Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Seribu Tahun Takkan Mungkin


Misery lagu Maroon 5 menggetarkan tetulang osikel aku. Hujan lebat di luar sedikit-sedikit mengganggu melodi lagu ini yang buat kepala aku terhangguk-hangguk layan macam lagu reggae. Ada empat ekor kambing sedang bermain gelongsor. Oh bukan, sedang berteduh di bawah gelongsor kerana mungkin kambing tidak suka mandi hujan. Sebaliknya di bahagian court badminton, ada sekumpulan budak-budak kecil sedang seronok bermain bola dalam hujan. Setakat ini adalah bentuk hiburan di sini. Ada taman sebenarnya di hadapan rumah sewa aku ini. Sambil aku menaip benda alah ini, aku baring meniarap melepet di hadapan pintu sliding rumah. Hari ini hari melepak di rumah sewa yang macam padang bola ini. Tidak ada apa-apa selain oksigen, karbon dioksida, gas-gas adi, hidrokarbon dan adalah tiga jasad molekul yang kompleks.

Seperti kambing dan sekumpulan budak-budak tadi, pernahkah tertanya dengan perihal diri sendiri siapa diri sekarang? Kadang-kadang manusia hendak sesuatu itu nampak sempurna. Sesempurna mana, itu aku mungkin susah untuk nyatakan di sini. Bila nampak yang lain lebih sempurna, kita cuba untuk jadi begitu atau menjadi lebih baik.

Contohnya kau lahir dan sekarang engkau dalam kelompok jiwa-jiwa yang terletak pada tempatnya. Cukup sempurna. Ada kebiasaan, siap dengan pakej fizikal dan gaya. Kau akan sedar bila kau lihat orang di sekeliling engkau. Mereka berbeza dengan engkau. Perbezaan itu yang membuatkan tercetusnya pertanyaan tentang perihal diri sendiri.

Tanpa kita sedar juga, mereka juga sebenarnya tidak sempurna seperti yang dijangka.

Lagu Misery tadi sudah habis dimainkan. Diganti pula dengan lagu Bumi Putra Rockers, Seribu Tahun Takkan Mungkin. Seolah-olah menjawab persoalan tadi. Haha

Debat Ala Parlimen


Assalammualaikum dan salam sejahtera, tuan speaker dewan, fraksi pembangkang yang saya hormati, fraksi kerajaan hari ini yang nampaknya, cukup berkenyakinan serta warga dewan sekalian.

Usul perdebatan kita pada hari ini, "Kaum Hawa Perlu Belajar Membuat Kuih Raya". Saya selaku ketua daripada fraksi pembangkang menerima definisi yang diutarakan oleh Perdana Menteri daripada fraksi kerajaan.

Warga dewan yang dimuliakan. Kami di barisan pembangkang ingin meletakkan beban pembuktian di atas bahu fraksi kerajaan. Kami mahu, mereka buktikan. Bukti yang jelas membuktikan bahawa kaum hawa perlu belajar membuat kuih raya. Bukannya faktor-faktor yang berupaya, ataupun pemangkin, tetapi bukti yang jelas.

Maafkan saya tuan speaker dewan. Kata-kata aluan ini membuatkan kepala saya pusing dibuatnya. Secara kolektifnya, jika tiada seorang wanita yang belajar membuat kuih raya, siapa yang akan menjual kuih raya? Realiti dunia pada hari ini menunjukkan bahawa kuih raya itu adalah produk, maka setiap produk pasti ada pengeluar. Tanpa pengeluar kuih raya maka anak-anak generasi ini bakal merayakan Hari Raya Aidilfitri tanpa kuih raya. Keadaan ini sungguh menyedihkan warga dewan parlimen sekalian.

Ramai generasi hari ini berkejar-kejar menggumpul kuih raya untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri. Malah ada yang sanggup beli sahaja dengan mudah. Maka dengan itu ramai yang tidak mahu atau malas mempelajari ilmu membuat kuih raya. Kami di barisan pembangkang membawa usul agar semua lelaki atau perempuan mempelajari cara membuat kuih raya atas dasar, sekadar mencukupi untuk hari berbahagia tersebut.

Izin laluan yang berhormat! (Panggilan pertama)

Semua warga dewan duduk tidak senang. Ada yang terjatuh daripada kerusi dan ada yang terus lari ke tandas, hendak terkucil agaknya.

Izin laluan yang berhormat! (Panggilan kedua)

Semua warga dewan tertidur kerana bosan agaknya.

Izin laluan yang berhormat! (Panggilan ketiga)

Semua warga dewan terus bangkit!

2030


Sekeliling nampak matahari terbit, yang membingkai ialah gunung-ganang tapi aku tak tahu nama gunung itu. Sudah lupa agaknya. Burung-burung berkicauan. Ada seekor hinggap di atas kaki katil. Tiba-tiba sahaja burung tadi berkokok. Selepas menggeliat sedikit bagi otot regang, aku padam projektor hologram tadi. Skrin putih tergulung automatik membuka bidai. Disebaliknya hanya tembok biasa bukan tingkap seperti tingkap zaman kuno dahulu. Selepas solat Subuh, aku masukkan sejadah dalam poket seluar.

Benda Yang Paling Dihargai Untuk Masa Ini


Kasut old skool futsal Nike hitam legap dengan kombinasi warna hitam, biru, dan emas. Bahagian tapak kaki agak slim. Dalamnya ada tapak berwarna biru. Sangat bermakna buat masa ini. Kalau bundle memang harga murah. Walaupun bundle tapi hargai sangat, berapa nilai peluh dan daki-daki yang terkumpul dalam kasut itu. Manfaat daripadanya terlalu banyak, aku fikir. Daripada serendah harga kasut ini, bakal dilaburkan untuk sebesar-besar nilai kenalan baru yang bakal aku dapat. Termasuk pengalaman-pengalaman baru. Sepanjang aku dengan kasut ini lah.

Yang kedua, aku baru perasan yang aku tak dapat ingat bila pertama kali aku ada memori. Paling busuk pun aku ingat aku bertenggek atas tembok main conteng-conteng. Yang pasti aku masih kecil lagi lah ketika itu. Memang tak ada kerja dah besar panjang main conteng-conteng atas tembok. Hargai pertama kali aku ada memori. Aku kurang arif. Aku pun tidak cukup maklumat adakah waktu kita bayi dulu kita sudah ada memori atau tidak? Kalau ada, bolehkah kita recall memory untuk saat-saat kita menyusu atau ketika keluar daripada perut ibu? Google terus.

Air Mata Atas Epok-Epok



Macam serial killer itu kakak aku. Sekitar tahun 90-an dahulu aku pernah titiskan air mata atas epok-epok. Bukan sebab apa, aku tak selesa bila ada photographer tangkap gambar secara candid. Tengoklah hasilnya. Sudah menjadi sejarah sehingga hari ini.

Bilangan epok-epok atas meja itu mungkin tidak terkira oleh aku. Macam main teka kacang dalam balang. Begitulah nak menunjukkan tak terkira jasa emak abah kepada kita. Kita boleh isi borang 'Peraduan Teka Epok-epok Atas Meja'. Siap ada bayaran pendaftaran untuk satu borang. Bayar dan teka banyak kali pun boleh. Tetapi susah nak dapat teka dalam bilangan yang tepat. Biasanya bilangan yang hampir akan dikira pemenang.

Jadi persoalannya sekarang, siapa yang dapat teka bilangan yang paling hampir?

Sama ada teka bermula nombor 1 sehingga tak terkira atau teka secara rambang. Pilih secara rambang macam engkau melepaskan batuk di atas tangga. Walaupun duit tak keluar banyak. Bolehlah nak makan KFC hari-hari.

Alangkah baiknya kalau teka bermula nombor 1 sehingga tak terkira. Barangkali jawapan engkau tepat. Kalau misalnya tak sempat nak capai nombor paling tepat sebelum tarikh tamat peraduan, paling hebat engkau dapat yang paling hampir. Cepat-cepat invest duit sekarang. Tak nak ke hadiah 'Pemenang Teka Epok-epok Atas Meja' ?

Aku pun tak nak titiskan air mata atas epok-epok lagi.

Hidup Ini: Bila Engkau Baik Sikit/Sangat


Selalunya bila dapat peluang melepak dengan perokok, aku buat benda lain selain gelak-gelak tengok telatah mereka. Aku memang tak hisap batang rokok, tapi aku sudah biasa jadi perokok pasif. Lagi seronok agaknya sedut asap macam air compressor. Kadang-kadang tak dapat nak mengembek bila masuk kandang kambing. Tapi kita masih boleh tak mandi seperti kambing busuknya. Sebab di dunia ini tak semua manusia serupa. Kalau semua suka korek hidung depan umum, siapa yang akan jadi si pencaci maki. Tak seronok pula drama di dunia ini.

