Memeluk pohon itu dan aku bermain sembunyi ibu. Aku mula mengira dengan kiraan satu, dua, tiga dan seterusnya bila aku rasa mereka sudah bersedia untuk dicari, aku berhenti. Tanpa sebarang kesan bunyi, seperti bunyi ranting yang dipijak patah, aku cuba berjalan supaya membuatkan orang lain tidak sedar akan kehadiran aku. Kemudian terlihat sosok tubuh di sebalik rumpun pandan, tempat permainan labah-labah dan serangga kerana wanginya pandan yang mengujakan. Peluh di dahi menitis dan mengalir melalui kerutan senyuman manis kiri pipiku. Merasai sedikit masin air peluh tadi. Tersengih aku kerana bakal menemui si dia yang bersembunyi sepi di sebalik rumpun pandan itu.
Ini bukan permainan menyembunyikan ibu. Tapi ikutkan permainan ini suruh kita cari 'ibu' atau orang-orang atau kawan-kawan yang disayangi. Lebih tepat 'ibu' adalah 'orang yang disayangi'. Simboliknya permainan zaman kanak-kanak dulu kan? Bersusah payah hari ini kita, adalah untuk orang yang tersayang. Tapi ingat, jangan main sembunyi-sembunyi waktu maghrib nanti kena sembunyi dengan hantu *****!
Seperkara yang menerbangkan aku ialah sayap-sayap kenangan lalu. Lencana ketua darjah ini aku masih simpan untuk mata aku melihat diri yang dulu. Sudah tiba masanya untuk berubah lagi dan terus berubah. Aku percaya manusia sentiasa perlu berubah daripada yang baik kepada lebih baik. Untuk tempoh masa sekarang, aku lihat ramai sahabat-sahabat yang nampaknya turut berubah kepada yang lebih baik. Alhamdulillah, dan pastinya setelah membuat setiap satu perubahan itu, kau akan rasa menjadi diri sendiri dan lebih bersemangat untuk apa jua yang dilakukan.
Selamat berubah kepada semua. Setiap orang tentunya ada impian atau sesuatu yang ingin dicapai. Selain memajukan diri dengan ilmu, manusia pun ada kehendak sendiri seperti memiliki masa untuk diri sendiri. Memikirkan apa yang perlu disediakan untuk hari esok. Contohnya tempoh untuk satu tahun akan datang, apakah bayangan diri kau. Apakah bayangan kau selepas 25 tahun. Sudah berbini? sudah ber-anak? Melunaskan tanggungjawab untuk mak abah? Bergantung kepada kau.
Kalau kau salin pakaian, tentunya kau perlukan kain sarong atau tuala melitupi tubuh kau sebelum menyalin baju yang baru. Maka kau perlukan kain sarong atau tuala itu sebagai ruang masa untuk diri sendiri atau kau perlu menyendiri bermuhasabah sebelum kau berubah. Kalau tidak kau akan telanjang!
Dah lama rasanya tak balik kampung. Lagu ini mungkin boleh buat orang yang rasa nak balik rumah sangat pada ketika ini rasa sangat menghargai kampung halaman sendiri. Rumah, tempat yang boleh buat kau rasa 'Oh aku kembali' atau 'Oh aku pulang'.
Pejamkan matu mu untuk ku Dengarlah dunia berkata-kata Usah kau ragu disini tempatmu Walau berubah dimata kita Tetap indah selagi kau masih percaya
Tertawa kecewa terpisah Jalan yang lurus yang berhalang Adakah semua ini yang ku inginkan Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata Ku harap ku masih percaya
Adakah semua ini yang ku inginkan Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata Ku harap ku masih percaya
Bukalah matamu Biar aku memelukmu Kita bersama masih muda masih mentah Ku harap kau masih percaya
Mungkin sudah capai satu tahap aku perlu bersalin, memberanakkan sebanyak mana emosi yang terbeku.
Oh tak mungkin sebab itu bukan aku yang sebenar. Maka telah dijadikan manusia itu sebaik-baik kejadian jadi tak perlu kau percaya bahawa kau tidak bisa menghadapi sesuatu dugaan atau ujian. Telah direka ujian itu khas untuk manusia semampu mana dia bisa menyelesaikannya. Macam sistem imunisasi dalam tubuh badan kau. Seganas mana bendasing atau bakteria yang menceroboh masuk, ada pasukan tentera yang diciptakan khas untuk memberi perlindungan. Jikalau tidak bisa melawan, maka itu adalah takdir. Marah bukan jalan penyelesaian yang membuka ruang seluas-luas jalan tapi semakin luas jalan kau ke neraka. Bersabar adalah sesuatu yang kau tak boleh persetankan dan kau perlu percaya.
Kongsi. Aku kongsi makanan dengan kau macam kau berkongsi udara dengan aku. Kita semua berkongsi udara dan berkongsi wang kertas dan duit syiling. Tak percaya, cuba kau lihat kesan daki pada wang kertas dan duit syiling. Daki-daki itu datangnya daripada kau dan aku dan kita semua. Jadi mari kita berkongsi rasa pula.
Jangan lupa datang menonton persembahan Jerit! Jilid 1: Untukmu Palestin pada hujung minggu ini. Aku sangat-sangat menghargai setiap usaha yang dilakukan oleh semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk program ini. Ya, sangat menghargai walaupun persembahan kemuncaknya belum lagi berlangsung. Datang pada malam 9 atau 10 April dan apa yang kami harapkan ialah penonton dapat membawa pulang hati manusia secara percuma!
Terlalu banyak perkara yang mengubah diri semacam tanah liat yang diuli untuk dijelmakan dalam pelbagai bentuk. Mungkin tangan berurat arteri dan vena serta berotot ini adalah pengalaman dan pengetahuan yang lama dicari, diperoleh. Yang menentukan bentuk tanah liat itu akhirnya. Adalah bertepatan bahawa kita ini naik dan turun imannya. Jadi tidak salah dan tidak salah dan tidak salah. Manusia yang sentiasa bersaki-baki dengan kelemahan dan tidak pula berlebih-lebihan dengan kesempurnaan. Mari kita kurangkan saki-baki itu, macam kau makan tetapi tidak meninggalkan sebutir nasi pun di atas pinggan.
Penangan Kingdom of Rebel #2 membuatkan tetulang osikel aku tak berhenti bergetar. Sekecil-kecil bunyi daun pintu tandas dibuka dan bunyi jiran sebelah berkumur-kumur pagi tadi, buat aku rasa menghargai setiap desibel bunyi di sekeliling. Baru aku tahu serba sedikit betapa indah dan cantiknya bunyi di sekeliling kita jikalau kita menghargai setiap bunyi yang dikurniakan-Nya. Ini adalah aku sebagai pengunjung pertama kali ke dalam dunia mereka.
Bukan sekadar bunyi kicauan burung, desiran angin, malah bunyi guruh, bunyi dengkuran, bunyi geseran tapak kasut dan banyak lagi bunyi yang tak dapat aku hitung, setiap daripada satunya dapat merangsang emosi, pastinya. Ertinya, bila dengar bunyi daun pintu dibuka, timbul perasaan sangsi iaitu sangsi siapa yang akan muncul, risau iaitu adakah sesuatu yang datang itu akan memomokkan kita? Wow! (jerit aku dalam hati) Kadang-kadang kita sendiri tidak perasan, bahawa bunyi sekeliling kita ini sebenarnya mempengaruhi emosi kita pada suatu masa dan ketika.
Menariknya, hasil gabungan bunyi-bunyian ini lah yang membentuk cerita atau kisah hidup kita dan juga perasaan kita setiap hari. Aku bayangkan, bunyi seperti melagukan kisah hidup kita setiap hari. Itu adalah apa yang aku dapat pada hari atau malam itu. Dalam dekat aku menghayati lagu mereka. Dalam dekat aku memahami mereka. Semoga dalam dekat ini semua bisa mendekati pencipta.
Terima kasih kepada Kamal Sabran dan Space Gambus Experiment (jikalau nasib baik terbaca entri ini) kerana sudi menjemput Tronoh Theatre Shop, dan kami, si pelakon bisu untuk menghilangkan kesan-kesan ruam dan gegata kami untuk berlakon kerana kami tak serik dengan ruam-ruam begitu, walaupun banyak sekalipun. Haha
(menamatkan entri ini sambil menghayati bunyi papan kekunci laptop ditekan-tekan)
Bulu-bulu pada sayap itu adalah sebahagian daripada aku. Untuk terbang, aku perlu kembangkan sayap. Lalu bulu-bulu itu menyisir lembut angin, membawa aku ke atas untuk kekal terbang. Sehelai bulu itu adalah seperti yang aku katakan, adalah sebahagian daripada diri aku. Setiap daripada satu adalah daya yang membawa aku terbang ke atas ruang udara yang tidak terkira luasnya, aku terkesima. Setiap pagi, dan setiap hari aku bertanyakan kepada diri sendiri. Adakah aku sudah cukup memiliki keupayaan ini? Sudah cukupkah bilangan bulu yang tumbuh pada sayapku ini? Sayap, sesuatu yang aku miliki dan ini adalah salah satu pemberian. Aku menerima tanpa meminta.
