Dengan tajuk ini, mungkin bahasa aku yang agak melebih-lebih haha. Harap sepanjang penceritaan ini tak buat orang lain jelak kerana aku ingin kongsikan cerita pertualangan ke Nusa Tenggara Timur (NTT) dan Nusa Tenggara Barat (NTB) Indonesia yang begitu mempesona dengan wisata alamnya. Cukup berterima kasih kerana berpeluang mendapatkan pengalaman tak ternilai ini dengan kelebihan kesihatan tubuh badan dan kekuatan minda menempuh rajau semasa pendakian ke atas puncak berketinggian 3726m dari aras laut di samping menyorok di dalam kabus sejuk sepanjang perjalanan ke puncak. Pelayaran di Pulau Komodo merentasi Kepulauan Flores, menambah seru perjalanan pada kali ini, dari Pulau Seribu Masjid, merentasi juga pulau-pulau kecil sekitarnya langsung ke Labuan Bajo. Sedikit rumusan kepada 'Mencari Dewi Anjani dan 'Bertarung' Dengan Keindahan Pulau Komodo di Lautan Flores' sebelum menyelam dengan lebih dalam lautan aksara yang belum lengkap dan bakal dilengkapkan dari semasa ke semasa untuk merakam kenangan. Buat cucu cicit juga nanti dan bila sudah tua, atau mungkin hampir Alzheimer nanti, halaman ini akan memetik kembali ingatan yang mungkin pudar pada ketika itu.

Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.
Laluan Sutera - Segmen I
Singapore - Kuala Lumpur - Xian - Jiuzhaigou - Lanzhou - Zhangye - Dunhuang - Xian - Kuala Lumpur - Singapore
Cukup cantik. Rintik-rintik hujan sedikit membelai perasaan aku pada ketika ini. Aku yang masih berjaga malam, tidak mempunyai apa-apa perancangan selain melangut di atas meja. Cukup cantik kalau aku kongsikan sedikit cerita perjalanan tempoh hari. Selama 10 hari, Tuhan telah memberikan kesempatan untuk aku berkelana di Tanah Besar China yang cukup ramai penduduknya tapi aku tak menyangka bahawa Bumi-nya tetap luas kerana masih ada lagi beberapa daerah terpencil yang kurang manusia, tiada bunyi bingit kota. Yang ada cuma hadiah buat pengunjung berbentuk keindahan alamnya dan budayanya juga. Sewaktu dalam perancangan awal, yang terlintas dalam fikiran ialah gambaran sami-sami Buddha berterbangan dan gunung-ganang yang menjemput masuk ke dalam dasar keindahan yang memukau.
Cukup cantik. Rintik-rintik hujan sedikit membelai perasaan aku pada ketika ini. Aku yang masih berjaga malam, tidak mempunyai apa-apa perancangan selain melangut di atas meja. Cukup cantik kalau aku kongsikan sedikit cerita perjalanan tempoh hari. Selama 10 hari, Tuhan telah memberikan kesempatan untuk aku berkelana di Tanah Besar China yang cukup ramai penduduknya tapi aku tak menyangka bahawa Bumi-nya tetap luas kerana masih ada lagi beberapa daerah terpencil yang kurang manusia, tiada bunyi bingit kota. Yang ada cuma hadiah buat pengunjung berbentuk keindahan alamnya dan budayanya juga. Sewaktu dalam perancangan awal, yang terlintas dalam fikiran ialah gambaran sami-sami Buddha berterbangan dan gunung-ganang yang menjemput masuk ke dalam dasar keindahan yang memukau.
Dari Kota Singa ke Johor Bahru, aku merentas Tambak Johor. Pada ketika itu, perjalanan yang biasanya memakan masa satu jam, telah menjadi hampir tiga jam. Memang begitu perkiraan sebenarnya kalau diambil kira macet atau ramainya orang di bangunan imigrasi Singapura atau Malaysia seakan ada rusuhan.
Sampai sahaja di Johor, 'Shuttle Bus' dari Johor Bahru Sentral membawa aku melungsur ke Lapangan Antarabangsa Senai. Oleh kerana bergaya 'backpacker', segalanya yang percuma aku sebat, termasuk 'Shuttle Bus' ke Lapangan Terbang ini yang percuma. Cuma harus menempah dan membuat salinan tiket bukti tempahan secara online. Mudah. Cuma mengambil masa satu jam sahaja untuk sampai ke Lapangan Terbang Senai dari JB Sentral. Terlupa hendak ingatkan bahawa Shuttle Bus' percuma ini untuk pengguna Air Asia sahaja.
Segala kelengkapan individu pastinya sudah cukup untuk perjalanan pada kali ini. Tidak banyak yang dibawa, cuma barang asas bahkan, pakaian cuma dua pasang sahaja tetapi baju sejuk wajib dibawa demi melawan pelukan dingin cuaca di sana. Oleh kerana musim luruh dan hampir memasuki musim dingin, sudah tentu peratus keinginan untuk mandi adalah rendah. Jadi kelengkapan pakaian adalah memadai, kecuali engkau memang metroseksual. Lagipun memang tidak ada niat untuk membayar caj bagasi kerana target berat bagasi adalah kurang 7kg.
Aku membelek-belek peta-peta lokasi yang di-print hampir setebal 4mm. Rasanya aku betul-betul tidak sabar untuk memulakan perjalanan. Pelbagai gambaran berlari-lari dalam benak. Oh ya, memang kami jangka, segala nagivasi akan berbentuk manual tanpa Google, Facebook, Instagram, mahupun Twitter. Hal ini menambah seru perjalanan pada kali ini. Untuk pengetahuan, semua bentuk aplikasi media sosial disekat di sana dan 'search engine' yang boleh digunapakai ialah www.baidu.com. Jadi komunikasi asas Mandarin sedikit sebanyak bakal membantu bagi memudahkan perjalanan kami.
Segala kelengkapan individu pastinya sudah cukup untuk perjalanan pada kali ini. Tidak banyak yang dibawa, cuma barang asas bahkan, pakaian cuma dua pasang sahaja tetapi baju sejuk wajib dibawa demi melawan pelukan dingin cuaca di sana. Oleh kerana musim luruh dan hampir memasuki musim dingin, sudah tentu peratus keinginan untuk mandi adalah rendah. Jadi kelengkapan pakaian adalah memadai, kecuali engkau memang metroseksual. Lagipun memang tidak ada niat untuk membayar caj bagasi kerana target berat bagasi adalah kurang 7kg.
Aku membelek-belek peta-peta lokasi yang di-print hampir setebal 4mm. Rasanya aku betul-betul tidak sabar untuk memulakan perjalanan. Pelbagai gambaran berlari-lari dalam benak. Oh ya, memang kami jangka, segala nagivasi akan berbentuk manual tanpa Google, Facebook, Instagram, mahupun Twitter. Hal ini menambah seru perjalanan pada kali ini. Untuk pengetahuan, semua bentuk aplikasi media sosial disekat di sana dan 'search engine' yang boleh digunapakai ialah www.baidu.com. Jadi komunikasi asas Mandarin sedikit sebanyak bakal membantu bagi memudahkan perjalanan kami.
Cerita pasal tiket promosi dua hala dari Johor Bahru ke Xian yang berharga RM652, cukup membuat aku dan orang lain pastinya tambah terpesona untuk menjelajah dengan bajet rendah. (Gelak sekejap)
Berikut merupakan senarai makhluk yang terlibat dalam perjalanan pada kali ini. Aku beruntung kerana bertemu dengan insan-insan ini kerana bukan senang hendak mencari teman yang sekepala apatah lagi berbeza latar belakang dan bangsa, agama serta negara. Secara jujur, teman berkelana juga harus memainkan peranan penting dalam menjayakan sebuah pelan pengembaraan.
1. Gunawan Adi Waskito - Berasal dari Kopo, Bandung. Dia pernah mengaku kacak dan kelakar.
2. Victor Adi Martono - Berasal dari Kopo, Bandung. Aku sifatkan dia ini jenis pandai bercerita.
3. Maria Kartika - Seorang gadis 'decision maker' yang cekap dan pantas. Mempunyai darah orang Flores dan tinggal di Jakarta, membuatkan aku bertambah yakin dengan keperibadiannya.
4. Asyraf Maskan - Seorang nubis yang suka berangan-angan tapi melangit.
Setelah 5 jam memecut laju dalam ketinggian pesawat 4500' di udara, kami sampai di Xian (Shaanxi) tepat jam 11:00 malam. Penat tidak terasa mungkin kerana perjalanan malam yang membuatkan aku enak dibuai mimpi. Para penumbang juga tidak banyak buat hal. Rata-rata penumpang adalah warganegara China.
Sesampainya kami di kota Xian yang tersohor ini, kami dikejutkan dengan teknik meludah orang-orang di sini, yang bagi aku cukup mengerikan semacam torpedo. Victor hampir saja terjerumus ke dalam satu kolam air liur yang bertakung hasil ludahan air liur serta kahak seorang lelaki yang duduk di sebelahnya. Kami hanya mampu tertawa. Malam itu, kami ditemani plug-plug pengecas telefon bimbit serta sofa mesin urut yang kami cabut plugnya agar tidak memekik-mekik bunyi amaran. Beruntung betul kami pada malam pertama di kota Xian dan pandai mengambil kesempatan!
Deringan jam loceng tepat jam 4:00 pagi sedikit membingitkan telinga. Terpaksa bangun awal untuk mengejar kapal terbang dari Xian ke Jiuzaighou, yang bakal menjadi destinasi pertama kami. Untuk Jiuzaighou, aras tak-sabar-nak-eksplorasi adalah agak tinggi kerana terpukau dengan keindahan tasik emerald nya dan pemandangan musim luruh yang aku tak pernah lihat dan alami sendiri. Siap sedia roti halal dan air minum di tangan, aku berjalan ke Terminal Dua, untuk penerbangan domestik yang tidak jauh dari Terminal Satu, tempat kami tidur tadi. Merentas jejambat pada awal pagi, dan lampu-lampu utama sepanjang jalan masih terpadam. Kesejukkan sampai menggigit tulang mulai terasa. Aku jalan laju-laju dengan harapan otot berkerja kuat menghasilkan haba dan menambah kehangatan perasaan untuk memulakan penjelajahan pada hari pertama!
Semasa melewati laluan bergajah merentasi Terminal 2 Lapangan Terbang Shaanxi, terdapat beberapa buah kotak kubikal yang aku sangkakan tandas. Rupa-rupanya kotak-kotak kubikal ini adalah hotel jimat, khusus buat sesiapa yang mungkin memerlukan tempat tidur sebenar yang selesa, walaupun bukan lima bintang, cukup lengkap dengan plug elektrik, katil untuk seorang, cuma tandas tidak disediakan. Boleh tahan, cuma tak dapat informasi tentang harga per malam kerana kaunter cuma buka dari jam 8:00 pagi hingga 10:00 malam. Bagi aku, terlentang di atas lantai di ruang menunggu sudah cukup selesa. Sebab itu aku sentiasa bawa 'sleeping bag' ke mana sahaja. 'Sleeping bag' berjenama Giant pun sudah cukup untuk menghangatkan badan dan mengalas tempat tidur. Sebenarnya malam itu, kami gagal menemui ruang menunggu akibat gagal memahami papan tanda yang semuanya dalam tulisan karakter bahasa Mandarin. Pilihan paling terbaik ialah curi-curi tidur di atas kerusi mesin mengurut yang telah dimatikan suiznya.
Selain barisan kerusi-kerusi di ruang menunggu, terdapat juga kemudahan asas seperti air panas dan sejuk. Ini adalah kemudahan yang dicari-cari bagi mereka yang mahu masak mee segera untuk mengalas perut. Perut aku pun memang dah berkeroncong sejak dari tadi kerana tiada sumber makanan halal. Cukuplah kismis dan kurma yang aku bungkus dari rumah menjadi alas perut. Cukuplah gizi untuk pagi itu.
Sepanjang persinggahan kami, plug elektrik juga tersedia di kebanyakkan stesen kereta api atau kapal terbang. Kalau tidak silap ada 8 jenis suiz iaitu untuk plug tiga pin, dua pin, USB, USSB dan sebagainya, terletak berhampiran dengan ruang menunggu. Setiap kali hendak mengecas telefon bimbit, aku tak berjaya mendapatkan suiz yang kosong mungkin kerana sering menjadi rebutan orang. Di China, plug dua pin atau tiga pin berbentuk plat besi (bukan silinder) digunakan sebagai saiz normal untuk suiz elektrik.
Kelihatan dua gadis Sepanyol menghampiri kami. Sedang asyik mengunyah kurma, aku terus melontarkan senyuman tapi malang, senyuman terpelanting balik. Boleh tahan sombong minah Sepanyol ini atau memang senyuman tak gosok gigi aku kurang memberangsangkan. Niat baik untuk memulakan komunikasi dan sesi perkenalan gagal.