Semalam aku tengok pontianak dengan mata kepala aku sendiri. Memang kadar penceraian pontianak dengan manusia null. Banyak adegan-adegan yang kalau perempuan tengok terjerit-jerit batin mereka. Tapi cerita ini aku minat dengan dialog-dialog dia.

Macam magnet, dia (Edward) bergerak, kamu (Bella) bergerak.

Bukan sebab graviti yang membuatkan aku berdiri di atas Bumi (Jacob), tetapi kamu (Bella)

Aku (Jacob) lagi 'panas' daripada kamu (Edward).

Antara ayat-ayat yang double meaning sampai aku tiba-tiba tergelak. Berbalik kepada hidup ini: Bila engkau baik sikit/sangat. Apa yang aku nak ceritakan ialah pasal manusia dan pontianak bersama bercinta (Geli sikit pankreas). Maksud aku, walau siapa engkau boleh sahaja engkau duduk terkangkang sama makan durian. Bila engkau baik sikit/sangat, tak buat hal, mereka akhirnya akan hormati engkau.

Ingat Lagi Zaman Engkau Goncang-goncang Pensel Pilot Shaker?


Aku tenung baik punya pensel Pilot Shaker empunya sahabat yang duduk sebelah aku. Maklumlah, ketika itu pensel itu barang panas, macam moto 135 LC. Tapi ketika itu aku tak lahir sebagai seorang pencopet. Aku tahu berdosa. Sekadar melihat springnya digoncang dengan penuh rapi, sehingga mengeluarkan unjuran batang karbon yang amat selesa bila hendak menulis. Begitulah apa yang kita dapat daripada pensel Pilot Shaker ya kawan-kawan.

Aku tak begitu teruja menggila hendak miliki segera pensel tersebut. Waktu itu aku belum bekerja, maka aku hanya mampu miliki pensel 2B yang ada pemadam merah di hujungnya, hasil duit bapak aku. Malah ketika zaman poket Digimon yang boleh buang tahi-tahi digi pet itu pun aku bukanlah teruja sangat nak miliki. Oh itu pun konsepnya goncang-goncang untuk kelangsungan hidup digi pet tersebut.

Mungkin aku tidak pandai merengek hendak pensel Pilot Shaker itu. Haha

Kemudian ada satu zaman semua anak-anak muda macam aku ketika itu, gila main pemadam. Pemadam murah sahaja yang ada banyak lambang bendera negara seluruh dunia. Memang bijak pencipta pemadam zaman itu sebab selain dapat kaya raya jual pemadam, mereka mewujudkan budaya belajar Geografi.

Kemudian ada satu zaman ramai yang guna pengorek pensel berbentuk silinder yang paling istimewa ada cermin bulat di belakangnya! Engkau orang boleh gunakan cermin itu untuk bermekap, betulkan tudung, ataupun nak tengok bulu hidung panjang atau tidak. Kalau bosan, engkau orang boleh main pantulan cahaya, macam laser! Tak payah beli laser besi yang ada banyak bentuk itu. Oh zaman main laser pun ada. Waktu itu sudah siber sedikit. Waktu ustazah tengah ajar munakahad, boleh main suluh-suluh.

Selepas itu, aku pun sudah tidak bisa berbicara panjang. Mata seperti sudah ada syaitan bergayut. Pada kali ini apa yang aku hendak simpulkan ialah kadang-kadang kita tidak perlu keep-up-to-date sangat untuk benda-benda tidak penting macam pensel Pilot Shaker. Sebab engkau boleh miliki pensel 2B, itu sudah mencukupi. Engkau masih mampu menulis. Cerita-cerita yang lain selain pensel Shaker itu tiba-tiba sahaja aku tersentimental.

Sudah Tengah Hari


Sudah tengah hari dan aku masih sakit hati bila photoshop tak berfungsi. Semuanya kerana nombor siri entah apa yang nak jadi. Nampaknya malam tadi gayanya macam aku sudah reka poster dalam mimpi.

Tak apalah, foto-foto tambahan dan susunan perkataan sudah dibayangkan. Tinggal mahu execute saja. Kali ini aku nak tersiratkan maksud dalam poster teater Bedah. 'Dulu pernah suci, tapi sekarang tidak lagi'. Itu quote untuk poster kali ini. Darah merah dan kain batik adalah elemen paling seksi.

Semua ini untuk poster kali ini. Orang kata kalau tak dapat meluahkan melalui perbuatan, boleh juga melalui penulisan. Nanti aku tunaikan.

Sabut dan Batu


Rasa kurang senang bila air di dalam gelas mencurah-curah secara berlebihan. Sehingga membanjiri meja makan dan lantai. Kita boleh tuang air di dalam gelas tapi tak perlu nak tuang sampai mencurah air keluar. Tidak kisah apa jenis air itu. Yang penting air itu sesuatu yang berharga dan sesuatu yang bisa menimbulkan sabut dan menenggelamkan batu. Bila untung timbul lah sabut, tenggelam lah batu.

Maka dengan itu, percayalah pasti ada yang cuba menenggelamkan sabut itu. Pastikan apa yang kita keluarkan akan masuk kembali sebagai sesuatu yang berguna, tidaklah ia membawa sia-sia dan mudharat.

Nasib Baik Pontianak Tak Minta Izin Nak Tumpang Bonceng


Malam ini aku masih di sini dengan laptop dan juga ear plug di dalam kocek Nomex kuning diraja. Tak lupa juga boot bersama kaki yang terperap di dalam, bersama stoking berbau. Cantik juga pemandangan malam lampu neon di sini. Seperti kunang-kunang dan sesekali bila nampak berkelip umpama bintang-bintang. Lampu raya yang berkelip pun susah nak kalahkan kecantikan kerlipan seperti itu.

Selepas itu aku duduk pekena teh panas bersama sup yang kuhirup dengan seorang diri ini yang masih mentah. Jikalau dibandingkan dengan mereka yang berada semeja dengan aku. Perkara yang menarik bila dapat duduk semeja dengan mereka. Oh hati ini berkata jadilah diri sendiri. Ternyata benar kata hati lalu menutup kata malu tersipu-sipu.

Seperkara yang aku belajar hari ini adalah benar bila niat baik untuk menghisap ilmu seperti kau sedut sirap melalui straw, pasti ada yang cuba nak tumpahkan cawan berisi sirap itu sebelum kau dapat sedut. Perkara yang keduanya, menjadi lebih rapat bila ada nasihat. Duduk di dalam kereta bergerak sambil mendengar nasihat, bukan sesuatu yang selalu dapat. Paling utama, ambil berat, macam kau ambil berat sungguh-sungguh tentang connection LAN atau wireless.

Malam bersama kunang-kunang itu aku belajar dan dekat dengan minat.

Nasib baik pontianak tak minta izin nak tumpang bonceng.

Johor Lama
















Setakat ini tempat ini tak ada hal selain daripada pengalaman baru setiap hari. Kena cari banyak lagi atau senang kata kena cipta pengalaman. Jumaat petang lepas selesai presentation depan Jayavishnu A/L Rajasingham, aku terus pergi Kuantan beli tiket balik JB.

Tengah kemaruk nak daki gunung tapi kurang berpeluang untuk kali ini. Jadi ambil kesempatan berkhemah di Desaru pun jadilah. Walaupun Desaru itu macam cikai sahaja orang kata. Bak kata
orang kali ke berapa pun kau pergi mestilah pengalamannya berbeza. Betul tak? Samalah macam kawin kali pertama dengan kawin buat kali kedua, ketiga atau keempat.

Bernasib baik malam itu tidur setengah nyenyak sambil disuluh lampu bulan purnama penuh rasanya. Macam orang pasang sportlight terangnya. Sebelum itu sempat meratah ayam BBQ dan udang 500g bersama frankfurt yang boleh tahan rempah BBQ-nya. Air tangan budak-budak ini.

Agak teruja bila dapat melawat Kota Johor Lama sebab aku pun pertama kali melawat kawasan kubu Johor Lama, kawasan jeti memang cantik. Siap curi-curi tangkap gambar atas bot orang. Daripada jeti boleh nampak jambatan yang menyambungkan Johor Lama dengan Kong Kong.

Kawasan lembah Sungai Johor ini masyuk untuk dilihat rupanya. Tempat-tempat yang menghijau atau membiru macam inilah memang dekat dengan jiwa aku. Rasa puas.

Oh tak lupa juga buaya-buaya Sungai Johor yang kena kurung untuk tatapan umum. Pak Cik buaya memang bagus boleh cerita pasal buaya dengan baik. Sekurang-kurangnya tahu buaya ada lidah tapi melekat kat tekak. Paling penting buaya patahkan tulang mangsa dulu sebelum kena telan. Jadi jangan gelak terkekek-kekek bila nampak buaya tua tak ada gigi. Dia masih boleh telan engkau!

Yang penting malam Sabtu itu dapatlah berkumpul dengan sahabat-sahabat lama. Aku rasa bara api terlupa nak timbus dengan pasir. Kononnya kenangan sepanjang Sabtu Ahad itu juga masih membara. Jiwang gila...