Semalam ibu telah mengajar aku untuk membersihkan diri, mengembangkan sayap tapi aku masih belum dapat apakah tujuan ibu yang sebenar. Aku penat dan tetulangku masih belum cukup kuat. Tendon dan sarafku masih muda bekerja. Ya aku masih muda untuk itu.
Melihat ibu terbang jauh membawa pulang sesuatu. Itu adalah aku setiap kala senja. Tidak pula aku mempersoalkan kerana itu adalah kebiasaan. Nikmat menjamah rezeki yang ibu bawa pulang, buat mata hatiku terpadam.
Suatu senja, sinar Matahari di Timur terpancar tepat menembak mataku. Aku terbang dengan sendirinya ke atas sana. Apakah daya yang menujah aku ke atas? Soal dalam hatiku. Ibu memandang aku seperti menunggu, termangu.
Bersama kekecewaan aku bawakan daripada dua hari yang semalam dan tahun lepas barangkali. Mungkin sebab tertentu sahabat boleh dipercayai maka aku tidak pernah berbasa-basi ambil kira apa-apa. Maka telah disajikan aku dengan beberapa bentuk permasalahan. Kisah pertama itu, adalah pinjaman kerana tanda kasih dan keprihatinan. Aku berikanlah segantang agar dia bisa menjadi apa diidamkan. Berlatar-belakangkan keupayaan itu dapatlah agar memenuhinya. Dapatlah aku tersenyum lalu membuat orang lain tersenyum. Namun aku diingatkan apabila berbuat begitu, terbalas itu bukanlah apa yang diharap segunung harga. Di dalam seluk seluar pun tiadalah apa-apa selain bisa menakung sedikit pemberian. Maka dengan itulah harus dipegang. Kekecewaan yang ku bawa itu tak usahlah. Gendang yang dipalu, gemanya itu hanya sementara, tidak kedengaran di kejauhan. Begitulah harusnya seorang manusia, memaafkan kesilapan orang lain kerana sekuat mana dipalu-palu kesalahan itu, akhirnya kemaafan juga yang dapat meredakan lalu tenang. Bertautkan kematangan akal fikiran, beradulah penyelesaian daripada beradu pertengkaran.
Pengajaran bagi kemanusiaan. Kerana hari ini telah banyak kesyahidan dan bukti kewujudan. Telah banyak juga barang pinjaman yang harus dipulangkan. Nikmat kehidupan, hikmah keislaman. Bezanya, tiadalah tarikh pemulangan yang kita sedia tahu, diberitahu. Ini lebih penting daripada pertengkaran dan marilah bermaafan.
Teringat kisah di asrama dulu. Waktu umur aku masih belasan tahun dan kumis serta janggutku tidak lagi selebat setakat hari ini.
Waktu di asrama dulu, Warden Aspura (Asrama Lelaki) di sekolah aku, menggunakan taktik berbasikal untuk tidak meninggalkan sebarang kesan bunyi tapak kaki. Taktik ini sangat berkesan dilakukan pada waktu 'Light Off' atau waktu tutup lampu yang biasanya berkuatkuasa pada jam 11 malam. Jarang sekali warden asrama di sekolah-sekolah berasrama menggunakan taktik ini kerana biasanya motor adalah pilihan utama warden kerana malas tidak memerlukan tenaga yang banyak.
Namun begitu, taktik berbasikal ini sangat berkesan untuk memberikan saguhati rotan kepada pelajar-pelajar terpilih. Taktik ini dimodifikasi dengan taktik penyamaran di belakang bangunan penjana elektrik. Ketika itu bilik aku adalah markas pasukan Navigator atau pemerhati. Lengkap dengan dua mata kurniaan Illahi dan sepasang penyerap bunyi lengkap di kiri dan kanan bahagian muka. Mungkin nasib baik bagi kami yang bereempat ini kerana mendiami bilik yang serba cantik ini atau Bilik Line Clear. Maka jaranglah betis kami dijilat rotan Warden.
Bila dapat tahu Warden berbasikal menghampiri kubu kami, si polan pun menyampaikan maklumat menggunakan kod morse (ketuk dinding kuat-kuat). Kemudian berturutanlah sampai ke dinding bilik yang hujung. Ada juga yang asyik memasang 'ubat nyamuk' di tandas terus melompat masuk ke bilik entah siapa-siapa secara rawak.
Tertawa kecil aku bila Warden cuba buat serang hendap. Kami tutup mata rapat-rapat dan untuk tampak lebih realistik, kami berdengkur sedikit. Bila keadaan tenang, kubu kami semula hidup dengan masing-masing sibuk menghabiskan tugas masing-masing. Terang-benderang semula kubu kami seolah-olah ada kenduri. Ada yang sibuk menyambung cerita bodoh dan lucu tadi, ada yang menyambung menyental pakaian dan sambung pasang 'ubat nyamuk'.
Jadi begitulah sehari-hari kehidupan di sini. Tengah malam kami sangat terisi dan terpaksa menghadapi serangan tentera Jepun berbasikal. Jarang sekali malam kami sunyi.
Dalam kehidupan ini, mungkin taktik tentera Jepun ini boleh digunakan untuk memperbaiki diri sendiri maksudnya kemajuan atau perubahan. Bila hendak menyerang tabiat buruk, hendaklah berbasikal perlahan-lahan tanpa meninggalkan bunyi maksimum. Kayuhan pertama, eloklah dimulakan dengan Bismillah, kayuhan kedua disertai dengan nawaitu dan kayuhan seterusnya perlulah lurus sehingga menuju ke destinasi yang kita tujui. Destinasi yang ingin diserang.
Hendak sahaja aku buangkan kerisauan ini seperti aku buang plastik air nescafe ais tadi. Aku fikir aku perlu tamatkan dan habiskan atau lengkapkan tugas ini sehabis baik kerana esok bakal menyusul tugas yang seterusnya. Saat-saat sukar sebegini macam cabaran mendaki puncak Everest pun aku tetap harus kuatkan diri.
Seperkara yang timbul dalam perbualan dengan rakan-rakan tadi ialah bagaimana rasanya lembu dicucuk hidung dan begitulah kami di universiti ini. Disuruh itu dan ini supaya jadi begini dan begitu. Contohnya, wajib hafal fakta ini untuk mendapat 100% markah, daripada wajib memahami fakta ini untuk mendapat 100% penghayatan. Betul ke? Kalau setuju, angkat tangan macam saya (gaya pergelangan tangan berpusing-pusing) [1]
[1] Mamat Khalid, Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010), HKLBR, Tayangan Unggul Sdn Bhd.
Baiklah aku sudah terpengaruh dengan tatacara menulis rujukan, kerana asyik menulis laporan ini. Semacam penat membuat alasan macam itu dan macam ini. Jadi apa kata pelajar sendiri (termasuk aku) mula menghargai ilmu. Macam mana? Perlukan penghayatan. Contohnya kau belajar macam mana nak berjalan dulu. Kemudian kau variasikan cara berjalan. Kau guna kebolehan berjalan untuk berlari dan seterusnya melompat. Setelah berjalan, kau boleh pula memanjat dan seterusnya sehinggalah sampai waktu nanti kau tidak lagi bisa berjalan. Macam ilmu yang dimiliki manusia iaitu terbatas dan tidak tercapai 7 lautan dakwat.
Aku cakap macam ini sebab nak memotivasikan diri sendiri dan orang lain Insya-Allah sebab memang kuat bebenor cabaran orang nak mencari ilmu sama seperti berperang. Konsepnya, jangan sampai otak-otak kita ini dimakan oleh Zombie macam orang yang masih tidak berfikiran terbuka. Seperkara lagi, jangan biarkan emosi dan ego menjadi pemandu kepada tindakan atau percakapan kita, kerana takut terbabas. Boleh tak jangan merasa diri terlalu hebat untuk dibandingkan dengan orang lain? Kerana kita semua sama daripada tanah, di mana di situ juga lah kaki kita berpijak. Bila dah bertambah umur ini, barulah aku dapat alami perkara sebegini dalam skala besar. Semoga dijauhkan.
Aku memang tak serik dengannya. Kalau sekarang aku mengeluh sendirian penat menguruskan itu dan ini dan agak jenuh, tetapi tangan aku dan kaki malah otak aku berjalan dan masih melakukan pekerjaan ke arah itu. Oh tidak! Betul-betul kontradik.
Aku boleh simpulkan aku memang tak serik. Serik yang memaniskan. Bila tergigit lidah, darah itu manis aku rasa. Memang begitu rasa darah itu, bagi aku. Maka aku fikir biarkanlah 'darah itu' mengalir dalam tubuh ini selagi aku masih bertenaga dan betul-betul menghayati 'rasa'nya.
Bila aku kosong, darah ini mengalir mengisi setiap lohong-lohong yang kosong. Menjadi sendi-sendi, mengajak aku menjadi diri sendiri. Malah aku tak bosan untuk menyatakan bahawa aku gembira berada di dalam kelompok ini dan mungkin aku tak akan tinggalkan jikalau tiada aral melintang terbongkang. Maaf jika aku tidak cukup berguna tetapi aku masih menggunakan sudut dan posisi aku yang terbaik. Itu tanda aku tidak serik.