Penerbangan dari Shaanxi atau Xian ke Jiuzhaigou mengambil masa 1 jam 45 minit. Tiket China Eastern ini kami sudah tempah dan beli sebelum menjejakkan kaki ke sini, termasuk juga tiket kereta api dari lokasi ke lokasi utama yang telah menjadi target untuk kami jejaki. Kos penerbangan boleh dikatakan agak mahal di sini iaitu minimum 100 RMB untuk sehala.
Semasa mendarat, kelihatan pergunungan yang berbatu dan berwarna kelabu. Dari atas ketinggian ini, ajaibnya, boleh dilihat perkampungan kecil di antara lurah gunung. Puncak pergunungan Tibet yang memiliki pemandangan yang sama dengan banjaran Himalaya ini disaluti salji putih, tambah bersinar dengan limpahan cahaya Matahari terbit pada ketika itu. Tingkap kapal terbang China Eastern ini membingkai pemandangan yang cukup mengujakan ini. Saat yang paling indah menyambut kedatangan aku ke provinsi Sichuan. Terasa disambut mesra.
Tolonglah Bagi Aku Peluang Nak Menulis
Sebenarnya, ada beberapa perkara yang membuatkan aku terpanggil untuk menulis pada ketika ini.
Beberapa minggu (aku rasalah) aku semacam telah diberikan mandat oleh seseorang. Mungkin dengan meletakkan janji di dalam segmen ini, aku akan disiplinkan diri untuk menepati sesuatu yang aku anggap janji. Mungkin boleh dinilai sebagai janji kepada diri sendiri juga.
Sedar bahawa merakamkan setiap pengalaman atau perasaan sendiri boleh membuatkan seseorang lebih mengenali diri dan berkongsi setiap apa yang kita rasai adalah sedekah ilmu, aku bertambah rakus ingin menulis.
Jadi, rasanya tak rugi untuk kongsikan semua yang kita ada. Aku cuma perlu menekan punat dan terus membaca, mengalami, menulis dan terus menulis. Semoga usaha untuk menulis dipermudahkan kerana aku percaya ilham itu datang daripada Tuhan. Cukup tipu kalau sering menyalahkan ilham tak datang-datang, walhal mulanya gagal berusaha ke arah itu. (Mengeluh)
Beberapa hari ini, sedikit sebanyak, rangka pengalaman merentasi Nusa Tenggara Timur dan Nusa Tenggara Barat Indonesia membuahkan sedikit hasil. Cukup mempersona aku boleh bilang apabila menterjemah pengalaman sebenar dalam bentuk abjad dan perkataan. Sudah lama aku tak rasa begini. Rasa puas.
Untuk segmen seterusnya, aku bercadang untuk menulis secara terperinci pengalaman sendiri bersama rakan-rakan merentasi beberapa kota kecil di sebuah negara yang menutupi hampir 40 peratus Benua Asia. Mujur beberapa catatan sepanjang perjalanan membantu sedikit sebanyak input penulisan.
Seterusnya, aku bakal berkongsi perancangan untuk menjelajah secara solo di sebuah negara. Mengapa aku mahu bergerak secara solo, dan bagaimana caranya aku akan bergerak secara solo serta apakah bentuk perancangan? Itu juga aku akan muatkan dalam huraian penceritaan.
Aku rasa tulisan ini seakan prakata kepada segmen penulisan pada masa mendatang. Acah-acah. Tolonglah bagi peluang aku nak menulis. Amin.
Anti-sosial
Terlalu ego untuk meletakkan apa jua bentuk gambar dalam blog ini sebab cuba nak kekalkan peraturan 'cuma ada tulisan'. Sebab ini agaknya menghalang aku untuk berkongsi pengalaman berkelana di tempat orang. Cukuplah gambar habis di-post di Facebook dan Instagram. Itu pun aku rasa orang dah cukup menyampah. (Gelak sikit).
Hampir tiga hari bersembunyi di dalam 'gua' dan tak keluar-keluar. Berjaya menyelami perasaan golongan yang anti-sosial. Sukar juga. Antara kelebihan berbuat demikian adalah, kau ada masa 100% untuk diri sendiri dan tidak terpengaruh dengan hasil keputusan orang lain. Tak ada 'domino effect'.
Apa yang kau alami pada masa itu, adalah kesan daripada keputusan untuk melakukan di pihak kau sahaja. Jadi kau tak ada alasan untuk menyalahkan orang lain.
Berpendapat, tak salah dengan bersendiri untuk beberapa ketika, kau akan lebih mengenal diri sendiri dan menjadi orang yang lebih baik.
Apa yang kau alami pada masa itu, adalah kesan daripada keputusan untuk melakukan di pihak kau sahaja. Jadi kau tak ada alasan untuk menyalahkan orang lain.
Berpendapat, tak salah dengan bersendiri untuk beberapa ketika, kau akan lebih mengenal diri sendiri dan menjadi orang yang lebih baik.
Penebaran Wang Pada Bulan Lepas
Lidah 'sneakers' aku yang terjelir keluar seakan mengejek tepat di muka. Mungkin ungkapan yang paling sesuai dituju pada ketika ini ialah 'Padan muka kau'. Memikirkan perbelanjaan bulan lalu yang agak banyak. 'Spreadsheet' yang aku rangka untuk merekod setiap perbelanjaan masuk dan keluar setiap bulan nampaknya berjaya menggertak, supaya jangan tebarkan wang untuk perkara yang tidak perlu.
Untuk rumusan, perbelanjaan aku pada setiap bulan secara normalnya lebih kepada menampung kos-kos asas. Ini adalah senarai kategori yang boleh dimaafkan.
1. Bilik sewa
2. Bayaran Pinjaman Balik Rumah
3. Makanan
4. MRT/Bus Ez link Card
5. Buah-buahan
6. Perbelanjaan keluarga
Berikut pula perbelanjaan tambahan khusus memenuhi nafsu. Disenarai mengikut tangga terbanyak jumlah perbelanjaannya.
1. Travel. Termasuk duit minyak kereta, tol dan tiket bas atau kapal terbang serta kos sepanjang penerokaan
2. Belanja barang-barang kehendak dan keperluan aktiviti mendaki gunung
3. Berfoya-foya seperti makan sedap, Ice-Skating dan sebagainya
4. Buku / Majalah
Melalui penyenaraian ini, aku boleh buat beberapa kesimpulan atau perkara
1. Kadang-kadang aku terlalu selesa makan sedap. Kena kawal. Tidak boleh dimaafkan.
2. Berfoya-foya. Berbelanja untuk perkara baru dalam hidup boleh dimaafkan. Tapi untuk perkara membazir seperti menonton wayang adalah tidak dimaafkan. Bulan ini berjaya berhenti tonton wayang atau karaoke.
3. Buku / Majalah. Ini boleh dimaafkan.
4. Belanja barang aktiviti mendaki gunung. Harus kawal dan beli untuk perlu sahaja.
5. Travel. Ini dimaafkan sebab pengalaman berharga.
Keuntungan pada bulan ini.
1. Kerja design = RM 0
2. Sewa Rumah = - RM 500 (Sebab kena bayar duit pinjaman bank.)
Insaf.
Perkhidmatan 'design' bunting / logo / banner / poster untuk acara / majlis khusus atau persendirian, boleh WhatsApp nombor yang tertera ini +65 8430 3208.
Perkhidmatan 'design' bunting / logo / banner / poster untuk acara / majlis khusus atau persendirian, boleh WhatsApp nombor yang tertera ini +65 8430 3208.
Ada Beberapa Perkara Yang Ingin Sekali Aku Kongsikan
Ada beberapa perkara atau target yang ingin sekali aku kongsikan atau abadikan dalam 'jurnal' ini.
1. Memiliki gitar (yakni ukulele), belajar memetiknya dan membuat lagu puisi. Mungkin kalau aku sudah tua kerepot, anak-anak sudah tak peduli dekat aku (mungkin), sekurang-kurangnya aku boleh 'mengemis' untuk mendapatkan wang belanja hidup. Mungkin satu hari nanti aku akan menghasilkan sesuatu alunan nasihat untuk cucu cicit pada masa akan datang. Menceritakan apa yang berlaku pada zaman kita pada hari ini semacam sebuah wasiat sepanjang zaman. Ambil contoh lagu Gurindam Jiwa, Berita Kepada Kawan dan sealiran dengannya.
2. Menghayati tafsir Al-Quran dan tidak sekadar membacanya. Kalau buku novel atau zine, aku boleh baca dan hayati, aku percaya sastera indah yang terkandung di dalam Al-Quran juga boleh dijiwai. Kalau selama ini tercari-cari apa 'novel' yang sepatutnya kita baca sebelum tidur, sewaktu di dalam LRT, dan sewaktu kita kosong atau bosan.
3. Belajar asas bahasa Mandarin tahap kanak-kanak Tadika pun tidak mengapa. Bayangkan sudah 25 tahun membesar di tanah air, tapi tidak dapat menguasai bahasa lain dengan lancar. Terasa rugi.
Aku rasa cukup untuk episod pembangunan diri pada kali ini.
Memilih Untuk Kurang Bercakap
Semalam aku sempat khatam filem Hong Kong yang terbaik 'ever' iaitu Para-Para Sakura. Dilakonkan oleh Yuri (Tak tahu nama artis sebenar) dan Aaron Kwok. Satu perkara yang membuatkan aku nak bagi lima bintang ialah skrip yang dilontarkan oleh pelakon tepat dan berfalsafah. Sampai boleh 'relate' apa yang aku rasa sekarang.
Jadi watak Aaron Kwok, adalah seorang lelaki buta warna yang lurus, dan mempunyai kenyakinan diri yang rendah. Kerana memiliki kekurangan itu, dia terpaksa membuat keputusan setiap masa termasuklah ketika memilih warna baju pakaian yang dia sendiri tak tau warna apa. Malah oleh kerana terlalu susah membuat pilihan, dia gemar membuat taruhan seperti melempar wang syiling untuk bertemu dengan perempuan misteri yang melanggarnya sewaktu mengetuai acara berjoget di atas pentas. Ini kerana, setelah bertemu sekali, dia telah mengetahui bahawa perempuan itu bakal berkahwin.
Aku cukup terkesan bila watak Aaron Kwok ini oleh kerana dia buta warna, dan dia juga menyifatkan dirinya sering melakukan kesalahan dalam kata-kata. Oleh itu, dia memilih untuk tidak banyak bercakap. Sebagai alternatif, dia menyalurkan emosi dan kata-kata dengan berdansa. Unik betul. Yuri pula adalah sebaliknya. Dia terbiasa untuk melontarkan apa saja yang bermain di dalam fikirannya. Ini menjadikan karakter Yuri pun unik. Kiranya Yuri jenis orang yang 'On-je' atau 'follow your heart'. Yuri ini nampak tidak serius. Suka main-main dalam tindak tanduknya. Alangkan jatuh dalam perigi pun dia sempat ketawa.
Aku rasa ada persamaan dalam dua karakter ini dalam diri. Tentang cakap sebarang itu, aku setuju. Kadang-kadang aku main cakap saja apa yang aku rasa betul. Mungki ada yang tak selesa dengan karakter aku ini dan aku betul-betul minta maaf kalau sering bagi salah info. Ok bukan salah info tapi info hampir betul kerana kadang-kadang salah ayat atau salah guna perkataan. Sebab itu aku selalu diketawakan dek kerana salah sebut perkataan yang sepatutnya. Mungkin aku kena jadi macam Aaron Kwok. Memilih untuk kurang bercakap. Itu saja nak luahkan. Sebab bukan ada orang baca pun. Aku tengah cakap sendiri. Ini cuma pangkalan data, cerita dan perasaan aku sendiri. Kalau ada nasib baik orang terbaca itu rezeki dan moga menjadi ilmu buat mereka yang bertuah.
Berangan Dalam Bilik. Semua Orang Dah Besar.
1. Fuh. Cukuplah hari minggu ini aku berangan dalam bilik. Membosankan, tapi sedikit memberi ruang dan peluang untuk melihat semula kekurangan diri. Rupanya ada sisi lain dalam hidup yang belum lengkap meliputi rohani dan jasmani. Malas nak cerita panjang. Semua orang dah tahu. Semua orang dah besar. Ya, tak?
2. Kita akan lebih mengikuti peraturan kalau bergerak secara solo tanpa dipengaruhi orang lain. Lebih-lebih lagi orang yang kita kenal semacam kawan kita, orang yang kita percaya dan akan ikut cakap mereka. Kerana itu, berada di tempat asing atau lingkungan orang yang kita tidak kenal, kita akan lebih berdisiplin. Mungkin tak ada orang nak ingatkan untuk kemas bilik, cuci baju, atau kalaulah kita malas sangat nak buat sesuatu, tak akan ada orang lain peduli dan buatkan untuk kita. Jadi kita cuma ada diri kita dan kena belajar bawa diri. Ya, tak?