Kunci Pendua


Kunci pendua ini sangat penting. Aku baru tahu macam mana tauke Cina buat kunci pendua. Ada mesin macam jenis mesin pengasah. Kalau belajar Kemahiran hidup dulu korang tahu kot. Mesin berjeriji tajam untuk asah jenis pepejal keluli atau besi. Konsepnya mudah saja. Letakkan kunci asli pada pemegang. Kalau korang tengok pada kunci, ada lurah-lurah atau takik. Pada hujung mesin itu, letakkan blok kunci yang tak ada lagi lurah-lurah atau kesan takik. Pada bahagian kunci asli, ada satu unjuran besi. Bahagian kunci asli dan blok kunci ini bersambung. Jadi blok kunci akan ikut mana-mana arah kunci asli digerakkan ke hadapan atau ke belakang. Unjuran besi bertindak macam penahan bila masuk dalam ruang lurah-lurah atau takik kunci yang asli itu. Jadi blok kunci akan diasah secara automatik.

Jangan buang kunci pendua sesuka hati. Membazir tahu tak? Kunci pendua ini macam zuriat yang lahir di dunia. Bila kunci induk hilang, kunci pendua ini akan membuka pintu. Pintu kebahagiaan dunia dan akhirat. Doa anak soleh. Jadi buatlah kunci pendua banyak-banyak. Sebab bayangkan kalau tiada kunci pendua. Aku nak 6 bilangan kunci pendua. Target saja...

Oh terima kasih Anuar Samad sebab sudi temankan aku berjalan ke Kuantan. Hari minggu pertama di Gebeng.

Ole-Ole



Rasanya sudah lama tidak memuntahkan perkataan-perkataan.Rasa kehilangan. Sebelah aku untuk masa sekarang ada budak yang sama-sama praktikal dengan aku. Duduk kerusi sebelah-sebelah satu kotak pejabat. Keadaannya nampak manis atau dalam bahasa Inggerisnya 'so sweet'. Tapi yang di sebelah aku ini lelaki. Budak praktikal kena kongsi kotak pejabat. Apa yang seronok di CUF Gebeng ini ialah bila engkau berpeluang pergi Plant Site. Seronok dapat tengok
pemanas air besar-besar gergasi. Tapi mula-mula aku malu gila nak masuk control room nak tanya pasal operation. Sikit-sikit belajar macam mana nak layan orang berpengalaman ini.

Memang banyak benda menarik di sini termasuklah drama-drama kehidupan yang baru dilalui. Daripada kisah aku menumpang rumah orang di Chini, Kemaman sampailah perjalanan merempit, dibonceng sampai sakit punggung ke Kerteh dan Gebeng yang indah. Rasa macam pelarian pula, muka dah tebal 10 inci dah ni. Oh tak lupa juga bermalam tepi Pantai Balok sebab tuan rumah yang cekik darah yang memang macam haram.

Aku rasa ia sesuatu yang sangat bermakna dan boleh jadi ole-ole nanti bila sudah tamat. Rasanya semua orang melalui perkara yang sama. Tema dan persoalannya sama tapi plot ceritanya berbeza.

Yang menarik di sini rumah sewa yang kami sewa memang dekat dengan pantai. Jadi kalau bosan-bosan, aku nampak dalam bayangan aku berlari-lari di tepian pantai ala-ala Hollywood kononnya.

Jangan tertipu dengan tuan rumah yang suruh bagi deposit 1700 tapi rumah macam dah hangus. Walaupun dah cari rumah sewa dalam mudah.com , jangan percaya dengan satu rumah sewa saja. Sebab nanti akhirnya kena menapak cari sebab ada yang lagi selesa dan harga berpatutan.

Jadilah diri sendiri sebaik mana yang boleh. Bila baik dengan orang, orang buat baik dengan kita. Ini betul ini bukan suka-suka. Ungkapan ini mungkin dah naik pecah gegendang telinga orang dengar. Tapi bila mula intern ini aku rasa betul-betul berguna pula. Mungkin orang lain rasa macam poyo saja kan tapi ini betul-betul.

Banyak Drama Yang Boleh Dilihat di Luar Sana

Peti ais atas kepala, aku sudah campak jauh-jauh. Terasa ringan sedikitlah kepala seperti bersayap mahu terbang. Bila final exam habis, rasa masa itu terlalu lama. Tak banyak perkara yang boleh dibuat. Hendak ke Ipoh, sudah tak tahu nak buat apa. Sedangkan baru beberapa jam sahaja berlalu sebelum aku tulis entri ini.

Sekarang ini sedang menonton apa yang akan aku alami untuk tempoh 8 bulan akan datang. Teringin hendak merasai perkara-perkara baru untuk tempoh itu. Pendapat aku, bukan mudah hendak dapat peluang sebegini. Kadang-kadang cemburu bila mereka yang sebaya bila masuk Universiti lain, sudah ada rumah sewa dan duduk di luar kampus. Keadaan sebegitu aku rasa macam lagi menarik berbanding kena duduk dalam kampus. Susah nak dekat dengan masyarakat luar.

Maksud aku, bila duduk dalam kampus, susah nak jumpa makcik jual kuih seri muka tepi jalan. Susah nak dengar suara-suara budak menjerit-jerit. Susah nak dengar makcik tergelak besar mengumpat jiran sebelah. Susah nak dengar bunyi kuali keletak keletung kat dapur jiran sebelah. Susah nak jumpa surat khabar hardcopy, televisyen yang 'real' dan juga bunyi pagar besi luar rumah yang mengilukan. Macam-macam bentuk drama.

Banyak sangat drama yang boleh dilihat di luar sana. Sayang, ketinggalan sudah banyak episod. Tayangan macam ni mana ada tayangan yang berulang macam cerita Tasbih Cinta kat TV3.

Menjadi Takungan-Takungan

Gelombang air itu pasti dapat dilihat. Seolah-olah mencuit seberapa banyak kaki yang melangkah sepanjang persisiran pantai itu. Gelombang air tadi hanya mampu mencuit kesan jejak kaki yang ditinggalkan. Lantas sedikit demi sedikit, kesan jejak kaki mereka hilang. Masih ada yang tinggal, kini menjadi takungan-takungan air masin tempat anak-anak ikan bermain. Sebelum atau selepas gelombang air itu surut?

Gelombang air itu datangnya daripada denyutan nadi-nadi di tengah lautan.


Lebih Daripada Tempe dan Soto!

Selepas 4 hari balik kampung. Tapi tak tanam jagung selama tempoh masa itu. Yang aku tanam ialah kenangan. Biarkan ia bercambah dan tumbuh melata, tak sungguh aku tak kata.

Gembira selama 4 hari dapat jumpa keluarga, terutamanya. Mak abah sihat dan nampaklah hati mereka membunga. Keluarga yang dulu pernah membesarkan aku juga sama. Bila dapat tahu Bak sudah tidak seceria dulu, aku sedikit resah. Sejak arwah Mak Ica pergi. Aku masih teringat-ingat mimpi yang aku alami secara sedar atau tidak sedar sebaik sahaja dia melambai pergi. Tapi selama 4 hari itu, sempat bersama dengan keluarga Bak dan Darwisy yang pun sudah 3 tahun petah bercakap walaupun pelat jawa agaknya.

Kawan-kawan lama, masih betul-betul kenal rupa percuma ini. Ada yang sibuk bekerja kononnya sudah ada anak bini. Tapi itu kerja sementara nak kumpul duit untuk tuntutan sendiri. Baguslah, kalau tidak harus melayan kerenah aku yang asyik-asyik nak keluar rumah.

Sempat melontar bola bowling dengan rakan yang sudah lama tak jumpa. Walaupun aku kenal rupanya sahaja, tapi aku masih anggap kawan sebab dulu tak sempat nak berbual rapat. Aku sangat-sangat kenal muka budak Sekolah Mohd Khir dan juga budak Sekolah Agama. Sebab mereka juga membesar dengan aku dan bersama rakan 1989 yang lain. Pertemuan bersama 3 sahabat lama itu sekejap tapi rasa macam sudah rapat. Terima kasih kepada Hasyiemey. Tiba-tiba saja aku tonton Shrek Forever After berdua dengan dia. Tapi tak apalah sudah biasa. Tergelak sakan sampai nak terkentut-kentut.

Lagi terharu bila dua orang rakan ini sanggup pula keluar malam esoknya untuk menonton Prince of Persia yang aku dah tempah awal-awal. Walaupun dua orang rakan ini sibuk bekerja bak ada anak bini. Puas tapi kesian pula budak dua ekor ini kena bangun awal kerja.