Semut itu yang dulu pernah menggigit aku, barangkali sedang sibuk mencari makanan di celah-celah retakan lantai mar-mar. Aku perhatikan dan sesungut mereka yang menggelincat agak menggelikan. Ketika itu sedang aku termenung berseorangan dan semut-semut itu menjadi subjek tumpuan secara tidak semena-mena. Kalaulah manusia mempunyai asset organ sebegitu.
Dalam keramaian warga semut itu, aku sebenarnya tak pasti, semut yang mana pernah menggigit aku sehingga lebam-lebam epidermis aku dibuatnya. Kegatalannya membuatkan aku rasa ingin menyumpah, melaknat, mencacinya tetapi dia adalah seekor semut. Semut yang binatang!
Pernah juga aku amati setiap satu daripada mereka. Berada dalam satu barisan yang lurus, seolah-olah seperti tentera bersesungut. Yang aku tahu, mereka sedang mencari makanan. Mereka bukan seperti manusia, pergi ke pasar membeli barang basah untuk dijadikan lauk. Semua sudah tersedia tetapi memerlukan usaha. Ini kerana manusia mempunyai akal bicara untuk memikirkan yang terbaik untuk mereka atau memikirkan lauk yang terbaik untuk mereka. Manusia memang selalu tidak berasa puas.
Semut. Lucunya, wajah mereka serupa. Memang begitu trait DNA binatang ini seperti yang direka, berlainan dengan manusia yang mempunyai trait yang bervariasi. Hasil rekaan yang paling unik. Berabdomen dan mempunyai dua pinggang yang ramping nampaknya. Auwwww. Tertawa kecil. Punggung mereka yang besar itu pasti sarat dengan hasil mencari rezeki seharian. Aku pula terpaksa mengakui itu sesuatu yang boleh dibanggakan. Ya sama seperti manusia, perlu bekerja seharian untuk rezeki seharian dan rezeki untuk selama-lamanya. Tetapi aku masih hendak mencari semut yang pernah menggigit aku dulu!
Apakah dosa membunuh semut? Bila difikirkan balik, aku menyesal kerana telah menyembur air paip kepada mereka lantas melemaskan mereka. Air itu seperti bah mengalirkan mereka terus masuk ke lubang perparitan yang dalam sedalam jurang Mariana. Aku hanya ingin membalas dendam gigitan semut. Tidak ada niat lain.
Apakah dosa membunuh semut? Semut telah banyak berjasa kepada dunia. Mereka membina sebuah sistem yang paling penting di atas muka Bumi dan di dalam perut Bumi. Sarang mereka menjadi rongga-rongga pernafasan Bumi. Menyalurkan sumber air dan mineral kepada tumbuhan. Membenarkan akar-akar pokok menjalar menyokong Bumi. Manusia, minta maaf kepada semut.
Semut, aku minta maaf. Sesuatu yang menyakitkan, bisa gigitan semut. Bisa gigitan semut adalah hanya ujian di dunia. Bisa gigitan itu bisa membawa amarah, sebagai salah satu bentuk nafsu paling tinggi yang perlu dijauhi. Semut pembawa bisa gigitan sentiasa mendampingi manusia untuk menggigit manusia. Semut adalah sama seperti manusia tetapi yang berbeza adalah akal. Semut juga sebenarnya adalah keindahan yang membisakan. Tetapi terima kasih kepada semut kerana menggigit manusia.
Sedang menghirup mee sup warong Pattani di Balok dan aku terdengar sorakkan kuat penyokong pasukan harimau Malaya. Vietnam dan Malaya berperang dalam konsep ini memang nampak pelik sebab nampak pemain-pemain rasa tak puas hati. Kemudian semua orang yang sedang bersorak tadi menumpukan biji bola mata mereka ke arah sesuatu. Kelihatan seorang pakcik berbangsa India dan anaknya seperti Aishwara Rai barangkali, menyusul masuk ke warong Pattani itu. Tak sudah-sudah abang-abang di meja hadapan aku ini tergelak kecil seperti mentertawakan sesuatu.
Bagi aku, tak pelik pun kalau ada pengunjung warong itu berbangsa India masuk untuk buat pesanan makanan. Kau tahu tak Malaysia ini berbilang kaum?
Kemudian pasangan ayah dan anak itu duduk di meja sebelah aku dan memberi pesanan. Si ayah mungkin perasan gelak kecil abang-abang di meja hadapan aku ini. Kemudian anaknya yang macam Aishwara Rai tadi memanggil semula tauke kedai tadi. 10 minit selepas itu, 4 bungkusan plastik tiba di meja mereka. Kemudian mereka berlalu pergi dengan kadar segera.
Sedihnya apabila ada juga masyarakat yang tidak berfikiran terbuka lagi. Masih terkuncup payung fikiran dan takut-takut berkarat tetulang rangkanya. Jual kedai besi buruk pun tak laku. Malangnya tabiat suka stereotaip ini bukan sahaja membangkitkan nilai-nilai rasist dalam masyarakat, malah bangsa sendiri pun turut terpalit. Alamak berbunyi Namewee pula hehe. Semangat kenegerian yang terlalu tinggi contohnya, bakal merosakkan bangsa sendiri. Bangsa apa? Bangsa Malaysia lah (kononnya).
Kalau dicampakkan sebilangan daripada mereka ini di negara Russia, New Zealand, Pakistan, India Selatan umpamanya mungkin itu akan membuatkan mereka mula membuka pemikiran yang masih kekampungan itu. Jangan bangga sangat dengan hak ketuanan itu. Buktikan. Eh, aku pun orang kampung juga, Kampung Melayu hehehehehe.
Baru sahaja selesai merendam beberapa helai baju kotor bersama sabun Fab Total. Baju yang sebanyak ini aku fikirkan bilakan dapat aku basuh nanti? Hehe. Baru pulang dari Mersing dan seperti biasalah kondisi baju-baju kotor yang perlu dibasuh memberatkan tulang aku untuk menbasuhnya. Maka, teknik rendaman adalah terbaik setakat ini.
Mungkin helaian baju yang berlonggok ini tak dapatlah nak disamakan dengan kuantiti kenangan di Mersing tempoh hari. Bila dapat jumpa sahabat lama, episod hari tersebut adalah luar daripada kebiasaan. Tambahan lagi, lensa kamera aku berjaya merakamkan gambaran-gambaran subjek kenangan di Mersing dahulu, sejak pertama kali aku kenal Mersing. Termasuklah papan tanda Mersing yang sebiji seperti papan Hollywood itu, bas ting tong Omnibus Mersing dan keropok lekor dengan jeti-jeti boat yang sudah macam Pulau Caribbean.
Banyak juga subjek yang sudah berubah. Bangunan kedai yang baru, dan sebagainya. Tempoh dua tahun merayap di Mersing banyak mengubah cara hidup. Berjaga sampai 3 pagi sudah biasa di asrama ketika itu. Paling mengingatkan ialah kenangan-kenangan manis yang banyak ketika itu. Banyak jika hendak diceritakan. Takut terlalu teruja bercerita.
Apa yang penting, pertemuan yang sekejap tempoh hari, mengisi petak-petak kenangan lagi. Masing-masing sudah berfikiran terbuka dan itu adalah kuncinya. Mengharapkan ramai lagi yang akan turut serta untuk akan datang. Oh jangan lupa jemput anak bini sekali insyaallah. Lihat saja 'wallpaper desktop' yang aku 'print screen' ini. Sawah padi mersing dan terima kasih semua yang melibatkan diri dan menyibukkan diri untuk ini.
Oh mungkin bukan teknik rendaman yang terbaik setakat ini, takut kenangan-kenangannya luntur nanti. Aku segera basuh supaya cuma kotorannya sahaja luntur bukan pigmen kenangannya.
Lalala lalla lallalla... Lalala lalla lallalla... (ambil intro lagu Sweet September, Hatiku Kau Garis Luka)
Lagu ini menemani aku malam ini. Sedikit menyebalkan bila kerja nampak macam banyak tidak selesai. Aku masih belum mula. Sibuk mendapatkan mood. Perlu siapkan sebelum Hatiku Kau (Yakni kerja-kerja) Garis Luka.
Bau minyak wangi sebenarnya memberikan inspirasi kepada seseorang. Tadi aku cium bau minyak kiriman seseorang dari Jeddah-Saudi Arabia. Ternyata baunya menenangkan, buat hati sedikit sayup. Menjawab beberapa persoalan dan terus menerus merangsang bau. Bahagian atas rongga hidung terdapat Olfactory Epithelium yang dapat memberikan daya cipta imaginasi terhadap sesuatu yang dicium. Menarik bagaimana beratus-ratus jenis molekul bau di dalam udara boleh dirangsang oleh reseptor khas dan membeza-bezakan bau yang kita hidu. Seolah-olah macam mesin duit syiling CIMB. Duit 10 sen, 50 sen dan sebagainya dapat diasingkan dan terus rekod berapa nilainya. Tapi tak dapat nak menentukan nilai bau yang kita hidu. Terlalu halus dan teliti ciptaan-Nya. Malah siap dengan nilai estetikanya. Yang mancung, yang kembang, yang tirus, yang macam jambu tetapi manis. Haha. Bau yang tadi masih merangsang Olfactory Epithelium aku dan aku sedang membayangkan sesuatu. Selamat menyambut Maal Hijrah.