3. Umur yang suku abad ini betul-betul mencabar. Ada orang nampak kita bahagia di luar tapi sebenarnya kita bertarung untuk memerdekakan diri sehari-hari. Kita nak bebas datang ke pejabat dan buat kerja dengan suka hati. Kita nak bebas buat keputusan sendiri tanpa perlu memenuhi kehendak orang lain atau ikut norma dalam masyarakat. Contohnya, kita terpaksa memenuhi 'adat' lepas habis belajar, kena kerja dalam pejabat dan berpakaian baju lengan panjang, bergaya kemas. Contohnya lah. Kerja selain yang nampak kaya-kaya tidak akan dipandang tinggi atau mulia. Kena ada kereta atau motor besar. Padahal setiap bulan kita kerja keras untuk membayar hutang pinjaman. Mungkin dah tiba masanya kita kena jadi 'orang putih' yang tak kisah nak jadi apa, asalkan kau bahagia, di samping memenuhi ajaran agama atau pegangan masing-masing lah. Sebab agama atau pegangan lah yang memandu kita. Tapi memang diduga manusia susah nak ikut. Jadi hari-hari, kena ada usaha memperbaiki diri. Masih ada masa. (Berbisik)
4. Walaupun sering tersengih melihat dua mempelai, aku rasa bukan senang nak menempuh usaha ke arah itu. Yang 'itu' lah. Malu aku nak cakap. Sebab aku bosan sebut banyak kali. Kesimpulannya, kena sentiasa bersedia sebab aku yakin, bila sampai masa, akan dikurniakan rezeki yang tak terduga. Sebab aku memang suka perancangan tak terduga. Ya, tak?
5. Berniaga. Memang bagus nak cari duit demi pembangunan diri. Setiap kali berbual bicara pasal benda alah ini, aku rasa kita perlu mengajar diri untuk tetap ikhlas dan tidak terlalu materialistik atau terlalu mengejar wang. Walaupun aku faham rezeki orang lain-lain. Sebab usaha yang banyak akan diganti dengan hasil yang membunga dengan sendirinya. Terlalu obses dengan kebendaan pun tak boleh juga. Ya, tak?
Kelakarnya. Aku Mampu Mengubahnya.
Ini tak kelakar. Dalam sejarah seorang Asyraf Maskan, ketinggalan pesawat terbang.
Aku bukan malas nak cek email konfirmasi dari Air Asia, tapi terlalu optimis dan percaya dengan diri sebab cuma cek tiket sekali sahaja. Masalah juga.
Dibuktikan lagi dengan insiden tersasar arah sewaktu berbasikal merentas East Coast Kota Singa. (Termenung dalam). Adakah percaya diri dan 'follow your heart' ini merupakan masalah besar buat orang lain? Masalah juga.
Sering muhasabah diri, dan aku menganggap karakter sebegini mungkin sesuai untuk kondisi tertentu sahaja. Contohnya, apabila kita sedang melancong dan memang betul-betul tiada sumber rujukan, atau petanda arah, konsep 'follow your heart' atau lebih mudah 'gerak hati' adalah relevan. Pasti pengakhirannya, membuahkan jalan penyelesaian, malah membuka mata orang lain. Tetapi karakter ini tidak sesuai ditonjolkan sewaktu bersama ramai orang, bersama teman yang tidak 'easy going', sebab pasti akan dimaki di depan khalayak.
Aku percaya, oleh kerana aku sedar diri, aku mampu mengubahnya.
Peperiksaan Tingkat Tinggi Seorang Sahabat
Macam-macam yang sudah berlaku dalam jangka masa satu minggu sebelum Ramadhan. (Aku tunduk dalam-dalam menyelami apa yang sedang berlaku.)
Sebuah insiden yang aku boleh simpulkan, mengajar aku untuk lebih bersedia dalam apa jua bentuk dugaan. Insiden yang aku klasifikasikan sebagai 'rare', bukan berlaku ke atas diri aku sendiri, tetapi berlaku kepada orang yang agak rapat dengan aku. Aku juga boleh simpulkan insiden ini sebagai Qada' dan Qadar Allah.
"Ini Sains." - Ya, memerlukan pembuktian. Aku nak kau buktikan yang kau adalah diri kau.
"Kuasa." - Ya, semua orang mahukan kuasa tapi tak semua dapat mengawal kuasa. Apakah yang dapat mengawal kuasa? Jawapan: Agama.
"Janganlah bersedih. Kalau sedih menangis dalam bilik." - Tidak menangis dalam bilik tetapi menangis di dalam hati.
Beberapa kata-kata yang sering dilontarkan oleh seorang sahabat rapat yang kondisinya agak tidak stabil, diselangi dengan jawapan yang aku berikan. Masih lagi terngiang-ngiang di dalam benak sebab aku cuba nak cari jawapan kepada persoalan atau kenyataan ini. Aku tatap mata dan riak wajahnya dan sedaya upaya mencari kepastian itu adalah beliau.
Apa yang sedang berlaku, membuktikan bahawa ilmu Allah adalah terlalu dalam dan luas. Ilmu dan pemikiran manusia terbatas. Kalau ada yang menanyakan aku tentang reaksi aku terhadap apa yang berlaku, aku cuma bertindak sebagai seorang sahabat, menempatkan aku dalam keluarga beliau dan bertindak se-matang yang aku boleh. Harap doa daripada semua untuk yang terbaik buat sahabat aku yang aku boleh simpulkan sedang menduduki peperiksaan tingkat tertinggi buat beliau. Aku percaya dia mampu.
Keluh Pada Hari Minggu Yang Sucks
Blog berkarat, imaginasi melarat. Dah sampai masa untuk sambung menulis secara rakus serta lebih fokus kerja-kerja mereka design. Semangat. Mana? Mana? Mana? (Bergema sekejap). Orang kata, sibukkan diri sebelum ada anak sepuluh. Orang kata lah.
Minggu lalu, Alhamdulillah berpeluang menempah pengalaman mendaki Gunung Tahan selama empat hari tiga malam dan terus menuju ke Pulau Redang. Perjalanan ke Gua Musang menaiki bas dengan gaya ber-bagpack (gaya saja lah) tanpa pelan rasmi, menjadikan perjalanan sepanjang minggu lalu penuh dengan keterujaan. Aku selesa macam ini. Sedikit sebanyak menyuntik semangat mengembara dan mengembangkan lingkungan sosial. Bukan setakat kenal orang dalam kantor sahaja. Aku rasa semua orang yang terperangkap dalam lingkungan sosial teman sekerja kena buat macam ini.
Selain menjadi 'rumah banglo' buat hidupan marine, dasar lautan tidak pernah mengecewakan para tetamu yang datang. Memang sudah rezeki tetamu seperti aku, terlalu jakun apabila dihidang dengan juadah alam seperti ini seperti di Redang. Bukan buat pertama kali. Oh. (Gitu, konon-konon letak "Oh" di penghujung ayat.) Selain pemandangan gunung dan pendakian yang begitu indah, aku dapat simpulkan bahawa Tuhan sudah banyak berjasa buat makhluknya dan inilah masanya untuk makhluk menyelongkar keindahan ciptaan-Nya. Bila lagi kan? Tak akan nak duduk rumah atau warong kopi tengok bola sambil hisap rokok daun? Kemajuan harus dicipta sendiri. Bukan duduk terpaku.
Hari minggu pada kali ini yang bakal dibazirkan. Akibat pelan awal yang tak jadi. Ini antara sebab aku tak suka pelan awal. Tetapi malam kelmarin, memang aku dah cukup berusaha berlari melilau mencari tiket bas namun gagal. Lagipun emak abah tak setuju kalau aku memandu tengah malam. Peh, anak mithali juga aku ni rupanya. Nah sekarang, komputer riba untuk kerja design tiada dan baju tak basuh terbengkalai di sana. Ke mana kah harus aku salurkan kekecewaan ini? Tak mahu jadi Melayu terbongkang di rumah sambil hisap rokok daun kemurungan. Akhirnya aku membuat keputusan untuk menulis dalam blog dengan kisah tak sempurna ini. (Keluh aku pada hari mingg yang sucks)
Mata Dah Rela Untuk Digari Sampai Tahun Hadapan
Sempena tahun baru yang menjelang, eloklah sekiranya aku mencuri masa tidur yang jarang sekali aku dapat. Kebetulan aku masih di alam syurga percutian, aku dikatakan bebas daripada beban tugas. (Jerit puas sampai bergema. Tapi dalam hati lah)
2012-2013 telah menyajikan aku pelbagai bentuk pengalaman baru. Hijrah dari satu fasa ke satu fasa. Hijrah dari satu tempat ke satu tempat yang asing. Hijrah dari kebiasaan kepada sesuatu yang ganjil. Pokoknya, rentetan peristiwa di lorong perjalanan dua tahun yang lalu mencabar pada awalnya tetapi menjadi pengalaman manis setelah menjalaninya. Dapat rasa hikmah hijrah. (Tarik nafas, hembus nafas dengan kadar perlahan)
Sebenarnya aku tak reti nak tengok bunga api menjelang tahun baru. Bunyi yang pop pop pop dan corak bunga api yang bak bunga kembang layu di tasik madu itu mungkin sudah bosan bagi aku. Simptom dah berumur agaknya. (Mulut berot tak peduli)
Macam orang lain, aku pun nak ada azam. Oh mungkin bukan azam tapi niat. Niat pertama, nak beli rumah atas tanah hasil usaha sendiri. Rumah ini akan jadi perlaburan jangka masa panjang buat keluarga dan modal untuk rumah kedua. Setakat ini masih dalam usaha mencari walaupun ada dua rumah yang bagi aku bagus gila tapi terlepas peluang dibeli orang. Niat pertama ini nampaknya releven. Nampak harta duniawi sangat tapi aku rasa rumah adalah subjek yang akan mengajar aku untuk lebih komited, rasa tanggungjawab terhadap keluarga atau bakal keluarga (kalau ada jodoh lah) dan aku percaya, berbudi pada tanah akan mengeluarkan hasil. Walaupun aku tak tanam pokok kelapa sawit atau getah, tapi aku akan tanam keperibadian sampai matang. Faham tak? Tak faham sudah.
Niat kedua, nak beli buku sketch atau buku nota. Berprinsipkan 'tulis atau lukis apa yang kau jumpa sepanjang masa', aku rasa nak buat sesuatu yang bermakna buat diri sendiri. Ini juga adalah sebagai latihan menulis dan menggambar catatan perjalanan. Ceritanya aku terdengar idea daripada seorang pemanggil dalam radio. Pakcik atau Datuk yang diceritakan telah berjaya dalam hidup ini berkongsi rahsia kejayaannya dengan mengambil nasihat Tun Mahathir. Sentiasa sediakan pen dan kertas atau buku nota. Bagi aku ini logik dan unik. Satu usaha yang bagus untuk aku latih diri menulis. Mana lah tau kalau dah pencen, boleh jual buku dan hasil kerja tangan. Tabiat suka mencatat boleh merangsang otak untuk berfikir dan menguatkan daya ingatan. Yang uniknya menulis pakai pen secara manual bukan pakai Galaxy Note atau I-pad.
Niat ketiga, biarlah aku sambung nanti bila dah masuk pertengahan tahun 2014. Gitu boleh pula tangguh azam atau niat. Bagi aku dua benda utama ini akan menjadikan 2014 aku lebih unik dan menarik. Selain meneruskan tabiat-tabiat aku yang lalu, dua benda baru ini, aku percaya cukup untuk mengubah keperibadian serta kematangan diri sendiri.
Cukuplah masa tidur yang aku dah curi setakat malam ini. Mata dah rela untuk digari sampai tahun hadapan.