Disebalik bangku Jusco tebrau, terselit seorang minah bertudung hitam. Bangku panjang Jusco Tebrau depan surau. Oh rupanya rakan lama yang baru-baru ini, aku rancak baca blognya. Di tepi sudut pula aku ternampak lelaki kacak ala-ala Ariel Peter Pan rambutnya. Azim rupanya dan minah bertudung hitam tadi Hajar namanya. Kedua-duanya masih sempoi berbicara. Agak lama aku tak jumpa dua orang ini!

Aku labuhkan punggung atas bangku panjang tadi dan Hajar yang berselipar, rancak berbual pasal diri masing-masing. Berselipar menyakinkan aku yang dia ini masih sempoi macam dulu. Terlalu singkat rasanya perbualan di bangku panjang itu. Yang pasti setiap bait-bait kata tak ada sela, disulam pula dengan gelak tawa. Sentimental kot. Macam biasa, Azim dengan gaya selamba kodoknya buat penceria suasana. Oh dulu rambutnya macam landak! Bila aku tengok dua orang ini, aku nak tergelak, sebab dulu nampak diorang ini kecil-kecil saja macam berudu. Sekarang semuanya dah besar panjang. Masing-masing sudah ada pegangan masing-masing. Maksud aku ada karisma dan personaliti sendiri.

Kalau Hajar misalnya dulu waktu kecil, aku rasa dialah yang paling matang dan tegas intonasi percakapannya. Sampai aku rasa nak terkencing kalau nak cakap dengan dia. Tapi dia masih sempoi. Ada masanya dia tegas. Sekarang, masih tegas dan bertambah lagi matang percakapannya. Macam Dr Mashitah pun ada gayanya.

Kalau Azim, dulu dia agak pendiam dan malu-malu dengan perempuan-perempuan. Tapi muka selamba dia tetap kekal tak boleh hilang. Rambutnya lah saja yang sudah tak tercacak landak. Masih suka gelak-gelak. Aku rasa sekarang, perempuan kot yang malu-malu tengok dia. Kiranya dia ini macam gula penambah rasa lah.

Aku berlalu pergi meninggalkan dua orang ini sebab nak membeli-belah sekejap dan lepas tonton Prince of Persia, esoknya nak jumpa pula dengan rakan lama yang baru balik dari Arizona. Kalau tak jumpa, bila lagi kan.

Paling penting hari ini, aku jumpa rakan lama yang buat aku terasa nak masuk dalam laci. Laci Doraemon yang boleh kembali ke masa lalu. Masa sekolah rendah dulu. Makan nasi lemak Anep tepi longkang, main istana Takeshi, main tanam-tanam taugeh, macam-macam lah. Kiranya hari ini lebih daripada tempe dan soto lah!


Gula Itu Sudah Tawar Bagi Aku

Aku rasa macam semut hitam yang sudah bosan dengan gula. Semuanya nak bagi muka dekat permaisuri semut. Ibaratnya dialah segala-galanya. Aku tahulah semuanya minat gula. Semuanya nak gila gula, makan gula, tidur gula, hidup gula.

Hidup bergula memanglah manis. Aku pun dah rasa sedikit. Perlukah engkau pertontonkan segala-galanya hasil pencarian kepada permaisuri itu hanya kerana gula? Walaupun aku semut hitam, aku bukannya dapat rasa manis sahaja. Aku juga boleh rasa semua jenis rasa. Aku dapat rasa apa yang engkau rasa.

Aku rasa aku semut hitam sejak malam itu. Malam ketika aku tak bergula. Aku rasa aku susah nak bergula semula kerana gula itu sudah tawar bagi aku.

(Yang aku simpan sejak malam itu. Sesuatu yang mengingatkan.)

Soto Nasi Tak Bertaugeh dan Sate 10 Cucuk

Tak banyak berubah. Semua nampak berbeza sedikit, dibandingkan dengan dahulu. Padang botak bersimen di hadapan rumah tetap sama. Cuma sudah tak nampak berlonggok-longgok budak kecil main bergelak sakan. Mungkin semuanya dah membesar, malu nak bermain bola depan rumah aku ini. Mungkin sekarang padang permainan mereka hanya di dalam bilik berpenjuru. Entahlah.

Kali ini pulang ke rumah dengan rasa puas kerana dah lama tak balik. Rakan-rakan lama sibuk bekerja sampingan sementara menunggu naik semester. Tapi ada juga percuma atau tidak sibuk. Ada yang kerja macam dah ada anak bini. Maka dengan kesempatan itu aku bersiar-siar dengannya berdua seperti kononnya pasangan terlarang tapi bukan ya.

Hari pertama, setelah tiba awal subuh di Kampung Melayu ini aku balun tidur sehingga jam 11 pagi. Hari ini hari berjalan kaki. Konon-konon nak kembalikan memori dulu berjalan kaki pergi balik sekolah. Online sebentar di Restoran Aliff, sebelum berjalan kaki ke Setanggi nak menghantar urusan surat pindah rumah rakan aku ini. Ya itu pertama kali setelah beberapa tahun aku naik bas ke arah Kampung Melayu. Balik berjalan kaki lagi ke medan selera Kampung Melayu. Perut sudah berkeroncong tak makan tengah hari lagi. Rasa macam backpackers di negeri sendiri.

Soto nasi dengan sate 10 cucuk macam makan chicken chop 2 unit. Dah lama tak makan soto dan sate. Murtabak Man Tomok saja belum sempat lagi.

Petangnya berjalan kaki lagi ke rumah emak Firdaus Anna, tujuannya nak melawat. Tapi sempat main Skype di rumah Mak Jah. Skype dengan anak dia yang di Mesir itu. Makin mengerbang rambutnya. Harap-harap ada minah arab tersangkut dengan rambutnya dan hatinya.

Petang itu sempat melawat padang unta Kampung Melayu yang dah lama ditinggalkan. Oh tak sabar untuk esok. Pemandangan senja di padang unta memang buat tangan aku gatal.

Kesimpulannya, aku betul-betul gunakan masa yang singkat ini nak mengorek balik cerita-cerita dulu. Oh esok nak jumpa kawan lama dan baru!


Peta < 21 Tahun Yang Lalu Dalam Kepala

Kampung Melayu Majidee Johor Bahru, Johor



Klik untuk tumbesaran atau 'Open Link In New Tab'
untuk gambaran lebih jelas atau WikiMapia

Baju Merah

"Assalammualaikum... "

"Hai, haha dah lama tak masuk bilik ni. Macam mana Econs tadi?"

"Okla haha. Tula dah lama tak jumpa"



Empat sahabat itu pun bersalam-salaman dengan hati aku ini memang betul sudah lama tak masuk melawat rakan yang dua ini. Setelah beberapa minit berbual, aku pun melabuhkan punggung di atas kerusi empunya bilik itu tadi.



"Eh, ini apa? Bedak ke lotion?"

"Itu untuk makan haha takdelah. Macam herba.", agak lawak rakan empunya bilik ini dengan dialek suaranya.

"Eh baju merah! Kalau sekarang I bawak pisau I cucuk you haha", nadanya bergurau lantas aku pun tertawa.



Kemudian 3 orang rakan yang lain terus beredar kerana menunggu seseorang. Rasanya macam sudah nak tamat sesi melawat itu. Tetapi punggung aku katakan jangan. Lantas aku duduk di atas katilnya. Dia terbaring di sebelah daripada tadi. Aku lihat mukanya agak penat.



"Aah kan, baru perasan I pakai baju merah. Baju merah sokong Thaksin kan?"

"Tula, I tak suka dengan diorang. Bodoh tau. Dahlah ekonomi semua merosot then I rasa risau. Jadi teruk dah"

"Emak you duduk rumah jauh tak daripada tempat-tempat bahaya tu?"

"Rumah I jauh sangat...", dialek Thailand dia buat aku lagi tersentuh.

"Oh okla got to go. Takpe harap-harap semua ok. Dah nak pegi ikut diorang makan. Bye jumpa lagi", aku tersenyum sebagai buah tangan sebelum pergi.



Dengan raut mukanya yang kelihatan letih, aku dapat lihat sedikit air matanya bergelinang. Mungkin bukan sebab masuk habuk atau sebagainya. Lebih kurang 5 minit terakhir itu aku dapat sesuatu yang sangat bermanfaat untuk sendiri dan semua orang. Bila melangkah keluar daripada biliknya, aku masih terbayang muka yang 5 minit terakhir itu.

Aku Berada di dalam Kotak 3D

Bila kali terakhir aku lupa? Aku rasa beberapa jam yang lalu aku lupa bagaimana aku boleh berada di sini. Berada di dalam kotak yang 3D ini, rasa seolah-olah aku tak tahu di mana penjuru-penjuru yang membentuk kotak 3D ini. Pandang atas nampak siling empat segi, pandang kanan dan kiri nampak dinding empat segi. Pandang bawah nampak lantai empat segi. Memanglah itu secara logiknya bila berada di dalam kotak 3D. Sebenarnya bukan kotak 3D. Tapi mereka yang 3D.