Baju kemeja aku ternoda dengan pigmen warna cokelat datang daripada mana aku tak tahu. Kalau ada mesin basuh baju kan semudah ABC dan aku tak perlu rendam baju lama-lama sampai rosak baju kegemaran aku.
Aku cuba sental dengan kudrat tulang empat kerat, namun gagal. Kemudian aku gunakan ilmu tindakan sabun sewaktu tingkatan lima dulu. Bila hidrofilik dan hidrofobik, air panas, sabun dan sebagainya. Baru aku tahu ilmu sangat penting sebenarnya.
Sekian lama aku memendam rasa untuk kembali menulis di dalam, apa-nama, laman web percuma (blog). Tak tahu apa yang membataskan hujung jari-jemari aku untuk menganggu dilelektrik papan kekunci, selaras dengan perkataan-perkataan yang terbit dalam kotak minda aku ini. Mungkin kesibukan menyiapkan tugasan penyelia praktikal dan projek yang macam banyak. Kosentrasi aku sekarang adalah untuk menggunakan masa di pejabat sepenuhnya. Maksudnya bila balik kerja sampai rumah, goyang kaki sahaja dan besarkan perut sahaja. Tapi konsep ini aku nampak macam orang tak ada produktiviti. Tapi aku selesa hehe. Jangan tiru aku. Sebab bila difikirkan balik, takut terbawa-bawa sampai tiba masanya kita betul-betul bekerjaya. Bila kerja di pejabat dibawa balik rumah, hilang keseimbangan. Memahami Golden Ratio sedikit.
Aku nak kasi rojak ini punya cerita untuk entri kali ini sebab rasa banyak untuk diceritakan.
Tadi aku ke warong Thai nama apa entah. Nampak budak kecil sedang menyusun robot dan ultramannya di atas lantai. Kemudian dia berbasikal roda tiga mengelilingi kawasan meja di mana pelanggan lain sedang makan. Budak kecil ini aku nampak cukup matang dengan gaya mengelap basikal roda tiganya macam motosikal aku tengok. Kemudian buat gaya sedang parking motosikal. Basikal roda tiga macam dalam cerita Saw. Telatahnya nampak matang, walaupun nampak ketinggiannya macam baru berumur tiga tahun jagung. Mungkin manusia perlu memikirkan sebegitu. Luaran tidak penting. Perihal dalaman yang membina tindakan itu penting yang mematangkan kau. Macam kau goreng pisang tanduk, tanduknya tak terlihat tapi boleh dapat rasakan pisang tanduk itu tetambat di hati si pemakan bila digoreng dengan baik sekali dan cukup masak. Tidak terlebih masak atau mentah. Betul tak?
Perjalanan hujung minggu yang lalu di negeri pulau bermutiara sangat mengangumkan, bila konsep survival atau main redah sahaja sangat berkesan. Perjalanan ke Teluk Bahang dan Batu Feringgi sangat menarik jalannya yang bengkang-bengkok dan simpang 180 darjah cukup menambah trill kepada para penumpang, tetapi tidak kepada pemandu aku rasa. Selain berjalan di dalam ruangan berudara sejuk di Queensbay Mall, Prangin Mall dan sebagainya, banyak juga tempat yang dekat dengan alam sekitar di Pulau Pinang ini. Memang boleh nampak ia bermutiara. Air terjun Titi Kerawang yang sekecil itu cukup dapat menyegarkan badan. Air Terjun di Teluk Bahang pun lebih kurang macam kolam renang. Tapi ada laluan trek hutan yang menarik kalau sudah bosan dengan kebisingan kota. Ayat nak macam mempromosikan eco-tourism. Empangan Air Hitam amatlah sesuai bagi sesiapa yang nak bergambar dengan kecantikan alam untuk nampak cantik dalam gambar. Batu Feringgi sesuai untuk mandi dan acara macam Para-gliding tapi kami tak sempat nak turut serta. Kalau ditambah dengan berkhemah tanpa khemah dengan hidangan BBQ mungkin tambah baik bermalam di situ.
Puas untuk hari pertama dan hari keduanya berjalan dengan ringan-ringan di sekitar pulau, Jalan Penang, melihat bangunan lama-lama pastinya buat penggemar fotografi rasa gatal nak memicit butang untuk tangkap gambar. Oh tak lupa singgah untuk makan ikan bakar dan sotong bakar, ikan siakap tiga rasa yang memang murah. Sampai ada yang tambah ikan bakar double!
Melihatkan pakcik dan makcik yang nampak berusia di sekitar Fort Cornwallis memperlihatkan mereka masih mengekalkan budaya bermesra. Pastinya mereka yang sudah berkaca mata dan berkedut muka ini fasih berbahasa Inggeris. Memang surat khabar The Star berterabur. Menariklah.
Sedikit sebanyak dapatlah menambah pengalaman dan pemahaman untuk beberapa kali berada di Penang. Paling penting dapat berkumpul dengan sahabat lama-tak-jumpa. Hujung minggu yang bermakna lagi. Dan aku masih mencari hari-hari bermakna.
Semoga selepas beberapa bulan lebih lagi ini, sebelum aku tamatkan praktikal di Gebeng ini, aku dapat menambah lagi pengalaman dan mengubah diri sesuai dengan kelompok masyarakat di mana sahaja dan aku harapkan untuk rakan-rakan lain juga. Kalau sudah fikir itu cara kita, teruskan! Jika kau kaki rayap, teruskan merayap.
Untuk masa ini, aku sekadar nak berkongsi lagu klasik yang satu ini. Bila aku dengar dapat mengujakan motivasi aku dan aku harap orang lain pun dapat rasa yang sama. Rasa muda dan teruja!
Baru selang beberapa hari pulang dari Felda Pasir Besar, Gemas dan Felda Chini, Pekan. Agak menarik raya kali ini sebab menumpang di kampung orang. Dapatlah merasai suasana kampung daripada aku beraya di rumah sewa di balok keseorangan. Haha. Ketawakan diri sendiri.
Dah lama rasanya tak dapat peluang melihat percikkan darah lembu dengan psikotiknya. Selain daripada dapat bergambar dengan lembu. Tugas melapah dan membogelkan lembu agak menariklah sebab bukan senang dapat tengok organ-organ yang pelik temasuklah organ yang itu. Sedikit menggelikan tapi cukup buat aku tertawa dalam hati ketika aku jadi orang asing di situ. Tapi orang-orang di Felda sana tak langsung mengasingkan aku. Rasa memang permai lah kalau menetap di sana daripada menetap di rumah taman yang kita pun tak tau bangsa apa yang duduk sebelah rumah.
Kemudian aku fikir bila aku dah ada duit nak beli rumah, aku nak bina rumah kampung sajalah nanti. Ada kolong bawah rumah, boleh buat letak garaj kereta. Lepas itu, adalah gaya moden sikit, rumah kayu gabung dengan tingkap kaca yang besar. Bila selak langsir, boleh nampak monyet bertenggek dengan sinaran matahari menyeri. Tapi tak tahu zaman akan datang macam mana lah bentuk bukit-bukau dan pokok-pokok nanti.
Raya Haji yang cutinya sehari saja dah cukup memuaskan aku walaupun tak dapat balik rumah sendiri. Dah memang nasib aku asyik merempat ke mana saja haha. Tapi aku tak serik nak lagi hoho. Kalau kena campak di Sabah ke Sarawak ke, negeri orang ke, negara orang ke, aku nak saja.
Semalam kelkatu sibuk memenuhi ruang. Hei kelkatu, kau bukan gas untuk memenuhi ruang, kau pepejal atau molekul kompleks! Ketika itu memang seperti biasa setiap hujung minggu, ruang menjadi luas, aku satu-satunya jasad kompleks, terbaring menghadap komputer raba eh! riba.
Sambil berselimut, aku dengarkan bunyi katak memanggil hujan. Selamat datang kesunyian, tapi aku tak menyambutnya pun. Mungkin beberapa entri aku baru-baru ini asyik berbual pasal kesunyian (bila tiba hujung minggu lah). Bila fikir balik, kalaulah nanti beberapa dekad akan datang, aku tiada siapa-siapa, aku kena juga biasakan diri begini. Ini agaknya teknik latihan yang Dia berikan untuk masa akan datang.
Mungkin aku kena bijak memenuhi ruang. Terima kasih kelkatu.
Baru selepas menikmati juadah yang terlebih-lebih sudah keenakkannya, sehingga membuatkan perutku mual dan letih mencernakan segala macam kenangan makanan dan minuman tadi. Kemudian aku teringat akan segala bentuk ilmu yang dicari macam cari rezeki hari ini adakah akan tercerna menjadi kenangan berguna atau terhasil jadi tahi sahaja. Kerana kadang-kadang tidak banyak yang dapat diluahkan bentuk manfaat ilmunya untuk kegunaan masyarakat, juga diri sendiri dan itu sesuatu yang menakutkan. Mungkin kurang mengaplikasikan atau bila kau tak ada musim belajar kau hilang ketajaman akal untuk memanfaatknnya. Oh masih adakah? Ketuk kotak fikiran.