Kenyataan Seorang Welding Foreman Yang Membuat Aku Sentap
Malam tadi, seorang Welding Foreman membuat satu kenyataan, "Pak Asraf, saya liat kamu ini dibayar gaji satu ribu, kenapa kamu harus kerjanya satu ribu lima ratus?" Sebenarnya sudah hampir setahun satu bulan, belum pernah ambil cuti panjang. Kejam betul aku. Untuk diri sendiri pun tak mahu. Mungkin sebelum ini aku rasa belum perlu untuk aku ambil cuti panjang. Ya, sekarang kena. Perasaan gundah, tidak bersemangat dan ternyahmotivasi aku boleh gambarkan keadaan aku sekarang. Mula lah aku post kata-kata perangsang di Facebook atau Twitter dengan tujuan dapat memotivasi diri sendiri. Tahi lembu. Berbalik kepada kenyataan Welding Supervisor malam tadi, jika diambil sudut positifnya, betul juga. Aku angguk-angguk kepala dalam hati. Misalnya kalau kerjaan kita sebagai penjual sayur, mana boleh kita jadi doktor sakit puan dalam satu masa? Jual sayur, jual sayur lah. Periksa orang sakit, periksa orang sakit lah. Mana ada orang periksa orang sakit guna sayur? Ok dah merepek. Tapi, percayalah. Kalau dibayar satu ribu, kerjanya satu ribu lima ratus, Tuhan akan gantikan lima ratus itu dengan kemurahan rezeki, pahala atau ilmu berguna. Eh macam kenal kan kenyataan ini? Dah banyak orang post kata-kata Tok Guru ini kat Facebook. Jadi sebenarnya, bekerja terlalu keras juga tak elok untuk badan dan minda. Walaupun mangkuk kehidupan diisi dengan banyak makanan, lauk pauk, manisan, sayur petai sambal yang kita harus habiskan dan telan, ambil lah masa untuk berhenti makan. Ya, walaupun lepas satu mangkuk bakal datang lagi hidangan yang lain. Semangat.
Dua Tahun Yang Singkat
"Eh, after eh."
"Pehal tiba-tiba after?", ujar aku dalam hati yang innocent ini.
Tapak seterika yang berbekas Milo itu masih panas
Sebagai pendatang baru di asrama ini, aku kena gosok baju dengan penuh komitmen. Oleh itu, dua pasang baju Melayu putih berserta samping dan kemeja lengan panjang seluar khaki untuk pakai seminggu aku siap gosok. Perkara itu membuatkan orang lain beratur panjang di bilik pantri. Aku tergelak kecil bahagia melihat orang lain derita menunggu. Not.
Setiap kali menjelang bulan puasa, aku mesti teringat bulan puasa di asrama. Satu, sebab waktu bulan puasa di asrama lah terasa sayup tak bersama keluarga. Dua, banyak aktiviti kerohanian yang tersusun macam solat terawikh, tadarus Al-Quran dan sebagainya. Cewah. Tapi betul lah, waktu bulan puasa lah kita terasa spesial sikit. Terasa buat amal lebih sikit.
Sebenarnya kita semua sedia maklum bahawa aktiviti semacam ini disusun rapi di asrama adalah bertujuan mendidik kita atau mengambil alih tanggungjawab ibu bapa kita sepanjang di asrama. Sebab itu sampai ada Warden sanggup rotan membara. Ingat tu.
Jeng jeng jeng. Selama 5 tahun atau 2 tahun di asrama masa dihabiskan dan dalam tempoh itu, kita belajar untuk jadi lebih dewasa. Tak kira bukan dari segi akademik, malah tetang kemanusiaan dan ketuhanan. Aku percaya ramai yang telah berjaya ke Universiti London mahupun local atau Universiti Antartika. (Ok ini over).
Setelah graduasi, dilimpahkan pula rezeki dapat kerja yang bagus-bagus dan pejabatnya tinggi-tinggi belaka kalah orangnya. Nah, setelah itu. Sekarang atau hari ini, adakah kita masih mempraktikkan apa yang kita dah belajar waktu di asrama? Lebih-lebih lagi di dalam bulan Ramadhan.
Mungkin ramai yang sibuk bekerja dan ada kala terpaksa berkelana di tengah-tengah laut demi sesuap nasi. Ya, tak mudah nak menghadapinya. Satu, jauh daripada keluarga. Dua, orang keliling bukan majoriti orang Islam dan sukar untuk saling mengingatkan. Tiga, tuntutan kerja ikut shift malam atau sebagainya. Ibadah berpuasa dan solat lima waktu perlu dilangsungkan walau apa cara sekalipun melainkan sudah tak mampu. Tiba-tiba jadi serius. Tapi sekadar ini lah yang aku cuba nak cerita. Kelazatan hidup meraih wang daripada bekerja memang manis. Kita sebenarnya semut-semut yang mencicip manisnya gula. Bila-bila saja akan mati dipijak.
Maaf kalau post kali ini hitam putih tanpa foto dan menampakkan karakter aku yang agak traditionalist. Tak peduli, yang penting kena baca. Haha.
Terima kasih semua sahabat sebab sudah menjadi sebahagian daripada memori kehidupan di asrama. Terima kasih Cikgu-cikgu yang banyak memberi tunjuk ajar. Mungkin aku kena cari lebih masa untuk melawat semula Maktab yang disayangi. Ya, walaupun mungkin kita tak betul-betul kenal sesama sendiri selama dua tahun yang singkat. Waktu tengah hari, hujung minggu begini, memang seronok rehat berbaring atas katil.
Selamat Hari Raya.
Bukan Macam Orang Lain
Bukan macam orang lain. Orang selalu anggap ini adalah satu kesalahan. Kesalahan tak sama dengan orang lain. Ingatlah, bak kata Dato' Fadzillah Kamsah, "Orang yang cemerlang, tak buat perkara yang orang tak cemerlang lakukan."
Percayalah, dulu aku pernah beli kaset motivasi Dato' Fadzillah Kamsah. Sahur.
Orang Ketiga
Aku bukan nak cakap pasal cinta.
Sekarang aku berdiri betul-betul di antara dua orang sahabat yang asyik menembak skrin mesin permainan Sega. Tiba-tiba terasa sepi. Rasa macam masa terhenti dan semua orang terpaku. Nenek yang tengah beli popcorn tadi pun terpaku. Serius, nenek tengok wayang.
Paling tak selesa kalau jalan bertiga. Sebab kalau dua orang dapat topik perbualan, yang tinggal seorang tu mesti jadi krik krik krik. Jadi sebenarnya secara tak langsung, aku berjaya merasai jadi orang ketiga dalam percintaan.
Setidaknya
Setidaknya, apa yang kita peroleh hari ini walaupun sedikit, haruslah dikongsi dengan orang lain terutamanya keluarga sendiri. Entahlah ya, mungkin kerana malam yang sejuk begini buat aku berfikir perkara yang serius-serius.
Atau dah sampai masa untuk aku berfikir perkara yang serius.
Intinya, dah sampai masa nak betul-betul balas jasa Mak Abah serta keluarga. Kenalpasti sama ada kita betul-betul 'membalas' atau tidak?
Serius gementar nak menerobos alam kedewasaan. Tiboh.
Sudah Lama Kita
Memetik peluang deretan tahun yang lalu
Adalah tugas petani kebahagiaan hari ini
Setunduk mana kita mensyukurinya?
Bayang-bayang manusia yang sering mengikuti kita
Mereka tidak tahu siapa mati untuk siapa
atau mati untuk apa
Lalu ada petani mati sia-sia
Tanpa sumber baja rohani
Tiada serpihan ilmu untuk digunapakai
Pernahkah kita terfikir
Sudah lama kita tidak duduk berehat memikirkan akar permasalahan?
Peluh yang masih belum kering mengigilkan tulang kuat kita
Seharusnya kita saling berpeluk hangat
Tanpa memikir bau busuk badan
Tanpa memikir tusukkan cabaran
Sudah lama kita.
Adalah tugas petani kebahagiaan hari ini
Setunduk mana kita mensyukurinya?
Bayang-bayang manusia yang sering mengikuti kita
Mereka tidak tahu siapa mati untuk siapa
atau mati untuk apa
Lalu ada petani mati sia-sia
Tanpa sumber baja rohani
Tiada serpihan ilmu untuk digunapakai
Pernahkah kita terfikir
Sudah lama kita tidak duduk berehat memikirkan akar permasalahan?
Peluh yang masih belum kering mengigilkan tulang kuat kita
Seharusnya kita saling berpeluk hangat
Tanpa memikir bau busuk badan
Tanpa memikir tusukkan cabaran
Sudah lama kita.
Kena Perli Dengan Tuhan
Beberapa hari lalu aku semacam diberikan beberapa ilham dan petanda dalam beberapa bentuk dan tujuannya semua adalah menanam idea dalam benak aku, untuk masa masa yang ke depan. Apa yang aku kena buat atau lebih tepat apa yang aku patut 'mula' lakukan untuk menjamin masa depan. Agak-agak benda ini nampak serius. Yang pasti sebelum ini aku maklum tapi tak ambil serius. Wah haha.
Bermula daripada beberapa peristiwa melihat anak gealdangan yang merintih meminta susu di kaki jalan, datang seorang pakcik tua dari hujung lorong dan berkata "hidup ini singkat nak" sampailah datang beberapa orang yang asing yang memberikan nasihat yang lebih dekat seolah olah mereka tidak lagi jadi orang asing. Seperti keluarga aku sendiri.
Persoalan yang berputar dalam fikiran aku sekarang, pada setiap malam sebelum menutup mata ialah "Siapakah aku pada 10 tahun yang akan datang?dan bila aku mati?". Persoalan yang susah nak diuraikan. Jadi bermula daripada situ, aku perasan yang aku masih belum ada gambaran jelas.
Lagipun aku rasa banyak tanggungjawab yang aku bakal dapat pada masa akan datang. Sebagai anak lelaki pertama, tanggungjawab seorang suami kepada ibu dan bakal isteri dan keluarga. (Tarik nafas)
Nak cerita panjang pun mungkin ramai dah tau cuma belum serius.
Semalam aku tonton Life of Pi. Satu babak waktu dia dah sampai persisiran pantai. Translasinya begini "Aku melangkah lemah ke tepian pantai. Aku meletakkan wayah ke atas pasir putih yang lembut seolah olah aku sedang mendakap pipi Tuhan". Penulis cuba nak cakap yang Pi nak tunjukkan rasa syukur masih hidup setelah terdampar dibtengah laut. Sekali lagi aku rasa Tuhan nak perli aku. Aku rasa sekarang Tuhan nak beri ilham "Hei bangun bangun! Kau patut rasa syukur dan mulakan apa yang kau patut buat".
Aku takkan rasa serik kalau Tuhan nak perli aku dengan pelbagai cara. Nampak tak uniknya kebijaksanaan-Nya.
Allah wujud qidam baqa' muhalafatuhu lil hawa disi qiamuhu binafsihi wahdaniah qudrah iradah ilmun hayat sama' basor qalamun qadiran muridan 'aliman hayyan sami'an basiron mutaqalliman. - Sifat 20 Allah
Kehidupan Yang 'Perfect'
Aku pernah berharap ada kehidupan yang 'perfect' macam orang lain. Ada duit, kawan yang loaded cool gila, mak bapak yang pandai main Facebook dan instagram, seorang makwe yang easy-going, dan ada rambut rebonding macam omputih. Kah kah tahi lembu. Mari bersyukur tak selangkah masuk ke lubang neraka bersama-sama dengan kehidupan 'perfect' kau tu.
Siri Monolog Syok Sendiri #2
Buah hati ialah sejenis buah yang ditunggu-tunggu tapi tak gugur gugur lagi.
Padang Permainan Aku
Aku pun tak tahu kenapa kegemaran aku sekarang suka sangat pergi kat roof top blok ni. Ini antara spot menarik bagi aku. Dari persegi ruang ini aku boleh melontarkan fikiran sampai terekstrapolasi jauh daripada paksi x, y dan z dan segala macam paksi. Kau namakan saja.
Dari atas ni, semua yang aku nampak adalah monitor televisyen aku. Siarannya berbeza. Adalah 4 kali sehari aku spend masa kat atas ni. Mungkin satu lagi sebab, setiap kali aku pergi tak pernah terserempak dengan orang lain. Jadi aku rasa macam memiliki kawasan ni. Apapun, roof top ni sedikit sebanyak jadi padang permainan aku kat sini.
Jadi sebenarnya aku tahu kenapa aku suka padang permainan ni. Aku tipu di awal permulaan ayat dan permulaan perenggan ayat. Nampak tak permainan dia?
Jadi sebenarnya aku tahu kenapa aku suka padang permainan ni. Aku tipu di awal permulaan ayat dan permulaan perenggan ayat. Nampak tak permainan dia?
Nagoya
Mat salleh kata, sekarang ini adalah masa untuk aku settled down. Bilik beradu yang selesa, dengan tandas duduk yang selesa, dan televiayen yang pelbagai siaran. Warna hijau dedaunan dinding bilik air dalam bilik sewa aku ini seolah-olah memberikan ketenangan. Kalau aku terlentang horizontal di atas katil, itulah pemandangan yang aku dapat. Menarik kan?
Cuma aku paling benci penyaman udara dalam bilik ini. Sebab dia syaitan.