Aku yang pilih berada di sini untuk masa sekarang. Kemudian aku pilih untuk keluar.

Kotak 3D tidak berjenama tempat aku duduk tercangkung tak berbuat apa-apa zahirnya. Aku kunci mulut guna mangga pengunci saiz XXL. Otak sahaja yang berjalan berpusing-pusing merantau dan bersiar-siar di tepian tasik semalam.

Tasik itu tasik yang aku mahu tenung sehingga aku tuli dengan bunyi-bunyi deruman enjin membakar jiwa. Bila aku terus tenung, aku buta tak dapat melihat yang wajah yang jelik menjuir bibirnya yang sepatutnya aku gelak kerana agak menggelikan hati. Aku terus bisu kerana terkunci mangga pengunci saiz XXL tadi.

Aku masih mencari tasik. Sebenarnya aku tak cari tasik. Aku masih mencari apa yang ada di tasik itu. Aku pun sebenarnya bukan di dalam kotak 3D. Tapi aku bersama 3D. Semoga aku ikhlaskan hati.

Kemudian aku sedar, ini adalah yang sebenarnya. Aku harus berada di dalam kotak 3D. Aku perlu bersama 3D. Aku perlu mencari apa yang ada di tasik itu. Ikhlaskan hati sekali lagi.


Dunia Kuyu

Dengar desiran angin
Mata kuyu makin layu
Dengar deruman enjin
Terkunci mulut makin jumud

Perihalnya warga kita tiada jiwa
Angka pencinta bukan utama
Emas berjuta mulut ternganga
Tanah pusaka hanya tinggal sisa
Ilmu dan amal melambai duka
Buah fikiran hanya percuma
Tukang jadi hamba
Anak pergi tanpa berita
Tiga kepala kejutan biasa
Terlanjur kata badan binasa
Suara dunia menghalau tiba

Ketua Darjah Tahi Kucing

Haha. Itulah gelak kecil dalam hati aku yang kecil lagi berbentuk love ini. Sesahih mana hati berbentuk love aku tak tahu. Yang pasti inilah perasaan aku bila menatap foto lama ini di Facebook. Saudara lama yang tag.

Sangat klasik! Apatah lagi aku mengenang kembali kisah Ustazah Leha dan kisah tahi kucing dalam bilik darjah. Aduhai. Sempat menggamit memori dalam waktu-waktu begini.
Sekolah Agama Dato' Abdullah Esa Johor Bahru. Berlatarkan masa 2003, di sinilah tempat aku dengan member yang lain gigih bermain bola kertas tergumpal ber-salotape-kan salotape yang kuat gamnya. Biasanya waktu Ustazah Leha tidak ada di dalam bilik darjah. Ustazah Leha dengan gaya cool-nya masih segar dalam ingatan. Suara kecil "Ye tak?"nya masih terngiang-ngiang dan menggetarkan tetulang osikel ini.

Ada satu hari semua berterabur lari bila Ustaz Sazali datang dengan gaya cool-nya juga mencekak pinggang. Dengan kuasa kuda aku lari masuk bilik darjah yang tak jauh, di sebelah saja. Semua buat muka tak tau. Aku ingat lagi yang kena soal ialah si pengawas bersamping merah. Firdaus Anna kalau tak silap. Tapi tak tahulah ketika itu dia terkencing dalam seluar atau tidak.Cerita pasal tahi kucing lagi seronok. Aku bersamping hijau sebab kena jadi ketua kelas ketika itu. Ketua kelas tahi kucing. Yelah, ada satu hari itu, tiba-tiba menusuk bau tahi entah dari mana. Aku ingatkan, kemungkinan tahi bayi-bayi yang hendak buat pemeriksaan di klinik yang sebelah sahaja dengan bagunan bilik darjah kami. Rupa-rupanya aku salah. Tahi kucing kurang ajar rupanya. Cantik sangat posisinya yang betul-betul bawah meja yang belakang sekali. Teknik penyamaran agaknya. Semua tak nampak.

Aku ketua kelas tahi kucing. Maka akulah yang kena cuci segala itu. Tapi nasib baik ada member yang selalu buat kecoh bersama. Wan Hasan, Wan Leman, Arwah Paan, Daus Anna, Daus Isnin, Faris, Hatta, entah siapa lagi ketika itu. Kamilah yang duduk dalam barisan yang sama yang selalu tido dan gelak tiba-tiba dalam kelas.Terima kasih kepada pencipta surat khabar. Sebab dengan surat khabar lah kami kutip tahi kucing itu. Lantas dimasukkan ke dalam penyodok sampah. Si Daus Isnin angkut baldi dari jamban yang busuk untuk membilas najis itu. Macam-macam idea keluar nak bersihkan tahi kucing itu. Siap dengan air tanah kononnya nak buat demonstrasi cara-cara menghilangkan najis Mughollazah.



Ingat lagi Kumpulan Muhammadun? haha
(aku yang ada dua jari itu)


Semua macam monyet


Ini bukan saja cerita suka-suka pasal tahi kucing. Tapi nak cerita dan berkongsi cerita pasal zaman di mana ukhwah antara sahabat itu amat kuat rasanya. Macam tali ikatan pengakap yang tak mudah putus kecuali ada yang cuba membuka ikatannya.

Dengar cerita, gambar ini adalah pemberian seorang sahabat kepada sahabat lama ini. Al-Fatihah kepada arwah Farkhan Hakim bin Khamthani di atas pemergiannya sebelum kami semua dapat melihatnya mengenggam segulung ijazah. Itu semua takdir.

Tulang

Sempat tonton filem The Lovely Bones yang buat aku 'tacing' tiba-tiba. Sempat lagi buat lagha kan, walaupun lagi dua hari nak mula paper pertama. Biasalah minggu belajar yang seminggu ini lah masanya nak tengok stok-stok cerita best. Selain asyik melantak keropok-keropok dan air bergas jenama Pepsi pada waktu panas terik. Memang segar.
Tengoklah cerita The Lovely Bones ini, selain cerita Changeling, Elm Street The Movie yang baru saja keluar. Cerita Elm Street ini sudah lama dulu-dulu. Aku tonton menerusi siaran Channel 5 TV Singapura. Owh tiba-tiba aku teringat nak mengangkang duduk depan TV di rumah. Kerusi panjang tiga tempat duduk yang aku rindu. Suasana Kampung Melayu yang tak pernah buat mataku ini kuyu. Setiap masa riuh dengan gelak ketawa dan orang-orang yang jauh tapi dekat di hati.
Sambung balik pasal Lovely Bones. Cerita Peter Jackson ini memang geram aku tengok. Geram dengan watak pembunuh kepada Susie Salmon yang memang tahap psycho. Taklah psycho sangat. Tapi geram bila kebahagiaan keluar Salmon ini dirampas pembunuh laki tua tak sedar diri ini. Cerita ini lebih menarik sebab latar masanya ialah zaman agogo atau 70-an. Lebih menarik lagi, ada banyak latar tempat yang dibayangkan sebagai syurga yang indah dalam kepala minda Peter Jackson. Cantik dan kemas. Simbolik. Simbolik hubungan antara Susie Salmon dengan ayah dia.
Susie Salmon diceritakan dapat memerhati keluarganya dari syurga. Termasuk juga dapat update apa yang orang-orang sekelilingnya sedang lakukan. Sedihnya, akhirnya baru dapat tahu dia dibunuh dan disumbat ke dalam kotak yang akhirnya dicampak ke dalam lubang sampah pasir jerlus.
Cerita ini ala-ala macam cerita Changeling tapi versi lain. Filem ini wajib-tengok kalau nak tahu macam mana tamatnya. Boleh dijadikan motivasi dan inspirasi waktu-waktu begini. Sebab itu orang rajin tengok movie waktu minggu belajar. Hehe

Appeton Rasa Oren

Di hadapan aku ada sebuah laptop roomate aku. Subjek yang biasa aku pinjam guna secara percuma. Laptop yang sudah pecah skrinnya masih di dalam bengkel. Aku tak tahu diorang buat apa dengan laptop aku. Buat sambal tempe ke?
Serangga-serangga hijau yang datang entah dari mana buat rambut aku yang lurus, kusut kembali serabut macam rambut David Arumugam. Pemerhatian hari ini sepanjang hari panas buat aku nak telanjang. Mungkin sebab terlalu panas, serangga hijau ini nak cari tempat cool. Jadi mereka pecah masuk bilik-bilik orang yang cool. ABC Deli Planet bungkus tak cukup nak sejukkan badan. Buat basah tekak sudah cukup saja. Itu apa yang berlaku hari ini.
Dengan gabungan laptop masih dalam bengkel, masalah panas tak terkira, ditambah dengan rambut yang makin serabut, dapat disimpulkan bahawa setiap daripadanya adalah bentuk ujian sebelum nak melangkah minggu peperiksaan akhir nanti.
Selalunya tanpa disedari, perkara sebegini berlaku selalu buat hati ini resah nak menelaah. Karaoke dengan alunan suara boleh tahan mungkin dapat release segalanya. Tapi tidak semuanya sebenarnya. Yang aku fikirkan sekarang ialah kena kuat macam engkau lepas makan Appeton rasa oren.
Cakap pasal Appeton rasa oren, teringat sekolah tadika dulu. 'Sekolah Makan' ini memang selalu berikan jenis-jenis vitamin untuk anak-anak murid. Jadi cikgu-cikgu lah yang jadi orang yang bertanggungjawab kena sumbat pil ini dalam perut murid-murid sehingga menjolok tekak. Apa-apa pun, jasa dan budi cikgu semua tak dapat dilupakan.
Tahu tak betapa mulianya profession sebagai seorang guru? Jadi nanti kalau sudah bernikah, kurangkan anak-anak yang lahir sebagai engineer dan lahirkan anak yang jadi cikgu. Tidak lupa juga selamat hari guru kepada yang pernah menjadi 'guru'.