Berjalan seribu tahun mencari ilmu, tak akan cukup
Oleh sebab aku marahkan diri sendiri sebab tidak rajin, aku rasa nak beremosi dengan kerenah orang lain pula. Suka hati mak bapak aku je kan haha. Tapi kadang-kadang kurang adil bila ada orang dapat makan nangka tapi aku seorang yang kena getah nangka. Penat aku robek nangka. Macam itulah perkaitannya sekarang. Tapi betul ke apa yang aku rasa sekarang? Boleh nak pinjam tapi kena minta kebenaran lah. Nampak mudah tapi kadang-kadang aku sendiri pun terlepas pandang. aku jenis tak kisah. Nak buat apa pun tak apa. Tapi maklumlah, kucing pun kadang-kadang dah bosan makan ikan sampai sanggup makan rumput, kerana itu lumrahnya. Masalah jiwa kurasa, beruskan saja.
Yang kedua, tolonglah jangan buat aksi scary movie dekat aku. Tindak tanduk kau like semua aku punya post dan bersama komen dan gtalk kau yang scary movie juga, buat aku rasa neraka. Wah tak pernah-pernah aku macam ini. Tapi ini pun masalah jiwa. Beruskan saja.
Akhirnya cerita untuk beremosional berakhir dengan nafas lega bila kau ikhlaskan semuanya. Kau tak boleh anggap orang lain adalah pemangsa dan kau mangsa. Sebab mereka pun tak tahu mereka pemangsa. Beruskan saja hati kau itu acabungonzalez.
Semalam di pejabat seperti biasa lepas mesyuarat tak jadi, mesti ada beberapa hidangan jamuan teh tak jadi, seperti kuih lapis yang macam bendera Malaysia, kuih popia dan juga buah-buahan yang segar macam epal dan betik. Selain buah paling kaya dengan vitamin C, buah betik buatkan aku teringat batang betik sebelah rumah aku dulu. Sudah jarang rasanya nampak batang pokok betik. Semenjak pokok betik di sebelah rumah aku ditebang sebab akarnya dah berlubang-lubang dikorek tikus. Batang betik ini memang berbatang lembut tetapi lama-kelamaan bila makan usia, batangnya bertambah keras. Jadi waktu pokok betik sebelah rumah aku ini muda, dan masih berbuah muda, rantingnya masih lembut dan lentur. Aku petik, dan raut epidermisnya sampai terbogel semua batang betik itu. Nah, sekarang bolehlah dikeringkan sebelum dapat ditakik untuk buat sambungan. Sambungan-sambungan tadi aku rekalah sampai jadi bentuk pistol. Jadilah pistol daripada batang betik. Pelurunya, getah ikatan daun sup dan daun bawang yang mak aku kumpul. Oh itu saja yang aku nak ceritakan sebab itu saja yang bermain dalam kepala aku waktu itu.
Oh semuanya dalam kenangan. Yang ada sekarang BB bukan lagi BB (Batang Betik). Tragik kan hidup ini?
Lepas aku selak sliding door rumah, ternampaklah dua ekor cicak jantan atau betina aku tak tahu. Tapi yang pasti nampak macam tengah berbincang pasal seekor cicak yang nampaknya berseorangan di sudut paling hujung siling berandah rumah.
Ditambah dengan angin malam yang sepoi-sepoi bahasa, daun-daun kering berguguran. Dah macam aku rasanya berseorangan di rumah sewa ini. Seperti biasa setiap kali hujung minggu. Bila kaki aku tak kemana-mana. Tiba-tiba dua ekor cicak tadi datang menghampiri cicak yang keseorangan tadi. Mereka akhirnya merangkak bersama-sama ke arah lampu pendaflour, untuk memanaskan badan rasanya.
Begitulah, kalau sudah umur macam ini, janganlah yakin sangat dapat menyelesaikan masalah sendiri. Mungkin aku boleh cakap, tabiat suka simpan masalah sendiri. Rasa yakin dapat menyelesaikan masalah sendiri. Sebab utama, mungkin merasakan masalah itu masalah kecil, malu untuk menyatakan masalah, tidak mahu menyusahkan orang lain, tidak mahu memperbesarkan masalah dan yakin dapat menyelesaikan masalah sendiri.
Aku dapat lihat tabiat ini ada pada seekor cicak yang keseorangan tadi. Kalau dia sendiri datang ke arah dua ekor cicak tadi kan mudah. Lagi cepat masalah dia selesai. Berbanding dia kena tunggu dua ekor tadi datang ke arahnya. Barulah dapat sama-sama merasai kehangatan lampu pendaflour. Cicak oh cicak.
Sudah terbiasa tak mahu membabitkan masalah sendiri dengan orang lain. Tak boleh sebenarnya. Sehinggakan masalah yang membawa kesan besar. Sebab dulu-dulu mak sendiri dah bagi nasihat jangan main sorok-sorok waktu maghrib nanti kena sorok dengan hantu. Apa pun waktu bekerja lah terutamanya, jangan sorok masalah sendiri-sendiri. Apa pun, ada feedback daripada member aku. Ayatnya berbunyi begini.
'Sembunyi yang duka, tunjuk yang gembira'
atau lebih tepat, 'Hilangkan yang duka, tunjuk gembira'
Oh disebabkan aku nak berkongsi masalah, aku nak berkongsi masalah penyakit kencing tikus yang agak berleluasa sekarang. Nama penyakit macam tak yakin je kan sejenis penyakit. Tapi bahaya. Sila elakkan pergi ke kawasan perkelahan seperti air terjun atau sungai sebab kebanyakkan kes di Kedah dan Pahang adalah tempat-tempat macam ini. Untuk sementara waktu. Risau juga kalau muntah-muntah balik dari air terjun. Simptom-simptom sahaja. Jadi beringat sebelum terlambat. Kalau rasa demam yang kau memang rasa badan lenguh-lenguh terus kejut doktor bangun tidur! haha (kes doktor kat klinik UTP)
Baru rasa selesa lepas mengalas laptop dengan kotak kasut Blundstone, 'The Greatest Australian Boot Company'. Kasut company percuma. Bukan beli pun. Tak perlu dibanggakan. Haha. Macam itulah kadang-kadang ada perkara yang kita suka banggakan sedangkan tidak perlu dibanggakan, atau tak perlu berbangga-bangga. Contohnya seperti di bawah.
(Bayangkan ada gambar lelaki berpeluk dengan makwenya.)
Aku balutkan tiga bantal dengan selimut aku yang berkotak-kotak oren itu dalam susunan memanjang. Kemudian aku baringkan. Memang nampak macam bentuk jasad sedang berbaring. Sengaja buat begitu untuk hidupkan rumah sebelum aku keluar. Lampu tandas dan lampu ruang tamu yang tak rupa ruang tamu aku buka suiznya biar nampak ada orang di dalam rumah. Kononnya taktik untuk mengelakkan pecah masuk rumah.
Malam itu aku terus berlalu dengan moto milik bapaku ke Kuantan. Tujuan utama nak menghiburkan hati yang keseorangan untuk hari minggu begini. Sadis sekejap. Mungkin ini memang rasanya membujang. Jalan raya daripada Balok Pantai, Beserah sehingga Bandar Kuantan terasa macam 'bapak aku punya'. Alamak rasanya macam jiwa rempit biarpun bukan motor RXZ mahupun motor EX5 yang kutunggang. Sedikit sebanyak mengalir sedikit jiwa rempit itu. Alah, sama sahaja konsepnya, pulas minyak dan tukar gear kelajuan. Mazda 6 pun kalah tau aku potong tadi.
Balik daripada menonon wayang, jam 12.00 malam lebih kurang aku terus pusing-pusing Kuantan lagi. Sengaja melihat suasana malam. Banyak 'benda' yang aku jumpa tapi biarlah rahsia. Selepas pusing-pusing hampir 20 minit, aku pun berniat pulang. Memikirkan jalan makin lengang nampaknya.
Berlalu di Pantai Batu Hitam. Ada bau-bau wangi, tapi selalu aku endahkan. Mungkin bau sabun kakak atau makcik yang tengah mandi tengah malam. Sambil memulas minyak, aku jeling-jeling di cermin sisi, manalah tahu ada benda pelik. Kemudian nampaklah benda hitam terbang-terbang. Nampak macam panjang saja. Berderau juga. Dalam cermin sisi kanan motor aku. Bila tiba lalu di bawah lampu jalan, barulah aku perasan itu ekor kepala sweater aku rupanya. Berderau juga lah.
Kemudian aku pun sudah bosan dengan cerita-cerita pusing Kuantan daripada tadi. Hendak disimpulkan cerita, aku dapati dalam kebisingan siang, dalam kesunyian malam, tidak dapat mengalahkan kesunyian dan kebisingan di dalam hati.
Bila aku sampai depan pintu pagar rumah, aku tersengih bila nampak ada orang terbaring di ruang tamu. Aku rasa lega, nampaknya dah ada teman. Aku bukak pintu sliding. Baru teringat itu bantal-bantal yang aku balut tadi. Siot.