Aku suka suasana tempat kejiranan ini. Maksud aku jalan di tengah Kota Nagoya, Batam ini memberikan nafas baru dalam hidup aku. Aku rasa lah. Sebab banyak perkara baru aku jumpa. Dari tingkap bilik ini aku boleh memerhatikan telatah anak jalanan atau pengamen dan juga kesibukkan wanita cantik melayan pelanggan. Mungkin orang luar macam aku agak jakun melihat ini semua tapi tidak bagi mereka yang bertahun menyelami kota Riau ini.
Sesuatu yang normal bila kau tengah makan, kemudian akan ada bocah cilik datang menagih simpati. 'Mas, minta 10 ribu mas.' atau 'Mas, minta murtabaknya mas'. Nampak tak? Di Malaysia yang aman jarang sekali. Yang ada pun pengemis yang umurnya lanjut duduk di tepi laluan. Ini anak kecil yang tiada rumah, sekolahnya di jalanan dan mungkin tidak ada orang tua.
Kekadang ralat sedikit tapi sedikit yang aku pelajari ialah bersykurlah dengan apa yang kita ada, dan kita rasa.
Siri Monolog Syok Sendiri #1
Kalau hidup berseorangan jauh daripada keluarga dan kawan rapat itu mendekatkan aku dengan Tuhan, mungkin itu lebih baik.
Sikit Nak Cerita
Bunyi alarm sahur berbunyi. Tak habis lagi dia snooze. Ok, dah sampai masa sikit nak cerita. Orang selalu kata, "Oh inilah Ramadhan yang lain dan paling bermakna buat diri aku". Tahun depan, akan ulang dialog yang sama. Nampak tak betapa Ramadhan tu bulan yang special. Hari pertama Ramadhan, sekurang-kurangnya orang akan terpasang niat nak menjalani ibadah puasa termasuk azam terawikhnya dengan baik. Paling cikai pun "Aku nak berubah". Ada individu yang ambil peluang bulan ini untuk bertudung dan ya, itu aku sangat sokong walaupun alasan biasanya nak menghormati bulan Ramadhan. Apa salahnya, kalau dah mula pakai waktu Ramadhan, dan terdetik pulak nak teruskan pada bulan-bulan yang 'biasa'. Jadi yang mulut tak ada insuran pergi memburukkan niat orang-orang macam tu, baik cek balik diri awak tu dulu. Sama jugak bagi yang merokok dan aku rasa sepesen kes dia. Rokok dan tak pakai tudung sebenarnya lebih kurang sama macam ni. Haa macam nilah.
Aku suka bulan puasa pada zaman kecik dulu sebab moment moment dengan kawan-kawan. Pergi terawikh sama-sama. Sanggup jalan kaki jauh pergi masjid sebab nak jumpa kawan-kawan. Biasanya selepas 8 rakaat, dan 3 rakaat witir, kami akan berjalan-jalan sekitar pasar Kampung Melayu. Ada beberapa buah gerai ala-ala jualan barang raya. Songkok, baju Melayu dan mercun dan kuih raya berlonggok tepi jalan. Lebih kurang pukul 10 malam, atau dah penat berjalan, cukuplah satu beg plastik air sirap atau air oren sebagai bekalan untuk pulang ke rumah. Perjalanan pulang tu diselang-selikan dengan bermain mercun mancis. Tak meriah kalau puasa tak ada mercun. Tapi budak selepas zaman kami je yang main sampai putus tangan, pecah kepala. Aku rasa perayaan Ramadhan dan raya cukup indah, tak macam hari perayaan untuk orang putih. Ok itu saja apa yang aku nak tulis. Nampaknya aku dah kering ilham.
Mungkin zaman dah berubah, lebih sedikit masa yang ada untuk berfikir dan menulis. Ogos ini mungkin satu lagi bentuk hijrah yang aku akan lalui. Selamat bekerja semua.
Bunyi alarm tadi memang bingit sampai sekarang, sebab aku malas nak tutup. Ish!
Konon-konon Tahu Pasal Kahwin
Nampaknya sekarang semua nak berbicara soal kahwin, kenduri kahwin, hantaran kahwin, dan kahwinkan pokok juga (Tiba-tiba). Lepas itu gaduh pasal hantaran kahwin mahal. Orang Melayu masih di takuk hantaran mahal, sedangkan semua di Malaysia ni dia perjuangkan nak free semuanya. Tandas 20 sen tu senyap je, tak ada pula demo mintak free. Ok aku mungkin silap. Ada sebenarnya cuma tak mainstream macam LGBT.
Bagi aku free ni istilah dia bila orang rasa nak bagi free. Bukan dipaksa. Contohnya bapak aku bagi free guna kereta tanpa perlu bayar hutang 9 tahun. Contoh lagi, mak aku bagi free susu cap gantung untuk aku membesar sampai sekarang. Itu mungkin free, bagi aku lah. Tuhan bagi free nikmat hidup dan Islam. Jadi pasal hantaran neh, patut free secara tak dipaksa. Nampak tak maksud aku free tu macam mana. Tak membebankan dan ikut kesederhanaan. Tapi kalau dah budaya, adat, memang kena berkeras sikit kalau nak suruh makcik pakcik tinggalkan. Sebab kita banyak ikut apa orang buat. Takut pulak nanti aku kahwin macam mana. Bersanding ke tak?
Skema
Ko tahulah kan kalau dah bangun lambat, rezeki makin kurang tak pun Tuhan potong rezeki kasi diskaun. Plan nak joging pagi pagi dan melantak kacang pol (sekali lagi) amatlah tidak jadi. Sebenarnya malam tadi tengok cerita Salju Putih dan Pemburu Orang. Untuk aku, tengok wayang berdua dengan kawan laki, tak jadi hal pun. Sementara belum ada makwe. Cewah. Aku tak tahu kenapa aku nak beritahu juga hal macam ini. Entah.
Ini pasal kawan-kawan lama yang dah kenal aku macam mana. Dulu aku memang lain. Maksud aku, oleh sebab aku ketua darjah jadi aku nampak 'lain'. Faham kan tugas ketua darjah macam mana, kena pakai songkok, angkut buku kerja rumah, ambil kedatangan, kutip duit keceriaan kelas, kutip kapur setiap pagi kat pejabat, salin nama budak bising dalam kelas. Benda-benda seketeri kateko. Mungkin sebab itu aku nampak budak 'lain'. Nasib baik aku bukan jenis bodek cikgu. Percayalah.
Mungkin ini sebab ramai kawan lama malu nak tegur, berbual. Sebab aku nampak skema sangat. Haha. Percayalah aku tak skema seperti yang engko sangka. Aku simple dan on-je. Walaupun aku buat projek sains tingkatan empat pasal pengitaran semula sangkerang telur ayam sebagai bahan seramik, tapi aku memang tak skema.
Sifir Mudah
"Dah pinjam, bayar balik"
Ini sifir paling mudah yang aku rasa tak semua hafal. Jenis yang call punya baik ayat nak mintak, tapi lepas dapat terus buat dek (dek tu macam buat tak tahu). Dah terkena dua kali. Namun begitu, lepas ni kalau kawan mintak tolong, aku masih nak tolong. Tak nak lah sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Cuma kalau dah berapa kali telefon tak nak angkat, pandai-pandai jawab dekat akhirat nanti. Mak bapak nak jawabkan ke? Sorry sikit.
April 2012
1. Aku rasa, itu bentuk penulisan paling pemalas, sebab kau ada kurang 14 patah perkataan untuk sekali tweet. Tapi kan, dalam twitter, kita lebih jujur. Nampak tak kejujuran tu kat mana?
2. Aku rasa, (aku rasa lah) April tahun ini konon-kononnya macam fasa baru dalam hidup. Setiap pagi boleh nikmati matahari celah lebuhraya. Itu antara benda yang nampak kecil, tapi besar nikmat yang boleh aku rasa. Susah sebenarnya nak terangkan dekat sini.
3. Buat masa sekarang, aku rasa kena ada sebuah kamera baru bagi menggantikan yang lama tak berganti tu. Aku cuma nak rakam setiap moment menarik. Macam dulu-dulu, kerja aku tangkap gambar setiap sudut ikut suka-hati-bapak-aku kemudian edit edit untuk simpanan sendiri. Bagi aku, kamera tu boleh jadi kawan. Kalau ada kamera, kau boleh lari daripada lingkungan awkward.
4. Bagi aku, apa yang dah ada sekarang sudah mencukupi, tapi kalau ada peluang lebih baik, tak salah berhijrah kepada keadaan, situasi dan masalah yang baru. Keadaan macam sekarang, nak selesa sangat pun tak boleh juga. Kena tempatkan diri dekat dalam zon tak selesa. Kalau betul-betul nak maju lah. Ya, susah lah kalau sibuk nak bandingkan kehidupan orang lain dengan kita. Satu perkara lagi, kena hadapi politik dalam pejabat. Itu paling aku tak minat. Aku mungkin dah mula cakap macam orang tua. Aku mungkin kena berhenti sekarang.
Kesimpulannya aku dalam lingkungan kegembiraan sekarang sebab setiap hari tatap wajah famili. Membuatkan aku rasa tak nak cari rumah sewa, sanggup 30minit merentas highway Pasir Gudang. Eh, kalau kau mesti macam tu juga kan?
3. Buat masa sekarang, aku rasa kena ada sebuah kamera baru bagi menggantikan yang lama tak berganti tu. Aku cuma nak rakam setiap moment menarik. Macam dulu-dulu, kerja aku tangkap gambar setiap sudut ikut suka-hati-bapak-aku kemudian edit edit untuk simpanan sendiri. Bagi aku, kamera tu boleh jadi kawan. Kalau ada kamera, kau boleh lari daripada lingkungan awkward.
4. Bagi aku, apa yang dah ada sekarang sudah mencukupi, tapi kalau ada peluang lebih baik, tak salah berhijrah kepada keadaan, situasi dan masalah yang baru. Keadaan macam sekarang, nak selesa sangat pun tak boleh juga. Kena tempatkan diri dekat dalam zon tak selesa. Kalau betul-betul nak maju lah. Ya, susah lah kalau sibuk nak bandingkan kehidupan orang lain dengan kita. Satu perkara lagi, kena hadapi politik dalam pejabat. Itu paling aku tak minat. Aku mungkin dah mula cakap macam orang tua. Aku mungkin kena berhenti sekarang.
Kesimpulannya aku dalam lingkungan kegembiraan sekarang sebab setiap hari tatap wajah famili. Membuatkan aku rasa tak nak cari rumah sewa, sanggup 30minit merentas highway Pasir Gudang. Eh, kalau kau mesti macam tu juga kan?
Orang yang ego, sila korek kubur
Aku pelik dengan manusia yang 'Oh aku baru faham perasaan kau sekarang'. Tapi awal-awal kau tak nak faham. Aku pelik dengan manusia 'Oh kau pandang aku, aku paling hebat'. Tapi pandang orang macam sampah. Aku pelik dengan manusia 'Aku paling bijak'. Tapi bijak kau, bijak lagak.
Orang yang ego, sila korek kubur
Muka decent, perangai nonsense
Warga-warga bergaya-kaya, tekak aku loya
Hidup senang, perangai bangang
Hidup susah, baru nak sedar.
Sekian puisi kebencian aku. Sila tergoda.
Koyak-koyak
'Bila kau tersedar daripada tidur, kau mesti tak ada modal lain selain kepoh kat sini. Kan?'
Aku bangun dengan persoalan kenapa aku tertidur awal. Sedangkan aku boleh buat benda lagha berkali-kali. Mati sementara. Bangun, kemudian mati sementara semula. Hidup. Benda percuma paling berharga Tuhan bagi dekat kau. Apa yang membuatkan hidup kau excited? (Bak kata orang Pantai Barat)
Aku mungkin excited bila dapat berada dalam tingkat sekarang. Melihat aku membesar dari sekolah tadika sampai sekarang. Daripada sekolah tadika yakni 'sekolah makan', sampai sekolah 'kena cari makan'. Kerja lah maksud aku.
Paling excited, kau tak tahu apa akan jadi pada kau pada masa akan datang. Macam kau excited nak koyak-koyakkan bungkusan hadiah untuk lihat apa lagi 'hadiah' di dalamnya. Hadiah dalam hadiah dan didalam bungkusan hadiah.
'Koyak-koyak'. Itu apa yang kita buat sekarang. 'Rakus' sangat. Selamat malam!
Lone Ranger
Mata aku terkebil-kebil mengipas-kipas dengan lekasnya memberi sebab aku mengantuk. Keduanya, dari pagi sampai ke malam, mata zahir aku menatap skrin yang tak sudah-sudah papar longgokkan kata-kata hikmah dan maki di Twitter. Seronok sebenarnya bila kau dapat mengadu, menyatakan, dan bercerita dekat orang lain. Yang kau mungkin tak kenal. Orang yang rapat dengan kau dah bosan dengan modal kata-kata kau hari-hari sebenarnya. Menyampah tahu? Erm tapi bukan semua orang seperti lone ranger.
