Sebenarnya sudah lama rasanya tak berlari keliling kampung macam pagi tadi. Tiada yang lebih bermakna bila dapat meluangkan masa untuk diri sendiri lagi-lagi pada hari di mana kau tak perlu pecah kepala memikirkan hal kerjaan yang tak berpenghujung. Orang kata, berlari adalah salah satu cara untuk meneroka sesebuah tempat yang asing. (Pasang lagu Scare Away The Dark - Passenger).
Tahun lalu, aku mengambil keputusan untuk mengeluarkan sedikit modal untuk mendapatkan kasut joging yang elok untuk tujuan ini. Semua ini adalah kerana terpengaruh dengan idea yang tertanam dalam buku "Born to Run" dimana penulisnya, Christopher McDoughall dengan keras menekankan persoalan dalam setiap halaman buku ini, bagaimana orang boleh berlari dengan laju tanpa rasa sakit? Persoalannya ini membawa dia ke sebuah pengembaraan yang panjang dan mengagumkan. Kalau nak tahu, aku berangan sampai ke hari ini untuk menjadi pelari dalam dunia aku sendiri, tanpa perlu mendaftar untuk pertandingan larian mahupun mendapatkan medal sebagai token. Aku mahu lari untuk diri sendiri. Ya. Banyak sangat bermimpi.
Kedengaran seseorang memanggil nama aku dari jauh. Aku memberhentikan langkah dan menoleh. Dalam hati aku, siapa pula yang ingat lagi rupa aku di daerah ini? Kerana aku sudah lama meninggalkan tempat ini lebih kurang satu tahun enam bulan yang lalu sebelum kembali semula ke sini pada awal Febuari tahun ini.
Mata aku terkebil-kebil merenung dekat wajah seorang lelaki yang memberhentikan motosikalnya di samping jalan.
Mata aku terkebil-kebil merenung dekat wajah seorang lelaki yang memberhentikan motosikalnya di samping jalan.
Sesat.
No comments:
Post a Comment