Mungkin tidak semua pernah merasa baring di atas toto yang cadarnya hasil jahitan kain perca. Kalau sudah baring di atas toto itu, akan terlihat corak kain perca di atas langit-langit rumah yang sama corak jahitannya. Sedikit lawak untuk siapa yang pernah melihatnya. Seolah-olah berbaring di atas langit-langit rumah pula. Tidak pula mereka mengeluh tidak cukup tidur. Walaupun beralaskan toto bercadarkan kain perca. Pada ketika itu, fikiran mula berawang-awangan sambil berfikir, adakah kita dapat mengubah langit-langit rumah ini menjadi siling berbatu sambil dihiasi lampu tidur berbatu mutiara?
Tak semua membesar di rumah yang ada bilik khas untuk anak bujang atau anak dara tidur dengan selesa. Ada kalanya ruang tamu yang tidaklah luas ruangnya sudah cukup disyukuri mereka untuk dijadikan tempat tidur. Berbaringlah mereka semua itu dengan kombinasi gaya bebas atau lebih jelas bergelimpangan. Haha.
Maka apabila usia meningkat belasan tahun, telah diberikan rezeki untuk dapat bilik tidur dengan katil yang selesa. Kali ini tiada lagi toto bercadar kain perca. Katil satu tingkat dengan tilam empuk, bercadar dan berbantal khas. Sedondon pula kain cadarnya. Katil asrama. Haha.
Konsep atur cadarnya tetap sama macam toto, perlu dikebas dan dikemas setiap hari. Selepas itu meningkat usia 20-an, cadar katil kini boleh dipilih pula. Sebab sudah ada sedikit wang di tangan. Jadi dapatlah memilih dan membeli corak cadar yang berkenan. Cadar tilam kali ini berbunga-bunga dengan warna yang menarik pandangan, pasti tertawan siapa melihat. Tetapi untuk alas tidur sahaja pun. Oh untuk saat ini, dapat juga bilik tidur sendiri. Berdua lagi. Yelah, di rumah sewa sewaktu di universiti.
Setelah selang beberapa tahun, dapat pula menikmati bilik tidur dengan cadar yang lagi cantik coraknya. Coraknya kali ini nampak matang. Tidaklah berbunga-bunga. Anak jantan, adalah pilihan coraknya sendiri. Malah ada bantal peluk tambahan untuk dipeluk. Maklumlah bujang...
Kemudian setelah umur mencecah 30-an, cadar tilamnya bertukar menjadi lagi lebar. Cukup-cukuplah untuk dua orang. Siap dengan comforter atau selimut tebal yang memang lebarlah. Maklumlah sudah beristeri...
Tetapi tiba-tiba cadar katilnya kali ini berbeza sedikit daripada yang biasa menjadi alas untuk tidur. Masih berbunga. Masih sedondon. Cuma tiada toto dan tilam empuk. Habis cadar itu membalut tubuh seolah-olah seperti bayi dibedung, tangan tidak mampu digerakkan.
Kain batik emak yang biasa disidai di ampaian tidak kelihatan. Cadar, alas tempat kita tidur nanti.
Sepertinya hendak saja aku pos entri ini di opis tadi. Tetapi tidak sempat sebab mungkin tidak ada privasi di situ. Seperti biasa lah, opis tempat untuk bekerja, bukan buat-buat ada kerja. Haha
Oh ya selamat hari lahir kepada aku. Agaknya kalau ada memori waktu nak terberanak keluar, barulah kita tahu nak hargai yang melahirkan kita 100%. Terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan sms, fb, dan melalui kata-kata. Satu ucapan ibarat satu doa untuk kita semua.
Tapi kali ini aku seronok nak berbicara pasal bertemu kekasih-kekasih. Kekasih, orang yang disayangi dan kalau tak percaya buka Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Edisi ke berapa kau orang pilihlah sendiri. Macam raya juga, macam-macam edisi. Edisi raya kali ini aku boleh simpulkan begitu bermakna lah. Ini bukan ucapan yang digunapakai setiap tahun ya. Tapi secara teknikalnya, memang pun setiap tahun macam itu "raya tahun ini paling bermakna". Pengakuan tahunan. Dah memang setiap tahun rasa macam itu, tak salah buat pengakuan tahunan macam itu.
Macam biasa kalau beraya, tidak singgah ke rumah makan kuih tat, teguk air berkarbonat sambil mengumpat, bukan raya namanya. Raya bila dapat jumpa kawan-kawan lama dan keluarga memang rasa meriah. Bukan apa, sambil-sambil dapat bertukar cerita selepas dah lama tak jumpa. Maklumlah, masing-masing sudah ada hala tuju sendiri dan alhamdulillah masing-masing tertuju.
Menjadi pemegang umur 20-an buat rasa terbuka untuk menerima sesuatu yang baru dan menerima sesuatu yang lama ditinggalkan. Kiranya, tak adalah istilah malu nak jumpa lah, malu nak bergaul balik lah. Bukan apa, memang sudah begitu coraknya. Mungkin ada sebabnya. Rasakan sendiri, cariklah balik kawan-kawan lama, yang jauh dirapatkan, yang dekat di hati dinikahkan. Pon boleyhhhh...
Malam itu selepas aku mandi menyejukkan badan, dek kerana rasa badan melekit. Peluh-peluh sudah semestinya asyik keluar daripada liang-liang yang aku namakan liang cari rezeki. Sehingga menampakkan sedikit kebasahan di bahagian yang aku pun tidak mahu sebutkan. Takut menganggu kosentrasi aku sendiri sedang asyik menulis entri ini malah pembaca sendiri. Selesai mandi, lagu P Ramlee dimainkan. Tajuk lagu "Berkorban Apa Saja". Tingkap lungsur masih terbuka bahagian sebelah sahaja. Bila mula P Ramlee buat nada "mmm..mmm.." tengkok aku meremang sedikit, apatah lagi suara nyanyian P Ramlee seolah-olah berbisik sebab aku pasangkan earphone di telinga, takut menganggu sahabat yang enak dibuai mimpi. Aku pandang tingkap langsir tadi. Tidak ada apa-apa, cuma gelap. Aku teruskan mendengar, dengan tujuan hendak menghayati lirik lagu tersebut.
Apa yang nak aku kongsikan semuanya ada dalam video ini. Scene filem Hang Tuah oleh P Ramlee. Oh ya kalau nak lagi meresap maknanya, tonton video ini selepas mandi dan tengah malam, buka tingkap luas-luas.
Mungkin bila dapat melangkahkan kaki keluar dari rumah untuk satu ketika, kita rasa sudah merdeka. Tetapi sebenarnya tidak. Itu pengorbanan.
Alamak haih, mungkin untuk tempoh masa ini aku dicop sentimental. Bukan betul ke apa yang aku tulis? Mungkin dulu kau pernah rasa, bosannya duduk rumah menghadap tingkap, pintu dan jamban yang sama hari-hari. Rutin harian seperti dikejut, dicubit untuk bangun pagi buat bengkek. Termenung dalam tandas sambil tercangkung adalah cara terbaik untuk top-up tidur kau yang diganggu itu. Tapi bila tiba-tiba mak kau jerit, barulah kelam-kabut nak mandi, sampai lupa gosok gigi. Bila balik dari sekolah, kau disuruh beli santan lah, kelapa parut lah, daun sup secekak lah dan sebagainya. Tapi lama-lama kau dah biasa dan rasa normal berada di rumah sendiri. Bila cuti sekolah, kerja kau nak merayap saja entah main polis entry sampai ke mana. Tapi mak kau mana kasi main panas di tengah hari. Ketika itu kau rasa terkongkong. Bila tiba dapat pergi sekolah asrama, kau rasa seronok dapat keluar rumah kononnya dapat buat semua benda sendiri. Tapi tipu semuanya. Haha. Merdeka dapat keluar rumah? Kau berkorbanlah dengan kerinduan kau itu.
Tapi tidak salah keluar rumah untuk tujuan baik. Dapatkan pengalaman. Selamat hari merdeka!
Hahahahaha (ketawa depan muka sendiri... macam mana tu? Jelaskan.)
Keinginan datang, sesuatu seperti jarum minit akan bergerak, selepas jarum saat melengkapkan ukur radius jam. Sebab itu apa yang berlaku sekarang. Bila teringin untuk berubah kepada minat yang baru. Lebih klasik, buat aku teruja pula sehinggakan lagu-lagu omputih 50-an aku korek. Sedikit sebanyak semuanya mempengaruhi semua yang aku buat termasuk bila bab mereka sesuatu. Inspirasi semacam ini nampak bagus dan gembira dengan ilham yang dianugerahkan-Nya.
Siapa yang tak kenal dia ini kan?
Dari Bukit Pelindung ke Teluk Cempedak
Sesuatu yang menggembirakan adalah yang paling dekat dengan individu tersebut, walaupun kadang-kadang hidup ini memang seolah-olah sudah sediakan blok-blok masa untuk kita wajib rasa kesunyian. Maka dengan ilham semacam ini, kita masih gembira walaupun terasa berseorangan, jauh daripada kebiasaan.
Macam betul pula, kita bermula dan berakhir dengan keluarga sendiri. Ya, kita lahir saja, keluarga kita yang menyambut dengan kegembiraan. Kemudian kita dibedung dengan kain lampin-boleh-cuci-balik, seperti kepompong. Tiba masanya kupu-kupu adalah kita dan bukan rama-rama. Sebab rama-rama sebenarnya tidak berwarna-warni kepaknya. Stereotaip.