Mengapa selalu dicampak sana dan sini dalam keaadaan lone ranger?
Selalu sangat persoalan itu terdetik. Definisi lone ranger bagi aku:
Tidak mempunyai geng fokus kalau berjalan ke mana-mana, namun bergaul dengan semua jenis geng. Geng yang lazimnya dilabel di Universiti, adalah geng budak belajar, geng surau, geng gila-gila remaja, geng Pantai Timur, geng Pantai Barat, geng baju ketat, geng bola, geng kelas kau maria, geng facebook, geng pancing, geng orang kaya, geng weirdo, geng Dota, geng tangkap gambar, geng gelabah berpersatuan, geng haters, dan sebagainya.
Suka gerak kerja seperti pergi ke market Village 5 atau pergi membayar saman mahupun pergi ke tandas, tidak berteman. Selalunya tidak mengambil isu sentitif seperti ditinggalkan atau tidak diajak makan malam bersama.
Lone ranger pada dasarnya nampak 'semua aku tahu' kerana optimis bahawa segalanya ada jalan penyelesaian. Mungkin selalu diperli, tetapi paling penting baginya tidak suka menyusahkan orang lain.
Mungkin sering dipandang sebagai subjek yang pelik untuk dikaji. Ini kerana lone ranger mempunyai minat tertentu dan cenderung berperangai dengan pelbagai karakter. Contohnya, di dalam kuliah akan nampak sopan, tetapi tidak di luar kuliah atau di dalam karaoke jamban. Namun begitu, tidak semua menyukai sifat multi-karakter ini kerana agak unik yang menjengkelkan.
Selalu menghargai apa jua bentuk teguran. Teguran untuk berkenalan, teguran membina dan teguran melaknat. Paling rapat dengan dirinya sendiri.
Gerak hati kuat dan boleh nampak sedikit individualistik. Tidak mudah menunjukkan kasih-sayang berlebihan. Senang kata, dia anggap orang itu akan tahu sendiri melalui jalan rahsia urusan Tuhan. Sangat sensitif tetapi tersimpan.
Secara kolektifnya, tak salah jadi lone ranger. Atau sebenarnya dia salah satu spesis forever alone? (Hanya Tuhan saja yang tahu)
Aku Suka Macam Ini
Aku suka macam ini.
Macam sekarang. Duduk sendirian menghadap komputer riba. Semua makhluk dah tidur dan dengkur. Bak kata orang, waktu untuk diri sendiri. Kalau fikiran aku tak singgah masa hadapan, aku akan ke masa terbelakang.
Aku dah masuk dua minggu pulang dan masih lagi mengenang waktu-waktu sibuk dengan assignment, projek, dan kuliah. Bukan apa, kalau nak dibandingkan dengan apa yang aku buat sekarang, tentu tidak serancak dulu. Sekarang lebih tenang, tanpa pelu terbongkang atas meja belajar. Tenang sangat pun tak elok. Zon ini terlalu selesa untuk aku. Tak rancak. Mungkin Tuhan suruh aku ambil peluang ini untuk buat apa yang perlu aku buat, tanggungjawab aku dan perkara yang belum aku laksanakan. Kalau dah mula bekerja, kau tak akan dapat buat semua perkara yang kau senaraikan dalam kepala otak.
Cukup berbahagia buat masa sekarang bila keluarga semakin berkembang. Sedikit sebanyak akan beri peluang untuk berfikir lebih serius sedikit tentang perkara yang aku pandang remeh sebelum belum ini. Sebelum kena jadi orang muda yang berfikiran tua. Eh?
Seperti yang dirancang-Nya, masa dah tepat untuk saudara jauh dan dekat makin kenal anak Wak Maskan pada tingkat umur sekarang. Masa inilah nak kenal rapat saudara balik, lepas bertahun kau bawa diri di tempat orang.
Sesibuk orang mengambil tahu tentang politik yang memualkan, aku dan rakan-rakan yang lain memang sibuk mencari lubang pekerjaan. Bukan susah, tetapi mengambil masa dan juga bergantung pada rezeki masing-masing. Macam aku cerita tadi, mungkin ruang macam sekarang, Tuhan bagi peluang untuk kita lebih dekat dengan Dia.
Bunyi kipas siling mengilukan. Aku tahu, kau nak bagi amaran supaya aku berhenti menaip. Sebab aku kena tutup kipas siling ini, atau aku akan maki dalam entri. Jadi aku putuskan untuk tutup suiznya. Sekarang.
Memeluk Laptop Erat-erat
Rindu terhadap perkara-perkara yang pernah aku buat dulu. Hanya foto-foto di dalam laptop jadi tatapan. Akhirnya aku bertindak memeluk laptop erat-erat, macam lah aku memeluk kenangan itu sendiri. Aku tepuk-tepuk bahu sendiri perlahan-lahan. Biasalah, apabila sampai masa, kau kena berpindah ke dimensi yang lain. Kau semakin jauh daripada kawan-kawan lama dan semakin dekat dengan 'kawan-kawan yang baru'. 'Kawan-kawan baru' kau sangat 'jahat', sebab mereka semuanya akan buat kau berfikir pasal wang, wanita, kereta baru, rumah baru, dan tanggungjawab.
(Aku angguk-angguk kepala)
Tak ada sebarang fikir yang lama, aku tinggalkan Kampung Melayu sekejap sebab ada latihan teater selama tiga minggu. Tronoh la tempat aku menumpang dan nasib baik ada rumah tumpangan serba lengkap untuk menghabiskan zaman menganggur. Kerana terlalu berfikir pasal nak cari kerja dan pasal teater juga, aku dah makin jarang menulis dan membaca. Kau rasa, apa aku buat selain main PS, twitter, Facebook dan menggoreng nuggets serta hotdog? (Aku angguk-angguk kepala)
Ya, hari-hari aku buka dan tutup email sebab nak tahu, ada tak yang sudi melamar aku. Setiap pagi juga, aku sikat rambut dengan harapan. Dah dapat email pasal dapat temuduga itu dah cukup bersyukur walaupun tak dapat kerja lagi. Harap, faham perasaan itu. (Aku angguk-angguk kepala)
Tiga minggu yang boleh dikatakan padat, aku rasa macam terisi lah juga masa aku daripada duduk rumah goyang kaki. Banyak juga pengalaman baru di tempat orang yang aku simpan. Terima kasih kepada Tronoh Theatre Shop yang tak berhenti berikan aku keluarga pendua yang sangat bahagia. Aku sangat merindui semua. (Aku angguk-angguk kepala)
Tiga minggu, rasa sekejap sebenarnya dan sekarang aku balik Kampung Melayu semula. Sambung aktiviti hari-hari menyikat rambut dengan harapan. Kalau dapat kerja yang ini, tentu seronok. (Aku angguk-angguk kepala)
Nisbah Perasaan 3:3:3:1
Di sini, memang terlalu banyak repekkan aku. Terima kasih Twitter. Blog ini adalah huraian kepada perkara yang aku repekkan. Tuntutan teknologi. Apa yang berlaku sekarang lah, kau kena kemaskini dengan perkara semasa. Hidup, hidup! Mahasiswa! (gitu)
Rasanya dah berulang kali aku putarkan lagu yang bertajuk Lagu - Bedroom Sanctuary, dalam bilik yang panas untuk tempoh masa sekarang. Matahari terlalu garang! Oh yang tadi, mungkin sebab rentak reggae dalam lagu ini yang boleh buat kepala aku menari-nari. Memang boleh bawa kau jauh ke mimpi khayalan yang aku ada seorang awek (peh!) dalam hidup kau, merujuk kepada bait bait lirik lagu ini lah. Itu sebab yang pertama, untuk sebab yang kedua, mungkin sejak akhir-akhir ini, hidup aku dipenuhi dengan perkara yang sweet sweet belaka. Tapi serious, tak ada satu pun pasal awek. Sebab kalau kau gatal sangat nak kahwin, gosok baju kahwin awal-awal. Ya, sekarang.
Sebenarnya aku ada beberapa hari lagi untuk tinggalkan title sebagai seorang pelajar-makan-suap. Setiap bulan asyik disuap dengan biasiswa/pinjaman. Selepas beberapa hari saja lagi, aku dah kena pandai cari makan sendiri. Takkan nak songlap duit mak bapak lagi kan kan kan? Jadi, secara realitinya aku sedang memainkan watak 30% sedih, 30% gembira, 30% teruja dan dalam masa yang sama, 10% rasa takut untuk menghadapi masa depan. Nisbah 3:3:3:1 ini aku percaya ada dalam perasaan kawan-kawan aku sekarang. Kalau kau tanya apa yang aku nak buat lepas bergraduasi? Dapat kerja dan dapat kehidupan yang bahagia untuk bahagiakan mak bapak, lahai. Tak apalah, tak poyo pun kalau korang ada niat macam ini, tak salah diucapkan.
Mungkin aku kena cepat mula buat bisnes jual barang sambil mencari lubuk kerja. Bisnes buat design aku rasa, aku belum cukup matang lagi. Sikit-sikit boleh lah kot. Semoga cuti selepas bergraduasi ini bersifat proaktif. Doa untuk kawan-kawan juga. Oh untuk tahun baru Georgian ini, aku punya azam ada tiga rukun:
1. Bahagiakan orang tua dengan kuasa dua
2. Kawan lebih ramai, kawan lebih rapat
3. Berjiwa survival
Mungkin aku kena cepat mula buat bisnes jual barang sambil mencari lubuk kerja. Bisnes buat design aku rasa, aku belum cukup matang lagi. Sikit-sikit boleh lah kot. Semoga cuti selepas bergraduasi ini bersifat proaktif. Doa untuk kawan-kawan juga. Oh untuk tahun baru Georgian ini, aku punya azam ada tiga rukun:
1. Bahagiakan orang tua dengan kuasa dua
2. Kawan lebih ramai, kawan lebih rapat
3. Berjiwa survival
Tubuh Cokelat Yang Licin Tak Berbulu: Lepat Pisang
Klasik betul lepat pisang. Bila aku buka baju dia, aku boleh lihat tubuh cokelat yang licin tak berbulu. Baju organik tadi aku simpan elok-elok dalam plastik.
Bila aku makan, aku boleh rasa peristiwa-peristiwa, 12 tahun yang lalu.
Kenyataan Songsang #CJ7FarewellDinner
Semoga kawan-kawan yang aku tak hargai dan bakal bergraduasi agaknya lah, tak akan pergi jauh sampai ke bintang. Sampai ke bulan? Jangan harap. Harap semua khilaf jangan dimaafkan. Aku mungkin tak akan jadi sekeping kenangan dalam kisah 5 tahun di sini. Rindu? sikit pun tak akan rasa. Waktu kerja nanti, sikit pun tak rasa nak patah balik jadi student semula.
Komen aku pasal #CJ7FarewellDinner, sangat tak sentimental, makanan tak sedap langsung, semua tak sempoi dan aku rasa macam pergi kenduri arwah, semua nak menangis. (Tipu je)
Manalah Tahu Dia Jadi Abang Ipar Kau
Kenakalan orang lain boleh buat aku bengang. Kadang-kadang. (Suka hati kau tak nak terima perangai orang lain secara 100 peratus kan? haha) Sering sabar dan letakkan elok-elok tentang kebaikannya pada masa yang lain. Tapi kali ini sebab dia masuk salah masa, tempat dan saat. Bayangkan, seekor kancil berlagak bijak ketika sang buaya senang nyenyak tidur. Senang saja buaya tadi menempelak leluhur sendiri. Rahangnya elok saja untuk muatkan saiz kepalanya. Itulah, kena pandai cari masa bila yang sesuai nak bersosial. Kalau kerja nak cari perhatian sahaja memang susah. Orang lain pun nak curahkan perhatian kat orang lain. Bila fikir balik, ya kita kan manusia yang ada cacat celanya. Menerima orang lain secara matang, sekurang-kurangnya buat kau fikir dua kali, manalah tahu tiba-tiba dia jadi abang ipar kau. Hoho.
'Ketua Darjah'
Label terhadap seorang 'Ketua Darjah'.
Yang pertama ialah Big Boss. Sebab dia selalu bagi arahan. Arahan itu, arahan ini. Selalunya dalam kata-kata dia mesti ada, perkataan 'mesti', 'perlu', 'pastikan', 'sepatutnya', 'jangan', 'datang awal', 'jangan main-main' dan 'humphh'. Memang orang tak suka dan menyampah kalau dia beri arahan. Lebih-lebih lagi waktu semua tengah sibuk buat kerja lain. Selalunya akan dicop suka bagi arahan tapi kerja tak buat. Selalunya perkara sumbang ini akan berlaku ketika dia sedang beri arahan.
