggalah berkenaan pesantren-pesantren yang banyak dibangunkan di daerah ini. Menyambung lagi perbicaraan kami, Pak Eko menerangkan perbezaan kelompok Muhammadiah dan UN yang sering mendapat khabar fahaman yang sedikit berbeza. Secara penilaian sendiri, aku sangat mengagumi budaya tidak mengenal warna kulit dalam masyarakat Indonesia. Bangsa atau etnik apa pun, mereka masih berbicara dalam satu bahasa dan persefahaman. Kalau di pejabat pun, rata-rata mereka sangat menjaga semangat persaudaraan atau setiakawan. Malah kalau perempuan, layanan kelas pertama pasti diberikan. Istilahnya 'gentleman'. Kalau nak dibandingkan dengan orang lelaki Malaysia tipikal macam aku, memang kalah. Kerana itu jugalah kami (rakan senegara) kadang-kadang bertelagah dan bercanda soal lelaki 'gentleman'.
Masih ada sisa lebih kurang 3 jam untuk mencapai jam 2 pagi yakni waktu bermulanya pintu pondok pendaftaran masuk ke Gunung Ijen dibuka buat pendaki. Kami sambung berceloteh mengelilingi unggun api tadi. Dua buah katil yang lengkap dengan selimut pada tengah malam itu sungguh menyelerakan sehingga beberapa menggoda kelopak mata aku untuk sesekali berkedip cepat.
Orang seperti Pak Eko adalah pejuang hidup yang sebenar. Beliau merupakan bekas pekerja tambang sulfur di kawah Ijen beberapa tahun yang lalu. Pekerjaan mengandar 80kg batuan sulfur naik dan turun ke kawah Ijen adalah bukan sesuatu perkara yang mudah. Aku mendengar cerita Pak Eko sambil melihat-lihat bara kayu Akasia yang merah menyala seperti butang kecemasan Ultraman ketika kehabisan tenaga. Teman Pak Eko menambah satu batang kayu Akasia sepanjang satu depa lagi untuk membina bara tambahan supaya tidak mati.
Selepas membuat operasi buang appendiks, Pak Eko membuat keputusan untuk berhenti menjadi penambang sulfur. Daripada raut wajah Pak Eko, susah untuk mencari kedutan kecuali kedutan di mulut dan mata ketika melemparkan senyuman tenang. Orangnya tenang. Kadang-kadang cemburu melihat orang di sini. Mereka kelihatan tenang, bersyukur dengan keperluan asas di desa tempat tinggal. Air saluran adalah asli dari air mata gunung, kebun sayur terbentang luas dan rumah cukup sekadar tempat berlindung panas dan hujan. Sumber alam sangat dekat tetapi harus rajin mendapatkan dan mengolah sumber tersebut.

No comments:
Post a Comment