Singapore - Kuala Lumpur - Xian - Jiuzhaigou - Lanzhou - Zhangye - Dunhuang - Xian - Kuala Lumpur - Singapore
Kota berdebu dan beku. Itulah yang dapat aku simpulkan tentang kota ini atau mungkin cuma aku. Kota ini mungkin lebih daripada apa yang aku sangka kan kerana mengikut cerita, kota Lanzhou ini pernah menjadi tempat persinggahan Marco Polo selama setahun dalam pengembaraannya. Kota ini juga pernah menjadi laluan perdagangan yang sangat sibuk dari Mongolia, Tibet dan Sichuan.
Ini adalah sambungan daripada Laluan Sutera - Segmen I
Perjalanan dari Jiuzhaigou merentasi kota-kota kecil daerah Sichuan menjadikan perjalanan selama lebih 8 jam agak kelelahan. Beberapa kota yang aku dapat catat apabila ternampak papan 'signboard' ialah Mianyang, Longnan, Hejiabaoxiang, dan Xiangfangya. Sepanjang perjalanan, kami dapat menikmati himpunan gunung bertopikan salji dan padang tandus. Tidak ada pohon tinggi yang tumbuh selain rerumput halus menjadi santapan Yak, iaitu sejenis kambing gurun yang hidup di sempadan pergunungan Himalaya ini. Oleh kerana tiada pohon atau semak, aku dikejutkan dengan aksi pemandu lori yang tidak segan silu berak di tepi jalan. Cuma lori kecil mereka menjadi penghadang. Pertama kali melihat separuh punggung manusia di tepi jalan. Pengalaman yang menjijikkan.
Tiba di sebuah lagi kota kecil, bas ini mengutip penumpang terdiri daripada sebuah keluarga Muslim kerana lelakinya berkopiah dan berjanggut. Wajah isterinya yang berhijab bersama dua anak kembar yang nampak sangat oriental, menimbulkan sedikit rasa teruja kerana ada juga orang Islam di sini. Tak majoriti tetapi boleh dikatakan, mereka ada di mana-mana. Semasa mereka menaiki bas, aku mengucapkan salam tanda perkenalan dan perasaan persaudaraan sesama agama betul-betul dapat dirasai ketika itu kerana berada di sebuah tempat yang jarang kali berhubung dengan dunia luar.
Beberapa kali, bas yang kami naiki terhenti kerana segerombolan Yak melintas bersama-sama bau hamis dan jika dilihat, bulu-bulu mereka persis karpet Bangladesh yang popular diborong warga ibu-ibu di Malaysia. Yak bukan sahaja menjadi binatang penunggang barang, tetapi diternak untuk dijadikan sup daging khusus. Boleh kata, setiap kali kami singgah di warung makan hampir setiap laluan Sutera ini, ada menyediakan menu sup daging yak. Pertama kali menjamah mee sup daging yak adalah di Jiuzhagou. Enak dan lembut. Setelah meninggalkan Lanzhou, aku tak menyangka rupa-rupanya Lanzhou merupakan kota yang popular dengan invensi 'mee tarik' yang dibuat secara manual menggunakan tangan beberapa abad dulu. Tidak rugi kerana dapat merasa menu berasaskan mee tepung di kota ini seperti yang diceritakan walaupun kuahnya agak berminyak.
Separuh perjalanan, bas berhenti di sebuah kawasan pergunungan yang tidak ada apa-apa cuma sebuah stesen minyak dan warung makan entah apa. Keluarga muslim tadi juga menuruni bas dan kami mencicip makanan di warung setelah memastikan ada makanan halal disediakan. Kami berempat tidak semua muslim jadi Victor dan Kartika tadi tidak mempunyai masalah tentang makanan. Oleh kerana persefahaman, mereka sering mengalah apabila membuat keputusan untuk menetapkan tempat untuk makan. Sangat berterima kasih kerana memahami.
Aku keluar dari warung makan tersebut untuk mengambil angin di luar walaupun di luar terlalu sejuk dan di dalam agak hangat. Oh ya, mujur bas yang kami naiki lengkap dengan mesin pemanas. Sepanjang di dalam bas, suhu sangat optimal dan selesa. Dua anak kembar keluarga muslim itu tadi sempat beraksi kencing di luar. Aku tersentap. Mungkin di sini sudah terbiasa dengan adegan seperti itu. Setelah ibunya mencuci anu mereka, mereka terus berlari ke arah anak kambing yang sedang asyik meragut rumput. Tak pasti sama ada kambing biasa atau anak yak.
Si pakcik tua yang berjanggut dan berkopiah juga menghampiri kambing tersebut dan mengatakan sesuatu dalam bahasa Mandarin seolah-olah mengajarkan sesuatu kepada cucunya. Kami sama sekali tidak faham Mandarin tetapi sedikit sebanyak hasil belajar asas Mandarin dulu dengan Puan Chan, itu sangat membantu sepanjang perjalanan di negara sebesar hampir separuh benua Asia ini. Aku mengangguk kepala.

No comments:
Post a Comment