Sekerap mana pun berjalan keliling kota mahupun dunia, sesungguhnya itu tidak dapat mengisi kekosongan jiwa jika sepanjang perjalanan yang panjang itu tidak diisi dengan iktibar hasil pemerhatian, merasai norma budaya masyarakat setempat dan menghayati keindahan ciptaan Illahi.
Dalam rangka perjalanan yang hampir mencecah 26 tahun ini, terlalu banyak kisah waktu kecil dulu yang menjadikan aku tetap semangat malah menjadi bekalan serta sumber kekuatan pada hari ini.
Masih segar dalam ingatan ketika kerap kali menghabiskan hujung minggu atau cuti sekolah, menemani abah di sekolah. Menjadi wing man kepada abah untuk memastikan keadaan keselamatan ruang lingkup sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram di Johor Bahru terkawal merupakan tugas yang jarang sekali diambil oleh kanak-kanak seusia aku pada ketika itu. Mungkin bukan sebagai seorang wing man, tetapi lebih kepada seorang peneman, kerana kalau ada apa-apa yang terjadi pencerobohan misalnya, apalah yang mampu budak sekecil aku lakukan.
Sementara itu di Mass Room, beberapa orang tukang tempa besi melewati pintu masuk dengan beberapa hela nafas setelah penat bekerja seharian. Peluh di dahi ditekap dengan kain sapu tangan berjenama 'Good Morning' dan ada juga yang mengesat peluh menggunakan lengan coverall yang tebal 3mm serta kalis api. Biasanya yang mengesat pakai lengan coverall itu belum menikah mungkin kerana tidak ada sapu tangan khusus dibelikan oleh isteri. Mungkin juga aku salah. Kalau di sini, mereka dipanggil dengan gelaran Welder selain dalam bahasa Kamus Dewan Edisi Ketiga ialah Tukang Tempa Besi.
Seorang Welder yang kelihatan agak berumur sekitar 50-an mengemam makanan. Bibirnya tidak bergerak tetapi rangka mulutnya kelihatan dari samping bergerak ke atas dan ke bawah sehingga ketara kedutan di muka dan di lehernya ibarat kulit popia yang berkedut jika tersalah gulung. Matanya tertuju di ruang kecil bertentangan dengan meja yang tersedia dengan hidangan makanan tengah hari. Kelihatan satu garis masa yang menunjukkan perjalanan hidup seorang anak yang baru dilahirkan, kemudian membesar dan tua seperti sekarang. Sudah umur sedemikian, dia masih lagi bekerja. Tidak seperti dalam filem-filem barat yang sering memperlihatkan pasangan tua duduk melunjur di tepi pantai sambil menikmati senja sambil memegang novel di dakapan. Adakah aku akan jadi tua dan mengemam makanan sambil memikirkan keluarga yang ditinggal jauh? Seperti ada projektor di dinding bagai layar tancap.

No comments:
Post a Comment