Sudah lama tidak baring meniarap begini sambil mendakapkan muka di atas bantal empuk. Nafas ditapis kekabu yang palsu, memudahkan lagi proses tidur, menyukarkan komposisi oksigen memasuki salur pernafasan.
Novel yang aku tidak baca habis, terdedah dada muka suratnya berkibar-kibar ditiup angin. Udara panas perlahan-lahan merangkak tanda matahari sudah hampir tegak di atas kepala. Sudah beberapa hari sejak aku balik kampung, cuaca negeri Tanjung Puteri ini panas betul sehingga membuatkan peluh jantanku mengalir di sepanjang tulang belakang yang berlekuk-lekuk sehingga basah getah seluar yang mengikat pinggang dibuatnya. Hari yang terbaik untuk duduk sahaja di rumah tanpa perlu bersusah payah.
Sengaja aku ambil cuti tambahan kerana ingin berada di rumah, mengumpulkan berita dan cerita baru tentang ahli keluarga, khabar saudara-saudara dan teman-teman. Duduk jauh terlalu lama boleh membuatkan kau tercicir dengan kemajuan dan pertumbuhan keluarga sendiri. Komunikasi melalui Whatsapp dan Facebook tidak cukup realistik untuk memberitahu berapa banyak garis senyum dan kedutan di dahi orang-orang yang sentiasa di belakang kau tidak kira kondisi apa pun.

No comments:
Post a Comment