Memberi dan Membutuhkan


Pernah tak terfikir macam mana nak buat bisnes dalam hidup tanpa perlu modal tapi boleh kaya free saja? Jawapannya tak ada. Engkau nak buat kaya pun kena belah buah kelapa dan parut isinya tambah gula melaka.


Telan Bila Senang,Terbang Bila Tenang

Susah sebenarnya nak menelan. Perlu kunyah dengan gigi geraham. Diastema dibuka ibaratnya macam terlopong melihat polong. Bila betul-betul hancur dan lumat, baru boleh melepasi toraks terurai dengan segala macam enzim amilase, maltosa dan sukrosa dan apa lagi nama-namanya. Bila cukup terurai, yang pastinya saki-baki yang macam sampah perlu melalui peristalsis, supaya tak tersumbat. Keluar semuanya akan di-flush-kan.


Kerja manusia antaranya ialah menelan. Hendak melangsungkan hidup, perlu telan makanan, yang pastinya setelah dikunyah. Waktu kecil dulu pun emak cukup penat melumatkan makanan seperti kekacang dek takut gusi kita terluka! Sekarang kita yang kena buat sendiri sebab itu kendiri.

Telan lah selagi engkau senang untuk telan. Nanti bila gigi tinggal dua atau tiada, jangan harapkan gigi palsu berharga RM100++.


Tapi akhirnya burung akan terbang dari sarangnya selepas ranting-ranting dan air liurnya tidak cukup kuat menampung dan memang sudah sampai masa perlu berganti baru. Ketika ini ranting-ranting ini perlu diganti dan memerlukan air liur burung yang masih segar dirembes keluar. Amilase yang segar, ranting yang masih bergetah. Segalanya disangka tenang tapi resah si burung itu menanti apa dihadapannya nanti setiap sayapnya menyonsong angin.


Waktu kecil dulu pun emak cukup penat melumatkan makanan seperti kekacang dek takut gusi kita terluka! Sekarang kita yang kena buat sendiri sebab itu kendiri. (Ulang sekali)

Selamat Hari Ibu. Emak ayam punya sambutan hari ini juga ye?




Lebih Daripada Abjad

CJ7 CPL 2010



Baru selesai Chemy Jan07 Premier League sebentar tadi. Yang penting semua sudah ibarat ikan masin tersidai. Al-maklum, dunia hari ini semakin panas dek kerana orang hisap rokok di sana dan di sini. hehe

Komitmen setiap yang datang dan yang menyokong daripada belakang amat menggembirakan penganjur pastinya. Tersenyum kerana melihat semuanya dapat berkumpul untuk menjayakan CPL kali ini. Bukan apa, di sinilah kita dapat kenal lebih lagi member sekelas. Kalau waktu lecture, tak ada masa rasanya nak bersemuka pun payah. Asyik bersemuka dengan buku dan facebook saja.

Terima kasih kepada adik-beradik Yaman ini yang memang komited gila menggerakkan CPL sejak 2009. Tahniah anda berjaya mengikat kami semua. It's worth! Aku rasa kena ada Manusia Premier League untuk semua warga manusia. Cadangkan kat PBB.


Dr Nurul Hasan pun turun padang woot woot woot



Tahniah kepada kumpulan Chemical Assessment yang menjadi champion dalam CPL 2010. Keputusan penuh:



Champion
Chemical Assessment



1st Runner Up

Faramel



2nd Runner Up

The Nerds



3rd Runner Up

Pejambubeh



4th Runner Up

Jogantan



5th Runner Up

Oreo


Best Player

Dr Nurul Hasan

Top Scorer
Nash

Overall Winner
Everyone

See you for the next and next semester.


Ais Krim Batang 20 sen Yang Ada Asam Kecut di Dalamnya

Ais krim batang 20 sen yang ada asam kecut di dalamnya


Ada cerita menarik aku teringat waktu dulu-dulu. Emak aku pernah jual ais krim batang pelbagai jenis. Ada Milo, oren, dan yang paling menarik ais krim batang perisa durian belanda. Dulu ada pokok durian belanda belakang rumah aku. Jadi setelah berbudi pada tanah, maka hasilnya berbaloi. Itulah orang kata kena pandai bercucuk tanam. Tapi yang tanam dulu tak tau siapa, Pak Cik aku agaknya (Tuan punya tanah). Maka mak aku ambil lah hasil buah durian belanda yang tak seberapa itu untuk dibuat jus dan ais krim batang.

Rumah aku ini memang strategik untuk jualan sebab ramai budak-budak kecil bawah umur selalu bermain-main di hadapan halaman rumah aku . Kawasan berumput dan botak di bahagian tengahnya dan ada pokok rambutan merimbun, meredupkan kawasan hadapan rumah aku yang tak pernah sunyi dek gelak ketawa budak kecil.

Sebenarnya aku nak cerita pasal ais krim yang ada asam jawa di dalamnya. Tapi inilah permulaan ceritanya. Asyik-asyik cerita pasal mak aku kan.

Baiklah mungkin itu yang menjadi persoalannya sekarang. Kau orang (bahasa orang Singapura) mesti pernah merasai ais krim batang perisa asam. Yang paling istimewa, ais krim perisa asam ini ada asam kecut di dalamnya! Itulah yang kita kejar-kejarkan. Perisa lain sudah tak dipandang dah. Sebabnya ia nampak istimewa. Kiranya, kau orang dapat bonus selain merasa ais krim yang sejuk menggigit tekak yang kering.

Seperti dalam dunia ini, sesuatu yang istimewa kurniaan-Nya. Kita yang sedang melihat dunia ini selalu mengejar apa di dalamnya. Cuma kita tak tahu bila masanya kita dapat betul-betul 'dapat' makan 'asam kecut' itu. Kedudukan asam kecut itu tak mungkin sama bagi setiap batang ais krim. Ada orang dapat asam kecut betul-betul pada hujung batang ais krim. Ada yang dapat asam kecut pada hujung yang satu lagi. Istimewanya ada yang dapat di tengah!

Bila kita gigit plastik pada hujung ais krim batang asam kecut, pasti tak sabar nak dapatkan asam kecut didalamnya. Kalau dapat tu terus gigit asam tu, sampai terbuka nampak bijinya. Kalu nasib baik dapat asam yang kedudukannya di hujung. Jadi cepat saja dapat rasa 'asam kecut' tu. Kalau di tengah? Alamatnya kena tunggu lama. Biasanya kena makan separuh daripada ais krim tu, barulah dapat merasa asam kecut yang di tengah tu. Agak lama lah kena tunggu.

Waktu tu, kalau tengah tengok kartun Dragon Ball pada Ahad pagi, mesti waktu itu sampai berapa kali iklan Apollo pun tak dapat asam kecut tu.

Maka lagi senang kalau kita patahkan dua saja ais krim itu. Berilah satu bahagian kepada orang lain. Biar mereka dapat merasa kesejukan dan keenakan ais krim asam kecut tu. Kita juga yang untung terus dapat rasa 'asam kecut' yang di tengah tu.

Aku membesar bersama-sama dengan Ais krim batang (atau ais krim Malaysia). Inilah subjek yang paling istimewa buat aku.


Ketika Pak Cik Tua Tunjuk Jari Tengahnya

Semalam aksi paling tak boleh aku terima. Baru balik daripada servis skrin laptop akhirnya. Bersama dua rakan dalam kereta Kenari merah maroon. Selesai hantar dan dapat resit pemulangan, kami bercadang singgah pasar malam Seri Iskandar yang ramai budak UiTM tu. Masuklah satu lorong berdekatan gerai-gerai jualan. Kalau ikutkan hati malas nak berjalan, drive thru saja. Tapi kena parking, jadi lalu lah lorong terbabit.

Tiba-tiba ada kereta Pakcik tua main-main lampu tinggi. Aku dan si member yang driver ini memang tak faham kenapa dia buat macam tu. Tiba-tiba juga bila dia berlalu sisi bersebelah kereta kami, dia dengan selamba tunjuk jari tengahnya! Apa Itu Neraka?