Selepas jarum saat, jarum minit menyusul, tandanya sudah satu minit. Kalau sudah berminit-minit, maknanya memang aku sudah lama tidak mengebah tilam blog ini. Mungkin kekangan masa dan lembapnya jaringan Broadband ini macam nak mati. Sekarang masih di Kampung Melayu Majidee dan acara hari-hari ialah berbuka dengan keluarga. Oh kaki aku memang tak pernah berehat. Sentiasa cari alasan untuk berjalan, jumpa kawan lama dan sebagainya. Tidak apalah, asalkan bahagia untuk selepas jarum saat yang seterusnya. Ya hidup berterusan, Selamat berpuasa! (Tidak terlambat rasanya).
Khemah putih berterbangan di udara setinggi 6 meter. Tinggi lagi bulu-bulu roma tengkuk dan bebulu kaki aku terangkat. Menerbangkan segalanya, jualan berbuka puasa, dan termasuk tiga nyawa.
Sahur berdarah. Menunya istimewa, jari-jari budak belasan tahun, dan ibu bersalut darah. Tidak lupa jugak bapa berinti peluru.
Misery lagu Maroon 5 menggetarkan tetulang osikel aku. Hujan lebat di luar sedikit-sedikit mengganggu melodi lagu ini yang buat kepala aku terhangguk-hangguk layan macam lagu reggae. Ada empat ekor kambing sedang bermain gelongsor. Oh bukan, sedang berteduh di bawah gelongsor kerana mungkin kambing tidak suka mandi hujan. Sebaliknya di bahagian court badminton, ada sekumpulan budak-budak kecil sedang seronok bermain bola dalam hujan. Setakat ini adalah bentuk hiburan di sini. Ada taman sebenarnya di hadapan rumah sewa aku ini. Sambil aku menaip benda alah ini, aku baring meniarap melepet di hadapan pintu sliding rumah. Hari ini hari melepak di rumah sewa yang macam padang bola ini. Tidak ada apa-apa selain oksigen, karbon dioksida, gas-gas adi, hidrokarbon dan adalah tiga jasad molekul yang kompleks.
Seperti kambing dan sekumpulan budak-budak tadi, pernahkah tertanya dengan perihal diri sendiri siapa diri sekarang? Kadang-kadang manusia hendak sesuatu itu nampak sempurna. Sesempurna mana, itu aku mungkin susah untuk nyatakan di sini. Bila nampak yang lain lebih sempurna, kita cuba untuk jadi begitu atau menjadi lebih baik.
Contohnya kau lahir dan sekarang engkau dalam kelompok jiwa-jiwa yang terletak pada tempatnya. Cukup sempurna. Ada kebiasaan, siap dengan pakej fizikal dan gaya. Kau akan sedar bila kau lihat orang di sekeliling engkau. Mereka berbeza dengan engkau. Perbezaan itu yang membuatkan tercetusnya pertanyaan tentang perihal diri sendiri.
Tanpa kita sedar juga, mereka juga sebenarnya tidak sempurna seperti yang dijangka.
Lagu Misery tadi sudah habis dimainkan. Diganti pula dengan lagu Bumi Putra Rockers, Seribu Tahun Takkan Mungkin. Seolah-olah menjawab persoalan tadi. Haha
Assalammualaikum dan salam sejahtera, tuan speaker dewan, fraksi pembangkang yang saya hormati, fraksi kerajaan hari ini yang nampaknya, cukup berkenyakinan serta warga dewan sekalian.
Usul perdebatan kita pada hari ini, "Kaum Hawa Perlu Belajar Membuat Kuih Raya". Saya selaku ketua daripada fraksi pembangkang menerima definisi yang diutarakan oleh Perdana Menteri daripada fraksi kerajaan.
Warga dewan yang dimuliakan. Kami di barisan pembangkang ingin meletakkan beban pembuktian di atas bahu fraksi kerajaan. Kami mahu, mereka buktikan. Bukti yang jelas membuktikan bahawa kaum hawa perlu belajar membuat kuih raya. Bukannya faktor-faktor yang berupaya, ataupun pemangkin, tetapi bukti yang jelas.
Maafkan saya tuan speaker dewan. Kata-kata aluan ini membuatkan kepala saya pusing dibuatnya. Secara kolektifnya, jika tiada seorang wanita yang belajar membuat kuih raya, siapa yang akan menjual kuih raya? Realiti dunia pada hari ini menunjukkan bahawa kuih raya itu adalah produk, maka setiap produk pasti ada pengeluar. Tanpa pengeluar kuih raya maka anak-anak generasi ini bakal merayakan Hari Raya Aidilfitri tanpa kuih raya. Keadaan ini sungguh menyedihkan warga dewan parlimen sekalian.
Ramai generasi hari ini berkejar-kejar menggumpul kuih raya untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri. Malah ada yang sanggup beli sahaja dengan mudah. Maka dengan itu ramai yang tidak mahu atau malas mempelajari ilmu membuat kuih raya. Kami di barisan pembangkang membawa usul agar semua lelaki atau perempuan mempelajari cara membuat kuih raya atas dasar, sekadar mencukupi untuk hari berbahagia tersebut.
Izin laluan yang berhormat! (Panggilan pertama)
Semua warga dewan duduk tidak senang. Ada yang terjatuh daripada kerusi dan ada yang terus lari ke tandas, hendak terkucil agaknya.
Sekeliling nampak matahari terbit, yang membingkai ialah gunung-ganang tapi aku tak tahu nama gunung itu. Sudah lupa agaknya. Burung-burung berkicauan. Ada seekor hinggap di atas kaki katil. Tiba-tiba sahaja burung tadi berkokok. Selepas menggeliat sedikit bagi otot regang, aku padam projektor hologram tadi. Skrin putih tergulung automatik membuka bidai. Disebaliknya hanya tembok biasa bukan tingkap seperti tingkap zaman kuno dahulu. Selepas solat Subuh, aku masukkan sejadah dalam poket seluar.
Kasut old skool futsal Nike hitam legap dengan kombinasi warna hitam, biru, dan emas. Bahagian tapak kaki agak slim. Dalamnya ada tapak berwarna biru. Sangat bermakna buat masa ini. Kalau bundle memang harga murah. Walaupun bundle tapi hargai sangat, berapa nilai peluh dan daki-daki yang terkumpul dalam kasut itu. Manfaat daripadanya terlalu banyak, aku fikir. Daripada serendah harga kasut ini, bakal dilaburkan untuk sebesar-besar nilai kenalan baru yang bakal aku dapat. Termasuk pengalaman-pengalaman baru. Sepanjang aku dengan kasut ini lah.
Yang kedua, aku baru perasan yang aku tak dapat ingat bila pertama kali aku ada memori. Paling busuk pun aku ingat aku bertenggek atas tembok main conteng-conteng. Yang pasti aku masih kecil lagi lah ketika itu. Memang tak ada kerja dah besar panjang main conteng-conteng atas tembok. Hargai pertama kali aku ada memori. Aku kurang arif. Aku pun tidak cukup maklumat adakah waktu kita bayi dulu kita sudah ada memori atau tidak? Kalau ada, bolehkah kita recall memory untuk saat-saat kita menyusu atau ketika keluar daripada perut ibu? Google terus.
Macam serial killer itu kakak aku. Sekitar tahun 90-an dahulu aku pernah titiskan air mata atas epok-epok. Bukan sebab apa, aku tak selesa bila ada photographer tangkap gambar secara candid. Tengoklah hasilnya. Sudah menjadi sejarah sehingga hari ini.
Bilangan epok-epok atas meja itu mungkin tidak terkira oleh aku. Macam main teka kacang dalam balang. Begitulah nak menunjukkan tak terkira jasa emak abah kepada kita. Kita boleh isi borang 'Peraduan Teka Epok-epok Atas Meja'. Siap ada bayaran pendaftaran untuk satu borang. Bayar dan teka banyak kali pun boleh. Tetapi susah nak dapat teka dalam bilangan yang tepat. Biasanya bilangan yang hampir akan dikira pemenang.
Jadi persoalannya sekarang, siapa yang dapat teka bilangan yang paling hampir?
Sama ada teka bermula nombor 1 sehingga tak terkira atau teka secara rambang. Pilih secara rambang macam engkau melepaskan batuk di atas tangga. Walaupun duit tak keluar banyak. Bolehlah nak makan KFC hari-hari.
Alangkah baiknya kalau teka bermula nombor 1 sehingga tak terkira. Barangkali jawapan engkau tepat. Kalau misalnya tak sempat nak capai nombor paling tepat sebelum tarikh tamat peraduan, paling hebat engkau dapat yang paling hampir. Cepat-cepat invest duit sekarang. Tak nak ke hadiah 'Pemenang Teka Epok-epok Atas Meja' ?
Aku pun tak nak titiskan air mata atas epok-epok lagi.
