Oleh kerana pelan asal ke Pantai Nongsa dan menaiki pompong ke Pulau Puteri tidak kesampaian, jadi kami mengambil keputusan untuk mengisi kekosongan hari minggu dengan bermotosikal mengelilingi Tanjung Uma. Rumah-rumah apung di perkampungan nelayan Tanjung Uma ini terisi dengan masyarakat asli Melayu Kepulauan Riau, Batam Indonesia yang sudah lama bertapak di sini dan bisa jadi, sudah mencapai beberapa keturunan. Melihat keadaan persisiran laut Batam, membuat aku tertanya, berdayakah masyarakat di sini menjadikan tangkapan ikan sebagai nadi sumber rezeki mereka? Bukan saja ingin menghabiskan waktu, tetapi aku ke sini untuk mencari bentuk apakah kejutan yang bisa tempat ini sajikan.
Menunggang motosikal adalah cara terbaik untuk memasuki ceruk perkampungan ini kerana jalan aspal (Aspal ialah jalan bertar dalam bahasa Indonesia) yang kecil dan tidak berturap elok. Jalur utama memasuki Kampung Tua, Tanjung Uma terletak di persimpangan tiga secara spesifik di Lubuk Baja, berdekatan dengan Pasar Jodoh. Agak tercabar dengan jalan masuknya yang berbukit dan mencanak. Sebelum menghampiri pintu gerbang Kampung Tua, Tanjung Uma, di sisi kiri jalan terdapat warung makan atau angkringan sesuai untuk sesiapa yang ingin menikmati pemandangan di atas bukit. Sisi kanan jalan ini kelihatan puluhan kapal instalasi dan tongkang 'Flat Barge' melabuhkan sauh di perairan kota industri Batam. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, seakan menyisir rambut. Terdapat beberapa orang pemuda pemudi berkencan di kawasan tebing ini. Aku cuma tersenyum melihat telatah mereka dan kadang mentertawakan diri sendiri.
Setelah melepasi pintu gerbang, kami jalan menuruni bukit yang agak curam dan melepasi rumah-rumah penduduk sisi kanan dan kiri jalan. Suasana petang sama seperti di kawasan perkampungan, ibu-ibu asyik berkumpul di berandah rumah sambil menggendong anak sementara para suami ada yang sibuk bertukang dan ada yang duduk menikmati kopi. Beberapa kedai runcit kecil di kiri dan kanan titi berkayu menjual jajan. Agak teruja kerana kedai runcit ini menjual beberapa jenis jajanan yang pernah wujud waktu zaman aku kecil lagi. Mengingatkan zaman kanak-kanak.
Jalan semakin mengecil dan akhirnya melewati kawasan rumah-rumah apung. Halamannya dipenuhi boat dan sampan. Hari ini nampaknya air surut teruk sehingga menampakkan timbunan sampah botol, kertas, plastik dan sisa makanan. Boat dan sampan juga terduduk sepi di atas timbunan sampah. Agaknya ini kesan musim kering tak hujan ditambah air surut. Sesekali, kami ternampak tikus bersaiz penumbuk meniti timbunan ranting dan kayu. Dari sini, Pasar Basah Jodoh terlihat di seberang. Mungkin kalau air pasang, sampan atau boat boleh digunakan untuk melintas ke pasar di seberang. Pemandangan sebegini indah bagi aku kerana disini lebih manusiawi. Menjadikan ini sebagai latihan untuk mengenal jati diri.
Jalan semakin mengecil dan akhirnya melewati kawasan rumah-rumah apung. Halamannya dipenuhi boat dan sampan. Hari ini nampaknya air surut teruk sehingga menampakkan timbunan sampah botol, kertas, plastik dan sisa makanan. Boat dan sampan juga terduduk sepi di atas timbunan sampah. Agaknya ini kesan musim kering tak hujan ditambah air surut. Sesekali, kami ternampak tikus bersaiz penumbuk meniti timbunan ranting dan kayu. Dari sini, Pasar Basah Jodoh terlihat di seberang. Mungkin kalau air pasang, sampan atau boat boleh digunakan untuk melintas ke pasar di seberang. Pemandangan sebegini indah bagi aku kerana disini lebih manusiawi. Menjadikan ini sebagai latihan untuk mengenal jati diri.
Apabila melewati sepanjang jalan titi kayu, kami terserempak dengan anak-anak kecil berlari-lari di celah-celah rumah apung di atas titi kayu seolah-olah melewati ruang 'Maze'. Ada juga yang mengambil kesempatan air surut, memanfaatkan kawasan lapang untuk dijadikan padang permainan bola sepak dan memberikan ruang yang cukup luas untuk mereka berlari-lari menerbangkan layang-layang. Melihat telatah mereka agak melucukan.
Tanjung Uma bagi orang lokal mungkin adalah tempat yang biasa mereka lewati hari-hari. Bagi aku, tempat ini sedikit sebanyak memberi gambaran warisan kampung nelayan terdiri daripada orang dan warisan Melayu yang ingin dikekalkan setelah beberapa kali desas desus diugut untuk digusur. Beberapa tahun lalu, berita sebegini sering menjadi buah mulut orang di kantor. Aku sedikit sebanyak dapat mengikuti khabar angin dan memahami arena politik setempat.
Kemajuan seharusnya ada, tetapi cara untuk memastikan pembangunan itu mampan adalah bukan sesuatu yang mudah. Aku percaya, masyarakat yang tinggal di sini inginkan perubahan, namun mereka sendiri juga harus mengubah cara fikir. Mulakan dengan membuang sampah ditempatnya.
Kami cukup beruntung kerana menemukan tebing batuan granit yang menyajikan pemandangan sunset tidak jauh dengan pintu gerbang Kampung Tua, Tanjung Uma. Untuk ke tebing ini, harus merentasi kawasan lalang panjang. Tidak terlalu jauh dari jalan utama. Kawasan berbukit dan berbatu inilah menjadi pentas kami pada senja hari itu, untuk menonton sunset.
SubhanAllah.
No comments:
Post a Comment