Jika meminati sesuatu perkara itu, tidaklah berasa terbeban untuk menjalani dan juga mengerjakannya. Jika mengerjakannya itu memerlukan kekuatan, tidaklah menjadi sia-sia kekuatan yang dikerah itu, menepati hukum pertama termodinamik yakni jumlah tenaga dalam satu sistem tertutup adalah malar. Juga menepati prinsip keabadian tenaga yang menerangkan bahawa tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan.
Seperti mengisar biji kopi menggunakan alat pengisar tangan, tenaga tenaga kinetik tangan ditukarkan kepada tenaga mekanikal batu seramik dalam pengisar. Sebahagian tenaga mekanikal akan menghasilkan tenaga haba yang bebas di atmosfera membawa bersamanya hawa biji kopi yang bersalut mukus merangsang sel-sel deria bau dalam rongga nasal hidung lalu menghasilkan impuls ke otak mentafsir bau yang menenangkan.
Dengan kata mudah, menjalani perkara yang diminati itu adalah malar dan tidak sia-sia.
No comments:
Post a Comment