Aku melunjurkan kaki, di bawah meja riba. Baru selesai mengemas barang kecil-kecil yang separuh siap. Aku berkata dalam hati bahawa itu sudah siap dikemas, walhal separuh jalan. Ambil waktu.
Barang yang kecil-kecil inilah yang paling susah nak dikemas. Sayang nak buang tapi berat untuk aku simpan. Memakan ruang dan menyemak pandangan. Tisu yang penuh dengan lakaran-lakaran pun aku kepilkan jadi satu. Benda-benda inilah yang paling sayang nak dibuang. Benda-benda kecil yang mengingatkan kau tentang banyak perkara, iaitu kenangan.
Aku susun rapi-rapi dalam beg kanvas. Guna semula beg kanvas. Itu antara hobi aku. Dalam setiap beg kanvas, terkandung koleksi-koleksi seperti gelang, poskad, keratan tiket bas, tiket keretapi dan juga duit kertas sesebuah negara yang aku kunjungi. Itu adalah cara aku menyimpan barang kenangan. Beginilah setiap kali mengemas, aku akan membelek semula dan mengingat kembali perjalanan. Apa yang aku cari, temui dan jumpa. Kadang-kadang barang-barang kecil ini amat dibutuhkan ketika kita tidak memiliki semangat. Contohnya dalam tempoh PKP akibat penyebaran virus COVID-19 ini, semua yang hendak dilakukan jadi serba salah. Hilang minat dan sebagainya.
Semoga semua ini berakhir.

2 comments:
Setuju... Time kemas, smbil belek sambil mengimbau kenangan
Post a Comment