Si driver member aku ini memang tak ada respon. Tapi peliknya manusia sekarang. Padahal lorong itu memang pun dua sisi boleh jalan. Tak faham dengan manusia sekarang. Paling menyedihkan isteri dia yang duduk sebelah terpaksa menyaksikan aksi ketika pakcik tua tunjuk jari tengahnya. Kalau aku jadi isteri dia aku malu gila balik rumah koyak muka tampal plaster. Nasib baik anak ataupun cucu dia tak ada dalam kereta. Kalau tak mesti cucu dia tanya "Atuk, kenapa atuk tunjuk jari tengah atuk? Macam ulat..."

Sejujurnya, itu pertama kali aku melihat pakcik tua yang sudah matang mingkin fikirannya buat aksi tunjuk jari tengahnya. Kita yang muda ini pun tak buat, dia pula lebih-lebih. Jiwa muda ini terbakar tau tahu tak!

Apa-apa pun jangan lah kita tiru aksi sebegini sebab bukan budaya yang elok. Kalau nak bergurau dengan member rapat tak apalah hehe. Nak jadi samseng jalanan pun berpada-pada lah. Karang kalau tak kena orang. Tiba-tiba tunjuk jari tengah kat Along ke samseng mana. Mampus engkau kena kejar, lepas tu dia jual daging kau kat thailand. Tak ke nanya! Aku tak nak tubuh aku dijual.

Itu adalah perkara terburuk yang aku saksikan. Perkara terburuk yang aku buat hari ini, makan Honey Star Roomate sambil tak gosok gigi lagi. Kunyah-kunyah sampai masuk dalam perut. Macam orang putih tak? Yelah orang putih sarapan tak gosok gigi kot.


Nak mengelak daripada kebiasaan macam engkau tahan kencing

Laptop Acer berharga RM 1900 aku yang dulu sudah rosak skrinnya. Macam lohong hitam. Aku rasa nak buat alas punggung saja laptop itu. Tapi apakan daya aku tak kaya macam Robert Kuok jadi oh, hanya ada satu pilihan untuk aku iaitu tutup balik lohong hitam itu. RM 500++ kot. Jumlah itu aku boleh beli nasi lemak 333 bungkus. Laptop itu keperluan juga.

Terima kasih kepada sesiapa yang sudi memberi ihsan meminjamkan laptop. Aku tak mahu lebih daripada segala-galanya. Hanya laptop untuk ber-Facebook dan mendengar lagu-lagu untuk jiwa dan ber-blog. Yelah, hiburan apa yang ada di sini selain DC++. Hobi yang sudah lama aku tinggalkan. Memang noob.

Agak risau dengan perbelanjaan. Kena ada modal untuk pergi intern terlebih dahulu. Mana nak bayar duit sewa, bil eletrik dan sebagainya. Tapi kegigihan kumpul duit itu tetap kena ada. Jangan makan di Cafe V3 atau V5. Pilih kedai Mak Su, jimat kot. Jangan sibuk beli jajan yang merosakkan otak, dan mungkin kurangkan ber-vocal training. Tapi akhirnya nanti entah siapa tahu? Nak mengelak daripada kebiasaan macam engkau tahan kencing. Macam itulah analoginya.

Oh ya, ada dua minggu lagi untuk bersedia menghadapi Final Exam sebelum intern. Selamat berusaha kepada semua! Study week akan datang nak pergi mana ye...

"Tulah anaknye wak miskam nak kelapa parut 1 bungkus, sape lagi..."

Emak aku selalu buat lempeng atau jemput-jemput kentang. Waktu hujan petang-petang sebegini, makan cicah sambal tumis ikan bilis kering. Berbilas pula dengan air teh panas tak pun Milo panas. Bila aku balik sekolah agama dulu begitulah rutin harian selain kena beli kelapa parut 1 bungkus. Aku suka jela ikut arahan mak aku beli kelapa parut. Syarat yang aku kenakan, kasi lampu hijau naik basikal hehe. Jangan main-main, aku rider kot dulu haha siap ada 'makgad' kat basikal tuuu...

Kayuh punya kasuh dengan samping hijau masih kat pinggang, sampailah aku di kedai runcit kelapa parut. Boleh dikatakan hari-hari aku beli kelapa parut. Sampai muka aku memang muka kelapa parut lah. Sampai kedai runcit, memang dicop 'KELAPA PARUT' kat dahi.

"Tulah anaknye wak miskam nak kelapa parut 1 bungkus, sape lagi..."

Sebenarnya aku nak cerita pasal kelapa parut. Sebahagian daripada kisah waktu aku kecil-kecil dulu. Yelah tadi nak sambung cerita kat kedai belakang Ameeth tak sempat. Sekadar berkongsi cerita. Aku sempat cerita pasal jemput-jemput saja. Menariknya kalau kita ada kisah waktu kecil yang sama. Kalau compile tu boleh buat Final Year Project. Wah!

Yang menariknya aku masih simpan lagi gambar aku, kakak aku dengan mak aku tengah makan jemput-jemput atas meja kecil.





Sos BBQ Jenama Apa Entah

Satu malam yang menenangkan. Jauh daripada segala taufan paper paper test dan ribut kelam-kabut. Teluk Batik saja pun. Siapa kata dengan bajet kosong tak boleh melancong. Haha yang penting tamat paper Test 3 Transport Phenomena, aku terus cabut ke Teluk Batik.


Kucing ni kencing berak bersepah-sepah kat Teluk Batik jaga-jaga



Suasana biasa saja tak ramai orang mungkin sebab Khamis malam Jumaat kot. Merasai kehangatan BBQ buatan sendiri dengan peha ayam dan dada ayam bersalut sos BBQ jenama apa entah, dan roti Perancis orang kata, sambil menyalut tubuh frankfurt yang enak! Sudah lama rasanya tak buat begitu.



Bang, jagung bang...bang, jagung bang...



Kehangatan bara api sedikit mengingatkan kehangatan air laut yang memantulkan cahaya bulan. Lantas berlari-lari aku bersama rakan-rakan sengal berendam bergayakan hero-hero Baywatch kononnya. Agak mendung jadi tiadalah bintang-bintang jadi teman. Yang menjadi teman baik ialah jagung bakar bersalut marjerin. Lima ekor ini terbaring di atas alas sleeping bag seseorang, sambil bercerita pasal apa entah. Oh Tahniah Si Sapek dah berpunya! Kami berbangga dengan anda, hehehehehehe.


Maaf terkepit sikit



Khemah panas macam haram tersumbat 5 sahabat terbongkang dan tekangkang. Aku memang tak tahan, tidur di luar dan ke pondok maksiat. Angin makin sejuk bayunya. Aku kembali ke dalam khemah meninggalkan makhluk terbaring dalam sleeping bag di pondok maksiat. Rupa-rupanya aku tinggalkan Si Sapek. Ada budak kecik ketawakan dia tiba-tiba. Haha seram-seram.


Paginya, sunrise mungkin agak malu nak tunjukkan mukanya sebab mendung kot. Tapi hujan tak turun macam tahu saja nak berendam lama dalam air masin sampai jadi jeruk.

Yang aku belajar satu malam itu ialah hantu budak kecik! haha jangan sesekali tinggalkan member anda sendirian. Tapi memanglah tempat-tempat macam itu boleh dengar tapak kaki budak kecik berlari-lari. Bau busuk. Macam-macam. Yang penting tenang gila malam itu.

mungkin budak kecik ni yang main lari-lari tengah-tengah malam buta sambil gelak-gelak

Memang susah nak bilas air masin ni. Dahlah tandas tak dibuka. Yelah siapa yang buka kaunter 20sen depan tandas tengah malam. Badan memang dah berlengas dan melekit. Melekit-lekit kenangan.

Aku terlupa jenama sos BBQ tu tapi sedap. Kadang-kadang kita kenal member ni memang baik, bila jumpa saja tegur pastu berbual gelak-gelak. Tapi pernah tak ko baik dengan orang yang ko tak tau nama dia? Haha Jenama BBQ.



Family Day Manusia

Sekarang ini yang aku fikirkan ialah suatu hari nanti kita perlu menganjurkan Family Day Manusia. Seperti family day biasa yang dikelolakan oleh Human Resource Department, family day sebegini perlu dikelolakan dengan segera. Objektif utamanya ialah untuk merapatkan hubungan sesama manusia. Kalau sekarang, bertembung di dalam lif, sekurang-kurangnya kalau bawa senyuman sudah cukup memberi syarat bahawa kita mengakui keberadaan seseorang.
Tapi realiti sekarang, manusia dan manusia tak tahu keberadaan masing-masing. Aku rasa ramai pernah mengalami bila dahulu, bukan sakan lagi bergurau gelak gempita waktu foundation. Tapi bila sekarang dah masuk tahun ketiga, bila bertembung, buat-buat picit butang Handset konon-kononnya sibuk bermesej. Bertambah kelakar bila sanggup berpura-pura cakap dalam telefon dan tundukkan pandangan macam orang gila. Kalaulah telefon bimbit tu berdering, tak ke malu menggila.
Lagi sedih bila dulu pernah bekerja sama-sama dalam sesebuah komiti acara, tapi bila lepas habis acara, pandang muka macam pandang tiang. Tiang bendera pun nak dihargai inikan pula manusia. Siapa yang sanggup jadi Project Manager Family Day Manusia? Aku tabik spring.
Akhirnya nanti semua manusia pun sedar, ada akhirnya Family Day Manusia. Tapi pada hari atau acara tersebut, masing-masing tak berbaju!