Kedua, Kaki bodek. Kalau di sekolah, Ketua Darjah lah paling rapat dengan cikgu-cikgu, memang nampak kamcing gila sehingga bertepuk bertampar bahu. Boleh menimbulkan kecemburuan tahap kritikal dalam kalangan pelajar yang lain. Padahal Ketua Darjah kena jadi kuli cikgu angkat buku sana sini, tolong belikan kuih untuk cikgu, tolong cover line cikgu nak merokok, dan juga jadi wakil cikgu bila cikgu malas datang kelas. Ketua Darjah adalah antara orang yang kena buat senyuman palsu di hadapan cikgu-cikgu bagi menjalankan tanggungjawabnya. Cikgu biasanya akan puji Ketua Darjah dalam keadaan ikhlas atau tidak ikhlas, bergantung kepada keadaan bagi menjaga hati. Puji di hadapan pelajar lain lagi bagus, untuk membantu proses bangga dalam diri Ketua Darjah. Dalam kes ini, cikgu lah sebenarnya yang suka bodek Ketua Darjah.
Kalau ada kajian tentang perkembangan sahsiah seorang sampel Ketua Darjah, dia adalah seorang yang paling penyabar kerana terlatih menghadapi semua ini.
Kalau ada kajian tentang perkembangan sahsiah seorang sampel Ketua Darjah, dia adalah seorang yang paling penyabar kerana terlatih menghadapi semua ini.
Teater Maharaja Beruk
Sebuah lagi produksi Tronoh Theatre Shop,
dengan kerjasama
Jabatan Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar
Universiti Teknologi PETRONAS
mempersembahkan
Teater Maharaja Beruk
Multi-purpose Hall
Universiti Teknologi PETRONAS
31750 Tronoh, Perak
Tarikh: 17 & 18 Disember 2011
Masa: 9:00 Malam
Tiket RM 5
Untuk tempahan, hubungi: Daus, 019-3735978
Sinopsis:
Maharaja Beruk mengisahkan kekejaman yang di lakukan oleh Maharaja setelah menakluk negara Antah Berantah. Dengan di hasuti oleh Maharani yang tamak kan kuasa, semua perlembagaan di cabulinya sehingga ianya di sumpah menjadi Beruk akibat ketulahan. Namun kekuatannya tetap utuh dengan setiap pencabulan yang di lakukan. Namun setiap kezaliman ada akhirnya. Maharaja Beruk yang sudah takbur lupa habawa walaupun ia merupakan kuasa yang amat besar dan di takuti di dunia ini, ada kuasa yang lebih besar yang tidak dapat di tandingi sebarang makhluk.
Maklumat lanjut:
Event page: https://www.facebook.com/events/312674545424110/
Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan tiket, boleh segera menghubungi
Daus (+6019-3735978) / SMS:
atau
Isi borang tempahan (secara online) melalui borang:
http://www.editgrid.com/user/asyraf.abm89/Ticket_Booking_Form_-_Teater_Maharaja_Beruk%2C_MPH_UTP%2C_17-18_December%2C_9PM%2C_RM5
http://www.editgrid.com/user/asyraf.abm89/Ticket_Booking_Form_-_Teater_Maharaja_Beruk%2C_MPH_UTP%2C_17-18_December%2C_9PM%2C_RM5
Telefon
Perut aku merengek. Ah sudah, aku baru nak mulakan sesi luahan perasaan. Kacau betul.
Mata aku sekarang tertumpu pada ikon 'Compose'. Tertumpu dalam dalam sebab aku tak pasti apa yang aku nak kongsi. Sebab dah lama tak menulis agaknya. Oh ya, tadi mak abah aku telefon. Aku seperti biasalah, terbaring atas katil, sedang menunggu mood buat kerja datang. Andaikan tahap risau aku terhadap FYP (Final Year Project) ini pada tahap tiga, iaitu risau tapi malas, hampir kepada 'suka hati sendiri nak siapkan bila'.
Telefon berdering, buat aku berderau sedikit sebab saat-saat genting ini aku perlu fokus nak cari mana mood buat kerja tu. Berderau sebab sejak akhir-akhir ini ada saja panggilan formal yang buat aku kecut sikit. Aku pun jawab panggilan tadi dan aku tau dah Mak Abah yang telefon. Aku terus melabuhkan punggung tepi tingkap sebab sini line telefon memang kurang ajar sedikit.
Bila duduk tepi tingkap tu, boleh nampak pemandangan dari tingkat atas, angin dari tingkap, feeling sikit.
Bermula dengan salam, abah tanyakan khabar, buat apa dan sebagainya. Suara tuanya boleh jelas aku dengar. Ya, berbeza dengan suara setahun yang lalu, suara dua tahun lalu ketika aku di asrama. Ada bezanya. Kemudian keluar topik pasal kakak aku yang nak kahwin tu. Pasal khabar motor yang sedang pancit tu, yang aku tak sempat nak pam balik. Beralih kepada mak aku, cerita pasal temuduga tempoh hari dan pasal duit. Oh, duit yuran semester yang last ini, mungkin MARA tak dapat dahulukan. Aku memang tak reti nak mintak duit kecuali memang Mak Abah aku beri sendiri. Jadi aku cakap, 'Cukup lah kot'. Dalam hati aku, Hanya Tuhan Yang Tahu, bak kata UNIC.
Sedang mak aku berbicara soal wang, aku cepat-cepat mencelah, mengadu banyak nak diselesaikan sebelum bergraduasi (dengan nada yang matang). Aku mencelah sebab takut tak sempat nak mengadu. Jadi sebagai penasihat rasmi, mak aku cuma cakap beberapa patah sahaja. Itu pun dah cukup menenangkan hati yang duka lara ini. Boleh rasa kot. Tengok, secebis kata Mak Abah ini sangat power sebenarnya, macam Power Root, cepat gila terkesan.
Selepas meletakkan hubungan telefon, aku menghela nafas lega. kemudian meresap dalam komposisi udara dalam bilik aku ini selain ada oksigen, nitrogen, gas adi, dan sebagainya. Waktu berhenti sekejap.
Labah-labah
Sarang labah-labah agak rapuh jika ditiup angin. Tapi masakan, serapuh itu boleh jadi pelindung? Pagi tadi aku terpandang sebesar saiz gajah (analogi sahaja) logo Maal Hijrah terpampang di skrin. Jadi aku boleh nampak lebih halus atau details, apa simbol-simbol yang diaduk pada logo tersebut.
Aku teringat ustazah atau ustaz masa sekolah rendah dulu pernah kan cerita pasal tempat persembunyian nabi dan para sahabat di gua Thur, yang dilindungi oleh sarang labah-labah. Membuatkan orang Quraisy tak sangka ada orang di dalam gua. Kemudian ada merpati yang bertelur di sarangnya, kemudian kisah cicak yang berdecik dari dalam gua. Pengkisahan itu sangat menarik. (Rujuk balik) Itu cerita yang selalu diselitkan pasal Maal Hijrah waktu di sekolah rendah/agama dulu yang boleh buat budak-budak ingat sampai sekarang. Ok, dari situ aku baru perasan kenapa logo ini ada sarang labah-labah. Sebelum ini tak ambil kisah pasal design logo itu langsung. Tahniah sistem pendidikan formal negara! dan sistem pendidikan tak formal negara (yang ini orang selalu lupa)
Aku terpesona dengan idea orang yang buat logo ini sebab impak design logo ini sangat besar. Mesej dia sangat simbolik dan kalau diekstrak, banyak ceritanya. Kalau orang sekali pandang logo ini, boleh mengingatkan kita pasal kisah Hijrah. Ya, dalam seni pun ada dakwah. Aku rasa dah berbakul-bakul pahala tuan punya logo ini dapat. Tapi aku sangsi kenapa huruf 'kha' diwarnakan biru dan merah sahaja, kenapa tak letak warna hijau atau ungu sekali (keh keh).
Dalam surah Al-'Ankabuut,
"Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan."
(Al-'Ankabuut 29:41)
Apa yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah jangan mengharapkan pertolongan (menyembah) selain Allah sedangkan selain daripada Allah itu, 'rapuh' sifatnya.
Ini adalah apa yang aku bayangkan bila sebut pasal labah-labah, sama ada berkaitan atau tidak aku tak pasti. Cerita pasal labah-labah, aku pun teringat pasal Spiderman. Orang putih dapat idea cipta Spiderman daripada sumber mana tapi macam nak tanya siapa yang cipta watak Spiderman. Termasuklah ryhme yang kita belajar waktu sekolah rendah dulu. Menarik untuk dikaji.
Incy Wincy spider climbing up the spout
Down came the rain and washed the spider out
Out came the sun and dried up all the rain
Now Incy Wincy spider went up the spout again!
Kepada pencipta logo Maal Hijrah, kau dah buat aku berfikir pasal sesuatu.
Sebok Ah
Sudah lama tidak menulis dalam jangka masa yang lama. Status. Mataminda sudah tumpul, sampai aku pun rasa tak syok bila dah lama tak membaca hasil-hasil tulisan nakal orang yang nakal. Mungkin sebab aku 'sibuk'. Ah!
Selalunya bila orang lain cakap 'aku sibuk', orang yang lain akan cakap 'aku lagi sibuk', 'aku paling sibuk' dan 'aku super-sibuk' atau 'aku Tera-sibuk'. Benda alah ini akan berlanjutan sampai orang entah keberapa walaupun ayat-ayat ini hanya disebut dalam hati mamat-mamat sibuk. Jadi bagi aku, (walaupun aku pun merungut kalau sibuk) jangan ungkapkan perkataan 'sibuk' depan orang ramai, sebab kau dah jatuhkan level sibuk kepunyaan orang lain. Bila kau sebut 'sibuk', sebab itu dan ini, orang yang mungkin lagi hebat sibuknya rasa yang kau ini hanya bagi alasan walaupun memang betul alasan itu pun sebenarnya pun adoi.
Ya, normal lah orang nak meluahkan perasaan ketika sibuk. Cuma, jangan sebut 'sibuk'. Cuba rahsiakan kesibukkan kau tu. Senyap-senyap tak ada rungut, buat kerja.
Dah penghujung ini, mungkin rasa nak buat semua dalam keadaan tenang tak gelojoh. Selamat berjaya orang-orang sibuk!
Rungutan di Ambang Kemerosotan Ekonomi Seorang Pelajar
Semester terakhir meletakkan aku di ambang kemerosotan ekonomi. Pada fasa hidup yang belum tentu kekal ini, elaun biasiswa yang masuk setiap kali datang bulan baru, menjadikan aku seperti budak di negeri ini. Budak yang masih mengharap suapan dan juga perhatian daripada manusia lain. Yelah, pada ketika ini, nak kerja kena fikir dua kali. Sebab, sistem suruh kau belajar dulu rajin nak mampus dan meletakkan ia dalam Top Priority. (Tengok, mula-mula dah salahkan sistem haha).
Tapi sebenarnya, tak salah belanjakan duit, untuk modal. Pulangannya tak semestinya dalam bentuk duit. Boleh jadi pulangan dalam bentuk pengalaman. Kadang-kadang aku marah bila orang lain atau aku sendiri merungut, bila belanjakan duit tapi tak ada pulangan dalam bentuk duit juga. Duit atau harta memang boleh buat orang gelabah tak tentu pasal. Sejak bulan September 2011, aku banyak keluar daripada 'bilik'. Mungkin 'terlalu banyak' keluar bilik. Setiap minggu akan ada aktiviti seni yang sudah jadi tanggungjawab, dan bukan lagi suka-suka.
Baiklah bayangkan kau sedang menghirup kuah Meggi dan pada ketika itu, sudah wajib untuk kau rasa 'Untunglah siapa bapak dia kaya nak mampus, tak payah rasa susah'. Kemudian bila cuci mangkuk bekas Meggi yang sudah kosong tadi, kau akan terfikir 'Siapa bagi bapak dia harta, kalau bukan Tuhan?'.
Aku cuci tapak tangan dengan sabun Axion kemudian menggaru-garu celah-celah jari sampai rasa kotoran-kotoran atau daki-daki tertanggal. Tapi tak pula rasa cukup bersih tangan aku ini, walaupun dah lama aku cuci, bilas dan cuci kemudian bilas. 'Lepas ini mesti kotor balik', kata aku dalam hati. Ya, macam DIRI AKU sendiri.
Cerita Seseorang Yang Forever Alone Dalam Bulan Oktober
Kawan baru, kau sendiri
Kekasih-tunggu tak kunjung nanti
Mentari ditarik sampai ke bulan
Rembulan terik jadi kenangan.
Alarm 'Norkia' Berbunyi
Harga RM80 ringgit, user-friendly, dan bateri tahan sebulan sekali cas.
