Tidak sabar sebenarnya untuk melongsori sejarah Kepulauan Lingga dan mendaki ke puncak Gunung Daik yang bercabang tiga. Menerbitkan rasa gembira sekiranya aku dapat menunaikan hajat sendiri untuk berkunjung ke daerah peersejarahan orang Melayu ini. "Pulau Pandan jauh ke tengah, gunung Daik bercabang tiga." Ungkapan ini bukan rekaan semata-mata tetapi ratusan tahun membuktikan bahawa tempat ini benar-benar wujud.
Beberapa hari lalu, aku menjumpai beberapa keping foto membingkai keindahan Kepulauan Lingga di Instagram. Maaf, bukan terjumpa tetapi mencari. Kerana terlalu ingin pergi, aku mula mendapatkan nombor kontak seorang penduduk lokal di sana, yang dipercayai mempunyai sebuah organisasi tak rasmi dinamakan 'Rumah Hutan'. Semacam backpacker's hotel yang memberikan fasilitas buat mereka yang ingin mengembara di tanah subur Lingga ini.
Untuk sampai hari ini, cuma Air Pancur Muka Kuning mungkin menjadi destinasi permulaan buat mengisi hujung minggu. Pertama kali ke sini, aku tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kerana tidaklah setinggi mana bukit di Kepulaun Riau ini. Maka aku memandang kewujudan air terjun atau kawasan tadahan air di daerah ini. Lagi pula, beberapa akhir pekan ini, hujan seakan merajuk pergi tak turun lagi. Perjalanan ke Kampung Aceh, bertentangan dengan Batamindo Plaza, adalah lokasi permulaan untuk menuju ke 'pintu masuk' air pancur Muka Kuning. Dari sini, perjalanan memakan masa 30 minit dengan berjalan kaki, menuju ke parkiran motor atau kawasan lapang sedikit di 'pintu masuk'. Berhati-hati melalui kawasan perkampungan 'ruli' atau rumah liar ini kerana aku tidak begitu yakin kalau mahu parkir motosikal di sini atau apa jua kenderaan. Beberapa kelibat orang muda yang menjadi tukang jaga parkir mengenakan bayaran 3,000 Rupiah. Sesuatu yang buat aku terfikir bagaimana bersungguh-sungguhnya warga lokal di sini berusaha mencari sesuap nasi. 'Merompak' peluang, tidak seperti di beberapa sudut bucu Malaysia, ada yang masih memiliki tubuh sempurna tetapi menagih sedekah daripada orang.
Perjalanan merentas empat anak sungai atau kawasan paya sedikit mengujakan. Laluan batang kayu merentasi denai dan tasik empangan Muka Kuning menjadikan trek ke air pancur Muka Kuning agak menarik. Setelah berjalan 15 minit, kami sampai di kawasan bukit 'botak'. Dari atas bukit 'botak' ini, dari jauh, kelihatan kawasan paya yang ramai dengan rerumput seolah-olah padang savana dan payanya dihiasi dengan beberapa cerucuk pohon kering tak berdaun. Tampak mistik seperti dalam adegan pertarungan Raja Palembang dengan Hang Tuah dalam filem Puteri Gunung Ledang.
Menuruni Bukit Botak ini, dari samping kiri, terdapat jalur pagar dawai hijau yang lompong. Laluan sepanjang pagar hijau ini akan membawa ke sebuah laluan sepanjang empangan tasik atau 'dam' dengan bahasa panggilan orang lokal. Pemandangan di sini agak tenang kerana hampir 50% pemandangan adalah air tasik dan sungguh tak ramai orang yang lalu lalang di sini. Mungkin aku silap. Hari minggu, orang bangun lewat untuk melakukan segala aktiviti.
Terdapat satu spot menarik di sini. Sebatang kayu mati sepemeluk terdampar di gigi air. Aku terus melulu meniti batang kayu tersebut sambil mata tajam memerhati di hujung tasik. Tak ada apa yang dapat dilihat selain pemandangan yang mengkagumkan. Spot ini sesuai untuk dirakamkan dalam bentuk foto.
Setelah melalui empat titi terbuat daripada kayu, untuk melintas paya dan anak sungai, kami sampai di lokasi air pancur Muka Kuning yang mungkin tak semua orang di Kepulauan Riau ini tahu kewujudannya.
Ramai menyangka, tempat ini 'kotor' dan agak berpuaka. Berdasarkan pembacaan dan reaksi orang apabila aku terpacul menyebut istilah 'Muka Kuning'. Ceritanya kerana ramai perempuan 'kilang' yang suka menggoda para lelaki yang berpakaian 'Coverall'. Dikatakan merekan ini melihat poket penuh wang bukan kerana suka-suka. Itu cerita orang. Kata orang tidak akan bermakna betul sekiranya kita tidak melihat sendiri. Eh?
Lupakan.
Menyelinap di sebalik denai dan belukar, kelihatan beberapa khemah atau ponco didirikan di sebuah kawasan lapang berhampiran dengan air pancur tersebut. Tidak menyangka di pulau industri yang nampak gersang ini, ada juga spot menarik dan boleh tahan penuh dengan kehijauan. Orang Putih kata, 'not bad'.
Air pancur di sini tidaklah betul-betul 'air terjun' tetapi lumayan untuk terjun dari ketinggian 4 meter dengan kedalaman air 5 meter. Boleh tahan. Airnya tak begitu jernih kerana refleksi lumut batuan bongkah. Agak licin jika tidak berhati-hati.
Sambil berendam, kami menjamah bekalan roti, biskut 'anu' buah tangan dari Bali dan cokelat bar. Setelah dua jam, kami pulang. Melalui denai dan jalur yang sama. Setelah tiba di Bukit Botak tadi, terdapat paya atau tasik pohon kekeringan. Kami terpaksa menuruni tebing tanah merah yang sebenarnya tidak ada laluan khusus ke situ. Terdapat padang rerumput seperti savana sebelum menuju ke kawasan paya. Di sini agak kering dan terasa gersang tetapi ditutupi dengan ketenangan.
Dengan memutuskan untuk tidak melalui Kampung Aceh, kami sesat memasuki sebuah kilang industri Shimano melewati pagar hijau berlubang. Akibat terlalu optimistik, kami ditahan satpam atau guard kilang apabila hendak melewati pintu pagar hadapan. Dengan penuh tidak malu dan buat-buat rasa tidak bersalah, kami menerangkan perkara yang sebenar dan akhirnya dilepaskan tanpa perlu bayar wang sogokkan. Begitulah cerita menarik pada hujung minggu ini. Aku nak tidur.

No comments:
Post a Comment