Rumah Lama, Atap Zink, Hati Stainless Steel


Aku adalah rumah. Sudah lama aku bertapak di sini. Hampir 21 tahun. Sekelilingku adalah rumput dan lalang panjang. Ada bendang di hadapan aku. Masak kuning indah nian membingkai gerak-geri alam. Atapku zink berlubang-lubang dek karat mengikis segala yang sempurna dulu. Sempurnya dulu pada waktu atapku tak seperang sekarang. Waktu paku-paku payung beralas span masih kuat memaku zink di atas benakku. Itu aku.

Mungkin keadaan aku usang sekarang. Dengan beratap zink yang sudah berkarat. Lumrah sesuatu itu berkurang keupayaanya bila masa meningkat sedikit demi sedikit. Tambahan lagi lalang panjang semakin meninggi dan mendongak ke langit. Sehingga menutupi wajah tampakku ini. Namun bendang di hadapanku semakin tunduk biarpun semakin meninggi. Memberikan sedikit ruang dan peluang membingkai rumah usang. Itulah resminya.

Atap aku jadi tadahan segala bentuk rezeki umpamanya hujan. Atapku juga yang mengalirkan air tadahan hujan menambil segala bentuk yang bermanfaat. Perlu dijaga atapku ini kerana jika berlubang atau bocor, maka segala yang ditutupinya bakal tak terjaga elok. Atap kena bagus kualitinya. Atap yang menjadi benakku.

Satu perkara yang sama iaitu aku berhati stainless steel. Harus tahan semua daya yang membentuk reaksi songsang seperti hukum Newton yang ketiga. Tahan karat, tahan panas, kalis air. Malah yang paling utama tak mudah remuk dan lentur. Mudah saja kalau mahu memiliki hati stainless steel. Cari di kedai hardware.

Aku terlupa bahawa aku sedang berbicara pasal rumah. Stainless steel itu besi-besi yang menjadi bingkai jendela rumah iaitu aku. Dari situlah kita melihat segala-galanya. Melihat dari tingkap berbingkai stainless steel.

Yap


Aku tersentak sekejap bila baca komen yang bermula dengan perkataan 'Yap' atas dinding Facebook. Yap, Ayap... yang sama bunyi dengannya. Aku sudah lama tak mendengar panggilan itu. Rupa-rupanya sudah lama aku tak balik lahai...

Padahal teknologi itu tanpa batasan. Tapi itulah bagi manusia, yang realiti tetap realiti. Sebab itu tak ada orang lagi merisik atau bertunang menerusi Facebook dan sebagainya lagi. Selepas beberapa minggu ini, agak kelam-kabut dengan pengurusan masa dan kerja-kerja dunia yang menggunung. Siapa lagi terkena kalau bukan manusia-manusia yang telah ditakdirkan bermaustatin di Bumi Tronoh ini. Bila kita disogokkan dengan masa-masa gembira dengan rakan-rakan, kita bukannya sengaja melupakan keluarga yang utama di sana. Itulah kalau sejak berumur belasan tahun dah duduk asrama, memang susah nak lekat kat rumah. Orang kata kurang lah masa-masa bermakna kat rumah. Tapi inilah antara kesan duduk asrama. 'Sakit Rumah' atau 'Homesick' ni kalau sudah hilang susah jadinya nanti.

Sengaja menulis sebegini, sekadar mengingatkan diri sendiri dan orang lain. Amat sukar untuk menjaga perhubungan sebenarnya. Memetik kata rakan yang seorang ini, 'dulu bolehlah mak kita yang tanya pasal kita, tapi sekarang, kitalah yang kena faham mereka'

Habis 2 Jun 2010, tamatlah Peperiksaan Akhir untuk semester ini tapi bila aku nak balik? Mintak cuti company seminggu sebelum mula? Jadi minta maaf aku tak dapat turut serta THJ yang di KL nanti.


Engkau nak duduk blilik? Haha (Gelak syaitan kuasa kuda)



Engkau nak duduk blilik? Haha (Gelak syaitan kuasa kuda)

Hari ter-puas aku adalah bila aku dapat keluar bilik, buat benda alah lain selain pandang tingkap dan bumbung dengan dua ekor burung berpatuk-patuk di luar tingkap.



Lata Kinjang dengan air deras macam keretapi dan sejuknya macam iceberg, buat aku rasa inilah syurga dunia. Mungkin terlalu melebih-lebih. Tapi itulah yang aku nak ceritakan pasal mendekatkan diri dengan alam semula jadi. Bukan tercanguk depan laptop saja.

Bergaya Storm X-Men sikit




Sungai Cincin agak tersorok dan kami dengan kerja gila masuk pintu pagar Manager Kem PLKN. Sempat buang air menggunakan tandas rumah beliau. Terima kasih Tuan. Sekeliling Sungai Cincin ada rumah orang asli dan budak-budak ini memang tegar. Sudah biasa dengan air. Berenang macam memerang. Mereka-mereka ini juga sempat belajar terapung macam pelampung.

Memang betul tak ada kerja, maka dengan itu adalah mulut-mulut mengajak pusing go-kart. Aku apa lagi, berbekal rasa tension yang sudah lama dikumpul lemaknya. Oh agak mengancam hari itu sebab sempat beraksi langgar penghadang tayar-tayar. Agak lagak ngerinya macam scary movie.


Lihat bagaimanakah caranya manusia boleh lepaskan tension


Terima kasih mak abah

Hari ini memang betul-betul tak sia-sia. Matahari terbenam atau sunset jadi latar belakang foto-foto kami. Nak menikmati alam kononnya. Shabu-shabu tempat muntah kedarah. Memang RM17 berbaloi habis. Aku rasa kalau campak orang kurus macam lidi, berpotensi ada daging lebih nanti.

Sunset Teluk Batik

Macam biasa hari berjalan sakan ditutup tiraikan dengan Vocal Training seperti biasa... puas. Jadi hari itu aku belajar, aku memang bukan suka duduk bilik. (Ketawa syaitan lagi)



Berbogel dan Lambai



Berbogel lah dengan tekanan dan resah. Kehidupan sebagai seorang pelajar universiti memang macam mencabar dan tercabar. Ditambah dengan kepanasan global yang membuat suhu otak makin meningkat. Sampai bilik berlengging dan asyik nak berlengging. Ujian, kerja tambahan dengan kelas yang peratus kehadirannya perlu dilengkapkan. Macam sumbat lubang hidung. Hingus tak henti-henti juga keluar. Aku boleh katakan semua itu macam hingus!

Ternyata langkah aku ke bilik convo di MPH UTP pada 2007 berbaloi. Kaki aku tak busuk sebab itulah kali pertama aku pilih nak selam dunia teater. Dalam dunia ini aku belajar banyak perkara selain gelak seorang diri baca line depan cermin. Aku jadi diri sendiri. Ruang yang banyak beri aku peluang untuk berbogel dengan tekanan dan resah. Bagaimana nak menghadapi perangai pelik orang lain dan memang betul budak-budak ini pelik. haha.



Walaupun terpaksa menghadapi beberapa kesusahan, mereka ini jadi tempat aku mengadu. Bukannya berlagak manja mintak belaian dengan mereka ini. Tapi tempat aku untuk jadi gila. Jadi sopan, jadi ganas, jadi maskulin, jadi feminin, macam-macam dan tempat untuk aku lepaskan segala macam hormon dalam badan.

Biasalah dalam sesebuah famili, mesti ada yang tersisih, kurang enak antara satu sama lain. Membuatkan kita jauh sedikit. Tapi aku percaya, si mereka masih ada lagi rasa sayang dengan masa-masa manis. Lidah si mereka masih boleh lagi merasa keterujaan dalam hubungan sesama famili ini. Buktinya, masih lagi mereka yang dah keluar dari UTP ini sanggup hadir bila-bila. Terima kasih.


Tahniah buat semua. Semester hadapan mungkin bakal sukar tanpa kalian. Sekali lagi, terima kasih. Normal setiap perkara silih berganti, dan kitalah yang menentukannya. Beginilah aku berbogel dengan semua resah dan tekanan dan aku lambai untuk semester hadapan.

Lagi semester hadapan nanti aku hi.