Aku memang berminat nak mencampakkan diri aku atau mendaratkan aku kat mana-mana tempat di atas Bumi bertuah ini. Kalau dalam realitinya, aku memang tak ada harta sendiri selain pinjaman MARA (untuk setakat ini) selain hasil kerja-kerja sambilan yang kecil ya amat jumlahnya (kebanyakkannya kerja suka-suka). Sumber itu sahaja lah yang boleh membawa aku ke gunung-ganang, kampung-kampung orang dan sebagainya untuk menagih pengalaman. Sekadar memiliki komputer riba Acer aspire dan telefon bimbit baru-beli-berjenama 'Norkia' yang ada lampu picit itu, aku selesa menjadi diri sendiri. Haha.
Betul, kalau Tuhan nak turunkan rezeki, tiadalah dapat tangan-tangan yang dapat menghalang, tapi kalau Tuhan tidak akan menurunkan rezeki, kebahagiaan itu dibahagi-bahagikan dengan cantik. Orang tidur tepi jalan macam sekitar McD Petaling Street-Pudu Raya pun tidurnya lagi nyenyak daripada orang yang punya rumah besar 1.6 billion di atas bukit permai.
Berada dalam radius Pavillion-Bukit Bintang, sepanjang hari dalam tempoh tiga hari yang lalu, buat aku berkata dalam hati 'Oh, kaya-raya rupanya negara aku ini'. Kalau sehari berada di situ, tak dapat rasa sangat. Kalau nak dibandingkan dengan kawasan rumah-rumah setinggan yang aku redah zaman sekolah dulu, memang sangat lah jauh. Aku rasa, kalau orang yang pertama kali datang Pavillion susah nak cari pintu keluar, cubalah campak mereka kat rumah setinggan. Sah-sah sesat bagaikan sebulan. Haha harta, permainannya begitu. Mengawan sekejap, hilang terus bahagianya. Macam kau excited pertama kali nak guna ipod. Awal-awal macam teruja habis nak guna. Baring dengan ipod, terkangkang dengan ipod, dalam jamban pegang ipod. Pada persimpangan jalan, kau akan bosan, hilang bahagia dapat memilikinya. Sekejap saja.
Ketawa gelak hilai dalam tempoh 2 minggu yang lepas pun cuma sementara. Bila dapat pulang ke Tronoh ini, semuanya macam sepi. Tula, macam ku ceritakan tadi, cuma sementara, sekejap saja. Tak gitu? Kadang-kadang, benda yang paling 'murah' itu membawa makna yang paling 'mahal' buat kita.
Alarm telefon bimbit 'Norkia' berbunyi. Peluang untuk cari kebahagiaan hakiki.
Kaki
Kerusi biasa ada kaki. Tak boleh bergerak. Kerusi biasa, tambah roda. Kerusi roda yang boleh bergerak. Manusia biasa ada kaki. Tak boleh bergerak. Manusia biasa, tambah otak. Manusia berotak yang boleh bergerak.
Ketika Hujan Sedang Berkabung (911)
Aku lihat hujan teresak-esak, di luar jendela seolah-olah sedang berkabung atas nama Islamophobia (911). Aku masih tersorong menaip enak, menerbitkan apa yang aku rasa dalam bentuk bait-bait kata yang kau baca sekarang. Baru selesai menonton beberapa video tentang tragedi 911 atau 9 September 2001, ditambah sedikit dengan hasil bacaan buku-buku yang lalu, beberapa kesimpulan daripada aku (yang kurang ilmu ini) dapat dibuat. Pertama, mensyukuri nikmat paling besar sekali, yakni lahir sebagai muslim. Yang kedua, sentiasa belajar.
Aku pernah terfikir, kalau ditakdirkan aku lahir sebagai bukan Islam, betapa ruginya aku. Fikir dalam-dalam dan syukur itu patut aku letak dalam gerobok hati elok-elok. Yang menentukan syukur itu tersimpan rapi atau tidak, adalah cara aku meletakkan rasa syukur itu. Akui, masih banyak kekurangan dan Tuhan sentiasa 'tahu' dan 'akan memenuhi'.
Belajar. Setiap yang berlaku termasuk usaha jahat memecahkan Islam, 911 ini tak perlu banyak aku ceritakan di sini kerana eloklah dinilaikan sendiri berdasarkan sumber yang lebih rapi dan pasti. Aku tahu belajar adalah keperluan aku dan termasuk apa yang telah berlaku selepas peristiwa 911, disebaliknya ada sinar. Setelah dakyah tersembul pusatnya, lebih ramai yang memilih Islam (termasuk rakyat Amerika sendiri) walaupun dalam dengan cabaran Islamophobia yang begitu besar raksasa sekalipun. Melihat bagaimana mereka terdetik memeluk Islam, kadang-kadang buat aku sendiri terkesima. Aku yang lahir sebagai Islam, yang dikatakan bukan calang-calang ini pun masih 'belum cukup'. Harapannya sekecil menyedari perkara ini dapatlah diri diperbaiki. Manusia itu, lembutnya pada Tuhan itulah paling elok buatnya. Buat aku juga pastinya, dan semua.
Atmosfera Kong-Tang
Aku ini, pulang dengan jiwa yang besar. Beg galas pun cukup-cukup besar, untuk aku isi dengan beberapa helai baju dan jeans serta buku-buku sepi, yang tak langsung disentuh sepanjang cuti. Stok kuih raya pun terpaksa aku tolak tepi sebab tak suka jinjing barang kanan dan kiri. Seperti biasa, setiap kali nak pulang ke Bumi Tronoh, dari rumah mak abah aku ini, jasad aku sahaja yang mampu aku bawa ke mari, kerana tiket ini aku beli untuk single seat. Kalaulah double seat mungkin aku boleh bawa jasad dan roh aku sekali.
Bumi Tronoh ini biadap sekali, dek saki-baki keriangan aidilfitri. Tiada seorang pun yang dah balik. Sekali lagi aku bernafas dalam atmosfera yang Kong-Tang. Minggu peperiksaan yang betul-betul sesat dalam minggu perayaan macam sekarang, memang sangat tak relevan (kalau aku beri pandangan ikut emosi lah). Kalau dah begitu jadualnya nak buat macam mana? Kemudian kau nak aku tunduk kesal dalam-dalam dan menyalahkan sistem? (lagi)
Aku berhenti mengeluh pasal tadi, sebab banyak lagi yang aku nak keluhkan macam mengeluh pasal sejarah palsu Malaysia ini dan juga bangun dengan nikmat jerebu (yang macam aku pun tak pasti) serta pasal cukai. Alamak macam ada gaya pulak kan bila fikir pasal cukai. Selalunya orang yang kaya-raya dan harta terlebih sahaja atau mak bapak kita yang tak sekaya 'mereka-mereka' ni, kena fikir pasal cukai. Sekarang, budak sekolah tingkatan tiga pun dah kena fikir pasal cukai, kalau tak dulu macam 'perlu ke aku ambil tahu?'. Nak keluh pasal benda-benda ini pun bukan apa, takut-takut nanti sampai masa, semua masalah kena rujuk ahli politik sahaja sebab ahli politik kan macam semuanya betul.
Aku berhenti mengeluh pasal tadi, sebab banyak lagi yang aku nak keluhkan macam mengeluh pasal sejarah palsu Malaysia ini dan juga bangun dengan nikmat jerebu (yang macam aku pun tak pasti) serta pasal cukai. Alamak macam ada gaya pulak kan bila fikir pasal cukai. Selalunya orang yang kaya-raya dan harta terlebih sahaja atau mak bapak kita yang tak sekaya 'mereka-mereka' ni, kena fikir pasal cukai. Sekarang, budak sekolah tingkatan tiga pun dah kena fikir pasal cukai, kalau tak dulu macam 'perlu ke aku ambil tahu?'. Nak keluh pasal benda-benda ini pun bukan apa, takut-takut nanti sampai masa, semua masalah kena rujuk ahli politik sahaja sebab ahli politik kan macam semuanya betul.
Aku selaku yang kurang ilmu tentang semua ini berdoa dan berharap agar semua ini dipulihkan dengan kembali merujuk 'yang dua' itu. Ya, semua ini. Peranan aku yang kurang ilmu ini? Buat kajian, tambah bacaan dan penilaian tanpa double standard. Mungkin itu cukup selagi tidak mencaci-maki tak henti-henti. Dalam atmosfera Kong-Tang ini, selamatkan lah.
Untuk rujukan isu kenaikan cukai, lihat-lihat pun boleh, nilai sendiri siapa yang tentukan:
Sambung 'Gila-gila'
Jangan anggap sisa-sisa Ramadhan ini sia-sia, seperti tertinggal sepi sisa-sisa kunyahan manusia. Dibiarkan, akan dihurung lalat. Dihabiskan dengan kunyahan terakhir, tidaklah ia membazir begitu sahaja. Sekembalinya di daerah ini, aku makin bahagia menyambut Ramadhan, seiring dengan masa cuti yang lapang tanpa urusan akademik yang membatu-batu di pundakku. Masa kian lapang dan cukup luas untuk melakukan apa yang sepatutnya di dalam acara Ramadhan ini dengan lebih 'gila-gila'. Kalau sebelum ini, jarang sekali dapat buat sedemikian dan aku pernah rasa sesal bila gagal. Tuntutan universiti yang menyuruh hamba-hambanya menggondol markah yang tinggi-tinggi, ah! karut semua itu. Kurang tiga bulan ini, belajarnya langsung tidak menyeronokkan dan sudah lari sedikit objektifnya, bagi aku. Semua asal siap dan asal markah dapat. Kalaulah dapat capai tahap penghargaan ilmu macam Imam Al-Ghazali alangkah indahnya. Sambung kembali Ramadhan di Perak ke Ramadhan di kota Tanjung Puteri.
Masih Belum Mengecewakan (Mungkin tidak akan)
Poskad beserta penanda buku tertulis 'Das Leben soll nicht jedes mal wunderbar sein, aber die Wunder bleiben fur immer in des Erinnerrung' atau maksudnya 'Life should not be wonderful every time, but the miracle remains forever in the Erinnerrung'.
Dia yang duduk sebelah kiri tempat duduk belakang kereta itu, adalah seorang rakan yang sejak dari tadi asyik berceloteh berkongsi pengalamannya belajar di negeri orang. Cuping telinga aku ini, masih setia menadah segala apa yang diceritakannya, sampai melimpah-limpah. Daripada kisah itu sampai kisah ini. Itu dan ini, buat pertemuan tadi tambah bermakna, lebih-lebih lagi dapat membatalkan puasa, duduk dua meja yang digabung rapat. Juadah steamboat apalah kiranya kalau nak dibandingkan dengan kesempatan untuk bertemu dengan mereka ini. Apatah lagi ada yang sanggup turun dari daerah Pontian ke negeri JOHO ini. Ya, ini semua adalah geladangan aku sejak di bangku sekolah dulu, yang rasa mesranya seperti dulu-dulu.
Hari pertama aku setibanya di Kampung Melayu, ternampak senyumannya dengan gigi kuning, panjang-panjang. Wajahnya tak pernah sugul, senyuman sentiasa menguntum. Oh itu hanya bayangan aku, sekiranya Kampung Melayu ini adalah seorang manusia yang punya otak dan perasaan. Telah banyak kali pun aku pulang ke tanah kelahiran aku ini, 'dia' tetap tidak mengecewakan. Tiba saja di sini, disambut pulang mak abah sudah tentu perkara pertama yang diraih. Seolah-olah Hari Raya datang awal sebelum sampai waktu.
Aku menyinsing seluar paras lutut. Bersedia untuk ini! Ya, malam pertama aku, adalah kemesraan di persisiran pantai lumpur Senibong. Sebuah tempat yang kotor dan penuh maksiat anak muda. Kami yang berlima sempat berkhalwat menggunakan teknologi penyauk ikan, dengan harapan dapat menangkap beberapa ekor ketam saiz tapak tangan. Dua pasangan berkhalwat, cuma aku seorang tidak berpasangan menjaga baldi dan bertugas sebagai runner. Bantuan lampu di telefon bimbit biasa, yang tak dapat dilakukan oleh telefon Blackberry, kami terbongkok-bongkok mencari ketam, satu baldi penuh (sebenarnya tak penuh). Terasa singkat malam itu. Tapi malam pertama itulah paling mesra!
Oh ya, penanda buku itu tadi macam mengetahui keperluan dan kerakusan yang ada pada aku sekarang. Mungkin ini ilham (ilham lagi). Selepas ini, penanda buku ini mungkin akan tersisip, dinodai beberapa buku sastra Indonesia atau sedikit-sedikit bahan bacaan yang nakal.
Setakat ini Kampung Melayu masih belum mengecewakan (Mungkin tidak akan).
Subscribe to:
Posts (Atom)