Selalunya bila dapat peluang melepak dengan perokok, aku buat benda lain selain gelak-gelak tengok telatah mereka. Aku memang tak hisap batang rokok, tapi aku sudah biasa jadi perokok pasif. Lagi seronok agaknya sedut asap macam air compressor. Kadang-kadang tak dapat nak mengembek bila masuk kandang kambing. Tapi kita masih boleh tak mandi seperti kambing busuknya. Sebab di dunia ini tak semua manusia serupa. Kalau semua suka korek hidung depan umum, siapa yang akan jadi si pencaci maki. Tak seronok pula drama di dunia ini.
Semalam aku tengok pontianak dengan mata kepala aku sendiri. Memang kadar penceraian pontianak dengan manusia null. Banyak adegan-adegan yang kalau perempuan tengok terjerit-jerit batin mereka. Tapi cerita ini aku minat dengan dialog-dialog dia.
Macam magnet, dia (Edward) bergerak, kamu (Bella) bergerak.
Bukan sebab graviti yang membuatkan aku berdiri di atas Bumi (Jacob), tetapi kamu (Bella)
Aku (Jacob) lagi 'panas' daripada kamu (Edward).
Antara ayat-ayat yang double meaning sampai aku tiba-tiba tergelak. Berbalik kepada hidup ini: Bila engkau baik sikit/sangat. Apa yang aku nak ceritakan ialah pasal manusia dan pontianak bersama bercinta (Geli sikit pankreas). Maksud aku, walau siapa engkau boleh sahaja engkau duduk terkangkang sama makan durian. Bila engkau baik sikit/sangat, tak buat hal, mereka akhirnya akan hormati engkau.
Aku tenung baik punya pensel Pilot Shaker empunya sahabat yang duduk sebelah aku. Maklumlah, ketika itu pensel itu barang panas, macam moto 135 LC. Tapi ketika itu aku tak lahir sebagai seorang pencopet. Aku tahu berdosa. Sekadar melihat springnya digoncang dengan penuh rapi, sehingga mengeluarkan unjuran batang karbon yang amat selesa bila hendak menulis. Begitulah apa yang kita dapat daripada pensel Pilot Shaker ya kawan-kawan.
Aku tak begitu teruja menggila hendak miliki segera pensel tersebut. Waktu itu aku belum bekerja, maka aku hanya mampu miliki pensel 2B yang ada pemadam merah di hujungnya, hasil duit bapak aku. Malah ketika zaman poket Digimon yang boleh buang tahi-tahi digi pet itu pun aku bukanlah teruja sangat nak miliki. Oh itu pun konsepnya goncang-goncang untuk kelangsungan hidup digi pet tersebut.
Mungkin aku tidak pandai merengek hendak pensel Pilot Shaker itu. Haha
Kemudian ada satu zaman semua anak-anak muda macam aku ketika itu, gila main pemadam. Pemadam murah sahaja yang ada banyak lambang bendera negara seluruh dunia. Memang bijak pencipta pemadam zaman itu sebab selain dapat kaya raya jual pemadam, mereka mewujudkan budaya belajar Geografi.
Kemudian ada satu zaman ramai yang guna pengorek pensel berbentuk silinder yang paling istimewa ada cermin bulat di belakangnya! Engkau orang boleh gunakan cermin itu untuk bermekap, betulkan tudung, ataupun nak tengok bulu hidung panjang atau tidak. Kalau bosan, engkau orang boleh main pantulan cahaya, macam laser! Tak payah beli laser besi yang ada banyak bentuk itu. Oh zaman main laser pun ada. Waktu itu sudah siber sedikit. Waktu ustazah tengah ajar munakahad, boleh main suluh-suluh.
Selepas itu, aku pun sudah tidak bisa berbicara panjang. Mata seperti sudah ada syaitan bergayut. Pada kali ini apa yang aku hendak simpulkan ialah kadang-kadang kita tidak perlu keep-up-to-date sangat untuk benda-benda tidak penting macam pensel Pilot Shaker. Sebab engkau boleh miliki pensel 2B, itu sudah mencukupi. Engkau masih mampu menulis. Cerita-cerita yang lain selain pensel Shaker itu tiba-tiba sahaja aku tersentimental.
Sudah tengah hari dan aku masih sakit hati bila photoshop tak berfungsi. Semuanya kerana nombor siri entah apa yang nak jadi. Nampaknya malam tadi gayanya macam aku sudah reka poster dalam mimpi.
Tak apalah, foto-foto tambahan dan susunan perkataan sudah dibayangkan. Tinggal mahu execute saja. Kali ini aku nak tersiratkan maksud dalam poster teater Bedah. 'Dulu pernah suci, tapi sekarang tidak lagi'. Itu quote untuk poster kali ini. Darah merah dan kain batik adalah elemen paling seksi.
Semua ini untuk poster kali ini. Orang kata kalau tak dapat meluahkan melalui perbuatan, boleh juga melalui penulisan. Nanti aku tunaikan.
Rasa kurang senang bila air di dalam gelas mencurah-curah secara berlebihan. Sehingga membanjiri meja makan dan lantai. Kita boleh tuang air di dalam gelas tapi tak perlu nak tuang sampai mencurah air keluar. Tidak kisah apa jenis air itu. Yang penting air itu sesuatu yang berharga dan sesuatu yang bisa menimbulkan sabut dan menenggelamkan batu. Bila untung timbul lah sabut, tenggelam lah batu.
Maka dengan itu, percayalah pasti ada yang cuba menenggelamkan sabut itu. Pastikan apa yang kita keluarkan akan masuk kembali sebagai sesuatu yang berguna, tidaklah ia membawa sia-sia dan mudharat.
Malam ini aku masih di sini dengan laptop dan juga ear plug di dalam kocek Nomex kuning diraja. Tak lupa juga boot bersama kaki yang terperap di dalam, bersama stoking berbau. Cantik juga pemandangan malam lampu neon di sini. Seperti kunang-kunang dan sesekali bila nampak berkelip umpama bintang-bintang. Lampu raya yang berkelip pun susah nak kalahkan kecantikan kerlipan seperti itu.
Selepas itu aku duduk pekena teh panas bersama sup yang kuhirup dengan seorang diri ini yang masih mentah. Jikalau dibandingkan dengan mereka yang berada semeja dengan aku. Perkara yang menarik bila dapat duduk semeja dengan mereka. Oh hati ini berkata jadilah diri sendiri. Ternyata benar kata hati lalu menutup kata malu tersipu-sipu.
Seperkara yang aku belajar hari ini adalah benar bila niat baik untuk menghisap ilmu seperti kau sedut sirap melalui straw, pasti ada yang cuba nak tumpahkan cawan berisi sirap itu sebelum kau dapat sedut. Perkara yang keduanya, menjadi lebih rapat bila ada nasihat. Duduk di dalam kereta bergerak sambil mendengar nasihat, bukan sesuatu yang selalu dapat. Paling utama, ambil berat, macam kau ambil berat sungguh-sungguh tentang connection LAN atau wireless.
Malam bersama kunang-kunang itu aku belajar dan dekat dengan minat.
Nasib baik pontianak tak minta izin nak tumpang bonceng.
Setakat ini tempat ini tak ada hal selain daripada pengalaman baru setiap hari. Kena cari banyak lagi atau senang kata kena cipta pengalaman. Jumaat petang lepas selesai presentation depan Jayavishnu A/L Rajasingham, aku terus pergi Kuantan beli tiket balik JB.
Tengah kemaruk nak daki gunung tapi kurang berpeluang untuk kali ini. Jadi ambil kesempatan berkhemah di Desaru pun jadilah. Walaupun Desaru itu macam cikai sahaja orang kata. Bak kata
orang kali ke berapa pun kau pergi mestilah pengalamannya berbeza. Betul tak? Samalah macam kawin kali pertama dengan kawin buat kali kedua, ketiga atau keempat.
Bernasib baik malam itu tidur setengah nyenyak sambil disuluh lampu bulan purnama penuh rasanya. Macam orang pasang sportlight terangnya. Sebelum itu sempat meratah ayam BBQ dan udang 500g bersama frankfurt yang boleh tahan rempah BBQ-nya. Air tangan budak-budak ini.
Agak teruja bila dapat melawat Kota Johor Lama sebab aku pun pertama kali melawat kawasan kubu Johor Lama, kawasan jeti memang cantik. Siap curi-curi tangkap gambar atas bot orang. Daripada jeti boleh nampak jambatan yang menyambungkan Johor Lama dengan Kong Kong.
Kawasan lembah Sungai Johor ini masyuk untuk dilihat rupanya. Tempat-tempat yang menghijau atau membiru macam inilah memang dekat dengan jiwa aku. Rasa puas.
Oh tak lupa juga buaya-buaya Sungai Johor yang kena kurung untuk tatapan umum. Pak Cik buaya memang bagus boleh cerita pasal buaya dengan baik. Sekurang-kurangnya tahu buaya ada lidah tapi melekat kat tekak. Paling penting buaya patahkan tulang mangsa dulu sebelum kena telan. Jadi jangan gelak terkekek-kekek bila nampak buaya tua tak ada gigi. Dia masih boleh telan engkau!
Yang penting malam Sabtu itu dapatlah berkumpul dengan sahabat-sahabat lama. Aku rasa bara api terlupa nak timbus dengan pasir. Kononnya kenangan sepanjang Sabtu Ahad itu juga masih membara. Jiwang gila...